Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Aura exam

Pada satu hari, selepas penat mengulangkaji 'sedikit'(Sikit je pun, tapi penatnya lebih), kami berbual-bual. Suasana menjadi sepi. Tiba-tiba...

Eh ada orang menyanyi!

"Apa nak jadi,
Apa nak jadi.."

Suasana menjadi pelik. Kemudian kedengaran lagi...

"Apa nak jadi,
Apa nak jadi.."

Senyap sesaat.
Masing-masing tersedar dari lamunan.
Tiba-tiba kami gelak.BESAR.

Sekarang biar saya sambung lagu DIA,

"Apa nak jadi,
apa nak jadi,
..............................
SAMPAI SEKARANG TAK KAWIN LAGI!!"

:) Haha.
Saya tahu dia tidak memaksudkannya.
Tapi, disebabkan exam final yang bakal menjelang sangat tidak berapa lagi, apa-apa saja yang boleh 'menghiburkan hati', jalan laaaa..

SELAMAT STUDY SEMUA! ^__^

Sunday, February 14, 2010

The place where I learned a lot..

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuangIslam
pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam


Semalam, lagu ini berkumandang di Dewan Masrah Universiti Mu'tah sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA). Yang paling bertuah, lagu ini turut dinyanyikn bersama penyanyi merangkap pencipta lagu dan liriknya, Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com).

Tanpa disedari, terasa seperti berbalam pandangan mata saya rasakan. Jernihan air mata sedikit bergenang, terkenang perjuangan kami di bumi Urdun ini dengan izin Allah yang bakal berakhir lebih kurang 4 bulan saja lagi.

Hati ini seolah sempit diusik kesayuan dalam kedatangan saya ke Mutah kali ini. Dalam perjalanan kami ke Universiti Mutah, medan perang Mutah kami lalui. Medan yang menyaksikan syahidnya 3 orang sahabat Rasulullah; Zaid Bin Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Bumi Mutah harum dengan bau semerbak darah sang shuhada.

Di Mutah inilah, saya kenali para ustaz dan ustazah yang saya segani satu ketika dahulu. Masih terbayang ketika kami di tahun satu, kami menyanjung tinggi mereka yang belajar di Universiti Mutah terutamanya. Masuk saja ke rumah mereka, rak-rak kitab memenuhi segenap ruang tamu. Sering terdetik di dalam hati, "Subhanallah, hebatnya mereka.." Terasa seperti jauh jaraknya 'iman' kami dan mereka. Dari mereka, kami banyak belajar. Setiap kali bertandang di Mutah juga kami dilayan bukan setakat seperti tetamu, malah seperti adik beradik sedarah sedaging. Saya rindu mereka - Kak Dura, Kak Reha, Kak Aniza, Kak May, Kak Yong, Kak Muna, Kak Ti, Kak Ijan, Kak Midah, Kak Syafa.. (Banyak lagi nama, tapi saya tak boleh ingat recall semua. Kalau bertemu, inshallah masih kenal..)

Meniti hampir 6 tahun, seorang demi seorang meninggalkan kami di Bumi Urdun ini. Mereka pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada tanahair, Malaysia yang tercinta.

Terkini pada hari Jumaat lalu dan hari ini, pulangnya juga 2 orang sahabat dan juga teman sekerja semasa kami sama-sama menjawat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009.

Norhidayah (Yaya) - Mantan Timbalan BPMA MPPM 08/09
Seorang yang 'easy-going'. Dia yang saya kenali, tidak banyak bercakap. Namun, sedap diajak berbual. Perancangannya setelah kembali ke Malaysia, katanya ingin terus melanjutkan pelajaran jika ada rezeki. Semoga dimurahkan rezeki, Yaya!

Muhammad Shahrul Ifwat - Mantan Timbalan Presiden 1 MPPM 08/09
Seorang anak muda yang saya rasa berjiwa cekal dan hebat. Sering kedengaran namanya disebut di Mutah sebagai 'pencinta ilmu'. Walaupun ber'mother-tongue' pekat loghat Terengganu, dan bertutur dengan laju saya kira, namun itu tidak menghalangnya dari sering melemparkan pandangan yang bernas dan mantap dalam mesyuarat dan perbincangan persatuan. Sebelum dia pulang, 2 buah buku berjaya dihasilkan, 'Kafe Idari' dan 'Kembali Mencari Tuhan'. Tahniah. Semoga usaha perjuanganmu menuntut ilmu diberkati dan dipermudahkan.

Melambai seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan bumi Jordan ini membuatkan waktu kami semakin hampir.

Lagu 'Tetamu Dataran Syam' yang berkumandang semalam seolah-olah memuhasabah kehidupan yang saya lalui sepanjang di sini.
5 tahun yang lalu, banyak mana ilmu yang saya mampu kutip? Ilmu perubatan di hospital dan univeristi? Ilmu akhirat? Ukhwah yang tersemai, jauh mana? Duit biasiswa yang diguna, ke manakah? Masa saya di sini, bermanfaatkah?

Kenangkan memori manis, seolah terasa tenggelam dalam kebahagiaan ukhwah, dan selamanya ingin di sini. Namun apabila kenangkan kesusahan hidup sang perantau pencari ilmu, kerinduan yang memuncak kepada keluarga di tanahair, dan tanggungjawab yang ingin ku galas sekembalinya ke Malaysia, lantas hati ini menjerit, "Aku ingin segera pulang!"

Biarlah waktu itu terus berlalu,
Cepatnya ia, jangan kau hitung,
Masa itu akan tiba,
Bumi Urdun ini akan kau tinggalkan.

Pulanglah...
Sertai juang sahabat yang menantimu,
Di tanahair yang menuntut pengorbanan.

Sekiranya roh shuhada itu
masih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!

Sunday, January 24, 2010

Allah knows, Allah knows...

Terasa ringan langkah kakiku,
Ingin berlari
mendampingimu,
Terus mendakap jasadmu erat,
Mengusap air mata yang lebat,
Moga bisa jadi penawar lara mu.

Teman...
Meski berbatu jarak kita terasing,
Doa buat ibumu
Kupanjat nan tiada henti,
Moga dia tenang dalam semadi,
Bertemu cinta hakiki..

Doaku buat dirimu,
Moga tabah menghadapi,
Meyakini satu ketentuan azali,
Yang dicipta Ilahi...

::(3:185)::

::Al-Fatihah buat ibu Hetty Ayuni Sulaiman,
(Almarhumah Puan Junainah, 1954-2010)::

Monday, December 21, 2009

Happy Birthday...

Happy Birthday,
A wish for my bestfriend forever,
Cik Siti Odah...

Believing hear, what you deserve to hear,
Your birthday as my own to me is dear...
But yours gives most,
for mine did only lend
me to the world,
yours gave to me a friend.
~Martial~

~~~~~~~~

"The best way to remember your wife's birthday is to forget it once"

::Tahun lepas ada entri khas untuk Cik Odah. Tapi tahun ni tak sempat nak buat entri sebab oncall EOD (every other day). (Ayat exaggerate~~bajet busy~~) :(::

Monday, December 7, 2009

3 sekawan

Percaya tidak, sang unta, sang anak anjing dan sang buaya boleh berjalan bersaingan di jalan raya, berpapasan meredah hujan lebat?

Mereka kebasahan disiram oleh air-air di tepi jalan, namun memandangkan mereka memang hebat dan cekal, mereka tetap meneruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi.

Kata si anak anjing, "Aku dah basah lencun ni.."
Kata si unta, "Dah kembang badan aku menyerap air.."
Kata si buaya, "Cepatlah jalan, sejuk ni!!"

Akhirnya tiba jua mereka di rumah. Setibanya di sana, mereka bertemu dengan rakan buaya yang lain yang comel. Seekor buaya yang comel itu telah pun enak berehat setelah seharian berjalan juga.

Mereka bersalaman dan terus berehat bersama-sama. "Oh penatnya hari ini. Hujan lebat pula. Harap-harap esok boleh berehat.."

Mereka terus berharap. Namun mereka sedar, esok, mereka perlu sambung bekerja untuk berjasa kepada tuan-tuan mereka.

Kisah ini mengandungi unsur personafikasi kerana merekalah 4 pasang kasut Camel, Hush Puppies, Crocodile dan Crocs yang lencun kebasahan mengharung hujan sepanjang tuan mereka pulang dari hospital siang tadi...


Alhamdulillah ada kasut boleh berjalan mengharung hujan,

Alhamdulillah ada kaki yang masih boleh berpijak,

Kerana...

Ada manusia yang memiliki kasut, namun tak mampu berhujan,

Ada yang memiliki kaki, namun tidak mampu berpijak.

Syukurlah dengan nikmat yang kita miliki hari ini.

Hanya mereka yang telah diuji akan rasa lebih bersyukur dengan nikmat itu. Jika selama ini kita tak pernah sedar bahawa kita miliki kaki yang mampu membawa kita ke mana saja, sekali Allah tarik sebentar nikmat tersebut, -((cedera, terseliuh, patah, luka)) -baru kita rasa, betapa bertuahnya kita miliki sepasang kaki yang sihat itu.

::Simpati pada sahabat kami, Syuk yang cedera kakinya dan dikenakan 4 jahitan di luka tersebut. Salamtik. Semoga cepat sembuh :)::

::Bila bual-bual sambil berjalan tadi, kami terfikir, kenapa mesti guna nama binatang untuk dijadikan 'brand' ya..::

Sunday, November 8, 2009

Sesungguhnya engkau tahu...

Siapa rajin, kliklah 'play' pada kolum 'Let's listen' di bahagian bawah kiri blog ini...

Ada sebuah lagu 'best' yang saya kira bisa menggetarkan hati mereka yang menghayati nilai sebuah persaudaraan, persahabatan, dan perhubungan...



Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela





( 8:63 ) Dan Dia (Allah) lah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allahlah yang telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Maha perkasa lagi Maha Bijaksana...


Agak lewat juga saya dapat belajar menikmati harga sebuah ukhwah. Perkataan 'ukhwah' itu memang pernah saya dengar sejak kecil disebut-sebut oleh abah, oleh ustaz, oleh ustazah.. Namun ketika itu saya kira, semua persahabatan adalah ukhwah. By it means, mungkin benar. Tetapi nilainya??

Di KISAS, selalu senior-senior mem'brainwash' kami pelajar junior, "Mana ukhwah adik-adik??" Sampaikan ayat tersebut sudah terlalu sinonim dengan kami dan selalu juga kami ajuk-ajukkan di dalam kelas, di dewan makan, di kantin.. (Hehe, kurang asam betul).. Saya rasa tetap sama.. Semua persahabatan adalah ukhwah...

Namun... apabila saya diperkenalkan dengan usrah semasa di tingkatan 4, saya mula sedar, di mana nilai sebuah ukhwah... Saya tidak silap sebelum ini. Benar persahabatan adalah ukhwah. Tetapi 'nilai' sebuah ukhwah tidaklah dapat dinilai dari persahabatan tersebut.

Ukhwah tidak bernilai jika tiada kasih sayang, ukhwah tiada nilai jika tiada rasa susah bila melihat sahabat kita susah, ukhwah jadi lesu jika tiada 'nasihat-menasihati' dalam persahabatan, DAN.. ukhwah mungkin tiada makna, jika tiada janji antara mereka untuk sama-sama hidup dalam Islam dengan doa untuk bertemu di syurga.

Saya akui, sayang sahabat seusrah itu lebih kerana kami berkawan disebabkan kami punyai 'janji yang luar biasa'. Bukan setakat janji, "Jom makan di kantin..", atau, "Nak pergi kelas nanti tunggu eh.." Hakikatnya lebih dari itu. Kakak naqibah ketika itu, berjaya menyedarkan kami, erti dan nilai sebuah ukhwah.Setiap kali selepas tamat usrah, kami sentiasa menanti untuk bertemu pada usrah yang akan datang. Memang benarlah, usrah sebenarnya bermula selepas tasbih kafarah dan surah al-asr yang acap kali kita lafazkan pada hujung waktu pertemuan.

Kasih sayang yang telah dipupuk di dalam usrah, kami bawakan ke luar supaya kasih sayang itu bercambah bukan setakat ahli-ahli usrah kami saja ketika itu. Alhamdulillah biah solehah di KISAS memang sangat-sangat membantu kami mengekalkan ukhwah itu walaupun bukan dengan ahli usrah saja. (Rindu betul kawan-kawan di KISAS...T_T)

Kepada mereka yang pernah dan sedang merasai nikmatnya ukhwah itu, berdoalah agar ia berkekalan sehingga ke akhirnya. Kepada yang masih mencari, dampingilah sahabat-sahabiah yang soleh dan solehah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan jalan kita menemui nilai ukhwah dan syurga yang dicari.. Insyallah...:)

Abu Hurairah r.a. berkata ; bersabda Nabi s.a.w. ; "Ada seorang lelaki menziarahi temannya di sebuah kampung yang lain, maka Allah mengutuskan seorang Malaikat (dengan berupa manusia) menahanya di tengah jalan dan ketika bertemu, Malaikat itu bertanya ; Engkau hendak ke mana? Jawabnya ; Aku hendak bertemu saudaraku di kampung ini. Maka ditanya ; Adakah dia ada berbudi kepadamu hingga kamu terhutang budi padanya? Jawabnya ; Tidak, (tiada sebab lain) melainkan sesungguhnya aku mengasihinya semata-mata kerana Allah. Berkata Malaikat itu ; Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, (untuk menyampaikan) bahawa Allah sesungguhnya mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu keranaNya (Allah)" - HR Imam Muslim

Monday, November 2, 2009

Hari bermotivasi...

Pagi ini saya rasa sedikit bermotivasi. Kiriman SMS dari Kak Yati (JUST batch 2002) yang kini sedang menghitung hari untuk memulakan dunia HO nya menjadi sumber kekuatan untuk saya meneruskan hari ini dan esok-esoknya dengan lebih ceria...

Panjang mesejnya..Saya ingin kongsikannya dengan rakan-rakan lain agar semua turut termotivasi juga...:)

1. Jangan tension-tension.


2. Hayatilah saat-saat belajar Peds, O&G and Medicine. Nanti jangan terkenang-kenang.

3. Doa banyak-banyak.

4. Doa untuk kawan-kawan.

5. Hargai benda yang kita lalui hari ini walaupun pahit kerana yang pahit itulah akan kita jadikan sempadan.

6. Jangan mengeluh dengan hidup.

7. Istighfar dan zikir banyak-banyak..

8. Dapatkan talian aduan 24 jam dengan segera. :)


Suntuk untuk dibazirkan...

Itulah yang saya rasakan kini. Jangan terlalu berharap agar detik itu berputar dengan derasnya. Kelak kita kan cukup terasa dengan pemergiannya..

::Esok on-call lagi.. Nak mengeluh?? Ingat Kak Yati pesan, "Jangan mengeluh, hargai benda yang kita lalui..."::



Saturday, July 4, 2009

Cerita yang bukan kosong


Lokasi : Taman Safari

Sekumpulan anak-anak singa sedang bermain yang terdiri daripada abang-abang dan adik-adik.. Ibu bapa singa tinggal jauh di Hutan Amazon sana.

Sedang mereka asyik bermain, datanglah sekumpulan manusia, datang menghampiri mereka. Berklik-klik kelihatan 'flash' kamera dihalakan ke arah mereka.

Adik-adik singa mula takut dan bimbang kalau-kalau manusia tersebut akan menghampiri mereka yang comel ala-ala anak kucing itu.

Abang singa yang menyedari ketakutan si adik-adik singa mula mengaum. Walaupun ngauman abang singa ada yang gagah, ada yang macam tersekat-sekat seperti sesak nafas, namun ia cukup membuatkan si manusia teruja dengan ngauman abang singa tersebut dan langsung melupakan niat untuk menghampiri adik-adik singa. Abang-abang singa terus mengaum dan membuat aksi sarkas menarik perhatian manusia sambil adik-adik singa menyorok di belakang abang-abang singa berharap agar manusia itu tidak sedar akan kehadiran mereka.

Akhirnya, KLIK.
Lampu sarkas dinyalakan.
Dan adik-beradik singa terus dimasukkan semula ke dalam sangkar untuk tidur dan berehat.
Mereka menarik nafas lega...

"Terima kasih abang-abang singa."

Daripada adik-adik singa yang tidak pandai mengaum seperti abang-abang singa...

Friday, June 5, 2009

Suka duka sepanjang tahun 5...

Semalam (4 Jun 2009), dengan berakhirnya peperiksaan subjek terakhir maka secara rasminya, tamatlah pengajian kami di tahun 5. Banyak suka duka dikongsi bersama dengan ahli sekumpulan. Mereka banyak membantu kami tidak kira dalam apa cara sekalipun. Kumpulan saya terdiri daripada 24 orang : 3 Malaysians, 3 Syrians, 2 Iraqis, 3 Palestinians and the rest are Jordanians.

Bacalah entry ala-ala 'flashback' di bawah sebagai coretan kenangan apa yang kami lalui sepanjang lebih kurang 8 bulan bergelar pelajar perubatan tahun 5 di JUST.

R1 : Obstetrics and Gynecology (Nisaiyah) - 2 bulan
Lega atau tidak? Saya sendiri tidak pasti apakah kami beruntung kerana kumpulan kami bermula dengan subjek major selama 2 bulan ataukah kami bakal 'asphyxiated' di akhir rotation dan peperiksaan final kerana terpaksa 'cover' semula subjek major yang telah ditinggal 6 bulan yang lalu?? Saya hanya berserah dan tawakal...


Hari pertama O&G saya telah ponteng, bukan ponteng sebenarnya. Cuma tidak hadir bersebab. Flight yang kami naiki dari Malaysia delay di Abu Dhabi yang membuatkan kami tiba lewat dari yang sepatutnya. Ketika ini saya berfikir kami bernasib baik kerana diletakkan dalam kumpulan subjek major. Berbanding dengan rakan-rakan yang diletakkan dalam group subjek minor, di mana 1 hari tidak datang, 10% dari markah kehadiran akan ditolak. Dan subjek tersebut pula hanya 2 minggu. Jadi 1 hari tidak hadir, ibaratnya banyaknya ilmu yang terlepas..

Hari kedua O&G bersama Dr. Ilyas Sana3.
Beliau berjaya mengesan bahawa kami pelajar Malaysia seramai 3 orang dalam kumpulan besar seramai 90+ lebih itu tidak hadir semalamnya. Setelah bersoal jawab sedikit mengenai hal itu, belaiu akhirnya berkata,
”Kalau kamu lebih mengambil berat, mesti kamu akan rela ambil tiket seminggu awal dari tarikh mula kelas. So that, tiada alasan flight delay dan sebagainya..”

Dalam hati saya, ” Aduh, kami balik setahun sekali doktor. Sebulan je pulak tu. Takpelah, benda dah berlaku. Jangan buat lagi je laa.. (Ni nasihat kepada para junior-junior juga. Janganlah bercita-cita untuk ponteng, skip kelas dan buat hal dan sebagainya.)

Pengalaman baru, kami didedahkan dengan pengalaman di bilik bersalin dan dewan bedah. Menarik dan mendebarkan...

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Mini-Osce (Writing)

R2 : Psychiatry (Tibb Nafs) – 1 bulan
Lambat sedikit saya bermula untuk ’catch-up’ dan memupuk minat pada subjek ini. Mungkin kerana kurang berminat agaknya. Tambahan pula, cara mengambil history dan penggunaan bahasa arab yang perlu meluas membuatkan kami sedikit lambat pada mulanya. Banyak perkataan baru yang perlu dipelajari bagi memudahkan komunikasi dengan pesakit. Maklumlah kita bercakap dengan orang yang kurang sihat mentalnya. Maka mereka perlu dilayan dengan baik. Kerana jika silap langkah, kita pula akan ditengking. Akhirnya saya semakin dapat menghayati makna ’indahnya hidup secara waras’ setelah melihat pelbagai kes psikiatri yang adakalanya mendebarkan, adakalanya lucu juga, dan most of the time, kasihan melihat pesakit-pesakit tersebut. Sudahlah sakit, ramai pula yang menyisih.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan mini OSCE (writing)

R3: Family Medicine (Tibb Usrah) – 1 bulan
Banyak pengalaman baru dengan doctor-doktor yang baik semuanya. Cabang subjek ini besar, semua ceruk dunia perubatan perlu diambil peduli. Saya rasa saya pernah mengulas tentang subjek ini dalam entri-entri sebelum ini.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Oral.

R4: Dermatology (Jildiah)
Bermulalah rotation minor kami. Peperiksaan setiap 2 minggu bermula. Saya sangat takut dengan seminar dalam rotation Derma ini. Ada simptom-simptom ’phobia’ seperti ’sweating, tachycardia, try to avoid the situation’. Eheh. Bila difikir semula, apalah yang nak ditakutkan sebenarnya. Semua orang akan disoal cuma yang bezanya susah senang soalan itu saja.

Dulu sebelum mula tahun 1, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang dermatologist. Namun setelah tamat rotation ini, saya nak tukarlah!

Bentuk peperiksaan : Writing

R5 : Ophtalmology (3uyun)
Rotation ini juga sukar saya rasakan pada mulanya. Hanya sebiji mata, namun detilnya.. Allah yang tahu. Subjek ini menarik, namun satu perkara yang saya rasa mengapa ia unik, doktor mata perlu mahir mengendalikan banyak peralatan perubatan seperti ophtalmoscope, Slit lamp, Ultra sound mata dll. Saya kurang berminat dengan machine-machine ini. Tapi mungkin juga satu hari nanti saya boleh bergelar doktor mata?..kerana saya menyedari betapa pentinya 2 biji organ penglihatan ini. Tanpa spek mata, saya tidak boleh menonton tv dan menaip di komputer dengan selesa. Tanpa ’contact lense’, saya tidak bisa melihat LCD di hadapan dewan kuliah. Oh mata...

Bentuk peperiksaan : Writing

R6 : Ear. Nose and Throat (Udzun, Anf, Wa hanjarah)
Rotation yang ‘relax’. Materialnya ringan, tetapi peperiksaan finalnya ’ boleh tahan’. Banyak kali juga saya termangu di depan skrin komputer kerana cuba me’recall’ apa yang doktor terangkan di dalam lecture hall. Dalam rotation ini, saya belajar menggunakan teknik yang betul untuk melakukan pemeriksaan ke atas hidung, telinga dan tekak. 3 deria – 1 doktor. Simptom yang kerap ditemui di klinik ; hilang pendengaran, nafas berbunyi (stridor), jangkitan telinga, dan lain-lain.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Oral.

R7 : Neurology and Neurosurgery
This is the best and I love the most! Meskipun mendebarkan apabila tiba round bersama Dr. Ali Rifaie, namun ia berbaloi. Aha. Bila exam, material Dr. Ali tidak perlu lagi diulang banyak kali kerana sememangnya telah hadam sehadamnya malam sebelum seminar dengannya. Saya minat dengan kejadian otak yang diciptakan Allah SWT. Kerana organ yang hanya seberat 1300gram ini (dewasa), ia berfungsi untuk mengawal fungsi seluruh badan – pergerakan, penglihatan, pendengaran, semuanya! Subhanallah.

Belajar tentang ’Localization’ mengingatkan saya seperti bermain chess. Dalam permainan chess, untuk setiap pergerakan buah yang dibuat, kita perlu fikirkan kesannya untuk 2-3 step yang akan datang dan kadangkala membuat kita berfikir, apa step yang kita telah salah lakukan sehingga kita di’check’. Dalam tajuk localization ini juga seperti itu. Kerana sebahagian anggota tidak dapat bergerak, maka doktor perlu berfikir di ’tract’ manakah nerve rosak atau terpotong. Di muscle ke, di spinal cord ke, di otak tu sendiri. Contoh lain, kalau pesakit stroke datang sekian-sekian, kalau dia tidak boleh bercakap, mana bahagian otak yang defect? Kalau sebelah badan tidak boleh bergerak, di mana pula? Kalau tiba-tiba dia buta, di mana? Seronok main teka-teka! Tapi depan Dr Ali jangan la teka sebarangan. Mesti akan rasa sangat b***h kalau teka yang bukan-bukan. Haha.

Bentuk peperiksaan : Writing


Erb's palsy - Presentation : Waiter's tip (Lihat tangan kiri budak comel ini. kesian kan. Spinal Root c5-c7)

R8 : Forensic Medicine
Pengalaman baru, bertentang mata dengan mayat. Uish, tentang mata ye x.. Beraninya.. Lepas tu sibuk complain hilang selera makan, dan dok terbayang-bayang. Yang seronok dalam rotation ini pun sebab main teka-teka juga. Teka dengan ilmu lah tapinya.. Kalau dia mati ada pendarahan di mata kenapa? Kalau mati dan dijumpai dah kembung dan lidah terkeluar, mayat tu dah berapa hari? Kalau mati ditembak, lukanya begini, begini, senjata apa yang diguna, siapa yang boleh jadi suspek? Menarik kan... Rasa macam CsI..

Bentuk peperiksaan : Writing & Essay

R9 : Orthopedics
Minor rotation yang saya sangat minat selepas Neuro! Seminar pun setiap hari perlu bersedia kerana seorang demi seorang akan ditanya tapi kurang mendebarkan kerana doktor-doktornya yang cool. Mula belajar baca x-ray tulang – susah juga nak detect fracture yang kecil2. Doktor biasanya dari jauh dah boleh diagnose. Yang kita ni, terkulat-kulat tengok x ray – mencari di mana deformitynya.

Bentuk peperiksaan : Oral

R10 : Anesthesia
Saya telah pun menulis banyak tentang round anest sebelum ini. Pengalaman baru dan menarik. Nasihat untuk junior bakal naik ke tahun 5, gunalah masa sebaiknya dalam round ini untuk belajar cannulation, injection dan intubation jika berpeluang. Jangan berat mulut untuk bertanya. Semua doktor baik-baik belaka.

Bentuk peperiksaan : Oral.

R11 : Radiology
Untuk rotation ini saya memerlukan bekalan gula-gula Halls setiap hari kerana dalam round ini kami tidak bergerak, makanya selalu juga mengantuk yang amat jika di tengah-tengah hari. Kami hanya menonton slide xray, ct, MRI, mammo setiap hari. Mata kena celik, kalau tidak pasti boleh tidur dengan nyenyak dalam seminar.

Bentuk peperiksaan : Writing

****

Tamat catatan kenangan sepanjang tahun 5. Keputusan belum lagi dikeluarkan. Dan di waktu inilah setelah segala usaha kita buat sebelum ini, kita perlu berdoa dan bertawakal sepenuhnya. Semoga kejayaan milik kita.

Special appreciation for Group A2 members : Fadi, Saad, Omar shbeib, Omar Toma, Omar Maghayreh, Ali Alainachi, Khaled Nabel, Ghassan Sweiti, Basem, Rashed, Murad, Albarra, Mus’ab, Bilal, Rubin, Ali Jawa3deh, Liza, Shoruq, Sundus, Rima, Tiq, Kel n Me – Thanks for helping us throughout this year. I enjoyed being in this group even though the boys are always naughty! I wish you all success here and after. I will never forget all the memories. (T_T)


~~A2 : Tidak semua ada~~

::Apabila sudah tamat belajar nanti, pasti inilah suasana yang dirindui::

Monday, April 13, 2009

A reminder

Friends are 'gift'

To be the best is to understand what peoples feel.
Not 'people', but 'peoples'.

But to understand people, we sometimes hurt.
However,
Being hurt is some what a pleasure,
Just by knowing,
There is a so called 'reminder' from the One.
Hurt or being hurt,
'Life' - as it is
Sharing is caring,
And caring is giving.

Saturday, February 21, 2009

Dewasa...

Malam yang lampau dingin menyukarkan saya untuk lelap. Hendak dikacau orang Dublin sana, mungkin dia juga telah lama mengulit mimpi. Buku cuba diselak, namun sukar dirasakan untuk mencapai tahap fokus memandangkan buku yang saya selak adalah rotation yag belum lagi bermula.

Saya menyelak langsir melihat titisan hujan berteritipan turun membelah kesunyian dan hening malam ini.

Entah jam berapa mata ini bisa lelap, saya mencapai laptop dan melawat dari satu ke satu blog rakan-rakan.

Teryata ia membuat kenangan lama kembali terimbau. Tahun 2010 yang bakal mejelang, dengan izin Allah pastinya akan menyaksikan sebahagian besar dari kami bakal pulang sebagai graduan. Memang ramai juga rakan-rakan yang telah pun tamat pengajian ijazah mereka seperti Syahidah (Uniten). Tahniah diucapkan. Namun bagi mereka yang bakal bergelar doktor, kebanyakan dari kami akan tamat pada tahun 2010 dan 2011 nanti. Baik yang di dalam negara, mahupun di luar negara.

Kelas 5 Sains 6 (SPM 2003)
Daripada 25 orang keluaran 5 Sains 6, saya anggarkan 75% daripada kami bakal bergelar doktor.
Dari Jordan : Saya, Shaima dan Hetty.
Dari Mesir : Sy. Aisyah dan Rai
Dari Russia : Amnah, Amie, Ainul dan Sab.
Dari Ireland : Odah, Hanan.
Twinning IMU :Zark, Zarin, Diyanah
Dari UM : Nafisah, Nenny, Azira, Aminah

Yang bukan mengambil jurusan perubatan : Saadi, Naem, Ayu, Aisyah Mas, Izzah, Marhamah, Hamizah.



Semuanya saya rasakan telah dewasa dan mempunyai haluan masing-masing. Teringat dahulu kami sama-sama belajar sekelas, sama-sama didenda berjalan di balkoni dari kelas kami sehingga ke hujung kelas 501 (putera) semasa kelas Teacher Syah kerana mengantuk dan pasif, sama-sama membaca yasin di dalam kelas setiap malam jumaat menjelang peperiksaan, sama-sama 'terasa' apabila 'diperli' Ust Sheikh :p, sama-sama bangga bila kelas kita jadi juara kebersihan hampir setiap minggu. Semua dikongsi bersama-sama. Biasanya ketua kelas (Amnah) akan mula bising sekiranya kelas kami mula berserabut. Itulah rahsia kejuaraan kami. Betul tak semua??

Malam-malam begini, tiba-tiba rasa rindu kepada mereka semua kembali menyapa. Saya menanti saat untuk semua berkumpul kembali. Waktu itu, mungkin kami telah bergelar aunty-aunty untuk si comel Puan Marhamah yang bakal lahir dan mungkin dari Puan Saadi juga? (hehe..)

Tidak lupa juga rakan-rakan 4 Sains 5,
Masih saya ingat, kelas tersebut merupakan satu-satunya kelas puteri di blok tersebut. Bayangkan 4 kelas lainnya di tingkat tersebut merupakan kelas sains putera. Maka tandas dan tangga bersebelahan kelas kami menjadi milik kami sepenuhnya. Memang kami memandang jengkel pada putera yang curi-curi lalu di situ. (Haha, memang terseksalah mereka terutamanya kelas sebelah kami 404, yang terpaksa mengambil jalan jauh untuk turun tangga).
Kelas 405 juga sering mendapat teguran dan 'tazkirah percuma' apabila ada suara kami yang kedengaran ke sebelah. (Senyum sendiri apabila teringat kembali memori-memori itu)

Saya tumpang berbangga melihat ramai rakan-rakan yang kini menjadi pimpinan persatuan baik di dalam dan luar negara. Dari hasil tarbiah dari bumi waqafan itu dan juga istiqamah yang diamalkan, semoga kita semua bakal menjadi pemimpin yang dinantikan agama.

Thursday, January 15, 2009

15 Januari 2008...

Meraikan birthday Hetty kecil-kecilan semasa berbuka puasa petang tadi...









When you are young, life leaves you no choice,
Do this, do that,
No room for a little voice,
When all you want to do is play and just have fun,
Ride your bike, roller skate and be free to run,
With no concerns for what's, when's, who's and why's,
Then you go from a girl to a woman before your own eyes,
Life gives you lesson to learn as you grow,
Room for mistakes and time to show what you know,
Just be patient because thing will soon go your way,
Enjoy your life and have a HAPPY BIRTHDAY!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah telah menemukan syahid utk Sh. Said Siam, Menteri Dalaman Pimpinan Hamas.

One of Hamas's senior leaders has been killed in an Israeli air raid in Gaza, al-Quds television has reported.

Said Siam, who was the interior minister in Hamas’s government, was killed along with one of his sons and a brother in an air raid in Jabalya refugee camp on Thursday.

"Leader Said Siam, his son [Mohammed] and his brother fell as martyrs in Gaza," al-Quds, a Hamas TV station based in Beirut, reported.

Hamas officials confirmed the three died in an Israeli air attack on a house rented by Siam's brother.



Teman setia yang turut membaca al-Jazeera...

Sunday, December 21, 2008

Si embun


Entry hari ini khas ditujukan buat seorang sahabat yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati yang menyambut hari kelahirannya hari ini.

Selamat Hari Lahir Buat 'Siti Embun' (Siti Noorsaadah bt Md. Sarip) a.k.a Odah/Adah. ~~Banyaknya nama gelaran dia~

Saya mula mengenalinya sejak tingkatan 4 di KISAS. Berasal dari Negeri 9. Sering kedengaran loghat negerinya ketika bersembang dengan rakan senegeri. Kami berada dalam kelas yang sama, 405 dan 506. Pada mulanya kami hanya bertegur sapa biasa. Saya melihatnya sebagai seorang pelajar yang sangat sopan dan pintar (mana taknya, dia berjaya meletakkan dirinya di tempat pertama di kalangan puteri KISAS dalam peeriksaan akhir tingkatan 4). Saya mengagumi tulisan tangannya yang tak ubah seperti tulisan komputer. Baik jawi mahupun rumi. (Boleh tengok kalau tak percaya)

Kemudian kami mula rapat semasa di tingkatan 5. Tugas-tugas sebagai ketua pelajar (KP) yang banyak menghubungkan kami. Saya sangat senang berkawan dengannya kerana dia 'easy-going' atau pun lebih senang disebut 'macam takde perasaan'. Tetapi kadang-kala ada juga masa dia merajuk dan 'moody'. Normal lah tu.

Semasa di Pusat Asasi Sains UM, yang lebih manisnya, kami ditakdirkan dapat duduk sebilik bersama 2 orang rakan yang lain. Masa kerap dihabiskan bersama. Buli-membuli menjadi adat kebiasaan. Namun biasanya dia yang menjadi mangsa. :D Keluar saja dari surau, saya suka menyorokkan seliparnya. Nanti akan kelihatan dia kepeningan dan ke'blur'an mencari selipar yang hilang. (Jangan marah cik. Gurau senda mengeratkan ukhwah)

Semasa kami sama-sama mengisi borang JPA, dia membuat keputusan untuk memilih Perubatan Mesir. Manakala saya pula memilih Perubatan 'Twinning-Program'. Alasan saya, saya tak mahu berlama-lamaan di luar negara. 2 atau 3 tahun cukuplah. Saya juga sangat bercita-cita untuk belajar di Royal College of Surgeon Ireland (RCSI). Dia pula ingin ke Mesir kerana dia tahu di bumi ardul-kinanah itu biah solehahnya terpelihara di samping ingin memantapkan kemahiran berbahasa arabnya yang sememangnya telah hebat ketika itu. Memandangkan uminya seorang ustazah, maka dia juga mahu menjadi seorang 'protazah'(profesional ustazah). Ye ke odah?? :D

Setelah tawaran dikeluarkan, dia akhirnya mendapat 'Twinning-Program' yang memungkinnya ke Ireland, dan saya ketika itu masih menanti. Seingat saya dia sedikit kecewa kerana tidak dapat ke Mesir. Ada juga uminya bertanyakan kepada JPA tentang proses penukaran. Namun menurut umi, dia mungkin hanya akan dapat ke Jordan sekiranya proses penukaran diterima. Saya yang ketika itu masih belum mendapat tawaran, menasihati dia agar menerima tawaran ke Ireland tersebut. Kata saya, "Yang ke Ireland, dah tentu-tentu university di Ireland tu well-known and well-established. Yang kat Jordan ni, tak pernah pun dengar lagi produk yang mereka keluarkan."
Wah, sungguh bijak saya berkata-kata. Akhirnya takdir Allah juga yang meletakkan saya di Jordan. If there is one thing I could regret of, here it was the situation (by asking her not to change to Middle East Program (Mesir/Jordan). But supposed we believed in 'qada and qadar' and should regret nothing.

Dan bermulalah hidup kami yang berjauhan. Dia di Kolej Sunway dan saya di INTEC, Shah Alam dan seterusnya saya terbang ke Jordan dan dia ke Ireland (Uni. College of Dublin). Walaupun zahirnya memang kami berjauhan tetapi boleh dikatakan setiap malam kami akan 'chatting' bersama. Distance may separate us but not our heart.


(Sorry odah, tak sempat nak hantar kad. So terimalah hasil kerja tangan yang comot ni.)

Tika Itu (Unic)

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Jadi sempena hari lahirnya yang ke 22 ni, saya ingin terus mendoakan agar dia sejahtera dalam rahmat dan maghfirah Allah, dikurniakan kejayaan dan tidak lupa juga, semoga cepat naik pelamin. Biiznillah, insyallah...

Monday, December 15, 2008

Hari Bahagia Zayyani



Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


Bagi pihak warga kerja Majlis Walimah ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan sebatch (MEP4), Batch MEP5, dan semua ahli PERMAI yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pernikahan di Bayt Yara dan Kenduri di Dewan Al-Farabi. Jazakumullah khairan.