Kematian terjadi apabila makhluk yang bernama 'hidup' itu di'mati'kan dan makhluk yang bernama 'mati' itu di'hidup'kan. Ringkas saja definisi ini.
Semua orang tidak tahu bila mungkin dia akan mati. Atas nikmat 'tidak tahu' itulah, manusia diberi peluang untuk berusaha untuk pengakhiran hidup yang sempurna.
Pengakhiran hidup yang sempurna~~
Setiap hari kita tidak lupa berdoa agar diberi nikmat husnul-khatimah itu. Dari saat nafas dihembus, jasad disemadi, perjalanan roh bertemu tuhan, hisab di padang mahsyar dan pengakhiran di syurga... Kita doakan semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan.
Bukan hanya kita, yang ingin mendiami syurga. Malah ahli keluarga dan rakan-rakan tercinta.
Sekalipun begitu, apabila kembali melihat corak hidup kita di dunia, ia seolah dua dunia yang terpisah kadangkala. Apabila insaf, makhluk 'mati' menjelma-jelma di kotak fikiran. Kembali bertaubat.
Mati itu pasti. Bagaimana kita mati? Di mana kita mati? Siapa teman di kala kita mati? Persoalan ini yang bermain di benak.

Cukup.
Tidak perlu kita fikirkan persoalan itu kerana kata Allah..dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.(Luqman:34)
Bagaimana.. bagaimana..
Lalu, apa yang perlu kita fikirkan tentang mati ini? Fikirkan saja usaha kita menuju 'mati'. Apabila makhluk 'mati' akan dicipta untuk menggantikan yang 'hidup', terputuslah semua amal kita di dunia ini. Hanya yang tinggal, ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan, sedekah jariah, dan doa dari anak-anak yang soleh. (Au kama qal)
Usaha menuju 'mati' ini yang akan dihitung sebagai penentuan 'kebahagiaan' atau 'kesengsaraan' makhluk di akhirat nanti.
Mari,
Persiapkan diri kita sentiasa untuk menghadapi mati. Bukan 'mati' itu yang kita takutkan. Tapi natijah 'mati' itu yang kita gentar. Hanya dengan 'mati', kita bakal bertemu tuhan, bakal menghuni syurganya atau sebaliknya (naudzubillah)...

::Ya Allah, masukkan kami ke dalam golongan yang mendapat maghfirahmu::
No comments:
Post a Comment