Sunday, August 8, 2010

Dilema si penganggur

Tajuknya macam sedih saja bukan?
Hakikatnya hmm.. runsing juga.

Hidup sebagai pemegang biasiswa JPA luar negara yang mewah. Setiap bulan RM2k dimasukkan ke dalam akaun. Apabila cuti tiba, otak pun mula menerawang mereka percutian ke mana-mana. Wang yang dikeluarkan - tidak kisah, seolah tidak luak bak katanya.

Apabila ada Mega-Sale di 'shopping-complex', tidaklah terlampau berkira untuk mengeluarkan duit, kerana yakin, setiap 3 bulan, duit pasti ada di dalam bank.

Namun itu dulu.
Kini??
Macam nak beli kasut Scholl... Nantilah dulu..
Macam nak tukar cermin mata baru BUM... Haisshh sayang pula duit.
Macam nak beli baju baru.. Haiyaa, banyak lagi nak pakai duit maaa!
Macam nak beli majalah.. Tak payahla, buku kat rumah pun banyak lagi tak baca.
Nak makan steam-boat? Keluar juga duit akhirnya...*Sigh*

Seolah terasa hidup bagai dicatu. Duit itu ada, tapi untuk mewah, ia perlu melalui beberapa tapisan ISO dan SIRIM. (Heh).

Nak buat apa?
Nak beli apa?
Amboi banyaknya..
Haii baru lagi isi minyak, dah kering?
Oh rindunya saat-saat bergelar 'pemegang biasiswa JPA'..

Huhu. Hidup kini berubah. Inilah dilema seorang penganggur. Duit sentiasa mahu mengalir namun yang masuknya?? Tunggulah lagi 2-3-4 bulan..
Seronoknya sewaktu belajar dahulu, tidak susah, tidak begitu lelah seperti bekerja, namun duit boleh tahan cukup menampung kehidupan seorang diri di perantauan. Itu dulu...

Sekarang, fikir untuk bekerja sementara? Tak perlu kot. Banyak hal yang perlu diuruskan sementara bercuti ini.

Justeru, pesananku kepada adik-adik pemegang biasiswa..
Buatlah simpanan untuk masa depan. Kalau boleh pastikan RM10k dalam simpanan menjelang hari-hari menganggur yang selama beberapa bulan ini.(huuuu) Jangan seronok sangat berbelanja sementara tengah ada simpanan. Duit tersebut boleh digunakan untuk maaaaaacam-macam. :)

::Sesungguhnya membazir itu saudara syaitan..::

6 comments:

  1. pesanan kpd semua pmgang biasiswa JPA..duit baru msk..rajin2 la belanja n tlg2 penghutang YP ni..haha..

    macam nak kawen..baik,smpan duit!!hee~

    akak, jgn boros..simpan duit ntuk kawen!!!(^_^)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum faeza,
    yup, i understand..sejak duit JPA seorang dikongsi berdua ni, dah tak rasa nak gi jalan2 sgt plus nak cuba belanja seakan-akan JPA tak naikkan biasiswa, takpe2..tarbiyah utk berjimat sebab keperluan makin banyak

    akhirnya duit tu terkorban juga utk steam-boat :)
    food has always been the biggest temptation, right? :)

    ReplyDelete
  3. ada sikit lagi nak kongsi, my murabbi used to remind me with the Prophet's hadith saying,

    “Bukanlah dikatakan kaya itu sebagai banyak harta. Akan tetapi kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa” [al-Bukhari 6446]

    kaya jiwa kat sini adalah sifat qana3ah, jd kita still ada peluang nak jd kaya ni, faezza :)

    p/s-tak jadi nak gi spain thn ni,
    take care sis

    ReplyDelete
  4. semoga tabah ^_^

    bersusah dahulu, 4 5 bulan lagi hidup akan jd lebih cerah iAllah
    hehe

    ReplyDelete
  5. Izzati, apesal asyik nak kahwin je haa? Simpan duit untuk beli kereta, beli rumah, beli tanah pun sama penting. Awak kan pakar ekonomi, mesti lagi bijak berbelanja..:)

    Zay,
    Terima kasih atas peringatan bersama. Sekarang kongsi berdua, tak lama lagi kongsi bertiga pula. Inshallah semoga dimurahkan rezeki. Hadis peringatan tersebut benar-benar membuatkan diri ini terasa 'cukup'.:)

    Farah,
    Yupppp! Jommy pergi pesto konvo UKM esok!

    ReplyDelete
  6. akak, sebab saya xpuas hati akak tinggalkan saya tnpa cari calon ntuk saya..haha..

    alamak, abisla kalau k.zay baca....hee~

    kaya jiwa kat sini adalah sifat qana3ah, jd kita still ada peluang nak jd kaya ni~ahli ekonomi tanpa syariah mungkin susah nk pk camni..thanks k.zay!!

    ReplyDelete