Thursday, March 3, 2011

New life...

Alhamdulillah...
Memang terlalu banyak sebab mengapa kita perlu lafazkan kalimah keramat 'alhamdulillah'...
Kita tidak mampu untuk hidup jika Allah tak mempermudahkan jalannya.

Seperti seorang bayi yang baru lahir, takkan mampu bertahan lama jika Allah tak memudahkannya keluar melihat dunia. Terlalu 'fragile' tanpa jagaan Allah. Saya bertugas di SCN (special care for neonate) a.k.a NICU. Selalu dipanggil 'standby' untuk menerima bayi yang memerlukan pertolongan. Fetal distress, CTG not reactive, light stain meconeum liquor (LMSL), premature baby.. Semuanya perlukan doktor peds untuk standby. In case perlu meresuscitate baby, tugas ini memang agak mencabar. Setiap kali stanby saya hanya mampu berdoa, mudah-mudahan Allah permudahkan hidup baby itu dan kerja saya. Struggle bagaimanapun seorang doktor untuk cuba menyelamatkan seorang bayi, ia takkan berjaya jika Allah tetap mengatakan yang bayi tersebut tidak akan lama hidupnya. Begitu hebat kuasa Allah...Subhanallah.

Alhamdulillah.
Syukur lagi untuk kehidupan yang dikurniakan Allah pada kita semua. Bergelar seorang isteri bukan setakat seronok-seronok. Malah ia satu kehidupan yang mencabar. Sebulan selepas berumah tangga, what could i say, prepare urself to accept ur another half..:)

Entri untuk majlis kahwin pun memang tak sempat nak buat. Masa memang amat suntuk sekarang. Mid-posting assesment minggu hadapan. Saya perlu bersedia. RIndu zaman belajar where you can concentrate to your study well. Bila dah kerja, macam-macam nak kena buat. Menag tiada masa untuk study. Soalan senang pun saya tergaru-garu kepala nak menjawab. :(

Anyhow, saya on-leave untuk 4 hari bermula esok. Kepala terasa ringan. Jom pergi 'shahr asal'! Yeay! :D

7 comments:

  1. Cuaknya nak start kerja. All the best to Kak Fez, pengantin yang dah tak berapa nak baru.

    ReplyDelete
  2. Hehe.. 1st phase alam pekerjaan memang tension. Jomlah datang taiping. Kami lack of houseman ni. Btw, korang dah nak final dah. cuaknya. huhu. time ni la nak berhempas pulas. dh grad memang happyy, rasa macam on the top of the world. Tapi bila dah jadi houseman, rasa macam terpijak2 masuk dalam dasar bumi. heh. hyper. ok all d best to all of you.

    ReplyDelete
  3. Berhabuk blog ni! huk3. Teringin nak pergi melawat rumah kg.boyan. tapi nantilah! enjoy lah holiday tu. take care na!

    ReplyDelete
  4. married already?? alhamdulillah...

    btw, xsabar nk jd houseman..=)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum faezza..moga terus kuat ye =)
    life is not getting easier but you will be strong enough to face it, insyaAllah.

    Life masa awal2 kahwin esp the 1st 6 months is very exciting yet challenging bcoz everyday is unpredictable since we r not only getting to know our soul mate but also discovering ourself (^^,)

    have a nice,blessed holiday =)
    p/s-tolong doakan kami yg sdang mghitung hari mnunggu ketibaan si comel

    ReplyDelete
  6. salam Doc Puan Jah Fez,
    smg terus semangat yer, aura pengantin baru still ader tue.. hehe..
    wish u a healthy & happy life :)
    ~NICU..teringat kt doc khasawneh~

    Btw, doakan kitorg fez!! cuaknyer nk final.. tp, excited nk grad.. grrr~

    ReplyDelete
  7. salam ziarah dari tanah syam...salam tahniah ..dah jadi isteri orang..selamat meneruskan perjuangan..panjang umur..ada rezeki..kita jumpa di Malaysia yer..

    ReplyDelete