Saturday, April 21, 2012

Pengalaman 1st trimester...

Seingat saya, ketika itu usia perkahwinan kami menjangkau lebih kurang 8 bulan ketika kami menerima berita tentang kehadiran Baby Yaya. Hati saya bercampur baur. Yang nyata, gembira dan bersyukur dicampur dengan takut, bimbang dan sebagainya. Takut kerana itulah pengalaman pertama. Bimbang juga kalau-kalau tidak mampu untuk mengurus diri dengan baik semasa mengandung ditambah pula dengan bebanan kerja sebagai houseman. 

Alhamdulillah ketika Ramadhan yang lalu, saya dapat melalui first trimester dengan baik. Seingatnya, saya hanya muntah 2 kali di tempat kerja. Loya dan mual memang sentiasa ada, namun tidaklah sampai ke tahap yang teruk. Pernah sekali saya muntah ketika membuat morning round dengan MO. Tiba-tiba datang bau makanan hospital yang tidak boleh diterima tekak, lalu terkeluarlah isi perut . Nasib saya sempat ke tandas berhampiran. Semasa first trimester mengandungkan Yaya, saya masih berada dalam posting medical. Medical terkenal dengan posting yang 'tidak boleh diterima akal ke-busy-annya. Paginya, seorang diri di wad yang punya 30 buah katil. Oncallnya terpaksa menjaga 2 buah wad, termasuk 4th call yang terpaksa berlari dari bangunan ke bangunan. Memang gila. Sehingga kini, walaupun sudah menamatkan posting medical, saya masih terbayang muntah dan loyanya apabila menjejak ke wad-wad medical ini. 

Oh ya, semasa di medical juga saya tidak pernah terkecuali dari melakukan semua benda. CPR, ambulaning (haha, ini verb untuk accompany pesakit menaiki ambulan), dengue blood taking hourly (siap kena hantar ke lab dan tunggu result). Ada satu malam ketika oncall, saya oncall di wad D2. Tiba-tiba seorang pesakit didapati asystole (Degupan jantung tidak dapat dikesan). Saya pandang ke arah kedua-dua staff nurse yang bertugas pada malam itu dengan harapan salah seorang dari mereka dapat melakukan CPR (cardipulmonary resuscitation). Malangnya saya lihat kedua-dua staff nurse tersebut peurut masing-masing memboyot. Saya jangka mereka sudah 2nd atau 3rd trimester. Saya tiada pilihan. Ketika itu usia Yaya dalm kandungan saya jangka dalam lebih kurang 12 minggu, Saya lantas naik ke atas katil dan mula melakukan CPR. Apabila MO tiba, nasib baik MO tersebut tahu keadaan saya yang mengandung. Dia justeru menggantikan saya. Takut juga jika ada komplikasi. Alhamdulillah, tiada berlaku apa-apa.

Ketika saya oncall di medical juga, saya terpaksa menghantar pesakit ke Penang Hospital untuk pesakit Myocardial Infarction - Failure of STK. Bayangkan kami perlu tiba di Hospital Penang dalam masa 45 minit.  Bimbang juga saya, apa-apa terjadi saya yang kena CPR dalam perjalanan. Dengan keadaan ambulan yang tidak selesa dan laju, sebaik saja melepasi jambatan Pulau Pinang, malam masih sibuk dengan trafik. Ambulan mula membunyikan siren, tiba-tiba ada sebuah kereta memintas dengan laju. Pemandu ambulan terpaksa brek kecemasan. Terkedepan kami dibuatnya. Berderau seketika jantung. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan. Cuma terkejut. Dengan izin Allah, tiba juga kami di Hospital Taiping dengan selamatnya.

Satu lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah ketika saya oncall di ICU. Ada seorang pesakit yang berada dalam tahap kritikal, darah untuk Full blood count terpaksa diambil hourly basis dan dihantar oleh HO oncall ke lab. Keputusan darah hendaklah dilaporkan kepada MO oncall malam tersebut. Sudahlah tu, bukan itu saja tugas saya pada malam itu, clerking new patient di wad lagi. Oh pada malam itu, air mata saya memang tidak tertahan lagi. Saya exhausted, penat, tension. Saya berjalan ke lab pada ketika itu antara jam 12-3 pagi dengan lelehan air mata. Sambil itu sempat juga berbisik buat Yaya.. "Kalau mama kuat, Yaya pun mesti kuat. Yaya kena bertahan macam mama." 

Tidak ramai rakan setugas tahu yang saya mengandung ketika itu memandangkan perut pun masih belumjelas kelihatan. Namun bagi merka yang tahu, mereka pasti bersimpati melihat keadaan saya yang sering lelah kepenatan.

Semasa menjadi HO bahagian nephrology dan respiratory, Kami terpaksa cover peripheral ward. Sekali lagi saya terpaksa banyak berjalan, naik ke semua tingkat untuk melihat pesakit bahagian tersebut. Tidak semua MO faham, tidak semua specialist baik hati. Itu yang boleh saya katakan. Namun sememangnya saya amat berterima kasih kepada MO dan specialist yang baik hati dan sanggup menolong saya semasa di medical.

Exhausted. Ibarat kereta yang kehabisan bateri. Begitulah keadaan saya sekembalinya dari tempat kerja setiap hari. Sudah tidak mampu memasak, mahupun menelaah buku. Pulang saja sudah tentu berbaring sambil menonton tv. Atau pun tidur sehingga ke pagi. Kerap kali juga menangis di bahu sahabat baik merangkap suami tersayang. Menangis seolah terasa diri tidak mampu untuk bertahan melakukan kerja. Dia memahami  apa saja yang saya cerita kerana dia pernah melalui semua itu. Setiap pagi sebelum pergi kerja, semestinya dia berpesan, "Buat mana yang termampu. Pedulikan apa orang kata. Yang penting kita tahu kemampuan kita." Saya sering berpegang kepada kata-katanya. Dulu saya memang devoted dengan tugas. Namun sejak menyedari ketidakmampuan diri, saya akur, buat hanya yang saya mampu. Namun itu tidak bermakna saya curi tulang. Hehe. 

Doa kami suami isteri buat anakanda tersayang di dalam rahim ini terus dititipkan...

Yaya,
Mama tak mampu nak jaga Yaya sebaik ibu mengandung yang lain. 
Bantu kami Ya Allah, peliharalah anak ini.
Kurniakan dia kesihatan yang baik.
Jadikan dia anak soleh / solehah.'
Kepadamu kami berharap dan berserah.

ALhamdulillah berjaya menamatkan posting medical akhirnya. 

Apa cerita Yaya seterusnya... Bersambung.




::Yaya = Baby Raihana::

1 comment:

  1. faezza, doa ko utk yaya mase die 1st trimester tu mmg same ngn kita. mase mcm2 jadi kat kita. bleeding la, accident la. mmg itu la yg kte bisik kat dia. keep on writing. kte tunggu!!

    ReplyDelete