Monday, August 30, 2010

We went to London, Paris and Costa Del Sol

Pernah dengar lagu 'Awaken' nyanyian Maher Zain? Ini antara liriknya..

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied..

Lagu 'Awaken' ditulis untuk menyedarkan umat yang kian leka. Sibuk menguruskan aktiviti dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masalah dan kepentingan orang lain. Sibuk dengan kemajuan di tempat sendiri dan menyalahkan orang lain apabila berlaku masalah di tempat lain.

Apa yang menarik dalam lagu ini juga, ada disebut, "We went to London, Paris and Costa Del Sol.."
Masa mula-mula dengar, saya tak dapat 'catch-up' apa yang disebut oleh penyanyi akan perkataan terakhir dan ayat lagu tersebut.. Sehinggalah saya tiba di Costa Del Sol, Spain pada bulan Julai yang lalu.

Rupa-rupanya, Maher Zain menyebut 'Costa Del Sol'.

Untuk mereka yang tidak pernah dengar tentang Costa Del Sol, ini sedikit info tentang Costa Del Sol,



Ia merupakan kawasan pesisiran pantai yang terletak di selatan Sepanyol. Bandar-bandar yang dikategorikan dalam kawasan ini adalah seperti Málaga, Torremolinos, Benalmádena, Fuengirola, Mijas, Marbella, San Pedro de Alcántara, Estepona, Manilva, Vélez-Málaga, Rincon de la Victoria, Nerja, Torrox, Sotogrande, San Roque and La Línea de la Concepción.

Apa yang menarik di sini?
Kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong kerana keadaan pantainya yang memang cantik dan luas.

Saya sempat berada di Torremolinos (satu daripada bandar-bandar Costa Del Sol) selama 1 malam sebelum bertolak ke Gibraltar keesokan harinya. Kami meraikan kemenangan Spain di separuh akhir Piala Dunia malam itu. Riuh. Jalan raya yang pada mulanya sunyi menjadi hingar bingar dengan bunyi hon dan sorakan penyokong-penyokong Spain. Kami pulang ke hotel dengan segera pada malam itu kerana bimbang terserempak dengan mereka mabuk dan kurang waras akibat meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka itu.


Penulis bersama rakan-rakan di hadapan hotel, Aguamarina, Torremolinos.



Pantainya memang cantik. Tetapi gambar close-up di tepi pantai tidaklah dapat disertakan di sini memandangkan ia begitu 'censored' untuk ditampilkan pada khalayak. Maklumlah pantai-pantai yang dipenuhi 'minah dan mat saleh'. Walaupun begitu, tidak rugi anda berkunjung ke sini untuk menikmati panorama yang sungguh indah... Sudah lama tidak merasakan tiupan angin pantai, rindu itu terubat apabila berkesempatan ke pantai Torremolinos suatu ketika dahulu...


::Costa Del Sol sudah sampai, tapi Paris dan London belum lagi. Bila agaknya...::

4 comments:

  1. tak lama lagi sampaila tu di Baris dan London.apa kata sponsor aku skali time tu hehehe..nice entry..keep it up !

    ReplyDelete
  2. Farah,
    Banyak hengget mahu sponsor ko. Diri sendiri pun belum lepas maa.. Nice entry ke? Biasa sajo.. Tak macam entry ko yang panjang dan bernas itew.. (Huhu)

    ReplyDelete
  3. W M Najib,
    Jeles akak dah sampai Torremolinos ke.. (Hehe) Tak lama lagi awak sampai la sana kot. Inshallah. Kumpul duit, tak payah balik Msia. Sejak biasiswa naik tulah (masa kami tahun 4 kot) baru kami berpeluang berjalan. Tak macam junior2 sekarang. Dari tahun 1 boleh berjalan..

    ReplyDelete