Monday, June 22, 2009

Entri sempena 21 Jun

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time on you...

Dia yang membesarkan kami adik-beradik,
Dia yang memberi kami belanja dan membayar yuran sekolah kami,
Dia yang menghantar dan menyambut kami pulang dari sekolah.
Dia yang mengajar kami solat dan mengaji,
Mengajar kami niat berpuasa, qiamullail.

Masih saya ingat ketika kecil, saya amat malas untuk ke sekolah agama. Maklumlah kelasnya yang bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 6 petang, pulak tu selepas kepenatan di sekolah pagi, sememangnya waktu ke sekolah agama adalah waktu enaknya tidur. Tapi dia tak pernah bagi muka. Kerap kali juga saya ke sekolah dengan linangan air mata.. isk isk. (Memang mengada)

Waktu mengaji, saya selalu takut. Saya rasa dia sangat garang. Makanya menitislah air mata saya ke atas muqaddam. Walaupun begitu, dia tetap dengan muka seriusnya.

Apabila kami baru berlumba nak masuk ke bilik air ketika azan maghrib telah berkumandang, dia yang telah menunggu di atas sejadah untuk solat jemaah mula bersuara keras. "Dah azan baru nak mandi."
Abang pula kerap kali duduk berteman nyamuk di luar pada waktu maghrib sekiranya pulang lewat dari bermain bola. "Rasakan, itulah denda bagi orang nakal." Katanya...

Pada malam-malam terakhir Ramadhan...
"Malam esok semua bangun ya..Qiam" Katanya lembut.
Kami mula bercakap sesama sendiri, "Lamanya solat tasbih...Isk isk"
Sempat juga melobi ibu, "Bu, ngantuk la bu. Tak larat, bla.. bla.." (Alasan palsu semua ni..:p)
Keesokan paginya, selepas kami semua dikejutkan, terpisat-pisat kami bangun, saja pula tu melambat-lambatkan. Dia masih tekun menunggu kami semua bersiap.
Antara tazkirah sebelum qiamullail darinya yang paling saya ingat tentang solat tasbih, "Solat ini berat. Tapi sebagai hamba yang bersyukur buatlah kalau mampu setiap hari, jika tak mampu, seminggu sekali, jika tak mampu, buatlah sebulan sekali, dan jika tak mampu juga, sekurang-kurangnya buatlah setahun sekali."

Malam hari-hari persekolahan, no TV at all! Bila hari esok di sekolah, semua orang bercerita tentang drama itu, drama ini, semua saya tak tahu. Apabila tiba siri Superman dan Robin Hood setiap malam Isnin dan Selasa, saya akan meminta keizinan ekslusif darinya untuk menonton. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tidak...:(
Also, no telephone and internet after 11pm. Telefon rumah akan dibawa masuk ke dalam biliknya. Maka tiada siapa boleh bergayut sehingga larut malam.

Masa kecil dahulu, saya rasa memang dia tegas dan garang. Apabila dia pergi berkursus kami rasa macam 'merdeka'. Bukan sepanjang waktu dia garang, banyak saja masanya dia berlembut dan kami bermanja dengannya. Namun apabila tiba masa untuk kami didisiplinkan, tiada muka diberikan tapi kami jadi takut dan automatiknya berdisiplin.

Apabila semakin dewasa, dengan dia, saya rasa seperti kawan. Saya boleh berkongsi apa saja dengannya. Dia sangat 'cool'...

Secara personalitinya, mungkin orang luar melihat dialah Tuan Haji Mohd Mohtar Hussin yang sangat serius dan tegas, namun dari sudut lainnya, dialah abah yang sangat saya kagumi dan sayangi.

Happy Father's Day, Abah. May Allah shower you with His bless always...:)
Saya tidak merasakan hanya abah saya seorang mendidik anak sebegitu. Mungkin ayah-ayah orang lain juga mendidik anak mereka sebegitu. Yang baik mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan akan datang.
::Ada hadiah yang saya telah fikirkan untuk tuntut dari Abah selepas grad.. eheh::

10 comments:

  1. selamat hari lahir pakcik :)

    smg terus dipanjangkan usia dalam ketaatan.

    bolehla berkongsi bulan kelahiran dgn saya :)

    ReplyDelete
  2. fez..ada jugak dengar ketegasan ayah fez kat skola. housemate saya satu skola dgn ayah fez...
    erm..sedang mengenali KKB..hoho

    ReplyDelete
  3. Kak yana,
    hari bapa kak.. bday ayah saya 11 april.
    terima kasih atas doa.:)

    Ain,
    Oo ain dah ada kat KKB? sekolah mana tu? nanti bolehlah kte hangout sama2. let me brings you jelajah kkb. cewah...
    Kalau kat sekolah pun tegas, dgn anak sendiri apatah lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Salam ziarah dan berkunjung...

    Terkadang kita merasa tegasnya ayah itu adalah menakutkan. Tetapi percayalah, marah ayah itu marah-marah sayang. Selamat berhari ayah :)

    Ada kelapangan jemputlah ke blog utk pertukaran link dan pendapat.

    ReplyDelete
  5. i learn sumthing from this site

    ReplyDelete
  6. En. Farid Rashidi,
    Terima kasih datang berkunjung.
    Betul, marah ayah itu marah sayang. Kalau ayah tak marah, anak memang naik kepala. It's ok to be strict to straighten the wrong-doings.

    En/Cik anonymous,
    Thanks for visiting. That will be always my hope, people left this site and gaining something from here.

    ReplyDelete
  7. kasih ayah kekal selamanya..

    aik, hadiah ape nak tuntuk kat pakcik mohtar pas grad tu?? hehehe

    ReplyDelete
  8. hi alhanin,
    mesti sibuk berkemas-kemas sekarang agaknya.
    Hadiah tu, hanya akan dapat selepas grad saja. Sebelum grad, jangan haraplaa. Hmm, apekah...

    ReplyDelete
  9. Hadiah tu, hanya akan dapat selepas grad saja
    hmmmm...hadiah seorang menantu utk ayah mungkin
    hehe..tu kire hadiahke..+.+

    ReplyDelete