Monday, December 12, 2011

Goodbye medical...

Alhamdulillah akhirnya berakir 4 bulan yang telah dilalui dengan penuh kesabaran, ketabahan, lelehan air mata, kepenatan. (cewah hyper pula).

Medical memang memenatkan. Stress yang datang pun adalah kerana tidak cukup tenaga untuk melakukan semua kerja. Saya belajar untuk mengamuk ketika bekerja dalam department ini. Apabila penat, senang untuk kita rasa berkira dengan kerja. Rasa senang nak mengamuk. Cepat betul hilang sabar. Namun apa yang seronok, semua MO dan kebanyakan pakarnya memang sporting dan best! Terima kasih kepada semua yang banyk membantu.

Sekarang masanya untuk honeymoon lagi.. Yeay!! Next destination...Amman.. (heh i wish..).

Monday, August 15, 2011

End of posting leave

Hari ini bermula cuti 'end-of-posting' saya selama seminggu. Cuti tidak begitu menarik kerana suami tetap bekerja. Cuma yang seronoknya, terawikh malam tidaklah mengantuk dan penat sangat, sebab siang dah berehat, lepas solat pun boleh mengaji, tidaklah tergesa-gesa jawab panggilan balik ke wad. Dan bolehlah memasak untuk berbuka. Hari-hari beli di pasar ramadhan memang tak berapa seronok sangat.

Oh ya minggu lepas jumpa Bessy dan Piya di hospital. Bessy datang menemani bapanya yang dimasukkan ke wad manakala Piya pula melawat atuk saudaranya di ICU. Melihat wajah mereka membuat kenangan di Jordan terimbau semula. Teringat kawan-kawan lain..:(

Yeay hari ini saya akan menaiki Senandung Langkawi untuk pulang ke Rasa! Balik sekejap. Memandangkan suami tidak bercuti, maka saya akan pulang sendiri. Sekejap saja. Tak boleh kot tinggalkan suami lelama. Heh.

Nak balik Rasa seorang, bukan setakat perlu minta izin dari suami, malah dari abah juga. Heh.

Ada sekali satu hari dulu saya cuti juga tapi suami tidak bercuti. Dia izinkan saya pulang ke Rasa walaupun berat hati. Dia kata, "Siapa yang suka kalau berjauhan dengan isteri..." Huhu.

Kemudian saya telefon abah.
Saya : Abah, Pza cuti. Nak balik!

Abah : Ikraq cuti ?

Saya : Tak. Pza balik naik ketapi yeh.

Abah : Eipp! Mana boleh. Tempat isteri kan bersama suami. (Aaaaaaaaaaa.. kelam pandanganku.) Haha.

Bila suami dengar, senyumlah dia sampai ke telinga. Saya tak dapat balik.


Kali ini, saya cuti seminggu. Hmmm takkan nak duduk rumah saja seminggu. Setakat jalan-jalan Taiping seorang, boring.. Kalau dia ada boleh balik Parit BUntar ke, shopping-shoppping di Penang ke, duduk rumah pun tidaklah bosan. Ini, dia oncall lagi. Plus puasa, tak boleh makan-makan. Nak jalan-jalan pun panas.

Dia ok kalau saya balik. Haiihhh nak minta izin abah pula.

Kali pertama telefon. Abah kata, " Tak payah balik seorang. Nanti abah dan ibu datang Taiping."

Ala.... orang nak jumpa keluarga semua di KKB..

Kecewa..

Kali kedua telefon. Ibu dan adik bertanya lagi, "tak jadi balik ke?"

Jawab saya, "Ikraq ok. Tapi nak kena tanya abah. Nanti orang sampai KKB, abah hantar balik Taiping pulak!" Heh.

Sekali lagi saya cakap dengan abah, then abah cakap, "Cakap baik-baik dengan Ikraq. Minta izin, redha tak pza balik sendiri ni... Cakap kat dia nanti abah hantar Pza balik Taiping."

Yeay!

Boleh balik yeay!

Tapi sedih juga nak meninggalkan si dia yang tersayang. Tak mengapa. ABSENCE MAKES HEART GROWS FONDER! I LOVE YOU HONEY!

Wednesday, July 27, 2011

Lamanya...

Lamanya tidak menulis di blog. Sebab utama sememangnya kekangan masa. Masa yang ada bagaikan hanya cukup-cukup. Tiada extra untuk aktiviti lain. Sekiranya masa itu wujud, sudah tentu diperuntukkan untuk TIDUR!!! haha.

Cuma hari ini excited plus plus kerana mendapat pujian dari specialist. *blushing*
Hehe. Inshallah tidak lama lagi tempoh posting O&G saya akan tamat.(O&G di Hosp Taiping adalah antara department yang perit penat dan pelik). Justeru saya perlu menghabiskan viva sebelum meninggalkan posting ini. Semalam saya viva dengan salah seorang pakar untuk tajuk Total Abdominal Hysterectomy with salphingooophorectomy (Tabhso) dan vaginal hysterectomy.

Soalan beliau ringkas. Tell me indications for tahbso. and how do u do it..
Saya pun berceritalah step-step tersebut secara ringkas, langsung tidak detail.

ok2 then whats the diference between tabhso and vaginal hysterectomy.

saya jawab.. bla2..

Then beliau kata, "Ok tomorrow I'll sign ur logbook. I know u are a good and hardworking houseman.." sambil senyum.

OMG. macam rasa hilang penat bila specialist yang digeruni sekali mengeluarkan kata pujian. Alhamdulillah. best2! Tak sia-sia datang viva pukul 11malam - meninggalkan suami seorang di rumah. Heh.

Sekarang suami pun meninggalkan isteri seorang di rumah kerana pergi bermain futsal. isk isk.

::Tahun ini saya berhari raya pertama di perantauan..:(::

Thursday, April 21, 2011

4 bulan di Pediatrik

Alhamdulillah, hari ini genap 4 bulan saya berada di Jabatan Pediatrik (Kanak-kanak). Bermakna, sudah 4 bulan juga saya bekerja. Tak terasa 4 bulan telah berlalu. Ilmu pun saya rasa masih cetek lagi.


Untuk menamatkan satu-satu posting, biasanya perlu ada assesment. Semalam baru saya pergi untuk final assesment. Memang sudah terlambat. Hari ini tarikh akhir posting, semalam baru di asses. buatnya kena repeat. Habis kena extend hari atau minggu. Tapi nak buat macam mana, doktor pun sibuk. Saya pun susah nak dapat keluar wad. Sangat sibuk.


Semalam, di SCN (wad special care for neonate) memang sibuk. Ada 2 orang baby sangat tenat. Kebetulan Head of Department yang perlu mengakses saya untuk final assesment, oncall pada semalamnya. Jadi sudah tentulah dia sangat sibuk pada hari itu. Saya beranikan diri juga untuk bertanya.


Seorang baby yang baru saja di'extubate' bertambah teruk. Perlu diintubate kembali.

Specialist : Intubate back lah. But ask HO to intubate.


MO : Ha Faezza. Today is your last day right? Come do it.


Specialist : Ha do it. This is your assesment.


Me : Gulp. (Specialist nak tengok. Assesment pulak tu. Kalau tak boleh, tak lepas ke..:()


Ok i'll try.


Staff nurse pun menarik troli kecemasan yang menyimpan semua peralatan untuk intubation.


Specialist berdiri di sebelah saya.


Specialist : You can start whenever you're ready. Only 2o sec.


First trial.

Banyak secretion (air liur). Saya tak nampak langsung vocal cord. After suction, sedikit kelihatan. saya cuba masukkan endotracheal tube. Specialist mengambil stetoskop untuk memastikan tube masuk di trachea. bukan di perut.


Saya lihat perut baby turun naik turun naik. Vapor mist di tube pun x banyak mana. Mesti masuk perut ni. Isk isk.


Specialist menyerahkan stetoskop pada MO. "I think it's in the gastric"


MO pula dengar. "Ya la."


Specialist : "Extubate-extubate.."


Saya tarik balik. Hampa.


Bagging the baby dulu.


Second trial.


Spo2 : 100%. Suction ready? Tube ready?


Saya stop bagging dan memulakan intubation semula. Bismillah.


Lot of secretion. Need suction. Vocal cord clearly visualized. Endotracheal tube inserted.


Specialist dengar semula breathing sound. Vapor seen in the tube. Chest raised equally. Seems in.


Specialist : I think it's in.


MO : Ya. It's in.


Me : Alhamdulillah.


Me : So dr, do i passed my assesment?


Specialist : Eh this is apart of your assesment. For this part, you passed.


Me : Adeii.


Bukan pertama kali saya buat prosedur ini. Sepanjang 4 bulan di Pediatrik, ada la dalam 5-6 kali juga buat. Tapi sebelum ini dibuat di labor room atau OT semasa buat direct suction untuk baby yang lahir dengan meconeum. Tapi kali ini lain sebab di full-supervised by specialist dan MO. Mahunya tak gelabah.

Then for my final assesment, just a short session.

He asked about procedures ; lumbar puncture, nasogastric tube. Also about Acute glomerulonephritis; counseling, complication and management, seizure management, pulmonary edema management.


Finally, "Ok you pass."


Heh. itulah yang saya nak dengar. Penat tunggu nak final assesment. Akhirnya habis juga Pediatrik.


4 bulan yang banyak mengajar saya menjadi doktor. Pengalaman pertama. Alhamdulillah berjaya dilalui.


Walaupun mereka mungkin tak membaca blog ini, namun saya tetap ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua specialist, MO, rakan-rakan HO, nurses dan semua staff di Jabatan Pediatrik Hospital Taiping. May Allah bless you.


Therefore, O&G here I come! Posting yang saya minat sangat sebelum ini. Tengok pula camne kerja dia.. Jadi saya akan kembali menjadi tagger. Jadi kerja dari jam 7am-10pm selama 2 minggu. Isk isk.

Oh ya, saya nak 'paste'kan satu artikel surat yang dipos ke BH. Memang betul sangat apa yang ditulis dan saya setuju 200%!

"Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam "

2011/04/20
SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan. Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti? Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas?

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta.

INSAN SIMPATI,
Shah Alam.

Tuesday, March 29, 2011

Masa depan

Apabila keputusan SPM diumumkan, masing-masing lepasan SPM mula memikirkan masa depan.

"Nak sambung belajar kursus apa.."
"Nak apply mana.."

Kami yang berada di hospital turut merasa bahang keputusan SPM yang baru keluar baru-baru ini. Staf-staf sibuk bercerita keputusan anak dan saudara masing-masing.

Tanya seorang rakan HO, "Hey, macam mana nak apply JPA. My brother nak further medic under JPA la.."

Berbual pula dengan seorang lagi rakan. "I'm not going to let my kid further in medicine. Let they do engineering, or be a pilot."

Respon saya kepada seorang staff nurse yang punyai anak saudara yang ingin menjadi doktor. "Fikir baik-baik."

Dan suami saya cakap, "Anak nanti tak payah jadi doktor. Biar dia jadi pemain bola." Heh. No wayy!

Pesananku kepada adik-adik.
Fikirkan cita-cita yang menjanjikan kepuasan kepada anda. Kepuasan yang dimaksudkan terdiri daripada kombinasi pelbagai faktor. Minat, pendapatan, pengalaman, masa depan.

Jadi artis.. Minat ya. Pendapatan.. bergantung. Kalau jadi Siti Nurhaliza memanglah kaya.
Pengalaman.. Banyak. Jumpa orang ramai, pergi show sana sini. Masa depan.. Tak berapa nampak berapa jauh boleh pergi. Tak selamanya kita on top of the world.

Jadi pemain bola. Minat ada. Pendapatan.. Pemain Malaysia tak berapa pasti berapa pendapatannya. Hmm. Pengalaman.. Banyak. New skills.. Masa depan.. Sekali cedera, nak sembuh ambil masa. Nasib tak baik, kena terus pencen.

Jadi doktor. Minat? Kot. Pendapatan.. Puas hati. Pengalaman.. Sangat banyak. Masa depan. Inshallah cerah.. Bukan doktor saja. Termasuklah banyak lagi pekerjaan lain yang menjanjikan pengalaman dan pahala.

Pahala. Ya, ia antara faktor yang penting. Apa-apa pun pekerjaan, jika ikhlas, halal, pasti ia menjanjikan pahala. Alhamdulillah I am a doctor. Apabila kepenatan, kadang-kadang bertanya, "Kenapalaa jadi doktor.." Apabila dapat gaji, "Alhamdulillah aku dah kerja jadi doktor." Apabila stress, "Nak jual burger laaa cam ni.."

Heh. Fikir baik-baik.

Apabila fikir tentang masa depan juga, saya bercita-cita untuk punyai anak yang bergelar ustaz....:) Macam Ustaz Amirul. Tak mahulah pemain bola.

Saturday, March 19, 2011

Pediatrics @ Hospital Taiping

Hari ini saya cuti selepas 2 minggu bekerja tanpa henti. Minggu ini memang best kerana nama tidak diletakkan dalam senarai oncall. Memandangkah jumlah HO Peds sekarang memang dicemburui oleh department lain, maka setiap Peds HO hanya akan menjalani 5-6 oncall sebulan saja berbeza dengan bulan-bulan lepas di mana kami terpaksa menjalani 8-9 oncall sebulan. Income pun ok then. Hilang juga la penat bila dapat claimed-call I tell you.. Hehe.

Sudah 3 bulan saya berada dalam rotation peds. Ini bermakna tinggal sebulan lagi sebelum beralih posting. Baru juga selesai menjalani mid-posting assesment. Rumusannya, 70% daripada soalan yang ditanya adalah basic medical knowledge yang dipelajari semasa tahun 1, 2 dan 3. Memandangkan zaman HO adalah sempit dan memang tiada masa spesifik untuk study, saya banyak merecall saja semula apa yang pernah dipelajari satu ketika dahulu. Serius memang saya rasa jauuuuuuh sangat saya terpaksa menggapai ilmu-ilmu terdahulu. Tapi syukur, pernah tahu. Syukur tidak berapa blur. Hasilnya untuk komen di buku log saya, specialist menulis, 'Need to be improved. But pass basic medical knowledge." Huhu. Nevermind, pass yang penting sebab saya nak ber'weekend off' dengan damainya. Pengajaran untuk pembaca blog yang merupakan medical student, dont ever forget your basic knowledge.

Oh ya bercerita tentang department Peds di Hospital Taiping, saya telah pun menjalani rotation di semua wad. Mula-mula sekali di wad C3 (General Peds) > Wad umum untuk kanak-kanak yang menerima semua kes di peringkat umur 1 bulan ke atas. Boleh dikatakan semua kes di Malaysia telah dijumpai di sini. Tapi brucellosis yang menjadi soalan exam OSCE di Jordan saya belum jumpa.Heh. Ada orang Malaysia minum susu tak masak ke..


Selepas berada di C3, saya ke SCN (Special Care for Neonates). Mulanya memang stress berada di sini. Semua baby adalah tenat di sini. Seperti menunggu perbicaraan 'boleh meneruskan kehidupan atau tidak.' Di wad ini juga sibuk kerana terpaksa meng'cover' labor room, OT dan Maternity Ward. Sekiranya ada bayi yang perlu di'resuscitate, doktor di SCN akan dipanggil. Sekiranya ada baby jaundice di maternity ward juga, HO di SCN akan dipanggil untuk menguruskan admission. Namun yang seronok dan berbaloi, di wad inilah masanya untuk memenuhkan buku log. Intubate, resuscitate, umbilical venous catheter, semua boleh dilakukan di sini.


Selepas itu, saya ke wad B3. Wad untuk bayi berumur 1 bulan dan ke bawah yang belum mencapai tahap kritikal SCN. Bayi-bayi jaundis under photo akan dimasukkan ke sini. Wad ini juga seronok kerana kebanyakan kes jaundis. History dan management yang stereotaip. Namun oncall di wad ini adalah mentensionkan. Yang terbaru, 20 orang baby under photo - bermakna pagi itu terpaksa mengambil darah untuk 20 orang baby tersebut. Kalau seorang sebotol tidak mengapa, namun seorang ada yang 4-5 botol. Pulak tu pagi-pagi tak mahu diam. Menangis sampai tendang-tendang botol darah membuatkan beberapa titik darah tidak dapat diselamatkan. Bikin doktor tension. Malam-malam dialah baby yang comel. Menjelang pagi, semua baby rasa menggeramkan. Huhu. Sejak pukul 330 pagi sudah dibangunkan oleh misi untuk new case admission, kemudian terus mengambil darah sehingga jam 630 pagi. Kemudian terus pula bekerja sampai jam 4.00 petang meskipun hari minggu. Tension sungguh.

Yang terbaru, saya berada di C1 (Pusat Rawatan Harian). Di sini HO perlu menguruskan pesakit-pesakit Thalassemia yang datang untuk blood transfusion, pesakit chemo dan pesakit kanak-kanak yang dirujuk dari klinik untuk pengambilan darah dan urine. Minggu ini saya di C1. Minggu cuti sekolah. Berduyun-duyun pula pesakit nak masuk darah minggu ini. Seorang saja HO diperuntukkan di sini. Oleh itu terpaksa meminta bantuan dari HO dari wad lain.

Minggu depan bakal ditempatkan di klinik pakar pula. Sama saja penatnya..Tak mengapa. Harung sajalah. Yang penting setiap tempat menjanjikan pengalaman yang lain dan berharga. Memang terbaik!

Esok hari ahad. Lusa hari Isnin. Kerjaaaa!

Ok sampai jumpa lagi..

Thursday, March 3, 2011

New life...

Alhamdulillah...
Memang terlalu banyak sebab mengapa kita perlu lafazkan kalimah keramat 'alhamdulillah'...
Kita tidak mampu untuk hidup jika Allah tak mempermudahkan jalannya.

Seperti seorang bayi yang baru lahir, takkan mampu bertahan lama jika Allah tak memudahkannya keluar melihat dunia. Terlalu 'fragile' tanpa jagaan Allah. Saya bertugas di SCN (special care for neonate) a.k.a NICU. Selalu dipanggil 'standby' untuk menerima bayi yang memerlukan pertolongan. Fetal distress, CTG not reactive, light stain meconeum liquor (LMSL), premature baby.. Semuanya perlukan doktor peds untuk standby. In case perlu meresuscitate baby, tugas ini memang agak mencabar. Setiap kali stanby saya hanya mampu berdoa, mudah-mudahan Allah permudahkan hidup baby itu dan kerja saya. Struggle bagaimanapun seorang doktor untuk cuba menyelamatkan seorang bayi, ia takkan berjaya jika Allah tetap mengatakan yang bayi tersebut tidak akan lama hidupnya. Begitu hebat kuasa Allah...Subhanallah.

Alhamdulillah.
Syukur lagi untuk kehidupan yang dikurniakan Allah pada kita semua. Bergelar seorang isteri bukan setakat seronok-seronok. Malah ia satu kehidupan yang mencabar. Sebulan selepas berumah tangga, what could i say, prepare urself to accept ur another half..:)

Entri untuk majlis kahwin pun memang tak sempat nak buat. Masa memang amat suntuk sekarang. Mid-posting assesment minggu hadapan. Saya perlu bersedia. RIndu zaman belajar where you can concentrate to your study well. Bila dah kerja, macam-macam nak kena buat. Menag tiada masa untuk study. Soalan senang pun saya tergaru-garu kepala nak menjawab. :(

Anyhow, saya on-leave untuk 4 hari bermula esok. Kepala terasa ringan. Jom pergi 'shahr asal'! Yeay! :D

Wednesday, January 19, 2011

On my 25th birthday

Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan oleh Allah untuk merasai nikmat hidup di dunia selama 25 tahun. Usia yang saya rasa sudah cukup dewasa. Bukan lagi di awal 20-an. Malah sudah sampai ke pertengahan. Tidak lama saja lagi bakal ke penghujung 20-an. Begitu cepat masa berlalu.

Target hidup.
Bercakap tentang target. Hidup saya mula bertarget sejak di tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah, setakat ini target belum lari. Saya janji untuk grad pada umur 24. Alhamdulillah saya grad. Dan saya berangan untuk berkeluarga pada umur 25, inshallah bakal menjelang. Target-target selepas ini biarlah rahsia dahulu...:)

Terima kasih buat semua yang ingat hari lahir saya dan mendoakan dengan ucapan yang baik-baik. Semoga Allah membalas doa kalian dengan sebaiknya.

Oh ya.. Saya oncall pada hari Ahad lepas, ada 11 new admission. Baru mahu tidur, staff-nurse telefon maklumkan ada case baru datang. Tiba-tiba rasa mahu beritahu kepada semua orang sakit, "Boleh tak sakit waktu pejabat je?" Huhu. ! Paling tidak pun, tahan sakit dulu. Waktu pejabat barulah datang hospital. Kasihan doktor oncall tak bisa tidur. Tapi tak boleh. Haha. Mati lah doktor oncall makan elaun buta. Nauzubillah.

Mahu tak pengsan present case di morning report seorang diri pagi tersebut. Rasa tension tapi still bearable... Pagi post call memang tak seronok. Rasa tidak cukup tidur akan melenyapkan mood saban hari tersebut. Sudah tak mampu untuk senyum. Tak mampu untuk membuat discharge summary dengan laju. Menulis pasti tersengguk-sengguk. Tambah pula kena complain dengan MO yang ada saja tak berkenan.

Hmm, yang menarik. Hari tu, specialist puji sebab saya boleh jawab 'Neisseria Meningitidis' organism untuk meningococcemia. Haha saya rasa budak tadika pun boleh jawab.
Entri ini rencam. Tak ape lah. Esok saya oncall lagi. Jadi selamat malam semua!
Semoga esok.. 0 admission! Amin.

Saturday, January 1, 2011

6-11 daily

Sedih juga lihat blog yang sudah lama tidak diupdate. Selepas 10 hari bekerja 6.30-11, hari ini saya bercuti rehat. Memang gembira rasa seperti baru dilahirkan semula. Haha, over.

Memang saya nak siapkan entri di Tanah Suci, tapi memandangkan bebanan kerja yang memang banyak, mohon maaflah kepada yang menanti entri-entri tersebut (jika ada la). Hehe. Boleh ikuti entri di blog adik saya, Follow your Dreams. Cerita saya dan dia lebih kurang saja.

20hb Disember yang lalu, saya melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Ipoh. Ada lebih kurang 15 orang HO baru yang bakal bekerja di Perak. Namun hanya 2 orang saja ke Taiping. Yang lain ke Ipoh dan Manjung.

Soalan yang biasa didengari, "Why did you choose Taiping? You orang Selangor kan?"
Dan alasan saya, "Sebab Taiping ada taman tasik." Heh, nak cari taman tasik macam la selangor takde tasik.

Actually, ada jawapan lain yang lebih tepat. Nanti-nanti terungkailah.
Memang Taiping jauh dengan tempat saya. Jauh dari hospital kawan-kawan Jordan dahulu. Qilah sedih bila saya dah nak berangkat ke Taiping. Dia kata, "apesal jauh sangat weii. Nanti mesti susah nak jumpa.."

Tak pe Qilah, jauh di mata, tetap dekat di hati. Sempat berjumpa dengan Qilah di Ipoh hari itu. Kebetulan dia balik kampung dan kami jumpa di hotel tempat saya bermalam. Ain pula datang melawat saya di Hotel selepas kursus Induksi. Thanks friends!
Hari-hari bekerja, rasa penat. Kadang-kadang longlai bila petang menjelang. Keluarga pula jauh. Memang rasa 'sendirian'.

Selepas 10 hari bekerja, saya dapat beberapa pengajaran:

1. Perlu fikir positif.
Ujian ini tidaklah sehebat ujian yang pernah ditimpakan kepada nabi-nabi dahulu. Mereka kuat kerana merasakan Allah sentiasa bersama. Kalau rasa sedih dan 'bodoh', anggaplah kita sedang berada dalam proses pembelajaran. Semua orang melakukan kesilapan. Setiap kali solat, pastikan berdoa, 'Rabbi yassir wala tu3assir.' Doa juga semoga Allah memelihara kita dari melakukan 'fatal mistake'.

2. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
Jika bergantung kepada manusia, kita lemah jika manusia itu hilang dari pandangan. Namun jika letakkan pergantungan kepada Allah, tika rasa lemah, pasti ada secebis kekuatan yang bisa menongkat kita semula. Kerana niat kita bekerja kerana Allah, walaupun letih, kita rasa kita mampu untuk buat.

3. Jaga tindakan dan kata-kata.
Kita memang jadi perhatian. Seperti celebrity ok. Cuma tak masuk majalah Mangga je. (heh). Apa-apa yang berlaku, pasti satu department tahu. Orang yang bercerita kadang-kadang tidak berniat memburukkan, cuma mereka seronok mengisi masa terluang dengan bercerita dan menyampai.

4. Tidak rugi berbuat baik dengan semua orang.
Orang baru perlu hormat orang lama, walaupun dia hanya seorang 'cleaner'. Pagi-pagi on the way ke hospital, cubalah senyum dan bagi salam atau 'hello' dengan semua orang. Pasti bisa ceria dan rasa disayangi. (hehe perasan).

Betullah, kalau bukan kita yang pujuk diri, siapa lagi yang boleh diharapkan. Betul tidak??
Common saja pengajaran-pengajaran ni. Tapi kadang terlalu common sampaikan kita lupa untuk jadikan pengajaran.

Esok kerja. Memang saya merindui hari Ahad yang dulu. Ahad berpagi-pagian di rumah, makan nasi lemak, baca suratkhabar, petang tengok Nona. Kini tidak mampu lagi. Huhu.

Last but not least, Selamat Tahun Baru!