Tahun ini merupakan tahun kedua saya beraya di Malaysia selepas lama bermukim di bumi Jordan. Tahun lepas Syawal disambut ketika saya menjalankan praktikal di Malaysia. Manakala tahun ini Syawal disambut selepas saya pulang 'for good' ke tanahair ini. Alhamdulillah, dipanjangkan usia sehingga ke tahun ini dan diberi peluan meraikan Syawal bersama mereka yang tersayang.
Raya tetap raya. Bukan persiapan rumah kami saja dititikberatkan, malah rumah atok di KKB juga. Dinding kayu dibersihkan kotorannya. Kusyen diganti. Sofa dan cermin tingkap dilap. Pendek kata, selagi belum raya, kerja tidak kan berhenti. Penat memang penat, tapi demi kepuasan bersama dan nenda tersayang, apa lah salahnya berpenat sekejap.
Raya pertama...
Kami sekeluarga menunaikan solat raya di Masjid Rasa. Khutbah yang disampaikan memberi peringatan untuk diri yang lagha ini. Memetik teks khutbah yang dibacakan, "Ramadhan mendidik manusia untuk bersabar, menghindar sifat kebinatangan dalam diri seperti kuat makan, kuat tidur dan berhibur.." Terzasss telinga pedih terasa. Astaghfirullah al-azim...
Kemudian kami pulang ke rumah di Rasa untuk bersiap berpakaian raya dan bermaafan bersama keluarga nukleusku. Tahun ini, dengar lagu raya pun tidak rasa apa-apa, kerana diri tidak lagi berjauhan. Jika dahulu, paling sedih mendengar lagu Aman Shah, Kepulangan yang dinanti. Tahun ini tiada apa-apa perasaan. Huhu. Cuma teringat kawan-kawan dan adik-adik di Jordan, juga kenangan beraya di sana. Mana mungkin bisa dilupakan...
Dah siap bermaafan bersama keluarga, kami terus ke kubur menziarahi pusara Tok-Ki (ayah kepada ibu) dan almarhum saudara-mara lain di Tanah perkuburan Kuala Kubu Road. Selepas itu kami pun terus menuju ke rumah atok di KKB.
Ramai sanak saudara telah tiba. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Imam a.k.a abah. Kemudian sesi bermaaf-maafan, tazkirah dan penyampaian berita-berita hot.(Hehe). Berita hot kali ini disampaikan oleh PakNgah yang mengumumkan majlis risik dan pertunangan Uun (sepupu) pada 6 Syawal (semalam).
Kemudian kita ke sesi 'memenuhkan perut', 'mengutip angpow' dan bergambar. Collection pada tahun ini tidaklah terlalu membanggakan. Biasa-biasa saja. Saya pun tidaklah terlalu mengharap. Ada rezeki, ada, alhamdulillah. Takde pun, tidak mengapa. Dah orang tak nak bagi.. Isk isk..
Pulang ke rumah selepas solat Jumaat, bersiap sedia menerima kunjungan orang jauh pula. Kepada orang yang jauh itu, terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak kami..:)
Malamnya, seperti biasa adik beradik ibu akan berkunjung ke rumah. Penuh, riuh, meriah..
Kemudian mari beraya ke rumah Pak Usu. Kami dihidangkan mi hailam.
Habis Hari Raya Pertama. Penat tapi puas...
Raya kedua, kami bersiap-siap untuk pulang ke Johor (kampung abah). Sebelum itu sempat singgah beraya di rumah jiran sebelah. Perjalanan ke kampung yang jauh tidaklah menyeronokkan memandangkan perjalanan trafik yang perlahan dan ramai orang di kawasan R&R. Tak larat tengok orang ramai. Kalau lah boleh naik flite saja, kan senang. Tapi membazir saja. Bukannya flite mendarat depan rumah. Sudahnya naik kereta menempuh jammed dan orang ramai juga.
Destinasi pertama di Johor, kami ke Simpang Renggam. (Rumah ayah abah). Semua pakcik dan makcik ada di sana. Memang meriah! Malam raya pertama, saya menuntut ilmu dengan Cik Amat. Ilmu perubatan alternatif. Menarik. Cik Amat memang pandai mengubat orang menggunakan ayat-ayat Quran. Namun, bukan mudah. Kata beliau, ilmu ini perlu berguru. perlu dipraktik. Saya belajar yang mudah-mudah dahulu. Inshallah untuk diamalkan diri sendiri dan orang lain jika diperlukan.
Keesokan harinya kami ke Pontian (rumah pakcik abah). Adik beradik ibu turut datang menziarahi atok di Pontian. Sebelum pulang ke Rasa pada hari raya keempat, kami sempat singgah di Jelotong dan Bukit Batu menziarahi saudara mara di sana.
Raya kelima...
Berjalan-jalan menziarahi kawan-kawan sekolah rendah dan menengah. Kebanyakan mereka telah bekerja. Ada yang telah berkahwin dan punyai anak. Seronok!
Hmm, cerita raya memang takkan habis, selagi belum habis 30 Syawal.
“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.”(Riwayat Muslim)
Owh, puasa 6 hari jangan dilupakan. Ganjaran seperti berpuasa seumur hidup tu..Kenapa nak menolak tawaran yang Allah 'offer'??
Dan terkini.. masih menghitung hari untuk beberapa perkara penting.
1. Kerja. Bila KKM nak panggil induksi..(Semangat nak kerja. Dah kerja nanti nak cuti pula!)
2. Panggilan haji. Inshallah semoga impian untuk jadi tetamuNya pada tahun ini termakbul. Cuma sedang menunggu tarikh berlepas saja sekarang ini. Maka kita postponed dulu kerja. Yiehaaa!
3. .... zzzzzzz...
Last but not least, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan terutamanya yang berada jauh di mata namun dekat di hati - kawan-kawan dan adik-adik di Jordan. Dengan ucapan, saya mohon maaf untuk setiap kekurangan diri ini jua tanggungjawab yang tak terlaksanakan. Saya rindu Jordan!! T__T
Selamat hari raya fez! amboi, bz benor org tu thn ni..esp menerima kunjungan org jauh tu..smpaikan shbtmu yg jauh ini juga tersisih raya ni..isk2x~ kte pn xde perasaan dh dgr lgu raya..kalu zmn dolu2 wkt kt dublin, msuk mggu ke 3 puasa, asyik dgr lgu raya je..siap banjir lg kadang2..haha~ kt msia ni, x terasa lg feel nya..maybe dh dkt ngan family..tp beraya jauh kt perantauan mmg best..belajar berdikari..kalu x, ntah bila la nk belajar rebus nasi impit, msk rendang, masak kuah kacang..heeee~ ape pn, smga urusan menunaikan haji dipermudahkan..doakan kte sma2 dpt naik pelamin, selang sehari, bole? haha~ wassalam~
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteselamat hari raya.jangan sedih2 teringatkan kami..huhu..
saya pn akan rndukan jordan..kan raya kali ni xrmai jgk kan yg tggl kat sini..kami raya rmai2 serbu setiap umah..Yarmouk+Just+senior+junior....cam keluarga bahagia je jalan rmai2 segerombolan cmtu..hehe
sedihnya raya 1st n last kat sini..tp seronok dapat pglaman menarik cmni..kat sini pergi raya mmg rasa nak ziarah..kalau kt msia dlu g raya umah orang mknanya nk makan!!hoho..
apa ni, smgt saya cter kat sini, maleh nk update blog pasal raya [boleh ka?hihi]
skrg masih sibuk menymbut adik2..senior mithali katakan..esok skolah!!!esok tahun 4/ tahun akhir!!
miss u kak comot..muah3..(^_^)
salam fez,
ReplyDeleteslmt hari raya!
ehem2, dpt angpow drpd ***** tak? =P
raye kitorg sgt best, enjoy la beraya last di jordan enshalla.. doakan nk xm surgery lg sebulan, dh tak sabar nk blk Msia end of nx month..
dr MBH jd ketua dept skg, abes sume dye nk ubah (pdhal da separuh rotation), gaya xm sume nk ubah..siap kater 'jgn expect ramai akan lulus'.. perghh.. abes sume cuak kentang la..
cmne la nk sayang buku bailey & chenta ni? haish..
good luck induksi. dpt hosp mane? heee.. ker, ko dpt hosp tepeng?
Maaf kepada peng'komen'. Lama tak buka blog..:)
ReplyDeleteOdah,
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Dulu kita ingat peribahasa ni pantun tak siap, sebab bape kali baca macam tak sedap je. Dah lama-lama baru faham maksudnya. Heh.
Inshallah kamu akan didoakan selalu.. Selang sehari takleh la kot, penat I nak dtg Melaka rushing2. Heh.
Izzatibaik,
Senior mithali dah jadi gelaran awak tak? Hehe.
Bestnya raya bersama kawan-kawan. Dah ballik msia kawan jordan jauh. Nak ziarah kena bawa keta, jalan sesak. Nak naik public transport, kena tnggu lama. Last2, kita wish2 kat FB je. Huhu.
Itu sebabnya, duduk di Jordan itu sebenarnya seronok!
Ain,
ReplyDeleteI miss himm!! (Dr MBH and all the doctors!)
Tak lama lagi ko nak balik! Tapi mengenangkan exam pre-dept tu mesti seram2 kan.
btw, kami masih menjadi penganggur terhormat. (huhu). Mana-mana hospital dapatpun, kena kerja juga.. (pasrah konon) hehe.