Thursday, April 21, 2011

4 bulan di Pediatrik

Alhamdulillah, hari ini genap 4 bulan saya berada di Jabatan Pediatrik (Kanak-kanak). Bermakna, sudah 4 bulan juga saya bekerja. Tak terasa 4 bulan telah berlalu. Ilmu pun saya rasa masih cetek lagi.


Untuk menamatkan satu-satu posting, biasanya perlu ada assesment. Semalam baru saya pergi untuk final assesment. Memang sudah terlambat. Hari ini tarikh akhir posting, semalam baru di asses. buatnya kena repeat. Habis kena extend hari atau minggu. Tapi nak buat macam mana, doktor pun sibuk. Saya pun susah nak dapat keluar wad. Sangat sibuk.


Semalam, di SCN (wad special care for neonate) memang sibuk. Ada 2 orang baby sangat tenat. Kebetulan Head of Department yang perlu mengakses saya untuk final assesment, oncall pada semalamnya. Jadi sudah tentulah dia sangat sibuk pada hari itu. Saya beranikan diri juga untuk bertanya.


Seorang baby yang baru saja di'extubate' bertambah teruk. Perlu diintubate kembali.

Specialist : Intubate back lah. But ask HO to intubate.


MO : Ha Faezza. Today is your last day right? Come do it.


Specialist : Ha do it. This is your assesment.


Me : Gulp. (Specialist nak tengok. Assesment pulak tu. Kalau tak boleh, tak lepas ke..:()


Ok i'll try.


Staff nurse pun menarik troli kecemasan yang menyimpan semua peralatan untuk intubation.


Specialist berdiri di sebelah saya.


Specialist : You can start whenever you're ready. Only 2o sec.


First trial.

Banyak secretion (air liur). Saya tak nampak langsung vocal cord. After suction, sedikit kelihatan. saya cuba masukkan endotracheal tube. Specialist mengambil stetoskop untuk memastikan tube masuk di trachea. bukan di perut.


Saya lihat perut baby turun naik turun naik. Vapor mist di tube pun x banyak mana. Mesti masuk perut ni. Isk isk.


Specialist menyerahkan stetoskop pada MO. "I think it's in the gastric"


MO pula dengar. "Ya la."


Specialist : "Extubate-extubate.."


Saya tarik balik. Hampa.


Bagging the baby dulu.


Second trial.


Spo2 : 100%. Suction ready? Tube ready?


Saya stop bagging dan memulakan intubation semula. Bismillah.


Lot of secretion. Need suction. Vocal cord clearly visualized. Endotracheal tube inserted.


Specialist dengar semula breathing sound. Vapor seen in the tube. Chest raised equally. Seems in.


Specialist : I think it's in.


MO : Ya. It's in.


Me : Alhamdulillah.


Me : So dr, do i passed my assesment?


Specialist : Eh this is apart of your assesment. For this part, you passed.


Me : Adeii.


Bukan pertama kali saya buat prosedur ini. Sepanjang 4 bulan di Pediatrik, ada la dalam 5-6 kali juga buat. Tapi sebelum ini dibuat di labor room atau OT semasa buat direct suction untuk baby yang lahir dengan meconeum. Tapi kali ini lain sebab di full-supervised by specialist dan MO. Mahunya tak gelabah.

Then for my final assesment, just a short session.

He asked about procedures ; lumbar puncture, nasogastric tube. Also about Acute glomerulonephritis; counseling, complication and management, seizure management, pulmonary edema management.


Finally, "Ok you pass."


Heh. itulah yang saya nak dengar. Penat tunggu nak final assesment. Akhirnya habis juga Pediatrik.


4 bulan yang banyak mengajar saya menjadi doktor. Pengalaman pertama. Alhamdulillah berjaya dilalui.


Walaupun mereka mungkin tak membaca blog ini, namun saya tetap ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua specialist, MO, rakan-rakan HO, nurses dan semua staff di Jabatan Pediatrik Hospital Taiping. May Allah bless you.


Therefore, O&G here I come! Posting yang saya minat sangat sebelum ini. Tengok pula camne kerja dia.. Jadi saya akan kembali menjadi tagger. Jadi kerja dari jam 7am-10pm selama 2 minggu. Isk isk.

Oh ya, saya nak 'paste'kan satu artikel surat yang dipos ke BH. Memang betul sangat apa yang ditulis dan saya setuju 200%!

"Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam "

2011/04/20
SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan. Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti? Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas?

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta.

INSAN SIMPATI,
Shah Alam.

5 comments:

  1. suke bce entry2 dr faezza.. it's really inspiring me =)

    ReplyDelete
  2. yup2..memang kesian kat HO..
    zaman2 duduk hospital dulu, tengok kerja doktor yang tak pernah habis ni membuatkan 150kali pikir nak jadi doktor ke tak..huhu..
    but im always admire ur broad & very specific knowledge..!
    GOOD lUCK untuk O&G pulak, dr faezza!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, mabrook Fez!
    bittawfeeq wan najaah utk O&G plak. ko kan mmg dr dulu minat O&G, smg terus thabat utk O&G. doc wanita muslimah sgt diperlukan utk O&G.
    be strong, doakan kitorg maintain stamina study utk final exam. take care doc Jah Fez :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Tahniah dik, telah bergelar doktor. Kerja anda sangat mulia dan perlu banyak pengorbanan. Akak doakan bila adik posting di O&G cubalah pelihara aurat pesakit seboleh mungkin dari dr lelaki. Akak sudah 4 kali bersalin, akak faham kekangan pihak hospital namun masih ada ruang untuk diperbaiki. Sangat memahami bagaimana kepenatan doktor kerana akak ada 3 adik beradik doktor dan seorang ipar juga dr. Semoga adik berjaya dunia akhirat.

    Extubate : detik paling akak tak boleh lupakan kerana saat itulah anak akak pergi selamanya....

    ReplyDelete