Saturday, January 1, 2011

6-11 daily

Sedih juga lihat blog yang sudah lama tidak diupdate. Selepas 10 hari bekerja 6.30-11, hari ini saya bercuti rehat. Memang gembira rasa seperti baru dilahirkan semula. Haha, over.

Memang saya nak siapkan entri di Tanah Suci, tapi memandangkan bebanan kerja yang memang banyak, mohon maaflah kepada yang menanti entri-entri tersebut (jika ada la). Hehe. Boleh ikuti entri di blog adik saya, Follow your Dreams. Cerita saya dan dia lebih kurang saja.

20hb Disember yang lalu, saya melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Ipoh. Ada lebih kurang 15 orang HO baru yang bakal bekerja di Perak. Namun hanya 2 orang saja ke Taiping. Yang lain ke Ipoh dan Manjung.

Soalan yang biasa didengari, "Why did you choose Taiping? You orang Selangor kan?"
Dan alasan saya, "Sebab Taiping ada taman tasik." Heh, nak cari taman tasik macam la selangor takde tasik.

Actually, ada jawapan lain yang lebih tepat. Nanti-nanti terungkailah.
Memang Taiping jauh dengan tempat saya. Jauh dari hospital kawan-kawan Jordan dahulu. Qilah sedih bila saya dah nak berangkat ke Taiping. Dia kata, "apesal jauh sangat weii. Nanti mesti susah nak jumpa.."

Tak pe Qilah, jauh di mata, tetap dekat di hati. Sempat berjumpa dengan Qilah di Ipoh hari itu. Kebetulan dia balik kampung dan kami jumpa di hotel tempat saya bermalam. Ain pula datang melawat saya di Hotel selepas kursus Induksi. Thanks friends!
Hari-hari bekerja, rasa penat. Kadang-kadang longlai bila petang menjelang. Keluarga pula jauh. Memang rasa 'sendirian'.

Selepas 10 hari bekerja, saya dapat beberapa pengajaran:

1. Perlu fikir positif.
Ujian ini tidaklah sehebat ujian yang pernah ditimpakan kepada nabi-nabi dahulu. Mereka kuat kerana merasakan Allah sentiasa bersama. Kalau rasa sedih dan 'bodoh', anggaplah kita sedang berada dalam proses pembelajaran. Semua orang melakukan kesilapan. Setiap kali solat, pastikan berdoa, 'Rabbi yassir wala tu3assir.' Doa juga semoga Allah memelihara kita dari melakukan 'fatal mistake'.

2. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
Jika bergantung kepada manusia, kita lemah jika manusia itu hilang dari pandangan. Namun jika letakkan pergantungan kepada Allah, tika rasa lemah, pasti ada secebis kekuatan yang bisa menongkat kita semula. Kerana niat kita bekerja kerana Allah, walaupun letih, kita rasa kita mampu untuk buat.

3. Jaga tindakan dan kata-kata.
Kita memang jadi perhatian. Seperti celebrity ok. Cuma tak masuk majalah Mangga je. (heh). Apa-apa yang berlaku, pasti satu department tahu. Orang yang bercerita kadang-kadang tidak berniat memburukkan, cuma mereka seronok mengisi masa terluang dengan bercerita dan menyampai.

4. Tidak rugi berbuat baik dengan semua orang.
Orang baru perlu hormat orang lama, walaupun dia hanya seorang 'cleaner'. Pagi-pagi on the way ke hospital, cubalah senyum dan bagi salam atau 'hello' dengan semua orang. Pasti bisa ceria dan rasa disayangi. (hehe perasan).

Betullah, kalau bukan kita yang pujuk diri, siapa lagi yang boleh diharapkan. Betul tidak??
Common saja pengajaran-pengajaran ni. Tapi kadang terlalu common sampaikan kita lupa untuk jadikan pengajaran.

Esok kerja. Memang saya merindui hari Ahad yang dulu. Ahad berpagi-pagian di rumah, makan nasi lemak, baca suratkhabar, petang tengok Nona. Kini tidak mampu lagi. Huhu.

Last but not least, Selamat Tahun Baru!

8 comments:

  1. Halamak! Houseman memang kasi titik hitam. Kena kuat. Macam mana nak kerja next year nih?


    Akak saya dah pindah blog baru

    ReplyDelete
  2. yes hampir terungkai! hehe...kakak saya kuat!! insyaallah... =))

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum faezza,

    I have a feeling that my lucky guess why you choosed taiping will be correct :D

    makin banyak dengar tentang HO kat msia, makin semangat nak balik kerja tapi rasa risau jgk sbb insyaAllah t/jwb makin banyak tahun ni

    niatkan kerja sbg ibadah, insyaAllah smua penat lelah kita menuai di dunia ini akan nampak hasilnya di akhirat kelak

    take care

    ReplyDelete
  4. salam fez..
    busyy nyeee..ptt ler my msg hasn't been replied.. ;)
    yer x sbr nk tunggu the "terungkai moments" hihihi
    anyhow..semoga Dr.Fez ceria and bahagia selalu! sungguh byk pahala yg awk dpt utk setiap detik di hospital tu.. :) beruntung kamu :)
    take care my dear sahabat!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Mun,
    Ada ke pernah dgr orang kata HO life ni titik putih. Huhu. X pernah kot. Semuanya kata 'susah'. Memang susah kot naknya bila berkaitan dengan medicolegal. Semua nak ugut2 je. Sampai boleh rasa, tak nak kerja boleh x???
    Tapi itu lh cabaran namanya. So follow the flow saja. Inshallah berkat kesabaran kita sekrg, lg 10 tahun inshallah kita dah boleh tersenyum bergelar pegawai perubatan DG 54. haha.

    Yah, doakan ye!

    Zay,
    Rindu laaa kat zay n Jordan! Cepatlah balik bawa baby... Hidup tanpa tanggungjwab pun tak seronok juga zay. So, no choice but to menggalas tanggungjwab dengan sebaikya. krm slm pada baby!

    Shida,
    Haaaahh la lupa nak reply msg! Huhu,the 'terungkai moments' will be just around the corner. Thx for the support shida. Sometimes I feel like, napa la aku x jadi cikgu. Napelah tak jadi software engineer.. napela tak jadi nurse.. But in the end, i realized, this is what i born for. to help people. inshallah wont feel regret..:)

    ReplyDelete
  7. mmg jauh..
    tkpe lah..jumpa lagi nanti hjg bulan..
    aku mintak cuti awal sehari nk jumpa ko semata2 ni..cewah..

    bos aku tnya dkt senior HO aku..
    knp nk jadi dr..
    saya nak jadi dr sbb saya boleh pakai labcoat putih dn jalan dpn org..
    hohoho..

    hidup mmg tk semudah yg disangka..
    aku ngan frh akan dpt anesth sbg last posting..
    dan berita itu tk brp nak menggembirakn..
    mls nk pk..

    ReplyDelete
  8. qila, aku suke jwpn ko..sgt innocent ok! =P

    fez, u're most welcome.. huhu. syok la dpt jmp kp..sblm ehem2 kan.. kang da suasana lain.. heee~ opss, mmg dah hampir terungkai,ok..

    'nape pilih tepeng'.. hahaaa.. bangge la dr tu kan =P
    apepon, gaya nyer ko da abes tagging.. wish u luck then! not to forget, sanah helwah..25vs23 =P kwang3x.. sile jaga diri elok2 esp di bulann Januari ni yer..hehee~

    doakan kitorg yg di tahun 6 ni fez.

    ReplyDelete