Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Post-Raya Entri

Tahun ini merupakan tahun kedua saya beraya di Malaysia selepas lama bermukim di bumi Jordan. Tahun lepas Syawal disambut ketika saya menjalankan praktikal di Malaysia. Manakala tahun ini Syawal disambut selepas saya pulang 'for good' ke tanahair ini. Alhamdulillah, dipanjangkan usia sehingga ke tahun ini dan diberi peluan meraikan Syawal bersama mereka yang tersayang.

Raya tetap raya. Bukan persiapan rumah kami saja dititikberatkan, malah rumah atok di KKB juga. Dinding kayu dibersihkan kotorannya. Kusyen diganti. Sofa dan cermin tingkap dilap. Pendek kata, selagi belum raya, kerja tidak kan berhenti. Penat memang penat, tapi demi kepuasan bersama dan nenda tersayang, apa lah salahnya berpenat sekejap.

Raya pertama...
Kami sekeluarga menunaikan solat raya di Masjid Rasa. Khutbah yang disampaikan memberi peringatan untuk diri yang lagha ini. Memetik teks khutbah yang dibacakan, "Ramadhan mendidik manusia untuk bersabar, menghindar sifat kebinatangan dalam diri seperti kuat makan, kuat tidur dan berhibur.." Terzasss telinga pedih terasa. Astaghfirullah al-azim...

Kemudian kami pulang ke rumah di Rasa untuk bersiap berpakaian raya dan bermaafan bersama keluarga nukleusku. Tahun ini, dengar lagu raya pun tidak rasa apa-apa, kerana diri tidak lagi berjauhan. Jika dahulu, paling sedih mendengar lagu Aman Shah, Kepulangan yang dinanti. Tahun ini tiada apa-apa perasaan. Huhu. Cuma teringat kawan-kawan dan adik-adik di Jordan, juga kenangan beraya di sana. Mana mungkin bisa dilupakan...

Dah siap bermaafan bersama keluarga, kami terus ke kubur menziarahi pusara Tok-Ki (ayah kepada ibu) dan almarhum saudara-mara lain di Tanah perkuburan Kuala Kubu Road. Selepas itu kami pun terus menuju ke rumah atok di KKB.

Ramai sanak saudara telah tiba. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Imam a.k.a abah. Kemudian sesi bermaaf-maafan, tazkirah dan penyampaian berita-berita hot.(Hehe). Berita hot kali ini disampaikan oleh PakNgah yang mengumumkan majlis risik dan pertunangan Uun (sepupu) pada 6 Syawal (semalam).

Kemudian kita ke sesi 'memenuhkan perut', 'mengutip angpow' dan bergambar. Collection pada tahun ini tidaklah terlalu membanggakan. Biasa-biasa saja. Saya pun tidaklah terlalu mengharap. Ada rezeki, ada, alhamdulillah. Takde pun, tidak mengapa. Dah orang tak nak bagi.. Isk isk..

Pulang ke rumah selepas solat Jumaat, bersiap sedia menerima kunjungan orang jauh pula. Kepada orang yang jauh itu, terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak kami..:)

Malamnya, seperti biasa adik beradik ibu akan berkunjung ke rumah. Penuh, riuh, meriah..
Kemudian mari beraya ke rumah Pak Usu. Kami dihidangkan mi hailam.

Habis Hari Raya Pertama. Penat tapi puas...
Raya kedua, kami bersiap-siap untuk pulang ke Johor (kampung abah). Sebelum itu sempat singgah beraya di rumah jiran sebelah. Perjalanan ke kampung yang jauh tidaklah menyeronokkan memandangkan perjalanan trafik yang perlahan dan ramai orang di kawasan R&R. Tak larat tengok orang ramai. Kalau lah boleh naik flite saja, kan senang. Tapi membazir saja. Bukannya flite mendarat depan rumah. Sudahnya naik kereta menempuh jammed dan orang ramai juga.

Destinasi pertama di Johor, kami ke Simpang Renggam. (Rumah ayah abah). Semua pakcik dan makcik ada di sana. Memang meriah! Malam raya pertama, saya menuntut ilmu dengan Cik Amat. Ilmu perubatan alternatif. Menarik. Cik Amat memang pandai mengubat orang menggunakan ayat-ayat Quran. Namun, bukan mudah. Kata beliau, ilmu ini perlu berguru. perlu dipraktik. Saya belajar yang mudah-mudah dahulu. Inshallah untuk diamalkan diri sendiri dan orang lain jika diperlukan.

Keesokan harinya kami ke Pontian (rumah pakcik abah). Adik beradik ibu turut datang menziarahi atok di Pontian. Sebelum pulang ke Rasa pada hari raya keempat, kami sempat singgah di Jelotong dan Bukit Batu menziarahi saudara mara di sana.

Raya kelima...
Berjalan-jalan menziarahi kawan-kawan sekolah rendah dan menengah. Kebanyakan mereka telah bekerja. Ada yang telah berkahwin dan punyai anak. Seronok!

Hmm, cerita raya memang takkan habis, selagi belum habis 30 Syawal.
“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.”(Riwayat Muslim)
Owh, puasa 6 hari jangan dilupakan. Ganjaran seperti berpuasa seumur hidup tu..Kenapa nak menolak tawaran yang Allah 'offer'??

Dan terkini.. masih menghitung hari untuk beberapa perkara penting.
1. Kerja. Bila KKM nak panggil induksi..(Semangat nak kerja. Dah kerja nanti nak cuti pula!)
2. Panggilan haji. Inshallah semoga impian untuk jadi tetamuNya pada tahun ini termakbul. Cuma sedang menunggu tarikh berlepas saja sekarang ini. Maka kita postponed dulu kerja. Yiehaaa!
3. .... zzzzzzz...

Last but not least, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan terutamanya yang berada jauh di mata namun dekat di hati - kawan-kawan dan adik-adik di Jordan. Dengan ucapan, saya mohon maaf untuk setiap kekurangan diri ini jua tanggungjawab yang tak terlaksanakan. Saya rindu Jordan!! T__T

Monday, August 30, 2010

We went to London, Paris and Costa Del Sol

Pernah dengar lagu 'Awaken' nyanyian Maher Zain? Ini antara liriknya..

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied..

Lagu 'Awaken' ditulis untuk menyedarkan umat yang kian leka. Sibuk menguruskan aktiviti dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masalah dan kepentingan orang lain. Sibuk dengan kemajuan di tempat sendiri dan menyalahkan orang lain apabila berlaku masalah di tempat lain.

Apa yang menarik dalam lagu ini juga, ada disebut, "We went to London, Paris and Costa Del Sol.."
Masa mula-mula dengar, saya tak dapat 'catch-up' apa yang disebut oleh penyanyi akan perkataan terakhir dan ayat lagu tersebut.. Sehinggalah saya tiba di Costa Del Sol, Spain pada bulan Julai yang lalu.

Rupa-rupanya, Maher Zain menyebut 'Costa Del Sol'.

Untuk mereka yang tidak pernah dengar tentang Costa Del Sol, ini sedikit info tentang Costa Del Sol,



Ia merupakan kawasan pesisiran pantai yang terletak di selatan Sepanyol. Bandar-bandar yang dikategorikan dalam kawasan ini adalah seperti Málaga, Torremolinos, Benalmádena, Fuengirola, Mijas, Marbella, San Pedro de Alcántara, Estepona, Manilva, Vélez-Málaga, Rincon de la Victoria, Nerja, Torrox, Sotogrande, San Roque and La Línea de la Concepción.

Apa yang menarik di sini?
Kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong kerana keadaan pantainya yang memang cantik dan luas.

Saya sempat berada di Torremolinos (satu daripada bandar-bandar Costa Del Sol) selama 1 malam sebelum bertolak ke Gibraltar keesokan harinya. Kami meraikan kemenangan Spain di separuh akhir Piala Dunia malam itu. Riuh. Jalan raya yang pada mulanya sunyi menjadi hingar bingar dengan bunyi hon dan sorakan penyokong-penyokong Spain. Kami pulang ke hotel dengan segera pada malam itu kerana bimbang terserempak dengan mereka mabuk dan kurang waras akibat meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka itu.


Penulis bersama rakan-rakan di hadapan hotel, Aguamarina, Torremolinos.



Pantainya memang cantik. Tetapi gambar close-up di tepi pantai tidaklah dapat disertakan di sini memandangkan ia begitu 'censored' untuk ditampilkan pada khalayak. Maklumlah pantai-pantai yang dipenuhi 'minah dan mat saleh'. Walaupun begitu, tidak rugi anda berkunjung ke sini untuk menikmati panorama yang sungguh indah... Sudah lama tidak merasakan tiupan angin pantai, rindu itu terubat apabila berkesempatan ke pantai Torremolinos suatu ketika dahulu...


::Costa Del Sol sudah sampai, tapi Paris dan London belum lagi. Bila agaknya...::

Friday, July 16, 2010

Ilalliqa' : 2

Seorang demi seorang meninggalkan bumi Jordan. Permukiman ini hampir tamat.
Berat untuk meninggalkan, namun terpaksa melangkah.

Bermula dengan Shukriyah yang pulang pada 12 Julai yang lalu, dan rakan serumah, Qilah yang pulang semalam, terasa semakin sayu pula. Giliran kami hampir tiba...

Inshallah kami akan pulang pada 23hb Julai 2010. Semoga semua urusan dipermudahkan. Ke Malaysia kami kembali, namun Jordan tetap di hati!

::Hatiku tertinggal di bumi ini...::

Saturday, June 19, 2010

Ilalliqa' : 1

Irbid semakin sunyi. Penghuninya semakin ramai berlepas pulang ke kampung halaman, pergi bercuti, menunaikan umrah dan sebagainya. Tinggal juga kami yang belum ke mana-mana setakat ini. Akan datang INSHALLAH.

Sesi mengemas yang pertama selesai.
3 kotak penuh berisi kertas-kertas dan nota-nota dibuang selepas disaring. Harap-harap ada 'pakcik recycle' kutip. Semalam letak, pagi ini dah hilang. Ada juga nota yang tidak boleh dibuang, kita bakarkan ia. Selesai juga pagi tadi.

Sesi mengemas yang kedua akan bermula sebaik saja kotak kargo diterima. Buku-buku dan kitab-kitab agama juga akan disaring, mana yang diperlukan akan dibawa pulang, mana yang tidak, akan diberikan saja kepada junior-junior yang memerlukan.

Apabila membongkar semula barang-barang lama, banyaklah terjumpa khazanah-khazanah sepanjang 6 tahun hidup di sini. Antaranya kad-kad raya, kad-kad hari lahir. Dan pengirim kad terbanyak dan ter'setia' adalah Cikodah!! Terima kasih Cikodah.. Baik dari Dublin mahupun dari Malaysia, Odah tetap mengirim. Namun sejak menjadi pelajar klinikal yang berjaya dan tunangan orang, tak kirim ponnn.. :p .
Lagi pula sekarang ini orang lebih memilih untuk mengucapkan selamat dan sebagainya menggunakan FB dan emel. Semakin kurang populariti posmen..Koleksi pun makin kurang saban tahun.



Kad-kad kiriman peminat setia. (Lol).Carilah kalau anda pernah mengirim...:)

Selepas 6 tahun, dengan izin Allah, kelulusan untuk mengamalkan ilmu perubatan berjaya diperolehi...ALHAMDULILLAH.

2 tahun lalu, semasa melihat sijil yang sama kepunyaan Kak Dayah, saya berfikir, "Boleh ke saya dapat sijil macam ini??

Namun bila sijil yang bertulis nama sendiri di depan mata, saya kini yakin, "This is MINE!"


Perjalanannya panjang, namun pengakhirannya adalah sesuatu yang indah~~
Semoga jadi motivasi buat yang belum grad untuk belajar rajin-rajin dan lekas pulang!

Saturday, June 12, 2010

Membaca Gaya Wawasan :)

Mereka sedang berehat-rehat menonton tv sambil berbual-bual. Manakala saya pula sedang leka membaca novel 'New Moon'. Tiba-tiba Hetty dan Ain masuk membawa buku-buku 'kot putih' yang ditempah.

15 minit kemudian...
"Apa pasal semua orang senyap-sunyi??"

Intai-intai.. "La.. semua asyik melayan 'Kot Putih' rupanya.." Ada yang membaca di sudut sana, ada yang di sudut sini, duduk bersila, melunjur... Semua sedang membaca. Memang membaca gaya wawasan betul..:)

Bak kata Anis, "Menyahut kempen membaca seruan kerajaan la korang ni.."
Betul. Rumah Sumi jadi sunyi sepi.

Sesekali kesunyian dipecah dek gelak ketawa.
"Weii baca ni, XX tulis!"
"Muka surat bape?"

Haha. Teringat pula semasa kami study-group bersama satu batch semasa exam baru-baru ini.

"Dalam Bailey cakap...bla..bla.."
"Muka surat bape wei??"

"Aku jumpa dalam Davidson dia kata camtu.."
"Page bapa??"

Dan hari ini terimbau kenangan tersebut ketika kami sama-sama membaca kot putih. Baguslah masa selepas exam diisi dengan membaca.LOL.

KOT PUTIH ~chicken soup for medical student's soul.


Buku yang pernah kami satu batch impikan satu ketika dahulu. Dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun ini oleh krew sidang editor dan MMJ. Buku yang mengisahkan 1001 pahit manis kehidupan sebagai pelajar perubatan dan pergigian di Jordan University of Science and Technology. Alhamdulillah ada kenangan sebelum kami meninggalkan bumi barakah ini~~~

Tahniah semua yang bekerjasama dalam penghasilan 'Kot Putih' ini. :)

::Siapa yang belum tempah, silalah tempah. 6jd sahaja! (selamba je promote, sekali dah habis. hehe tatau tatau)::

::Oh ya, sebenarnya 'Kot Putih' teredar kepada kami secara tidak sengaja. Jadi wahai penempah-penempah kot putih sekalian, jangan pula menggegarkan pintu rumah pengedar lepas ini. Kasihan mereka sedang ber'exam' lagi. Sila menanti dengan penuh sabar. Inshallah akan sampai juga pada anda. :)::

Friday, May 28, 2010

Done!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Tamat PEPERIKSAAN AKHIR BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY (MBBS) semalam.

Ia meletihkan...
Namun cukup manis apabila dikenang.
Sebelum peperiksaan, pelbagai emosi dan fikiran negatif kadangkala menjelma di fikiran. Terutamanya tentang kesihatan diri. Apabila emosi sarat dengan tekanan, badan pun mula minta lebih perhatian. Bermula dengan sakit tekak, akhirnya selsema dan demam. Saya ditimpa demam yang agak teruk pada awal minggu peperiksaan. Ketika itu seminggu sebelum MCQ Internal Medicine. 2 hari yang pertama memang tidak mampu untuk bangun study. Suara ibarat itik serati pun tidak mampu join group discussion. Pada mulanya bertahan juga, ingatkan mampu sihat tanpa ambil antibiotic. Hmm, tapi bila dah masuk hari ketiga pun tiada unsur-unsur 'kekebahan', maka terus saya telan 'Amoxiclav' untuk tonsilitis. Alhamdulillah esok harinya saya boleh mula study seperti biasa. Namun rupa-rupanya kawan-kawan serumah yang lain sedang berada di dalam 'incubation period'. Tidak lama selepas itu, Hetty pula ditimpa demam sebelum 'Exam O&G' dan Qilah pula mengalami 'mild common cold' tidak berapa lama kemudian. Kasihan kan....Tapi tidak apalah, bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit. Air dicincang tidak akan putus. Eh? tetiba.

Minggu Exam Oral.
Memang dugaan sangat hebat ketika ini. Pulang dari exam, pasti ada terasa sedikit seperti,
"Haisshh kenapa laa aku tak baca yang tu tadi?"
"Kenapalah aku lupa.."
"Arghhhhhhh nape susah sangat soalan doktor???"
But really I told you guys. REZEKI...
"Peliharalah hak Allah, nescaya Allah akan memelihara hakmu."

Oh biar saya cerita apa yang berlaku dalam exam surgery dan O&G pada 2 hari terakhir.

Surgery. 2 orang doktor dari Italy dan Prof. Mohamad Bani Hani (Haha saya gerun dengan dia)
Doktor Itali itu memberi saya soalan berkenaan Peptic Ulcer. Serius saya tak buka betul-betul nota peptic ulcer, hanya menyelak 'surgical recall' di dalam bilik kuarantin 5 minit sebelum dipanggil masuk. Namun, ALHAMDULILLAH memandangkan ia memang common dan selalu dijumpai di wad, jadi ia bukanlah masalah besar saya kira.

Kemudian tiba giliran Prof Mohamad Bani Hani (yang memang gagah). Setiap kali saya terserempak atau teringat dia, mesti nak tergelak. :D
Pernah sekali ber'morning report' dengannya, dia memanggil nama saya untuk menjawab soalan. Saya jawab dengan suara yang dia kurang dengar. Tiba-tiba dia ubah soalan. Dia tanya, "Kau kenal Saidina Abbas?"
"Kenal." Saya jawab.
"Suara aku macam suara dia. Cakap kuat sikit!" Dia warning.
Setiap kali dia marah, walaupun tegang tapi nak tergelak tengok caranya. Siapa yang kenal dia pasti tahu. "Ya bint!!" Haha ada orang tu kena sergah olehnya dalam OSCE exam.

Ok berbalik kepada soalan Dr Mohamad Bani Hani tadi.
"Classification of Intestinal Obstruction and Pathological of Gangrene"

Lega. Jom pergi Stesen 2 bersama Dr Mohamad Ghazo dan Dr. Nizar Waqfi. (Yeay!)

Dr. Nizar Waqfi tanya, "Nur, apa yang kau study malam tadi?"

"Appendicitis, Renal Stone.."
Kemudian, beliau menyoal berkisar tentang "Appendicitis", manakala Dr. Ghazo pula bertanyakan tentang "Renal Stone, Management of Pyelonephritic patient k/c of stone and acute retention of urine."

Kalau ingin dibandingkan soalan saya dengan soalan kawan-kawan yang lain, saya memang bersyukur kerana soalan saya adalah 'common case' jika mahu dibandingkan dengan kawan lain yang mendapat soalan 'Visceral Aneurysm' atau lain-lain yang memang tak pernah dijumpai di wad, mahu nangis depan doktor. Isk.

Hari terakhir bersama O&G.
Stesen 1 : Dr Zuhair dan Dr. Hadil (Badeah Hosp) dengan kes Placenta Abruptio. Common. Jika ia common, maka kurang masalah. :)

Stesen 2 : Dr Oqbah (OMG!) dan seorang 'unknown dr'.
"Ovarian CA" Huh. Ini memang 'unexpected'. Paling tidak pun kalau soalan oncology mahu dikeluarkan, saya memang menjangkakan 'cervical cancer'. Bukannya Ovarian Ca. Habis tu memanglah saya tak recall sebelum exam oral semalam. Tak buka langsung ok..OMG! Memang lupa habis 'nama-nama sedap anak-anak Encik Ovarian Cancer' seperti Sertoli-Leydig, Granulosa-Theca Cell, bla..bla..Ini yang saya rasa menyesal pun tiada guna. Siapa suruh tidak baca? Tapi ALHAMDULILLAH juga, sebabnya soalan common banyak seperti 'what increase risk, what reduce the risk,differential diagnosis. Hopefully ok semuanya..AMIN :)

Selepas tamat exam semalam, rasa ringan kepala. Tetapi kadang-kadang rasa berat balik bila terkenang OVARIAN CANCER. AaAAAAAAAaaaaAAAAA!!!

All in all, ALHAMDULILLAH again, again and again, exam dah tamat.

Ada orang tanya, apa perasaan dah habis tahun 6?
Jawab saya, "Nanti awak dah habis, awak tahu macam mana perasaannya. Ringannya kepala rasa macam boleh 'Bawaku terbang'. Haha. Sekarang penat pun rasa macam tak habis lagi."

Keputusan peperiksaan mungkin seminggu lagi keluar agaknya. Mari berTAWAKAL..Lagi berdebar tunggu result final exam dari debar orang nak nikah kot.


Dari bangunan M- Kuliyyah Tibb. Mereka sedang berkumpul meraikan 'kemerdekaan'. Tengok dari jauh saja. Panas. Tak larat mahu join.


::Pada yang masih exam (Tahun 5) dan yang bakal exam (junior-junior tahun lain), TERUSKAN USAHA. Ia memang meletihkan, but INSHALLAH it pays! TAWAKAL.. ::

::Terima kasih pada rakan-rakan dan junior-juniorita yang sudi menulis dalam buku autograf saya! TERIMA KASIH DAUN KELADI..:)::

::Oh ya, HAPPY BIRTHDAY Cik City Sarah Ahmad Dardiri! May Allah bless you. Amin.::

Monday, May 24, 2010

Sejenak!

Masih sempat nak update..

Hari ini hari kedua 'oral exam' kami. Internal Medicine.

Memandangkan semalam jam 1pm baru kami menghabiskan Oral Peds, pulang ke rumah dengan kepala yang berat dan memang sangat mengantuk yang amat, memang terang-terang tak boleh nak meneruskan study untuk subjek Internal Medicine oral hari ini. Jalan tutup disebabkan King Abdullah datang Irbid. Kami terpaksa berjalan jauh dari tempas bas berhenti ke Stesen Bas sebenar. Semua pun jadi panas...
Hanya selepas asar baru boleh memulakan study. Itupun satu lecture 'liver failure'.. sejam baru dapat habiskan. Lecture 'Diabetic' pula sejam berikutnya baru dapat dihabiskan. Sebab penat kot, otak jadi lembap sedikit, kualiti kurang.

Exam Peds bersama seorang doktor dari Jordan University. Soalannya tentang 'Status Asthmaticus management'. Doktor Husin Jedatawi dari Rahmah Hospital bertanya tentang 'Neonatal Jaundice'. Doktor Khasawneh dengan soalan management of Gastroenteritis dan seorang lagi American doktor dengan soalan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP). All in all, boley laaaaaaaaaa... Panjang 'laaaa' indicates 'something'. Heh.

Hari ini Oral Internal Medicinie.
Dr. Mahmud Ayesh dari KAUH, menyoal tentang 'side effects of steroid dan ADDISONIAN CRISIS'. Serius, tak pernah jumpa ADDISONIAN CRISIS sepanjang pengalaman di hospital. Dan saya pernah baca tapi kurang ambil pusing. ((Menyesal! Menyesal!))Alhamdulillah banyak soalan lain yang disoal oleh doktor, yang diharapkan dapat 'cover' markah ADDISONIAN CRISIS ku. Habis saja exam, saya terus buka buku. Tajuk itu sangat pendek dan senang!! Kenapa lah saya ambil mudah!

Soalan lain dari Dr Mahmud Ayesh, "Patient on steroid having a problem to wake up from bed. What do you think the cause is?"
Hmm...Dalam otak yang sedang mengalami perang dan tembakan neuron dan cas-cas elektrik yang bertalu-talu ini, saya hanya terbayangkan, 'seseorang yang gemuk dan obese susah hendak bangun dari katil'. Lalu saya terus jawab, OBESE!.. Which is.. hmm, betul la side effect of steroid itu 'weight gain'. Tapi doktor gelak. Melihat doktor ketawa, saya terpukul balik. Apa laaa.. takkan la gemuk sampai tak boleh bangun dari katil. Doktor ulang lagi soalan.. Other?

Cas-cas elektrikal di dalam otak kini semakin synchronized.. Dan saya jawab.. muscle weakness! Akhirnya doktor mengiyakannya dan dia jawab, myopathy! (Term yang lebih scientific).

Hmm..
Doktor lain, ada doktor dari Eidon Hospital bertanyakan soalan tentang 'Chronic renal Failure dari akar ke pucuk. (which is saya memang tak buka langsung tajuk renal failure semalam). Saya hanya menjawa berdasarkan apa maklumat yang berada di dalam kepala berdasarkan apa yang pernah dipelajari dahulu dan diperolehi dari pengalaman klinikal..

Bilik sebelah pula, Dr Fawaz, dengan soalan '30 year-old female with 10kg weight loss'. Dari soalan yang sedikit itu lalu membawa kepada tajuk perbincangan thyrotoxicosis, leukemia, lymphoma, diabetis sehingga akhirnya loceng berbunyi dan bertukar soalan kepada doktor di sebelahnya.. Sekali lagi dari Dr dari Eidon Hospital, '30 year old female with fatigue' dan akhirnya membawa saya ke tajuk 'Anemia dan segenap ahlinya..' hemolytic, non hemolytic, B12 Deficiency, IDA, sideroblastic anemia, lead poisong, thalassemia.. Dan saya amat takut kalau dia bertanya lebih tentang thalassemia. Memang panjang ceritanya kalau masuk tajuk 'thalassemia'.. Alhamdulillah, loceng yang dinanti berbunyi akhirnya. Dan tamat oral Internal Medicine...

Ramai doktor luar yang saya rasa dari India dan US datang untuk 'exam oral' kami. And I guess, mereka sangat supportive! In fact semua doktor, baik dari KAUH atau 'peripheral hospital' yang lain sangat baik dalam peperiksaan. Kami saja yang memang 'sampai hati' tak jawab betul-betul. T__T

Lusa, surgery dan Obs & Gyne. Dan kemudian, mahu tidur 72 jam tanpa henti boleh? Heh.
Nanti 'Yah' mesti takut kalau saya cakap dengan dia, "Lepas exam, nak tidur puas-puas!"

Friday, March 26, 2010

Yara dan Samer

Ini kisah 2 orang budak kecil yang bajet comel. (Haha. Bolehla tahan comelnya. Adik dia je ok. Kakak dia tak. :p. Heh, diskriminasi kat kakak dia ni. Takdelah, dua-dua pun comel.)

Yara dan Sameer.
Mereka merupakan cucu kepada tuan rumah kami. Yara kini berusia 5 tahun. Sameer pula 3 tahun (kot).

Ada la dalam seminggu sekali mereka akan turun bermain di rumah kami. Tapi kami tidaklah pula bermain dengan mereka. Cuma melihat saja adegan dan kerenah kebudak-budakan mereka.

Seperti biasa apabila Yara tiba di rumah, dia akan mencari white-coat Qilah dengan stetoskop dan sphygmo Hety. Kemudian dia akan menge'on'kan suis treadmill dan berlari-lari anak di atas treadmill tersebut. Berlari dengan white-coat. Apa kes ni. Praktis doktor kerja dalam ER agaknya. Lol.

Samer pula akan mencari-cari keropok yang boleh dimakan. Kadang-kadang memang terkejam pula, apabila dengar suara dia tiba di muka pintu, kami berteriak, "Cepat, sorok semua jajan!"

Satu halnya, Yara (si kakak) memang allergy dengan makanan Malizi. Bau pun tak boleh apatah lagi nak menyentuh. Kadang-kadang dia datang semasa kami memasak. Apabila dia masuk saja rumah dan terbau akan tumisan bawang, atau gorengan ikan bilis atau ikan masin, lekas-lekas dia menutup hidung dan mencapai penyembur bau lalu menyembur ke sekeliling rumah. Tension.. Tapi nama pun budak-budak kan.

Walaupun kami sedang makan coklat M&M bersama Samer, dia akan bertanya, "Min ehna au malizi" (Coklat dari sini ke dari Malaysia?). Kalau kami cakap dari Malizi, memang dia takkan makan walaupun masih lagi dia nak menjeling-jeling tanda dia memang nak. Tapi kerana prinsip dia dari dulu yang mengatakan makanan Malizi tak sedap, maka dia takkan jamah. Itulah Yara.

Yang bagusnya, dia boleh mengikut arahan. Kalau kita kata kemas sebelum balik, dia akan kemas dan hantar semua barang-barang yang dia dah ambil semua ke bilik. Tapi tak boleh caya gak. Ikut mood. Heh.

Sensitif juga dia ni. Hari itu pernah sekali dia cakap, "Nanti kalau korang dah balik, boleh tak carikan Malizi yang sama baik macam korang untuk duduk rumah ni.." Terus hatiku kembang. Haha. Baik ke kami ni? Di rumah ni lah dia dibebel sebab buat sepah, dipukul tangan sebab kuatkan volume lagu masa kami bersembahyang, diligan sebab 'menyembur perfume' tak agak-agak, tapi masih lagi 'baik' di mata kamu. ^__^.


"Jangan buka payung dalan rumah. Nanti ular datang!" - Jangan percaya. Kami tak pernah ajar benda khurafat macam ni. Cewah..

Saya pun tak faham apa istimewanya payung ini sehingga perlu diambil gambar 'terbalik' sebegitu. Haah la, lupa nak beritahu Yara bahawa payung itu 'Made in Malaysia'. Confirm dia terus simpan balik agaknya.Heh.


Siapa yang paling rajin melayan mereka ini?
Mestilah Qilah.. Qilah bagi mereka tengok chipmunk di laptopnya. Bagi pinjam white-coat, stetoskop, warna-warna...

Saya? Perhati dari jauh saja. Hanya turun padang apabila diperlukan. Dan apabila turun padang, mulut akan turun dulu. Saya yang tension balik dengar suara sendiri membebel. Haih. Melayan Samer lebih membahagiakan. Yara menuntut kesabaran yang lebih.

Hetty? Dia ini wanita bekerjaya. Dia akan mendidik anak-anak dengan menggunakan teknologi canggih dan pendidikan berkualiti saja. Haha.

Saya percaya refleks dan tindakbalas kami kepada kanak-kanak mungkin bergantung kepada apa yang kami lalui pada masa lalu. Contohnya, Qilah ramai adik-adik kecil. Maka dia lebih suka melayan kanak-kanak ini dan agak agresif seperti akan mengejar dan memukul tangan mereka apabila degil? Haha.

Saya pula hanya ada seorang adik, dan ketika dia kecil, saya pun kecil. Saya biasanya 'warning' sekali je. Kalau dia tetap degil juga buat treadmill tu macam ladang gimnastik dia, saya terus cabut plug dan sorok. Lepas tu Qilah mesti akan bersuara, "Ko ni pun, ngan budak-budak.." Haha itu dia suara ibu mithali.

Walaupun begitu, sepupu -sepupu yang ramai, sedikit sebanyak dapat mentarbiyah saya untuk menjadi 'penjaga budak' yang baik. 'Penjaga budak 'yang baik atau 'Penjaga budak baik'? Saya pilih yang nombor 2 kot. Hehe.

Hetty pula? Dia anak bongsu. Mungkin jarang melayan anak kecil. Tapi dia dah punyai anak saudara 2 orang. Kadang-kadang, dia melayan budak kecil pun seperti pakar motivasi. Haha.

Yang nyata, dua orang budak ini pasti akan dirindui apabila kami pulang ke Malaysia kelak. Kalau diorang turun bermain, kami bising. Kalau tidak turun pun, kami tertanya-tanya.. "Hai mana la diorang ni tak turun.." ^__^

Monday, March 15, 2010

The dusts in the air

Habuk sangat banyak berterbangan di udara.
(Cewah macamlah nampak habuk itu terbang)
Tak percaya??
Buka buku 5 minit, cuba sapu muka surat yang anda buka itu,
terasa habuknya di jari.
(Kalau anda berada di Hospital Eidon lah. Kalau di rumah, pun sebegitu, maknanya...ermmm)

Hospital Eidon 'under construction' sekarang.
Habuknya mengotorkan white coat, stokin dan segalanya.

Jalan pun kelihatan kelam seperti kabus walaupun pada waktu tengahari,
menandakan debu yang tebal di udara.

Dedaun juga kelihatan kotor.
Kasihan, liang pernafasan pokok tersumbat, kata Qilah.
Kalau liang pernafasan pokok pun boleh tersumbat,
inikan pula manusia.

Sudahlah lemas dalam habuk, debunga lagi, asap rokok lagi.
Macam sempurna untuk 'acute exacerbation of asthma'.

Kalau tiada hal, tidak perlulah keluar rumah.
Hanya menambah simptom alergi yang ada,
akibatnya perlu ambil anti-histamine,
dan akhirnya pukul 8 malam sudah tidur .
(Bukankah ada anti-histamine yang 'selective' dan 'non-sedative'?
Sudah.. Saya tak mau buka kitab Pharma sekarang.. *__*)



Peperiksaan final semakin hampir!
Lebih kurang 6 minggu saja lagi.

Maka jika blog ini semakin tidak berkemajuan,
faham-faham saja.

Friday, March 12, 2010

Jalan-jalan & Makan-makan

Sometimes it is good for you to go for a distance away from the 'city of study' Irbid.

That was what we have done during the last weekend. Lately we hardly find a very good time to spend our time together, since everybody was so busy coping with study as the finals is just around the corner!

But anyhow, we did it last week.
From the first decision which we planned to drive ourselves there to the alternative plan which we did through - riding bus to Amman.

Here are some pics...

At 'The Miles' which Hetty loves the most.

Hetty and Aqilah love this section. Variety of cheese there... Just take any, and think about the calorie it'll supply! Now the woman in the picture was looking for the low fat cheese I think... LOL.


This 'moo-moo' was producing milk. Fresh from the farm.


I was looking for the best one with the cheapest price. You have to be economic by the way!




Lots of junk food by the way produced a very good medical student! Haha. You can see types of Maggi, the Super Ring, Mister Potato and also we bought squids, mussels, and shrimps there. Mr Potato there only costs JD0.99, compared to here, JD1.30.


I was thinking of prophylaxis anti-histamine, since the histamine activity in my body will be increase until those seafood disappear from the fridge...:)

(Anti-histamine : Drug for allergy)


Those pics were captured just before one of the staff came and said, "Lau samaht, mamnu3 sowwar.." (Excuse me, it is prohibited to take photos here)



By the way, since she said 'mamnu3', the more I feel agitated to publish all the pics. Haha.




At 'Chinese Flavour, Mecca Mall'


Spring rolls - Like a popia.


Aqilah's dish... Seafood




Fried Rice


Now what?

Happy Study!!

Sunday, March 7, 2010

'Bulan berkenang-kenangan'

Lari bajet bulan ni. :p
Sebabnya?
Asyik bergambar untuk kenang-kenangan saja...

Yang wajibnya, ambil gambar bersaiz pasport untuk buku graduasi.
Yang selebihnya, gambar kenang-kenangan...

Bak kata pepatah,
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...

Nama pun kenang-kenangan...

Dengan satu batch (Malizi),
Dengan yang 'girls' saja,
Dengan ahli rumah sekarang,
Dengan ahli rumah yang dahulu,
Dengan ahli rumah yang akan datang.. (Eh tak.tak.)

Esok?
Ada temujanji bergambar lagi..
Sudah perasan macam model sebab hari-hari ada 'shooting'...:)

Tengahari tadi kami bergambar lagi.
Kali ini dengan Dean of Medical Faculty, Dr Kamal Bani Hani.

Seramai mungkin lebih kurang 300 orang rakan sebatch berhimpun di hadapan Faculty Of Nursing. Semua kelihatan 'excited'. Mungkin disebabkan sudah lama kami tidak berhimpun bersama seramai dan sepenuh itu.

Kali ini kami memakai 'white coat' saja.
Mudah-mudahan cita-cita semua untuk memakai jubah konvo akan terlaksana tidak berapa lama lagi, inshallah...:)

Sunday, February 14, 2010

The place where I learned a lot..

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuangIslam
pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam


Semalam, lagu ini berkumandang di Dewan Masrah Universiti Mu'tah sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA). Yang paling bertuah, lagu ini turut dinyanyikn bersama penyanyi merangkap pencipta lagu dan liriknya, Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com).

Tanpa disedari, terasa seperti berbalam pandangan mata saya rasakan. Jernihan air mata sedikit bergenang, terkenang perjuangan kami di bumi Urdun ini dengan izin Allah yang bakal berakhir lebih kurang 4 bulan saja lagi.

Hati ini seolah sempit diusik kesayuan dalam kedatangan saya ke Mutah kali ini. Dalam perjalanan kami ke Universiti Mutah, medan perang Mutah kami lalui. Medan yang menyaksikan syahidnya 3 orang sahabat Rasulullah; Zaid Bin Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Bumi Mutah harum dengan bau semerbak darah sang shuhada.

Di Mutah inilah, saya kenali para ustaz dan ustazah yang saya segani satu ketika dahulu. Masih terbayang ketika kami di tahun satu, kami menyanjung tinggi mereka yang belajar di Universiti Mutah terutamanya. Masuk saja ke rumah mereka, rak-rak kitab memenuhi segenap ruang tamu. Sering terdetik di dalam hati, "Subhanallah, hebatnya mereka.." Terasa seperti jauh jaraknya 'iman' kami dan mereka. Dari mereka, kami banyak belajar. Setiap kali bertandang di Mutah juga kami dilayan bukan setakat seperti tetamu, malah seperti adik beradik sedarah sedaging. Saya rindu mereka - Kak Dura, Kak Reha, Kak Aniza, Kak May, Kak Yong, Kak Muna, Kak Ti, Kak Ijan, Kak Midah, Kak Syafa.. (Banyak lagi nama, tapi saya tak boleh ingat recall semua. Kalau bertemu, inshallah masih kenal..)

Meniti hampir 6 tahun, seorang demi seorang meninggalkan kami di Bumi Urdun ini. Mereka pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada tanahair, Malaysia yang tercinta.

Terkini pada hari Jumaat lalu dan hari ini, pulangnya juga 2 orang sahabat dan juga teman sekerja semasa kami sama-sama menjawat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009.

Norhidayah (Yaya) - Mantan Timbalan BPMA MPPM 08/09
Seorang yang 'easy-going'. Dia yang saya kenali, tidak banyak bercakap. Namun, sedap diajak berbual. Perancangannya setelah kembali ke Malaysia, katanya ingin terus melanjutkan pelajaran jika ada rezeki. Semoga dimurahkan rezeki, Yaya!

Muhammad Shahrul Ifwat - Mantan Timbalan Presiden 1 MPPM 08/09
Seorang anak muda yang saya rasa berjiwa cekal dan hebat. Sering kedengaran namanya disebut di Mutah sebagai 'pencinta ilmu'. Walaupun ber'mother-tongue' pekat loghat Terengganu, dan bertutur dengan laju saya kira, namun itu tidak menghalangnya dari sering melemparkan pandangan yang bernas dan mantap dalam mesyuarat dan perbincangan persatuan. Sebelum dia pulang, 2 buah buku berjaya dihasilkan, 'Kafe Idari' dan 'Kembali Mencari Tuhan'. Tahniah. Semoga usaha perjuanganmu menuntut ilmu diberkati dan dipermudahkan.

Melambai seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan bumi Jordan ini membuatkan waktu kami semakin hampir.

Lagu 'Tetamu Dataran Syam' yang berkumandang semalam seolah-olah memuhasabah kehidupan yang saya lalui sepanjang di sini.
5 tahun yang lalu, banyak mana ilmu yang saya mampu kutip? Ilmu perubatan di hospital dan univeristi? Ilmu akhirat? Ukhwah yang tersemai, jauh mana? Duit biasiswa yang diguna, ke manakah? Masa saya di sini, bermanfaatkah?

Kenangkan memori manis, seolah terasa tenggelam dalam kebahagiaan ukhwah, dan selamanya ingin di sini. Namun apabila kenangkan kesusahan hidup sang perantau pencari ilmu, kerinduan yang memuncak kepada keluarga di tanahair, dan tanggungjawab yang ingin ku galas sekembalinya ke Malaysia, lantas hati ini menjerit, "Aku ingin segera pulang!"

Biarlah waktu itu terus berlalu,
Cepatnya ia, jangan kau hitung,
Masa itu akan tiba,
Bumi Urdun ini akan kau tinggalkan.

Pulanglah...
Sertai juang sahabat yang menantimu,
Di tanahair yang menuntut pengorbanan.

Sekiranya roh shuhada itu
masih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!

Tuesday, February 9, 2010

Baiknya...

Hari ini saya ke klinik. Klinik mana lagi kalau bukan Klinik Pakar Obstetrics & Gynecology. Bukankah saya sekarang masih rotation O&G? Lagi 2 minggu lebih saja lagi kami bakal mengakhiri posting ini.

Hari ini klinik bersama Dr Amir Obaidat, baiknya doktor ni...
Beliau sangat bersemangat dalam memberi penerangan. Bukan itu saja, kerusi di klinik itu pada hari ini cukup-cukup saja untuk seorang doktor pakar, seorang MO, seorang nurse dan dua kerusi untuk pesakit. Dah tu, dia pula yang keluar ke bilik sebelah untuk mengambilkan kerusi untuk saya. Doktor pakar ok, doktor pakar.. bukannya HO mahupun MO..

Kemudian datang nurse menghidangkan secawan kopi dan secawan teh untuknya. Dia jemput saya minum kopi dia. Kata dia, "Minum ni, kau kan tetamu.."
Tapi saya tak minum pun. Sebu perut nak minum kopi pekat pagi-pagi.

Ke hulu ke hilir saya menurutinya melihat kes. Tengok ultrasound, jenuh dia menerangkan bagaimana nak mengenal jantina fetus. Berbalam-balamlah mata melihat ultrasound tu. Saya masih ingat, doktor di HKKB pernah mengajar juga bagaimana ingin mengenal jantina fetus dari ultrasound. Carilah 'hamburger sign'..:p

Doktor pakar juga boleh bertepuk tampar dengan MO. (Pakar je la yang menepuk tampar. MO gelak aje.) Mesra. Malaysia macam ni tak... Hmm, setakat yang saya pernah jumpa, jarang sangat. Selalunya MO atau HO bermuka tension saja. Itu yang kebiasaannya.

Oh ya, Ahad lepas, ada satu kes menarik di OT.
Sebentar. Minta permisi untuk menukar bahasa. Mudah saya menulis banyak 'medical term' dalam bahasa inggeris.

Patient was complaining of having abdominal pain. She was previously admitted to the hospital about 1 week ago after pregnancy confirmed by urine and serum B-HcG but by ultrasound, no gestational sac found intra-uterine. No further intervention, she was then discharged after 3 days? in the hospital against medical advice.
(This is just a short history, not a summarization since it's not complete)

On examination, patient was ill-looking, pallor, semi-concious, BP : 70/60, pulse ??. Abdomen - Tender, guarding?? On ultrasound, amount of fluid was found in the pouch of douglas. She was then urgently admitted to the Operation Theater.

Differential??
Yup.. Suspected Ruptured Ectopic Pregnancy.

Upon surgery, 4 bags of IV fluid plus 1 pack RBC admitted. 2 specialists did the operation. No M.O needed then in a case of super duper urgent-emergency. Heh.

Now let's open... Skin.. subcutaneus fat.. Rectus sheath.. muscles..peritoneum.. then.. SPLASH!!

Like a fountain! Ok. This is too hyperbolic.. Like an 'air mata air' only. Gush of blood spilled out from the peritoneum. Quickly doctor looked for the Fallopian tube. Gosh, there you are! A swelling left fallopian tube - about 2cm in diameter! Krekkk.. Cut!

The doctor removed the left fallopian tube in a procedure called what ??
Salpingectomy of course..

There was a massive blood clots. Estimated blood drained was 2000cc. (Can you imagine??)

All in all, alhamdulillah, the surgery was successfully done. Yesterday when I saw the patient in the ward, she was still sleeping. Hopefully everything will be ok inshallah.

::Ectopic pregnancy - Kandungan luar rahim. Dalam kes ini, pesakit mengandungkan bayinya di tiub fallopian.::

Thursday, January 28, 2010

Put yourself in other's shoes

Hari ini saya lupa, 'morning report' tiada. Tapi saya dah keluar awal dari rumah. Macam nak tumbang berjalan dalam kesejukan dan angin yang sangat kuat. Banyak juga butir-butir ais di tepi jalan. Tapi 'still'.. salji masih belum berguguran di bumi Irbid. Agak-agak merasa tak kami bersalji tahun akhir di sini?? Hmm..

Saya naik ke wad untuk mengambil case seperti biasa. Ada beberapa kes 'new admission'.
Ada kes 'vaginal bleeding'. Pada mulanya saya bercadang untuk mengambilnya sebagai 'short case' saja, namun memandangkan patient tersebut 'well-cooperative', saya pun terus ambil kes penuh.

"24 year old, G1P0, admitted from ER due to Vaginal Bleeding"

Belum pun separuh jalan, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Suami dia rupanya. Oh saya sangat tak selesa kalau ada si suami pesakit menemani. Saya pula rasa segan nak bertanya. Maklumlah Obstetrics & Gynecology case.

Namun saya teruskan juga. Sayang pula berhenti di tengah jalan.
Tidak beberapa lama kemudian, masuk 2 orang MO. Dr. A dan Dr. B.

Dr. A : Selamat pagi. Saya Dr. A. MO under Dr C (Specialist). Saya nak beritahu, anak awak tak dapat diselamatkan. Air ketuban dah tiada langsung. Kalau awak setuju kita kena buat operation untuk 'buang kandungan' tu.

Pesakit itu merenung muka Dr. A dengan penuh harapan.

Suami : (Terdiam) Aku nak tunggu Dr. C (Specialist) datang.

Dr. A : Dr. C di tingkat atas. Kami dah bincang dengan dia. Dan dia yang suruh kami turun untuk beritahu kamu. Tak ada gunanya nak tunggu lagi. Buat apa nak 'azab' mak dia. Baby pun dah tak boleh nak hidup. Air dah kering. Macam mana nak membesar, macam mana nak bergerak, nanti langgar dinding rahim (sambil buat gaya). Jadi macam mana?

Berkali-kali juga si suami bertanya "Tiada harapan lagi ke.."
Dan akhirnya dia akur dan berkata, "Kholas, tawakkaltu alallah"

Kemudian Dr A terus berlalu..

Saya terpaku sekejap melihat muka si bakal ibu tadi tenang tapi hidung dan matanya mula merah.

Saya yang agak terkejut, terus berkata kepadanya,"Boleh kita sambung? Atau 'kholas'?" (Terasa pula diri ini 'lampi', pergi bertanya soalan itu kepada pesakit yang baru saja berhadapan dengan berita menyedihkan seperti itu.

Dia senyum tapi sudah mula teresak.

Terus suami dia berkata, "Kholas.." Saya faham, saya harus meninggalkan mereka. (*Kholas- Sudah/Habis)

"Kher inshallah, salamtik.." Saya pun tak tahu nak cakap apa. Terkejut. Sedih. Kasihan mereka. Belum ada rezeki. Inshallah itu yang terbaik buat mereka... Kasihan juga buat saya. Terpaksa cari kes baru...T__T. Nasib baik masih sempat.

Saya terkejut dengan cara doktor MO tersebut 'breaking bad news'. Dia perempuan, pesakit juga perempuan. Cara dia bercakap seolah tak memahami langsung perasaan pesakit tersebut.

Dan saya cuba menyedapkan hati, 'It's ok kot for Arabs, but not me..'

Pengajaran : Selalulah letak diri kita di tempat orang lain atau dalam pepatah english nya, "Put yourself in other's shoes". Naknya jika kita berada 'di atas'.

Tamat kisah pengajaran. Ambil ya pengajaran hari ini.

Akhirnya saya ambil kes 'Molar pregnancy'...

Saya teringat, dulu semasa kecil, saya fikir 'kembar' terjadi apabila 2 sperm bercantum dengan 1 ovum. 'Kurang matang' kan.. :p..

Bila dah besar baru saya tahu, once sperm bercantum dengan ovum, ada sejenis 'chemical' yang dihasilkan untuk menghalang sperma lain dari masuk ke ovum yang sama. Kalau 2 sperm + 1 ovum, maka terjadilah molar pregnancy ataupun dalam bahasa melayunya 'kandungan anggur' (comel nama).. Berkemungkinan tiada bayi langsung, yang ada cuma kantung-kantung plastik (seperti anggur. Aaaa tak retinya nak describe dalam bahasa melayu), ataupun uri dan bayi boleh terbentuk, namun tidak sempurna. Dan kebanyakannya kandungan tidak dapat diselamatkan.

Friday, January 22, 2010

Menarik seminggu...

Pernah tak ada orang mengucapkan terima kasih pada anda selepas anda membuang sampah?
Satu pagi, dalam perjalanan menunggu bas ke hospital, saya membawa bersama plastik sampah untuk dibuang di tempat pembuangan sampah. Kelihatan ada 'pakcik pembersih' di situ. Sebaik saja saya meletakkan sampah di situ, pakcik itu terus berkata, "Syukran.."

Terus saya pandang muka pakcik tu. "Eh apesal?"
Kemudian Qilah jawab, "Pakcik tu memang macam tu. Dah banyak kali dah.."




Unik.
Mungkin dia berterima kasih kerana kami membantu mengurangkan kerjanya. Di sini, biasa saja orang membuang sampah bukan pada tempatnya.

::Sesekali, buang sampah pun terasa ada orang hargai..Haha::


************************

Saya hairan bagaimana doktor yang bertugas di wad Nisaiah a.k.a Obstetrics & Gynecology boleh mempunyai kuku seperti ini?





Tak carik ke 'glove'?
Bagaimana nak melakukan 'vaginal exam'? Boleh luka pesakit tu...
Kuku dia pun mungkin boleh guna untuk 'curretage' Huhu.

Kalau saya jadi specialist atas M.O tu, mesti saya dah beri amaran pada dia. Memanglah cantik, tapi tak sesuai dengan kerjaya anda...

****************************

Doktor O&G itu merokok di klinik sambil dikelilingi oleh pesakit-pesakit (wanita-wanita mengandung)

Kalau ikutkan hati, memang hilang sabar. Kalau pun tak nak jaga kesihatan peparu sendiri, fikirlah kesihatan orang lain!!

Selfish!! Ignorance!!



****************

Minggu ini minggu rotation saya. Untuk minggu rotation, pelajar dilepaskan bebas untuk ke mana-mana. (Bukan balik rumah, tidur ke apa). Tetapi pelajar dibenarkan untuk ke Operation Room, Labor Room, Clinic atau Emergency Room.

Hari saya di ER, ada seorang ibu yang sarat mengandung. Menunggu jam untuk bersalin. Dia bersendiri. Apabila doktor dan nurse telah menyiapkan butiran untuk dia di'admit', dia seorang jugalah yang mengangkut beg berisi pakaian baby, dan sebuah plastik besar yang saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya...Terkial-kial dia.. Kasihan.. Hati meruntun tiba-tiba, "Mana suami dia... Tak kasihan ke melihat isteri dia bersusah seperti itu??"

********************

Di klinik, seorang ibu mengandung datang untuk melakukan pemeriksaan 'Booking Visit'. Doktor mengarahkannya untuk masuk ke bilik ultrasound. Ibu tadi berkata dengan muka yang excited, "Sekejap doktor, nak panggil suami aku.."

Doktor berkata, "Buat apa nak panggil suami kau?"

"Nak tengok baby sekali..."

"Tak payah, tak payah.. Buat apa nak tengok. Itu pun nak tengok.."

Kemudian, wanita itu pun berkata pada suaminya,"Tak yah la bang, doktor tak bagi.."(Ni ayat bahasa Melayu nye lah) dengan muka yang sedikit hampa.

Huhu. Hati batu betul lah doktor ni. Geram juga. Saya faham keadaan klinik sebegitu sibuk dan ramai pesakit wanita di dalam bilik rawatan tersebut. Tapi, cara nak bercakap pun biar kena kot. Kena hargai perasaan wanita itu..

Habis minggu rotation...


'Log paper' yang perlu ditanda tangani doktor untuk minggu rotation. Tak penuh pun..Huhu


::Minggu depan balik KAUH... aaaa ni yang tensi ni..::