Anda lebih sedap membaca begini... "Wanita saja sepanjang masa..."
atau begini... "Wanita saja sepanjang masa!!"
Saya suka membaca dengan intonasi nombor 2.
Sejak pulang ke Malaysia, ada lah 3-4 kali juga saya menggunakan perkhidmatan komuter. Sudah tentunya 'koc untuk wanita' pilihan saya. Tagline baru, "Dan kini saya rasa lebih yakin untuk menaiki komuter!" (Heh)
Sekiranya tempat yang ingin saya pergi, saya terpaksa mengharungi 'jammed' jalan raya, saya lebih selesa berpenat dan tidur di dalam komuter berbanding memandu sendiri. (Itu sebabnya saya memilih untuk tidak bekerja di bandar besar pada masa akan datang.) Maka kesesakan jalan raya adalah sebab utama mengapa kadangkala saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan komuter.
Koc wanita yang diperkenalkan oleh KTMB merupakan idea yang bagus, dan saya tidak tahu mengapa ada sesetengah pihak yang bodoh yang tidak bersetuju dengan idea ini. Saya yakin dia tidak pernah bersesak dalam komuter. Itu sebabnya dia tidak setuju.
Namun, ramai juga rakyat Malaysia mahupun warga asing yang 'buta huruf' kerana tidak tahu membaca 'Koc ini hanya untuk wanita'. Maka mereka yang bergelar lelaki turut masuk sama ke dalam koc wanita. Yang bagusnya kalau 'kena' dengan makcik-makcik yang bising, "Eh ini koc wanita. Wanita je boleh duduk sini. Lelaki pergi sana."
Yang lagi best kalau dengar, "Eh you tak baca ke ni?" (sambil menunjuk ke arah label koc wanita).
Ada pula yang terus menghubungi nombor hotline yang tertera pada label sambil bercakap kuat-kuat, "Makcik nak mengadu ni, kenapa ada lelaki dalam koc wanita ni? Ha, dia buta huruf?" - Saja makcik tersebut bercakap dengan kuat supaya lelaki-lelaki di situ terasa. Padan muka juga. Siapa suruh tak faham bahasa.
Tapi ada yang tak bagusnya, kalau ya pun marah dan nak menegur, tak perlulah berbahasa kasar dan menggunakan perkataan tidak sepatutnya. Mereka yang nak ditegur itu pun punya maruah. Buatnya dia memang tak perasan yang dinaiki itu sebenarnya koc wanita. Maklumlah pertama kali naik komuter.. Mungkin tak tahu.
Untuk mereka warganegara asing juga sepatutnya tiada masalah kerana banyak bahasa digunakan. '3arabah li sayyidat'.. untuk bahasa arabnya. Tapi kalau bahasa nepal atau bangladesh tidaklah pula ditulis. Dan disebabkan itu mungkin mereka tidak memahaminya. Label pink itu pula bercorak-fancy gambar sisi wajah wanita. Mungkin tak perasan juga. Haii, macam-macamlah alasan...Bagus juga kalau ada sensor dan alarm yang menjerit 'Ada lelaki dikesan dalam koc ini!' apabila mengesan kehadiran lelaki dalam koc wanita. Biar dia 'perasan' yang dia tersilap. (Heh)
Koc wanita adalah koc tengah. Boleh beratur atau menunggu di tempat yang berlabel koc wanita sekiranya hendak menaiki koc wanita. Untuk pasangan suami isteri (halal) atau bf-gf (haram) yang ingin naik bersama, tak perlu kot naik koc wanita. Naik saja koc bebas. Keselamatan anda dijaga oleh pasangan anda kot. Jadi, buat apa angkut pasangan anda yang lelaki itu untuk naik bersama dalam koc wanita? Buat wanita lain tidak selesa saja. Tapi kalau nak naik koc wanita juga, berpisahlah kejap tidak mengapa kot. Yang penting, koc wanita adalah untuk wanita. FAHAM?
Semalam, saya naik koc wanita. Ada seorang anak lelaki membawa ibunya yang sudah tua (cina). Dia menghantar ibunya masuk ke dalam koc wanita dan dia berpindah ke koc lelaki di sebelah. Nasib baik komuter kosong. Sebelum turun, dia masuk semula ke dalam koc wanita untuk mengambil ibunya dan membawanya turun. Bagus anak ini. Tidak mengapalah kalau macam tu.
All in all, jagalah maruah wahai kaum wanita. Sayang seribu kali sayang apabila melihat kaum wanita yang tidak lagi malu berpakaian yang tidak mencerminkan pakaian muslimah, berpegangan bebas dengan lelaki, berkata-kata dengan suara yang kasar dan tidak sopan. Naudzubillah....(Bersama muhasabah diri)
"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
::Semalam naik komuter ke arah Pelabuhan Klang, teringat masa balik KISAS dulu-dulu. Berbaju batik outing naik komuter. :)::
lebih sedap dibaca begini...
ReplyDeletewanita saja sepanjang masa???(^_^)
Ayat tu gatal namanya..
ReplyDeleteNak mengundang jawapan, "Lelaki boleh juga.." Heh.
Dush2x. Amik ni!! Kalau berani..
Fez, aku tak penah lg naik koc wanita, except ms kt Mesir jek.. ni excited nk blk naik komuter akhir okt nnt.. (eh, bulan depan kan? =P)
ReplyDeleteaku rasa kne letak sensor kot, klu chromosome XY, trus bunyi.. hehe.. tp, lku XXY atau nyah2 yang dah 'jadik pompuan' cmne plak eh..? erm..
waa..suke2, blk umah nek komuter pakai baju batik kisas, dahle tulisan jawi.. org2 sume terbelit2 nk bace.. keh3. KISAS kan..
naik koc wanita rasa sgt safe..
ReplyDeletebila ada org melayu yg mcm buat donno tk nmpk masuk..mmg rasa sakit hati..
ak pn rasa tk ptut kalo suami ikut isteri naik kecuali kalo ada anak kecik yg ramai..
dan sorg bapa bawak anak kecik yg ramai dan beg sgt bnyak..kesian..
terima kasih kepada polis dan peg ktm yg bertugas bertegas mengarahkan lelaki ke koc lain..
Ain, kalau ada xxy, atau yang meng'confuse'kan, kasi dia jerit, "confuse! confuse!" haha.. mana tahu boleh galakkan yang auw2 itu kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeleteSerius rindu la kat KISAS. tapi x nak pun ulang balik, rindu je..:)
Kilah,
haha, tak abis2 ko teringat dekat bapa yang bawa anak kecik tu kan. serius mithali tu. macam cerita 'Midah Kuih Bangkit'. Ko tengok tak? Mesti ko tak tengok. hehe... Mak dia sibuk berniaga nak raya, anak-anak terbiar. Sian.
Itulah, terima kasihlah kepada pihak2 berwajib yang prihatin pada orang-orang awam ni. :)
salam..
ReplyDeletewah fez..biar btul ada koc wanita..tatau pn..hahaha~ nmpak sgt hidupku hanyalah disekitar penang dan melaka..dh lama sangat kot x turun kl..
nnti bebila kalu berkesempatan, teringin gak nk merasa koc wanita tu..n yg bgsnya..utk pasangan2 berkapel..terpaksa la 'berpisah' sekejap kalu cik gilfren nya nk naik koc wanita..hehehe~
wslm odah,
ReplyDeleteKok tak tau ada koc wanita. Ni dah macam belajar obersea ni. Orang balik obersea pun tahu. Heh.
Itulah, komuter tak sampai penang dan melaka. Dr Seremban-Tg Malim saja. Lalu dpn umah kite. Mai datang umah..:)
sy suka idea kak ain
ReplyDeletehuhu