Tuesday, March 29, 2011

Masa depan

Apabila keputusan SPM diumumkan, masing-masing lepasan SPM mula memikirkan masa depan.

"Nak sambung belajar kursus apa.."
"Nak apply mana.."

Kami yang berada di hospital turut merasa bahang keputusan SPM yang baru keluar baru-baru ini. Staf-staf sibuk bercerita keputusan anak dan saudara masing-masing.

Tanya seorang rakan HO, "Hey, macam mana nak apply JPA. My brother nak further medic under JPA la.."

Berbual pula dengan seorang lagi rakan. "I'm not going to let my kid further in medicine. Let they do engineering, or be a pilot."

Respon saya kepada seorang staff nurse yang punyai anak saudara yang ingin menjadi doktor. "Fikir baik-baik."

Dan suami saya cakap, "Anak nanti tak payah jadi doktor. Biar dia jadi pemain bola." Heh. No wayy!

Pesananku kepada adik-adik.
Fikirkan cita-cita yang menjanjikan kepuasan kepada anda. Kepuasan yang dimaksudkan terdiri daripada kombinasi pelbagai faktor. Minat, pendapatan, pengalaman, masa depan.

Jadi artis.. Minat ya. Pendapatan.. bergantung. Kalau jadi Siti Nurhaliza memanglah kaya.
Pengalaman.. Banyak. Jumpa orang ramai, pergi show sana sini. Masa depan.. Tak berapa nampak berapa jauh boleh pergi. Tak selamanya kita on top of the world.

Jadi pemain bola. Minat ada. Pendapatan.. Pemain Malaysia tak berapa pasti berapa pendapatannya. Hmm. Pengalaman.. Banyak. New skills.. Masa depan.. Sekali cedera, nak sembuh ambil masa. Nasib tak baik, kena terus pencen.

Jadi doktor. Minat? Kot. Pendapatan.. Puas hati. Pengalaman.. Sangat banyak. Masa depan. Inshallah cerah.. Bukan doktor saja. Termasuklah banyak lagi pekerjaan lain yang menjanjikan pengalaman dan pahala.

Pahala. Ya, ia antara faktor yang penting. Apa-apa pun pekerjaan, jika ikhlas, halal, pasti ia menjanjikan pahala. Alhamdulillah I am a doctor. Apabila kepenatan, kadang-kadang bertanya, "Kenapalaa jadi doktor.." Apabila dapat gaji, "Alhamdulillah aku dah kerja jadi doktor." Apabila stress, "Nak jual burger laaa cam ni.."

Heh. Fikir baik-baik.

Apabila fikir tentang masa depan juga, saya bercita-cita untuk punyai anak yang bergelar ustaz....:) Macam Ustaz Amirul. Tak mahulah pemain bola.

6 comments:

  1. hahaha. terbaiklah ikraq....
    anak pemain bola. ehehe.

    betul2. kepada adik2 yang membaca entry ini, sila fikirkan betul2 apa yang anda nak. bukan sekadar sepuluh atau dua puluh tahun. tapi sampai akhir hayat dan juga hingga ke SANA.

    apa2 pun yang paling penting adalah sumbangan kita kepada Islam nanti ye.... selamat mengisi borang.

    ReplyDelete
  2. Gua bukan nak anak jadi ustaz. Nak laki ustaz! keh3. :p

    Nasib ko dah jadi doktor. Jadi tak rasa bersalah sangat bila spm result tak gempak untuk amik medic. huk3. (ini sedih)

    Ape2 pun nak jadik cikgu@lecturer sgt2. Mungkin darah guru semuanya dok tercampak kat yah. huk3. pray for me lah sis yeh??

    ReplyDelete
  3. Itu pasal. Result gempak sikit acik ambil medik. Walhal banyak bidang lagi menarik. Buka sikit minda orang kabo.

    ReplyDelete
  4. salam Jah Fez,
    hahaa..ikraq mmg terbaik ah! =P
    aku taw ko dari dlu lg mmg dah berkenan nak 'anak jadi ustaz'.. ustaz yg faqih agama & at the same time, terer main bola..ok wut..huhu~

    ReplyDelete
  5. aku nyesal jadi dr 2 minggu pertama aku kerja..
    and I think..sume org tk pyh nk jadikan dr tu satu profession yg boleh dibanggakan..
    MO aku,Dr.Liew tnya aku..Do u think,being a dr can bring u fame?
    Yes,if you are good enough..
    but,journey to be a good enough dr is not easy..
    My answer is fair enough..

    My specialist once asked me..
    'Aqilah,do u think I can go to Alamanda,tgk wayang,kalo I oncall?(speacialist ni garang,org takut..)
    Can bos..if no case..

    Bos:Fair enough..good..I like you..
    Aku:bangga ke,bila bos suka aku bg jwpn fair enough..haha(selingan)

    ReplyDelete
  6. Apa pn,find ur happiness..jgn terikut2..
    once u are in this field..
    buat kerja elok2..u'll face a lot of ppl..
    pelik2 one..that is unimaginable..
    even,ppl lower than ur tangga gaji can scold u and make report about you..
    aku pernah ada pengalaman seorg peg lab ckp begini:Baik saya marah dr dulu,drpd dr kena marah dgn specialist..Kita ni org bwhn je..

    Aku terkejut dia ckp mcm tu..Dh la ckp kuat..
    I just asked her to trace the HPE result because it is her work..
    It is not nice for HO to talk straight to the specialist in hosp..
    Kalo ada apa2..kena tnya MO,atau pekerja lab dulu..
    Just accept ada org pelik..susah nk percaya org bila kerja..
    Kena bergantung pd diri sendiri..
    Think twice if you want to become a dr..
    Ko akan rasa seronok kalo ko minat..
    Tp..dlm ko nak reach the keseronokan..is not east..
    Endure the hardship..

    ReplyDelete