Saya sedari, hari ini saja saya telah menulis 3 entri campur 1 untuk edisi Chicken Soup yang dipaksa oleh Qilah...(Garang cikgu besar ni..hehe, jangan marah qilah)
Apa mimpinya hari ini sampai terasa rajin untuk menulis??..
Yang pertama, kerana hari ini merupakan cuti 'khas' yang diberi oleh doktor supaya kami dapat bersedia untuk membuat pembentangan seminar sepanjang minggu ini.
Yang kedua, kerana memandangkan minggu 'Forensic' kata mereka adalah minggu 'honeymoon', maka saya juga sedikit sebanyak terkena tempias kata-kata mereka. (Boleh ke..). Tidaklah sebenarnya. Cuma hati ini keberatan (baca: kemalasan) untuk membuka buku dan melihat gambar-gambar yang dahsyat dan ngeri di buku Simpson Forensic Medicine (18SG) ni. (alasan ni..alasan..)
Saya perlu memulakan usaha study untuk peperiksaan final sebenarnya. Tidak lama saja lagi. 11 subjek menanti dengan hari yang berturut-turut. Makanya saya sepatutnya tiada masa lapang untuk dibuang dan berpeleseran.
Semasa pembahagian seminar semalam, entah kenapa saya berminat dengan tajuk 'Firearm injury'. Apabila ditanya oleh Ketua Kelas kami, laju saja saya menyatakan tajuk pilihan itu. Apabila pulang ke rumah dan membuka buku.. What?? Apa ni ?? Kena cerita tentang anatomy of firearms (Shotguns, riffled, revolver), jenis-jenis peluru.. (mak aii mana saya pernah bergiat dalam aktiviti-aktiviti seram dan ganas seperti ini. Itulah, excited lagi tengok tajuk macam challenging). It's ok. Try your best. After this, I may join the Gerak Khas.
Semalam ada satu kes kematian. Mayat yang dijumpai selepas 5 hari mati kerana dia tinggal seorang diri di rumah. Menginsafkan...
Seharian juga saya hilang selera makan kerana terbayang-bayang keadaannya semalam. Semoga Allah menghimpunkan almarhum dalam golongan hambanya yang soleh.
Hari demi hari, umur kita semakin meningkat. Teringat ceramah Ustaz Akil Hayy tentang kematian ini, lebih kurang beginilah.. kulit makin kendur, mata makin kabur, yang tunggu kita kubur..
Ini menandakan semakin hari kita semakin dekat dengan mati. Satu-satu nikmat ditarik. Nikmat umur, kesihatan, pendengaran, penglihatan. Sejak akhir-akhir ini pandangan mata saya tetap kabur walaupun setelah memakai beberapa jenis bantuan penglihatan (banyaknya jenis :p). Akhirnya selepas menjalani pemeriksaan mata, ini yang tidak mahu saya dengar, refractive error saya got worsen.

Saya lihat rakan-rakan yang boleh hidup tanpa kaca mata selama 23 tahun, saya berkata dalam hati, "Jangan lupa kamu bersyukur."
Walaupun begitu, saya juga perlu bersyukur. Kerana ramai lagi yang lebih teruk dari saya. Ujian ini terlalu kecil berbanding nikmat yang telah Allah beri selama ini.
Berbalik pula kepada soal kematian tadi, benar, banyak perkara yang boleh kita belajar apabila berdepan dengannya. Bual-bual dengan rakan-rakan se'round' semalam..
- "Camna nak jadi orang rajin bab-bab agama ni?? Takutla mati nanti"
- "Kita takkan biarkan mak ayah kita tinggal sorang bila tua nanti."
- "Jomlah kahwin wei. Ada anak, nanti ada orang jaga bila kita tua.." Dalam hati saya menjawab, "Siapa suruh kamu tak nak kahwin.."
Sampai ke rumah saya tersenyum bila ingat semula dialog-dialog di atas.
Betul kan, cukuplah mati sebagai peringatan.. (Kafa bil maut al-mau3idzoh)

bagus.bertuah.A2.
ReplyDeletefirst.day.dah.jumpa.
belajar.belajar.
bagus.ak nk seize sume org tulis ciken soup..haha..dh la tu..slalu lak ak msg org supaya tulis..org2 tua ni mls nk berkarya la..=P
ReplyDeleteak pn tatau nk tulis apa sbnrnya lgi..
btw,mana entri feminisme ko?
penat bercerita satu malam tepi katil..dh cm halaqah malam jum..haha..
sekian dri cataract screen~
iye..mati tu menakutkn..sume sama je wktu mati..kaku..
sempliciotto,
ReplyDeletekomen.anda.macam.puisitepijalan.
forensik.oh forensik.
kau.buat.hidupku.diselubungi.misteri...
kilah,
bila cikgu besar bersuara..mentang-mentang cucu kepada guru besar.
eh bukan ko ke y nak bt entri feminisme tu. tajuk dia J vs AN tu.
sedia menanti...