Saturday, January 31, 2009

The heroes...

Dah lama rasa ingin meng'update'kan blog ini. Tetapi saya kesuntukan masa. Tidak sempat untuk berfikir jauh tentang kehidupan untuk dikongsikan bersama di dalam blog. (Alasan yang sengaja dicari).

Mari saya bercerita tentang mereka yang saya anggap HERO.

Untuk kesempatan yang saya ada semalam, saya luangkan masa untuk mendownload dan menonton siri-siri dokumentari tentang Brigade Ezzedin Al-Qasam di youtube.

Dari Wikipedia...
The Izz ad-Din al-Qassam Brigades (كتائب الشهيد عز الدين القسام; named after Izz ad-Din al-Qassam) is the military wing of Palestinian militant group Hamas

Antara yang menarik, Bagaimana pemilihan mujahidin Al-Qassam dibuat??

Menurut As-Syahid Saleh Syahada (Pemimpin utama terdahulu)

1. Mereka dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan yang tinggi dan diyakini. Oleh kerana itulah mereka dicari dari kalangan pemuda masjid. Pernah saya dengar, mereka yang tidak pernah tinggal solat jemaahnya di masjid).

2. Mereka yang rela berjuang sehingga mencapai syahid.

3. Mereka yang bukan anak tunggal dalam keluarga di mana dia menjadi tempat pergantungan seluruh keluarga. Maka, dalam briged ini, kebanyakan mujahidin adalah belum berkeluarga a.k.a masih bujang.

Mereka berlatih dan berlatih menghadapi apa jua kemungkinan.



Semangat jihad dan berani mati di jalan Allah amat mengkagumkan. Cuba bandingkan dengan semangat mereka dan semangat yang sedang membalut jasad kita sekarang.

Banyak benar bezanya. Kita sentiasa diselimuti rasa takut dan malas. Dua item yang memerangkap kita.

Ingin tahu apa yang menjadi motivasi dan sumber kekuatan mereka??

Bacalah ayat Surah Saff : 10-11.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Bukan sahaja pemuda atau kaum lelaki saja yang boleh menjadi mujahidin al-Qassam. Namun saya melihat wanita juga dilatih mempertahankan diri dan mengangkat senjata. Teknik yang mereka pelajari mengingatkan saya ketika berlatih taekwondo dahulu. Penuh semangat. Namun semangat mereka, semangat jihad fi sabillillah membebaskan watan dari genggaman Israel yang kejam.

Bandingkan lagi semangat mereka dengan kita..
Umur mereka sebaya saja dengan umur kita. Namun di hati mereka tersemat satu niat untuk berjuang. Tiada lain dalam hati mereka, cumalah Allah tujuan mereka. Mereka sedang beratur menunggu giliran syahid!

Kita dan rakan-rakan?
Kita banyak berseronok. Belajar sedikit atau susah sedikit, keluhnya lebih. Program agama atau usrah - MALAS! Program Ilmu atau ukhwah - ALASAN! Belajar - MENGANTUK! Cukuplah situasi-situasi di atas sebagai bukti untuk mengatakan saya dan kamu MANJA!

Cubalah berubah. Hidup di dunia hanya sekali. Mati juga sekali. Namun adakah kita mahu mati sebelum kita sempat melakukan sesuatu untuk agama?? Cuma sesuatu. Sesuatu untuk kita tinggalkan agar kita tidak mati selepas hidup yang sia-sia. Contohilah mereka yang sedang berjuang dalam Briged Al-Qassam. Jadikan kisah mereka supaya kita tidak merasakan kita berada dalam zon selesa dan separa sedar.

Satu soalan untuk saya tinggalkan untuk saya dan semua...

APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK ISLAM SUPAYA MATI KITA TIDAK SIA-SIA???

Friday, January 23, 2009

Jig jumble...

Sekali lagi entry pada pagi Jumaat. Pagi yang paling seronok dan suci, sesuci namanya hari Saidul ayyam.

Banyak kerja menanti selepas peperiksaan. Semasa peperiksaan menjelang, hati lapang dari kerja-kerja luaran dan persatuan walaupun otak sesak dengan penerobosan masuk maklumat tahap tera ataupun giga dari bahan-bahan study. (haha tercapai ke..). Fikiran resah menanti bentuk soalan yang bakal dihadapi dalam peperiksaan. Penantian memangnya satu penyiksaan. Pembahagian masa yang baik adalah sangat penting supaya kerja dan pelajaran seimbang. Bukan saja penting dari segi pembahagian masa, malah emosi juga. Emosi yang tidak stabil akan mengganggu penumpuan terhadap pelajaran. Walaupun ada orang kata, wanita boleh buat banyak benda dalam satu masa..

Iklan ~~~
Benar, saya pernah terbaca wanita boleh membuat banyak kerja dalam satu masa kerana dia boleh fikir banyak benda in 1 second. Jika tidak percaya, ingat balik bagaimana sibuknya ibu kita di rumah. Waktu-waktu pagi di mana kita lebih selesa bermalas-malasan di atas katil, ibu telah mula, menumis bawang, menyiapkan roti telur nasi lemak, dalam masa yang sama, baju telah pun mula berputar di dalam mesin basuh, pun begitu, sempat lagi ibu-ibu ini sambil-sambil itu membuat panggilan ke radio. (Radio dulu kan suka chit-chat pagi-pagi menghiburkan suri rumah yang sedang bekerja). Tepat saja jam pukul 9, semua telah siap. Masanya untuk ke pasar! "Bangun! Temankan ibu pergi pasar, angkat barang!" Siren mula kedengaran. (Isk isk..)

Begitulah kelebihan wanita, lelaki pula bagaimana? Ooh, supaya kelihatan sama rata, kalau wanita boleh membahagikan fikiran untuk banyak tempat dalam satu masa, dan ini hipotesis saya, lelaki pula boleh membahagikan perasaan untuk banyak orang dalam satu masa (faham ke? Poligami la..)Kalau boleh membahagi, tidak semestinya membahagi dengan adil. Ada satu kalam yang boleh saya naqalkan dari Ust. Mujahid dalam ceramahnya, Rasulullah pernah berdoa, "Ya Allah, jangan kau hukum aku dengan sesuatu yang bukan di bawah kuasaku" (Au kama qal). Doa ini merujuk kepada situasi di mana Rasulullah berdoa agar Allah mengampunkan kesilapan baginda sekiranya tidak mampu untuk membahagikan kasih sayang dengan adil di kalangan isteri-isteri baginda. Jelas, kasih sayang milik Allah, dan hanya Dia yang mampu membahaginya. Maka jangan mengaku bahawa kita telah membahagi kasih sayang sama rata dalam apa-apa situasi pun.

Namun, wanita tidak mampu untuk membahagi-bahagikan perasaannya. (Otak saja boleh membahagi, hati tak mampu).

Ini hipotesis saya saja. Hipotesis tidak semestinya benar. Dan saya pun tidak berminat untuk mengkaji lebih untuk menjadikan hipotesis ini satu kesimpulan. Banyak lagi kerja lain yang menuntut fokus saya.

Tamat iklan~~~~~~~~~


Tamat saja peperiksaan, ketika inilah, otak yang sarat dengan item-item peperiksaan tadi sedikit demi sedikit ditukar dan di 'tune' ke arah penumpuan kepada kerja-kerja luar. Semua orang berkepentingan mula menghubungi dan dihubungi agar kerja segera selesai. Tidak apa berpenat di dunia ini, yang penting hati tidak lari keikhlasannya untuk mengharap rehat yang nikmat di akhirat nanti.

Keharmonian pagi hujung minggu ini walaubagaimanapun diharapkan tidak tergugat dengan kerunsingan saya untuk beberapa perkara..
1. 10 case history untuk Family Medicine.
2. Senarai nama kumpulan Dermatology baru dikeluarkan. Being the only girl in the group?? Hmm, emotionally quite disturbed.
3. Mula membelek buku dermatolgy, chapter 1 saya dah terjumpa istilah complement, Langerhans, opsonin, ribosome. (Lemah lutut..isk2. Come on, kata the only girl dalam group.Jangan tewas!)
4. Management PERTAMA!! (Persidangan Mahasiswa Jordan)
5. Elective course bulan Ogos nanti. Keputusan saya belum muktamad lagi even it is needed ASAP!


::Kepada yang bakal bercuti, selamat bercuti~~::

Thursday, January 22, 2009

Family Medicine OSCE

Alhamdulillah, tamat sudah Family Medicine!! Hectic sedikit dirasakan dalam round kali ini. Maklumlah semua item dalam dunia perubatan boleh saja ditanya oleh doktor ketika round juga peperiksaan.

Sebelum saya terlupa akan soalan yang ditanyakan kepada kami untuk exam kali ini(yang mungkin berguna untuk rakan-rakan yang belum lagi mengambil round Family Medicine), baik saya muatkan awal-awal di sini.

Ada 5 stations, 5 doctors.

#1
Hypertension (150/100)
*Patient degil tak nak amik ubat, dia tanya boleh tak kita manage dia cara lain. Then bila cerita tentang complication kalau dia tak ambil ubat, dia kata kita takutkan dia. Aishh simulated patient ni betul nak test saya!
Task : Management

#2
35 y.o female, fatigue, headache, Low Hb, MCV.
Task : History
*Saya lupa nak tanya loss weight dan appetite (malignancy symptom)!! Cuak punya pasal.

#3
57 y.o female, osteoporosis, prescribed Alendronate.
Task : Counseling
*Cerita semua benda pasal osteoporosis, screening, side effect drug, contraindication etc.

#4
35 y.o female, Hx of 3 years Rheumatoid Arthritis.
Task : Examine Hand
*Jangan lupa compare both hands, nodules, swelling, deformities etc. Plus carpal tunnel syndrome examination.

#5
Oral
1. Pre-eclampsia (PET)(Tak tahulah, sama ada saya menggoreng PET atau Dr. Musa yang menggoreng saya dengan hebatnya dalam stesen ini akibat tidak sempat mengulangkaji O&G. Pada hal kes ini memang common dan saya pun baru lepas round O&G. Sedikit kesal di sini.)

2. What type of vaccination at 18 month ?
- MMR, DTP and OPV. MMR, OPV : Live attenuated.

3. Give diagnosis and investigation for each:
(Saya tak ingat kes yang diberi, jadi saya sebutkan terus diagnosisnya di sini)
- Temporal Arteritis ; ESR elevated ; caused blindness
- Tension Headache
- Migraine

4. Red Flags for Low Back Pain.

Overall, soalan dia ok juga. Nasihat untuk rakan-rakan yang bakal mengambil Family Medicine, jangan malas untuk keluarkan semula buku Pediatrics, Internal Medicine, O&G etc. Psychiatry pun ada. Family Medicine meng'enjoy'kan. Doktor-doktor buat kita rasa seperti menjadi seorang doktor. Kita diajar untuk merekod dalam fail pesakit, tulis 'prescription' ubat, memvaksin, ambil darah etc. (Susah untuk dapat dalam round lain). Untuk exam pula, doktor yang bergerak dari station ke station. Kita hanya menunggu diam-diam dalam klinik tersebut. Semua doktor baik-baik belaka dan sebolehnya ingin membantu. Inilah round yang saya 'kesian kat doktor' jika saya tak dapat buat yang terbaik selain daripada Internal Medicine.

Dengan berakhirnya Family Medicine, maka tamatlah tempoh bersenang-lenang saya sebagai pelajar tahun 5. Deretan 8 subjek minor menanti, adrenaline a.k.a epinephrine akan mengalir dengan lajunya setiap 2 minggu (exam). Namun kerja tetap kerja, do not hesitate untuk mengingatkan saya sekiranya saya terlupa akan kerja-kerja sosial dan dakwah!

Sunday, January 18, 2009

Being 23...

Pada tarikh yang sama (18 Januari), jam 1.26 petang, 23 tahun lalu, di Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu, saya telah dilahirkan. Alhamdulillah selamat semuanya. Weight : 2.5kg, no NICU admission, no neonatal jaundice, etc.. (tetiba terasa macam menulis kes pediatrics :p)

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kenalan yang mengingati hari kelahiran saya. Sempena umur yang telah bertambah setahun ini, saya harapkan semoga kita semua sentiasa dilimpahi kejayaan dan rahmat Allah. Keselamatan dan kesihatan terpelihara insyallah.

Bila memperkatakan tentang umur, selalunya saya teringatkan mati. Jika ditakdirkan saya hidup selama 40 tahun, maka hanya tinggal 17 tahun untuk saya hidup dan beramal sebagai bekal ke akhirat nanti. Cukupkah?? Ingatkan saya jika saya terleka dalam menggunakan nikmat umur ini..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.” (Riwayat Muslim)

::Masukkan kami ke dalam syurga dengan rahmatmu Ya Allah::

Saturday, January 17, 2009

Kalau diberi pilihan...

Kalau diberi pilihan, saya tak mahu merawat pesakit yang merokok!!!

Memetik kata-kata adik saya, "Yah tak suka orang merokok! Busuk!" Saya 200% setuju dengan kata-katanya.



Kenapa sukar untuk saya menerima golongan-golongan sebegini? Kerana mereka yang mencari 'pasal' dan masalah untuk diri mereka. Elok-elok Allah jadikan fitrah manusia yang bersih dan tidak merokok, tapi oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi dan ingin mencuba, lalu mereka merokok dan terus menjadikannya sebagai habit.

Saya ada berjumpa dengan ibu mengandung di klinik. Dia baru saja disahkan mengandung beberapa minggu.

Doktor : Awak merokok?
Ibu : Ya. (sengih)
Saya :(Boleh sengih lagi..)
Doktor : Sepatutnya awak berhenti. Banyak komplikasi.. bla bla..
Ibu : Aku merokok masa mengandungkan anak aku yang ini (sambil menunjukkan anaknya), berat dia 3.5 kg. Elok je..
Doktor : (Senyum dan menggelengkan kepala)
Saya : (Up to you la makcik, orang nasihat yang terbaik. Alhamdulillah Allah
jadikan anak tu sihat.)

Entah la, saya rasa semakin tidak boleh berkompromi dengan orang yang merokok. Saya rasakan mereka sangat mementingkan diri sendiri. In fact, sebenarnya bagi mereka, diri mereka pun tak penting. Kesihatan mereka tak penting. Yang penting mereka berbangga dengan merokok. Mungkin lebih betul lagi, mereka mementingkan 'nafsu' mereka sendiri saja.

Saya yakin orang yang ingin berhenti merokok, pastinya mereka boleh berjaya. Sudah tentu mereka perlu sokongan dari orang sekeliling dan keluarga. Jika rasa tak mampu untuk buat seorang, minta tolong pada keluarga dan rakan. Apabila rasa ingin merokok, jangan diturutkan. Bayangkanlah kalau kita membeli rokok tu, ibarat seperti kita membakar duit , membakar peparu kita, ataupun menempah kubur untuk ahli keluarga dan rakan-rakan kita yang menghidu asap rokok kita.

Pernah tidak terbaca ayat Al-Baqarah : 195? "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah dan janganlah jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik."

Saya rasa ayat ini sememangnya cukup sesuai untuk dijadikan 'motivasi' buat perokok-perokok sekalian supaya mereka berhenti merokok.

Infakkan hartamu di jalan Allah = Sedarilah, membeli rokok bukan jalan menuju Allah, malah sebahagian besar hasil pembelian rokok merupakan pendapatan bagi Israel yang sedang menghancurkan Gaza sekarang ini.

Jangan jatuhkan diri dalam kebinasaan = Jangan cari sebab untuk dapat kanser peparu, heart attack (kandungan asap rokok menjadikan lemak dalam badan lebih 'adhesive' dan seterusnya boleh melekat dan menempel di salur darah), infertile etc..

Berbuat baiklah = Kasihanilah orang sekeliling yang sedang menderita kerana menghidu asap rokok anda. Mereka sedang menjadi perokok pasif disebabkan anda.

Sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik = Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang sedang menahan diri daripada merokok dan perkara yang membinasakan diri.

Hipotesis saya: Selain pakar bedah, golongan kedua yang paling banyak merokok adalah..

Jawapan : Penghuni hospital sakit jiwa.

Saya teringat kata-kata doktor psikiatri, cuba lihat di celah-celah jari pesakit-pesakit mental ni, ada kesan hitam tanda terlalu banyak merokok. Orang depressed juga banyak merokok.

Kenapa sepertinya saya 'berapi-api' bercakap tentang rokok ini??

Kerana saya sedang menasihati seseorang yang sedang berjinak-jinak dengan rokok ini. Katanya dia cuba untuk berhenti merokok. Tetapi kerap kali tewas apabila rakannya menawarkan rokok padanya. Saya geram. Saya kata pada dia, "Esok kalau sakit, jangan cari akak, jangan jumpa akak untuk minta surat cuti (ayat perasan sket ni), akak tak mahu tengok muka orang yang cari penyakit!" Oh saya memang marah. Saya diminta oleh ibunya (makcik saya) untuk menasihatinya. Walaupun begitu, saya masih bersyukur kerana pada pandangan saya, saya percaya dia sedang cuba untuk berhenti terus cuma mungkin perlu lebih kekuatan dan dorongan.

Doa saya, semoga dia diberi kekuatan untuk terus berhenti merokok, semoga bakal suami saya tidak merokok, walaupun dia nanti seorang pakar bedah (haha,ye ke? apa salahnya berdoa :p), semoga umat Islam secara keseluruhannya selamat dari ancaman rokok yang membunuh ini.



"Keluarga sihat tanpa rokok"

::Kalau keluar soalan 'Counseling for smoking cessation' untuk Family Medicine ni, saya berharap saya boleh dapat markah yang best! Amin::

Thursday, January 15, 2009

15 Januari 2008...

Meraikan birthday Hetty kecil-kecilan semasa berbuka puasa petang tadi...









When you are young, life leaves you no choice,
Do this, do that,
No room for a little voice,
When all you want to do is play and just have fun,
Ride your bike, roller skate and be free to run,
With no concerns for what's, when's, who's and why's,
Then you go from a girl to a woman before your own eyes,
Life gives you lesson to learn as you grow,
Room for mistakes and time to show what you know,
Just be patient because thing will soon go your way,
Enjoy your life and have a HAPPY BIRTHDAY!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah telah menemukan syahid utk Sh. Said Siam, Menteri Dalaman Pimpinan Hamas.

One of Hamas's senior leaders has been killed in an Israeli air raid in Gaza, al-Quds television has reported.

Said Siam, who was the interior minister in Hamas’s government, was killed along with one of his sons and a brother in an air raid in Jabalya refugee camp on Thursday.

"Leader Said Siam, his son [Mohammed] and his brother fell as martyrs in Gaza," al-Quds, a Hamas TV station based in Beirut, reported.

Hamas officials confirmed the three died in an Israeli air attack on a house rented by Siam's brother.



Teman setia yang turut membaca al-Jazeera...

Happy, excited, depressed...

Seronoknya hari ini. Round kami hari ini Markaz Sihi di Sareeh. Kami belajar memvaksin, mengambil darah dan di'brain-stormed' oleh Dr. Husam untuk case 'Transient Ischemic Attack'. "Oh tidak, tajuk ni saya tak baca lagi. Jangan tanya saya." Hati saya berdoa.

Untuk 'Family Medicine' ini, entah mengapa, mungkin rezeki, mungkin kifarah,(ye ke?) nama saya kerap juga dipanggil oleh doktor untuk menjawab soalan mahupun dalam round dan juga seminar. Biasalah, ada yang dapat dijawab, ada juga yang cuma berjaya dijawab dengan 'I don't know' atau "I dont have any idea doctor, sorry." Muka pun akan mula kelat bila terpaksa menjawab sebegitu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu lagi perkara yang seronok, memandangkan Markaz Sihi Sareeh terletak jauh di luar dari Irbid, maka amat susahlah untuk kami mendapatkan teksi. Kami mula berfikir-fikir bagaimana kami ingin pulang. Ingin menumpang kereta yang lain, tiada pula pelajar perempuan yang membawa kereta. Ingin berharap pada CR (Class Representative), awal-awal lagi dia sudah pulang, tidak sempat mengejarnya. Mungkin ingin segera pulang ke Amman agaknya. Akhirya kami pun 'melangut' menunggu. Tak tahu apa yang kami tunggu. Satu persatu kereta meninggalkan kami. "Tengok, seorang pun tak nak tumpangkan kami." Sedihnya. Tapi saya harus berfikiran positif, tentu saja mereka segan ingin mempelawa kami. Mungkin mereka fikir, tentunya ada halangan budaya? Hmmm.. Biasanya pelajar-pelajar lelaki Arab akan menghormati pelajar perempuan terutamanya orang asing. Namun jika kami meminta tolong, pasti mereka akan bantu. Takpelah biarlah mereka. Kami menunggu lagi.

Akhirnya muncul sebuah kereta berhenti di hadapan kami. "Ta3al.. ta3al..(kemari2..)!"

Oh Dr Husam (Specialist in Family Medicine). He stopped by and invited us to his car.

"Ya rett!!" Hati saya saja yang menjerit. Dia menumpangkan kami sehingga ke Irbid. Banyak juga perkara yang dibualkan di dalam kereta. Dia sangat baik dan hebat. Doktor yang berasal dari Hebron, Palestin dan menghabiskan ijazahnya di sebuah universiti di North Africa dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dan bekerja di US. Memang kami amat mengaguminya kerana kehebatannya dalam bidang ini. Tapi kecut perut juga dibuatnya apabila menghadiri seminarnya kerana dia gemar dan kerap bertanya soalan-soalan yang mencabar. Saya juga pernah terkena di dalam seminar. "My question is for you dukuturah" Saya berpaling. Rupa-rupanya tangannya jelas menunujuk ke arah saya. "Alamak, apa la soalannya" Gelabah juga.

"A patient seen to have polyps in his colon. How many years did you expect he will have a colon cancer?" Dia bertanya dengan coolnya.

Recall.. recall.. Surgery ni.. "Hmm, about 10 years??" Saya jawab antara yakin dan tidak. Rasanya macam lebih. Tapi lebih mana..

"Yea, good. About 10 years or even more!" Dia jawab.

"Pheww, selamat.." Lega rasanya walaupun tidaklah rasa cemerlang mana. Haha, soalan senang je ni rasanya. Cuma disebabkan dah lama lupa subjek surgery. Jadinya rasa blurr..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu lagi,
Rakan sekumpulan kami Umar Maghayreh baru saja pulang dari Malaysia kerana mewakili universiti kami dan negara Jordan untuk menghadiri konferens tentang HIV di Monash Universiti di Malaysia. Pemergiannya ke sana hanyalah saya ketahui setelah CR memaklumkan pada kami.

Pagi-pagi lagi saya telah disapa oleh suara garau, "Apa khabar?"
Terkejut.. "Ish rasanya tiada budak melayu lelaki dalam kumpulan saya ni."

Saya menoleh. Laa, Umar! Dah pandai cakap melayu rupanya.
Cepat-cepat saya menemuramahnya.. "Macam mana Malaysia, Apa cuaca sekarang, seronok tak, mana lagi tempat yang dia pergi..."

Memang kami pula yang 'over-excited' lambang sangat merindui Malaysia. Dia berjanji akan menunjukkan gambarnya pada kami minggu hadapan.

Kesian juga melihatnya semasa di klinik tadi, masih lagi 'jet-lag' dan kelihatan mengantuk. Mungkin baru ingin serasi dengan cuaca dan waktu Jordan setelah seminggu di Malaysia. "Ha rasakan, camtulah kami datang dari Malaysia jauh-jauh ni."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi.. Hari ini birthday Hetty yang ke-23. Erkk, tua sudah kakak seorang ni. Semoga bertambah amal, tambah pahala, dilindungi Allah dan bahagia di dunia dan akhirat. Dan semua yang baik-baik, semua untuk anda. Amin..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last but not least, dalam gembira-gembira pun, bila terkenang yang satu ini, mood terus bertukar. Hari ke-20 serangan di Gaza, tiada apa-apa perubahan, perbincangan demi perbincangan, namun satu pun tidak menunjukkan hasil. Perbincangan yang hanya seolah bertujuan menutup dan mengalihkan pandangan masyarakat terhadap isu ini. Speechless @~@

'Allah yuthabbit aqdamakum, ya mujahideen'