
Saturday, June 12, 2010
Membaca Gaya Wawasan :)

Monday, February 22, 2010
Debat P.P.P 2010
Malam ini memperlihatkan 1 usul diterima dan 1 usul ditolak selepas didebatkan di dewan parlimen menteri-menteri wanita sahaja.
Usul yang pertama yang diterima adalah 'Gagasan 1Malaysia, satu simbol politik.' Manakala usul yang ditolak pula adalah 'Pakatan Rakyat adalah tidak relevan masa kini. (Selepas ditolak, maka bunyinya jadi begini; Pakatan rakyat adalah relevan masa kini.) Usul pun mantap dan mencetus minat untuk lebih mendalami isu politik.
Ini bukan reunion...
Apabila bergelar seniorita (yang semakin lembap dengan kerja-kerja persatuan), saya jadi terharu 'lebih' apabila melihat junior yang bersungguh bekerja dalam persatuan.
Ada yang membantu teknikalnya, pengurusan programnya, yang syabab pun sanggup jadi 'murakibnya' untuk akhwat yang pulang lewat. Pendek katanya semua ber'sinergi' dalam membentuk satu kondisi masyarakat yang baik. Jazakumullah elkher.
Semoga Allah terus menyuburkan hati-hati kita dengan semangat itu, disamping jangan jadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk lewat atau ponteng ke kelas atau malas untuk belajar!
::Esok bakal ada sambutan untuk 'sesuatu'...Yeay!::
Friday, January 29, 2010
Pro-Aspirasi menang bergaya
************
Sekurang-kurangnya kita prihatin dengan apa yang berlaku di kampus. Tidaklah apabila ditanya, "Eh ada pilihanraya eh?", "Siapa menang? Tak tahu, malas nak ambil tahu. Tak suka politik."
Sunday, January 3, 2010
Open your eyes, your heart and mind...
Friday, July 31, 2009
Mesyuarat Agung Tahunan
Dan.. bila pula anda mula menyertainya secara rasmi?
Pertama kali saya dengar ketika itu mungkin ketika di sekolah rendah. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Walaupun itu bukan acara kanak-kanak di sekolah, bahkan ia adalah acara yang saya rasa membosankan kerana hanya melibatkan orang tua dan membahaskan laporan, kewangan dan apa-apa peraturan yang saya tidak faham, namun, saya tahu ia adalah acara tahunan yang amat penting. Dan apa yang saya nantikan setiap kali ibu atau abah pulang dari mesyuarat agung ialah... hadiah cabutan bertuah. eheh.
Di SMKKKB, di KISAS juga begitu, setiap kali Mesyuarat Agung berlangsung, saya tak pernah ambil pusing. (Ha, Muktamar Tahunan BADAR di KISAS yang diwajibkan untuk semua hadir- ngantuk juga dibuatnya. Isk isk (~_~))
Pengalaman menceburi 'lapangan mesyuarat agung' bermula ketika saya tahun 1 di Jordan. Namun ketika itu, sukar juga untuk saya memahami format mesyuarat agung, apa yang dibentang, apa yang disahkan, apa yang dicadang, apa yang dibahas.. Semuanya saya rasa memeningkan. Namun seronok bila melihat para senior ketika itu bidas membidas hujah. Namun apabila sudah bergelar senior, biar kita pula yang 'mengkritik'! Ehe.. Tidaklah sebenarnya. Bukan mengkritik. Memberi cadangan dan nasihat sebenarnya.
Dan saya tidak akan 'miss' untuk hadir setiap kali mesyuarat agung. Kadang-kadang bukanlah hendak sangat mendengar pembentangan atau perbahasan, namun lebihnya kepada ingin memberi sokongan kepada sahabat-sahabat yang telah memegang jawatan dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan program.
Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI 06/07 ketika saya memegang jawatan Ketua HELWI
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Badan Pentadbir (BP) PERMAI 2006/2007
AMT dan BP Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009
Perlembagaan persatuan?
Saya memang 'lemah abis la' bab-bab perlembagaan ini. Ayat perlembagaan yang skema itu memeningkan. Namun sehinggalah saya memegang jawatan Ketua Helwi PERMAI 06/07, barulah saya mula memupuk minat dan memaksa diri untuk membaca perlembagaan. Sedikit demi sedikit saya belajar. Ketika menjadi Timbalan Presiden MPPM, timbalan setiausaha dan bendahari tersayang, Mahfuzah dan Arda sangat banyak membantu memahamkan saya bab-bab perlembagaan ni. (Hehe, promote Mahfuz lagi ni..:p)
Perlembagaan boleh jadi memudahkan, dan boleh jadi juga menyulitkan. Itulah perlembagaan ciptaan manusia. Serba kekurangan. Bersyukurlah kerana perlembagaan agung dari Allah SWT yang kita ikut selama ini langsung tidak cacat dan 100% memang memudahkan kita menjalani kehidupan seharian. Subhanallah.
Mesyuarat Agung 2009??
Tahun ini, alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menghadiri 3 kali mesyuarat agung tahunan iaitu untuk Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM), Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) dan Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ). Tiba-tiba terfikir, mungkin ini mesyuarat agung terakhir buat kami, batch-batch perubatan MEP4, inshallah jika dizinkan Allah kami tamat belajar pada tahun hadapan. Tahun depan mungkin tiada lagi kedengaran di telinga-telinga kami suara-suara pengerusi sidang, tiada lagi kedengaran suara pengusul dan pembahas cadangan, tiada lagi suara-suara pengkritik dalam mesyuarat agung. Saya pasti akan merindui saat-saat kita semua bermesyuarat dan bersidang!
Kepada adik-adik yang masih lama lagi di sini,
Persatuanlah medan mengasah semua kemahiran yang kita perlu ada untuk menjadi seseorang yang serba boleh. Sebut saja, kemahiran apa. Memimpin? Mempengerusikan mesyuarat? Kera-kerja teknikal? Kerja-kerja persiapan dewan? Nasyid? Menyanyi? Memasak? Semua tersedia untuk kita cuba. Kenangan-kenangan dan pengalaman inilah yang bakal menjadi kenangan manis buat kita apabila tamat belajar nanti.
Apabila mengenangkan kehidupan saya yang mungkin tiada masa lagi untuk menyertai aktiviti-aktiviti sosial seperti ini apabila telah bekerja nanti, itu yang menyebabkan saya menggigihkan diri untuk meyertai setiap aktiviti persatuan. Menyeronokkan! Mengenali ramai orang, mendapat pengalaman baru, semua best!
Saya bangga melihat adik-adik dan rakan-rakan yang turut sama menjayakan setiap aktiviti persatuan. Seperti Mesyuarat Agung BKASJ tadi, walaupun ramai yang datang sebagai pemerhati kerana mungkin tidak membawa bersama perlembagaan atau dokumen mesyuarat, atau kerana malas menyertai persidangan, but actually it doesn't matter. Yang penting kehadiran anda, sudah cukup membuatkan para MT dan BP dan juga semua AJK berbesar hati! (Tepuk tangan untuk diri sendiri bagi siapa yang hadir tadi..)
Kepada semua yang bekerja (AMT, BP, AJK dan lain-lain),
Semoga anda beroleh thousands of experiences and May Allah grants you with His rewards. Ameen.. :)
All in all, entri ini sebenarnya sudah lama ingin saya tuliskan sejak habis AGM MPPM lagi. Namun kerana sibuk yang memanjang dan sehinggalah AGM BKASJ tadi yang mungkin saya rasakan ia AGM terakhir buat saya di sini, saya mencuri masa untuk mencoretkan sesuatu buat kenangan saya berpersatuan di sini...
Alhamdulillah..
Terima kasih semua... :)
Friday, May 8, 2009
A compliment...
Team KARISMA 2009 :
Pengarah Program Muhammad Shahrul Ifwat,
Timbalan Pengarah - Afifah Azam
dan seluruh warga kerja 'Team Karisma 2009'
(You have done marvellous job, big clappp!)
Presiden PERMATA (Ust. Shaheed Nizar) dan Timbalannya (Basyirah),
Seluruh warga Mu'tah selaku tuan rumah yang banyak berbudi,
Para atlet dan semua mahasiswa Malaysia di Jordan-sama ada anda hadir mahupun tidak, namun sokongan dan semangat anda tetap kami rasakan bahangnya bersama.
Pihak Kedutaan Malaysia, Dato' Duta dan Datin.
Pengarah MSD, Ust Sulaiman dan Puan Norhana, Ust. Arman,
Seluruh Staf Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia,
dan semua yang terlibat secara tidak langsung untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program ini.
Terima kasih daun keladi,
Hanya Allah yang bisa membalas budi baik kalian.
Semoga ukhwah yang diimpikan terpateri sudah.
KARISMA 2009 berakhir dengan terpahatnya memori yang sungguh manis,
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan
Salam Penghargaan,
Timbalan Presiden 2
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.
Friday, April 24, 2009
Sana sini
Pendek katanya, kempen ini menganjurkan para atlet agar memastikan dalam kesibukan bersukan, aurat perlu dititikberatkan.
Logo Volgames2009
Ok, dari bumi Volgograd, Russia, kita kembali bersiaran ke Jordan.
Logo KARISMA 2009
Kita juga ada misi yang semua sudah sedia maklum. "Misi ukhwah". Dan kita juga mengharapkan pembudayaan riadah berlandaskan syariah.. which is.. perkara yang perlu dititkberatkan, waktu solat yang perlu dijaga dan banyak lagi perkara lain.
"Aurat"
Penting. Namun masalah mungkin menjadi kurang ketara kerana acara lelaki dan perempuan sememangnya diasingkan. Maka 'unlikely' lah untuk terjadi masalah 'orang sana' tengok 'orang sini' dan 'orang sini' tengok 'orang sana'. Anyhow, jangan sesekali 'this matter of aurat' dikesampingkan meskipun sesama jantina.
"Berhenti sebentar untuk solat berjemaah di atas padang atau court".
Sempurna jika ia dapat dilaksanakan, bukan? Itulah istimewanya orang muslim. Sesibuk atau sesemangat bagaimanapun kita dalam berpasukan, apabila tiba seruan menghadapNya, kita pasti kembali bersatu lalu meninggalkan sebentar dunia ini yang terlalu banyak melekakan.
Last but not least, Selamat bersukan semua. 'Towards a healthy lifestyle'!
::Good Luck kepada para pemain hand-ball. :p::
Sunday, April 19, 2009
Sehari bersama MMJ
Menurut http://www.lifeshare.org/facts/bloodtypes.htm :- (Jenis darah dan Populasi)
O Positive = 38%
O Negative = 7%
A Positive = 34%
A Negative = 6%
B Positive = 9%
B Negative = 2%
AB Positive = 3%
AB Negative = 1%
Terus dia masuk dan bersila di atas katil sambil mengunyah roti zaatar. (Siapakah gerangannya, haiih, baru kejap jadi doktor sudah begini jadinya.)
Turut terbayang, bagaimana pula kehidupan HO nanti? Sempat ke nak buat itu, sempat ke nak buat ini...
Pada waktu malamnya pula, kami didatangi oleh rombongan doktor dari UKM, dan mereka telah sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit pengisian kepada kami tentang "Life after being a doctor.."
Semoga semua rakan-rakan, senior dan adik-adik bertambah bersemangat untuk belajar lagi selepas ini demi merealisasikan cita-cita masing-masing.
Tahniah kepada AJK Mini-Clinic, MMJ dan PERMAI.
"Towards a healthy lifestyle"
Friday, April 10, 2009
KARISMA 2009
Saturday, February 14, 2009
PERTAMA '09 in memory
Menyingkap kembali detik sejak mula-mula program ini dirancang oleh Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPM, saya pada mulanya agak bimbang kerana ia merupakan program besar dan melibatkan tetamu luar negara, kami juga agak menemui jalan sukar ketika mencari AJK kerana ramai pelajar Jordan telah bercuti keluar negara ketika itu. Namun atas kesudian mereka untuk menerima tugas ini, committee lengkap akhirnya terbentuk dan kerja dapat dimulakan walaupun agak lewat.
Saya mendapat tugasan untuk membentang kertas kerja 'Feminisme dan Islam' bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Namun disebabkan peperiksaan dan pembentangan seminar Ophtalmology pada hari Isnin dan Khamis ini yang lebih memerlukan perhatian, justeru pada mulanya saya menolak tugas tersebut. Walau bagaimanapun, pada malam terakhir sebelum pembentangan, setelah berbincang semula dengan rakan pengganti, Arda, saya rasa kasihan melihatnya yang tidak sempat melakukan persediaan secara rapi kerana baru saja berpulang dari bercuti di Mesir. Oleh itu walaupun agak berat hati, saya akhirnya bersetuju untuk membentang bersama-samanya dan persediaan untuk itu- mencari maklumat dsb hanya bermula pada jam 11 malam sehingga hampir pukul 2. Mata mengantuk sudah tidak dapat disengkang lagi. Pagi itu selepas subuh saya menyambung lagi, menambah dan mencari bahan-bahan tambahan untuk dibentang. Habis website Sister In Islam dan semua yang berkaitan feminisme saya cari. Maka pada jam 8.30 pagi hari Jumaat itu, selamatlah kami membentang. Pada mulanya saya rasa agak gugup apabila melihat pembentang-pembentang kertas kerja lain yang terdiri daripada ustaz-ustaz yang hebat, pelajar MA, wakil PMRAM dan sebagainya duduk di baris paling hadapan di dewan. Namun saya menyedapkan hati dan berpikiran positif saja. Doa saya, semoga kalam saya dilancarkan, dan pendengar boleh menerima dan faham apa yang saya perkatakan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Peserta juga menunjukkan respon yang baik berdasarkan soalan dan respon bernas mereka. Maafkan saya untuk semua kekurangan dalam pembentangan itu. Benar, manakan sama bidan yang terjun dengan penerjun profesional.
Yang paling istimewa program ini telah dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari sebahagian negara dari timur tengah - Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Pelajar Perubatan Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Yaman, dan Arab Saudi. Semuanya hadir untuk membentangkan kertas kerja sebagai agenda utama dalam PERTAMA kali ini.
Setinggi penghargaan buat pihak MSD dan semua tenaga kerja PERTAMA kali ini yang memang telah banyak bertungkus-lumus sejak hari pertama anda dilantik sehingga terlaksananya program besar ini dengan jayanya. Hanya Allah yang bisa memberi ganjaran untuk usaha kalian.
Untuk 7 AMT JK PERTAMA yang di atas (Girls : Fathiyah, Arikah, Amalina n Su): You all worked so hard and managed this program successfully!
Biro Program : Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun kita sedikit diuji pada hari kedua. Namun hasil kerjasama semua AJK dan MPPM, kita tetap dapat meneruskan baki acara di tempat yang juga selesa. Pengurusan masa juga baik. Good job Laila and the gang!
Biro Strategi : A special thanks to this 'biro' kerana kecekapan mereka sebagai elemen tulang belakang program ini. Resolusi yang mantap terhasil dari pengurusan strategi yang tersusun. Thanks untuk Aisyah dan kawan-kawan kerana sudi menerima jawatan ini walaupun pada mulanya biro ini kelihatan baru dan begitu asing sekali untuk kita semua. May Alah grant you His bless.
Biro Persiapan & Teknikal : Excellent. Kelihatan tiada kecacatan dalam program. Background slide menarik. Dewan, ruang solat dan makan disiapkan dengan baik. Thank's Dik Adah dan angkatannya!
Biro Penempatan & Keselamatan : Rata-rata pelajar mantiqah lain berpuas hati dengan pengurusan penempatan, pengangkutan dan khidmat muraqib yang cekap. Tilam dan bantal yang dipinjamkan juga sudah dipulangkan. Caya lah! Thanks Along dan AJKs!
Biro Publisiti dan Percetakan : You did well. Dengan kewujudan blog PERTAMA, dan promosi-promosi yang dibuat, program ini berjaya menarik peserta sehingga berjumlah +-300 orang. Kertas Kerja dan Booklet yang terhasil - Thank you Anis dan yang lain.
Biro Pendaftaran & Perhubungan : Biro yang turut bersusah-payah mempromosikan pendaftaran dan melobi program ini dikalangan pelajar. Terima kasih Cik Santun dan konco-konconya.
Biro Persegaran : Superb! Makanan sedap. Roti special, lauk ikan masak kicap, kari, lemak cili api dan ayam masak merah. Tidak lupa kuih-muih untuk VIP. Pastinya ramai biro-biro ini yang hampir saja patah pinggang menyiapkan santapan untuk hadirin. Nothing able to pay your work. Thank you orang dapur (Fida dan rakan-rakan)!
Biro Tugas-tugas Khas : Special thanks for this biro atas kerja-kerja rencam yang dilakukan. Hadiah, anugerah dan lain-lain -Thanks wawa and AJKs.
11 resolusi telah berjaya dicapai daripada program ini untuk MPPM dan semua mahasiswa realisasikan. So it is the time to work them out.
Seinfiniti penghargaan juga buat semua yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah memberi ganjaran untuk kalian semua.
“…dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara munkar dan permusuhan…”
Dewan penuh bersejarah - Al-Kindi. Suka duka PERTAMA di sini...
Dewan sementara - Solah Petra pada malam kedua...
Dato' Duta merasmikan upacara pembukaan bersama Pengarah Program
Photographer peribadi mensabotaj pembentang kertas kerja. aishh...