Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, August 15, 2011

End of posting leave

Hari ini bermula cuti 'end-of-posting' saya selama seminggu. Cuti tidak begitu menarik kerana suami tetap bekerja. Cuma yang seronoknya, terawikh malam tidaklah mengantuk dan penat sangat, sebab siang dah berehat, lepas solat pun boleh mengaji, tidaklah tergesa-gesa jawab panggilan balik ke wad. Dan bolehlah memasak untuk berbuka. Hari-hari beli di pasar ramadhan memang tak berapa seronok sangat.

Oh ya minggu lepas jumpa Bessy dan Piya di hospital. Bessy datang menemani bapanya yang dimasukkan ke wad manakala Piya pula melawat atuk saudaranya di ICU. Melihat wajah mereka membuat kenangan di Jordan terimbau semula. Teringat kawan-kawan lain..:(

Yeay hari ini saya akan menaiki Senandung Langkawi untuk pulang ke Rasa! Balik sekejap. Memandangkan suami tidak bercuti, maka saya akan pulang sendiri. Sekejap saja. Tak boleh kot tinggalkan suami lelama. Heh.

Nak balik Rasa seorang, bukan setakat perlu minta izin dari suami, malah dari abah juga. Heh.

Ada sekali satu hari dulu saya cuti juga tapi suami tidak bercuti. Dia izinkan saya pulang ke Rasa walaupun berat hati. Dia kata, "Siapa yang suka kalau berjauhan dengan isteri..." Huhu.

Kemudian saya telefon abah.
Saya : Abah, Pza cuti. Nak balik!

Abah : Ikraq cuti ?

Saya : Tak. Pza balik naik ketapi yeh.

Abah : Eipp! Mana boleh. Tempat isteri kan bersama suami. (Aaaaaaaaaaa.. kelam pandanganku.) Haha.

Bila suami dengar, senyumlah dia sampai ke telinga. Saya tak dapat balik.


Kali ini, saya cuti seminggu. Hmmm takkan nak duduk rumah saja seminggu. Setakat jalan-jalan Taiping seorang, boring.. Kalau dia ada boleh balik Parit BUntar ke, shopping-shoppping di Penang ke, duduk rumah pun tidaklah bosan. Ini, dia oncall lagi. Plus puasa, tak boleh makan-makan. Nak jalan-jalan pun panas.

Dia ok kalau saya balik. Haiihhh nak minta izin abah pula.

Kali pertama telefon. Abah kata, " Tak payah balik seorang. Nanti abah dan ibu datang Taiping."

Ala.... orang nak jumpa keluarga semua di KKB..

Kecewa..

Kali kedua telefon. Ibu dan adik bertanya lagi, "tak jadi balik ke?"

Jawab saya, "Ikraq ok. Tapi nak kena tanya abah. Nanti orang sampai KKB, abah hantar balik Taiping pulak!" Heh.

Sekali lagi saya cakap dengan abah, then abah cakap, "Cakap baik-baik dengan Ikraq. Minta izin, redha tak pza balik sendiri ni... Cakap kat dia nanti abah hantar Pza balik Taiping."

Yeay!

Boleh balik yeay!

Tapi sedih juga nak meninggalkan si dia yang tersayang. Tak mengapa. ABSENCE MAKES HEART GROWS FONDER! I LOVE YOU HONEY!

Wednesday, July 27, 2011

Lamanya...

Lamanya tidak menulis di blog. Sebab utama sememangnya kekangan masa. Masa yang ada bagaikan hanya cukup-cukup. Tiada extra untuk aktiviti lain. Sekiranya masa itu wujud, sudah tentu diperuntukkan untuk TIDUR!!! haha.

Cuma hari ini excited plus plus kerana mendapat pujian dari specialist. *blushing*
Hehe. Inshallah tidak lama lagi tempoh posting O&G saya akan tamat.(O&G di Hosp Taiping adalah antara department yang perit penat dan pelik). Justeru saya perlu menghabiskan viva sebelum meninggalkan posting ini. Semalam saya viva dengan salah seorang pakar untuk tajuk Total Abdominal Hysterectomy with salphingooophorectomy (Tabhso) dan vaginal hysterectomy.

Soalan beliau ringkas. Tell me indications for tahbso. and how do u do it..
Saya pun berceritalah step-step tersebut secara ringkas, langsung tidak detail.

ok2 then whats the diference between tabhso and vaginal hysterectomy.

saya jawab.. bla2..

Then beliau kata, "Ok tomorrow I'll sign ur logbook. I know u are a good and hardworking houseman.." sambil senyum.

OMG. macam rasa hilang penat bila specialist yang digeruni sekali mengeluarkan kata pujian. Alhamdulillah. best2! Tak sia-sia datang viva pukul 11malam - meninggalkan suami seorang di rumah. Heh.

Sekarang suami pun meninggalkan isteri seorang di rumah kerana pergi bermain futsal. isk isk.

::Tahun ini saya berhari raya pertama di perantauan..:(::

Tuesday, March 29, 2011

Masa depan

Apabila keputusan SPM diumumkan, masing-masing lepasan SPM mula memikirkan masa depan.

"Nak sambung belajar kursus apa.."
"Nak apply mana.."

Kami yang berada di hospital turut merasa bahang keputusan SPM yang baru keluar baru-baru ini. Staf-staf sibuk bercerita keputusan anak dan saudara masing-masing.

Tanya seorang rakan HO, "Hey, macam mana nak apply JPA. My brother nak further medic under JPA la.."

Berbual pula dengan seorang lagi rakan. "I'm not going to let my kid further in medicine. Let they do engineering, or be a pilot."

Respon saya kepada seorang staff nurse yang punyai anak saudara yang ingin menjadi doktor. "Fikir baik-baik."

Dan suami saya cakap, "Anak nanti tak payah jadi doktor. Biar dia jadi pemain bola." Heh. No wayy!

Pesananku kepada adik-adik.
Fikirkan cita-cita yang menjanjikan kepuasan kepada anda. Kepuasan yang dimaksudkan terdiri daripada kombinasi pelbagai faktor. Minat, pendapatan, pengalaman, masa depan.

Jadi artis.. Minat ya. Pendapatan.. bergantung. Kalau jadi Siti Nurhaliza memanglah kaya.
Pengalaman.. Banyak. Jumpa orang ramai, pergi show sana sini. Masa depan.. Tak berapa nampak berapa jauh boleh pergi. Tak selamanya kita on top of the world.

Jadi pemain bola. Minat ada. Pendapatan.. Pemain Malaysia tak berapa pasti berapa pendapatannya. Hmm. Pengalaman.. Banyak. New skills.. Masa depan.. Sekali cedera, nak sembuh ambil masa. Nasib tak baik, kena terus pencen.

Jadi doktor. Minat? Kot. Pendapatan.. Puas hati. Pengalaman.. Sangat banyak. Masa depan. Inshallah cerah.. Bukan doktor saja. Termasuklah banyak lagi pekerjaan lain yang menjanjikan pengalaman dan pahala.

Pahala. Ya, ia antara faktor yang penting. Apa-apa pun pekerjaan, jika ikhlas, halal, pasti ia menjanjikan pahala. Alhamdulillah I am a doctor. Apabila kepenatan, kadang-kadang bertanya, "Kenapalaa jadi doktor.." Apabila dapat gaji, "Alhamdulillah aku dah kerja jadi doktor." Apabila stress, "Nak jual burger laaa cam ni.."

Heh. Fikir baik-baik.

Apabila fikir tentang masa depan juga, saya bercita-cita untuk punyai anak yang bergelar ustaz....:) Macam Ustaz Amirul. Tak mahulah pemain bola.

Wednesday, January 19, 2011

On my 25th birthday

Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan oleh Allah untuk merasai nikmat hidup di dunia selama 25 tahun. Usia yang saya rasa sudah cukup dewasa. Bukan lagi di awal 20-an. Malah sudah sampai ke pertengahan. Tidak lama saja lagi bakal ke penghujung 20-an. Begitu cepat masa berlalu.

Target hidup.
Bercakap tentang target. Hidup saya mula bertarget sejak di tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah, setakat ini target belum lari. Saya janji untuk grad pada umur 24. Alhamdulillah saya grad. Dan saya berangan untuk berkeluarga pada umur 25, inshallah bakal menjelang. Target-target selepas ini biarlah rahsia dahulu...:)

Terima kasih buat semua yang ingat hari lahir saya dan mendoakan dengan ucapan yang baik-baik. Semoga Allah membalas doa kalian dengan sebaiknya.

Oh ya.. Saya oncall pada hari Ahad lepas, ada 11 new admission. Baru mahu tidur, staff-nurse telefon maklumkan ada case baru datang. Tiba-tiba rasa mahu beritahu kepada semua orang sakit, "Boleh tak sakit waktu pejabat je?" Huhu. ! Paling tidak pun, tahan sakit dulu. Waktu pejabat barulah datang hospital. Kasihan doktor oncall tak bisa tidur. Tapi tak boleh. Haha. Mati lah doktor oncall makan elaun buta. Nauzubillah.

Mahu tak pengsan present case di morning report seorang diri pagi tersebut. Rasa tension tapi still bearable... Pagi post call memang tak seronok. Rasa tidak cukup tidur akan melenyapkan mood saban hari tersebut. Sudah tak mampu untuk senyum. Tak mampu untuk membuat discharge summary dengan laju. Menulis pasti tersengguk-sengguk. Tambah pula kena complain dengan MO yang ada saja tak berkenan.

Hmm, yang menarik. Hari tu, specialist puji sebab saya boleh jawab 'Neisseria Meningitidis' organism untuk meningococcemia. Haha saya rasa budak tadika pun boleh jawab.
Entri ini rencam. Tak ape lah. Esok saya oncall lagi. Jadi selamat malam semua!
Semoga esok.. 0 admission! Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Wanita saja sepanjang masa...

Anda lebih sedap membaca begini... "Wanita saja sepanjang masa..."

atau begini... "Wanita saja sepanjang masa!!"

Saya suka membaca dengan intonasi nombor 2.

Sejak pulang ke Malaysia, ada lah 3-4 kali juga saya menggunakan perkhidmatan komuter. Sudah tentunya 'koc untuk wanita' pilihan saya. Tagline baru, "Dan kini saya rasa lebih yakin untuk menaiki komuter!" (Heh)

Sekiranya tempat yang ingin saya pergi, saya terpaksa mengharungi 'jammed' jalan raya, saya lebih selesa berpenat dan tidur di dalam komuter berbanding memandu sendiri. (Itu sebabnya saya memilih untuk tidak bekerja di bandar besar pada masa akan datang.) Maka kesesakan jalan raya adalah sebab utama mengapa kadangkala saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan komuter.


Koc wanita yang diperkenalkan oleh KTMB merupakan idea yang bagus, dan saya tidak tahu mengapa ada sesetengah pihak yang bodoh yang tidak bersetuju dengan idea ini. Saya yakin dia tidak pernah bersesak dalam komuter. Itu sebabnya dia tidak setuju.


Namun, ramai juga rakyat Malaysia mahupun warga asing yang 'buta huruf' kerana tidak tahu membaca 'Koc ini hanya untuk wanita'. Maka mereka yang bergelar lelaki turut masuk sama ke dalam koc wanita. Yang bagusnya kalau 'kena' dengan makcik-makcik yang bising, "Eh ini koc wanita. Wanita je boleh duduk sini. Lelaki pergi sana."

Yang lagi best kalau dengar, "Eh you tak baca ke ni?" (sambil menunjuk ke arah label koc wanita).

Ada pula yang terus menghubungi nombor hotline yang tertera pada label sambil bercakap kuat-kuat, "Makcik nak mengadu ni, kenapa ada lelaki dalam koc wanita ni? Ha, dia buta huruf?" - Saja makcik tersebut bercakap dengan kuat supaya lelaki-lelaki di situ terasa. Padan muka juga. Siapa suruh tak faham bahasa.

Tapi ada yang tak bagusnya, kalau ya pun marah dan nak menegur, tak perlulah berbahasa kasar dan menggunakan perkataan tidak sepatutnya. Mereka yang nak ditegur itu pun punya maruah. Buatnya dia memang tak perasan yang dinaiki itu sebenarnya koc wanita. Maklumlah pertama kali naik komuter.. Mungkin tak tahu.

Untuk mereka warganegara asing juga sepatutnya tiada masalah kerana banyak bahasa digunakan. '3arabah li sayyidat'.. untuk bahasa arabnya. Tapi kalau bahasa nepal atau bangladesh tidaklah pula ditulis. Dan disebabkan itu mungkin mereka tidak memahaminya. Label pink itu pula bercorak-fancy gambar sisi wajah wanita. Mungkin tak perasan juga. Haii, macam-macamlah alasan...Bagus juga kalau ada sensor dan alarm yang menjerit 'Ada lelaki dikesan dalam koc ini!' apabila mengesan kehadiran lelaki dalam koc wanita. Biar dia 'perasan' yang dia tersilap. (Heh)



Koc wanita adalah koc tengah. Boleh beratur atau menunggu di tempat yang berlabel koc wanita sekiranya hendak menaiki koc wanita. Untuk pasangan suami isteri (halal) atau bf-gf (haram) yang ingin naik bersama, tak perlu kot naik koc wanita. Naik saja koc bebas. Keselamatan anda dijaga oleh pasangan anda kot. Jadi, buat apa angkut pasangan anda yang lelaki itu untuk naik bersama dalam koc wanita? Buat wanita lain tidak selesa saja. Tapi kalau nak naik koc wanita juga, berpisahlah kejap tidak mengapa kot. Yang penting, koc wanita adalah untuk wanita. FAHAM?



Semalam, saya naik koc wanita. Ada seorang anak lelaki membawa ibunya yang sudah tua (cina). Dia menghantar ibunya masuk ke dalam koc wanita dan dia berpindah ke koc lelaki di sebelah. Nasib baik komuter kosong. Sebelum turun, dia masuk semula ke dalam koc wanita untuk mengambil ibunya dan membawanya turun. Bagus anak ini. Tidak mengapalah kalau macam tu.



All in all, jagalah maruah wahai kaum wanita. Sayang seribu kali sayang apabila melihat kaum wanita yang tidak lagi malu berpakaian yang tidak mencerminkan pakaian muslimah, berpegangan bebas dengan lelaki, berkata-kata dengan suara yang kasar dan tidak sopan. Naudzubillah....(Bersama muhasabah diri)


"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

::Semalam naik komuter ke arah Pelabuhan Klang, teringat masa balik KISAS dulu-dulu. Berbaju batik outing naik komuter. :)::

Monday, August 23, 2010

Mari bekerja di sektor awam


Dulu masa kecil, saya rasa 'kerja kerajaan' ini adalah kerja biasa. Tidak lumayan. Kerana saya lebih tertarik dengan kerjaya pakcik dan makcik saya di Petronas dengan bonus 5 bulan gaji. Macam banyak betul duit mereka boleh dapat jika mahu dibandingkan dengan pekerja kerajaan.
Namun kematangan membezakan tahap pemikiran saya yang dahulu dan sekarang.. Kini saya lebih meyakini kelebihan bekerja dengan kerajaan. Saya terjumpa satu website yang menceritakan tentang faedah-faedah bekerja di sektor awam.. Layann...

1. Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Hmm.. menarik bukan? Saya 'copy-paste' saja dari website iklan tersebut.
Jadi menyedari keadaan itulah, esok saya akan menghadiri temuduga untuk memohon pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan UD41 di SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Padahal kau memang kena kerja kerajaan pun. Tiada pilihan lain. JPA kata 10 tahun ok! Heh.

Mohon dipermudahkan inshallah.

Artikel ini membantu juga sebenarnya untuk menjawab kalau-kalau ditanya,
"Awak tahu apa kelebihan bekerja di sektor awam?"
"Ya, tahu encik!"

"Ada soalan lain?"
"Ada. Macam mana kalau saya nak mohon jadi PTD?" (Heh. lebih pulak..)



::PTD :Pegawai Tadbir Diplomatik. Pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya. Boleh bekerja di kementerian-kementerian. ((Kenapa saya rasa kerja PTD ini glamor..Huhu))::


Sunday, May 16, 2010

Super L.D

Tidak penting pun untuk berbicara tentang dia.
Cuma... kagum dengan cara dia mengawal emosi dalam dan luar (permainan).

“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.

“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.

“Siapa menang dan bagaimana permainan esok (hari ini) bukan isu. Sebenarnya, saya harap dapat menjadi kawan baik kepada Taufik (Hidayat). Kami ingin menceriakan dan mewarnai dunia badminton dengan kehebatan serta kemahiran permainan masing-masing,” katanya.

-The coolest SuperDan

Pengawalan emosi pada waktu genting memang perlu latihan. 10 minit terakhir dalam dewan peperiksaan- macam-macam perasaan menerpa, namun jika ia dapat dimanfaatkan sebaiknya dengan emosi yang tetap tenteram, SYUKUR.


Kritikal! Kawal emosimu dan FOKUS!
Ketika mula-mula saya menyertai Kejohanan Catur dahulu, saya kerap juga tewas pada akhir-akhir jam perlawanan - apabila jarum jam di saat kritikal, bendera mahu jatuh. (Siapa yang pernah bermain catur menggunakan jam pasti tahu). Akibatnya perlawanan mungkin boleh menang- diakhirkan seri (draw) akibat kesilapan melakukan 'stalemate'. Yang boleh seri jadi kalah.Pada akhir perlawanan itulah, banyak kesalahan yang boleh dielakkan selalu dilakukan. Namun selepas kejohanan demi kejohanan, juga latihan demi latihan, berjaya juga akhirnya saya belajar untuk mengawal corak permainan dan emosi dari awal hingga akhir. Kenangan paling manis dalam dunia catur, menempatkan diri dalam ranking yang baik dalam Kejohanan MSSS peringkat negeri Selangor 2001..:) -Tapi saya rasa skill bermain catur sudah semakin hari semakin hilang. :(

Practise makes perfect.
Saya pernah bermain dengan mereka yang mengetuk buah catur dengan kuat setiap kali 'move'. Menyakitkan hati (yang amat). Saya pernah bermain dengan mereka yang kuat berborak. Memang mengganggu. Bagaimana pula dengan yang suka bermain isyarat mata? Yang suka tersenyum sinis dan berkata, "Dah agak dah nak move yang itu..".Ketika saat genting itu juga, rakan-rakan lawan (opponent) mengelilingi meja kami. Ikut hati memang boleh panjat meja. Heh. Over.

Itu sebabnya mengapa pengawalan emosi penting pada saat-saat kritikal sebegini.

Peperiksaan Akhir
10 minit terakhir, orang lain sudah mula deras bergerak keluar dari dewan peperiksaan. Di sini tiada sistem '30 minit terakhir peperiksaan tidak dibenarkan keluar'. Maka, suka hati, jika kamu sudah siap, sila keluar. Namun bagi mereka yang masih belum menamatkan peperiksaan, 10 init terakhir inilah mungkin banyak soalan tertinggal yang ingin disiapkan. Jika hilang fokus, pasti sukar untuk berfikir.

School Of Live vs Driving School.
Pernah sekali ketika saya belajar memandu. Ketika itu dalam kelajuan biasa untuk para pelatih, 60km/h. Tiba di satu simpang, muncul lori yang tiba-tiba keluar dari kiri simpang. Saya cuak. Maklumlah baru beberapa kali memegang stereng. Tindakan refleks, saya memutar sedikit stereng ke arah kanan, which is memang berbahaya kerana mungkin ada kereta dari arah bertentangan ataupun, lori tadi kini melintang di hadapan saya dan bakal ke arah kanan saya. Mujur cikgu memandu yang cekap lagi bijak, menolak stereng ke arah kiri. Brek ditekan sedikit. Mujur lagi 60km/h. Jika 100km/h?? Memang fikiran boleh 'jammed' di saat kritikal!

Mengekalkan ketenangan.
Ya, bukan senang untuk mengawal emosi. Saya percaya - tarik nafas, ingat Allah dan selawat... Dan ia memang perlukan latihan. Tanya Dr. Mahathir, macam mana beliau boleh kelihatan tenang dalam berucap. Tanya Super LD, macam mana dia boleh hebat dari awal hingga akhir perlawanan meskipun di'boo' oleh penyokong Malaysia. Tanya pakar bedah, bagaimana mereka masih boleh berfikir mencari mana 'artery' yang bocor apabila 'massive hemorhage' berlaku. Semuanya pasti kerana latihan dan pengalaman!

Lagi 5 (peperiksaan)? - Lamanya kami periksa..
Semoga sihat fizikal, mental dan emosi. Debaran memang semakin hebat. Soalan betul-betul menguji.

Piala Thomas?
Saya harap China menang. Hehe. Go SuperDan!

:: Happy Teacher's Day to my mom, dad and all the teachers!::

Monday, May 10, 2010

Because you loved me

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

I'm everything I am
Because you loved me


Thursday, May 6, 2010

Lagi 6...

Semalam selesai MCQ Surgery. 100 soalan dalam masa 2 jam. Soalannya..hmm, kalau orang yang kata 'senang' tu, memang dia hebatlah kot. Sebab dari beberapa orang yang saya tanya, 90% mengatakan ia susah, malah lebih susah dari USMLE step 2. So how?? Lagi 10% mengatakan 50-50. Risau tu memang risau..Tapi tidak mengapa, pujuk hati masing-masing, yang telah berlalu biar ia pergi. Dan sekarang usaha kita untuk yang itu tinggal lagi berdoa saja.

(USMLE : United States Medical Licensing Examination. Peperiksaan yang perlu diambil untuk mereka yang ingin berpraktis di US)

Berbalik pada soalan surgery tadi, agaknya doktor-doktor surgery memang suka 1 soalan cover the whole chapter. Contohnya, WHICH IS TRUE ABOUT DIVERTICULOSIS? or, ALL ARE TRUE ABOUT BREAST CANCER, EXCEPT...So, pilihan jawapannya, dari etiology sampailah ke management. Semua ada. Lengkap.

Soalan yang berbentuk fokus ada juga tapi kurang. Ada juga soalan anatomy, epidemiology..Contohnya seperti WHICH IS NOT A BRANCH FROM SUPERIOR MESENTRIC ARTERY? Inilah soalan yang paling saya confident jawapannya betul. Hehe.

Soalan yang saya memang tak tahu nak bantai apa..adalah tentang WHICH IS TRUE REGARDING BREAST CANCER IN JORDAN? Itu lah padahnya kerana suka skip part 'epidemiology' ketika membaca lecture note. Padan muka pada diri sendirilah nampaknya.

Dan lagi satu, soalan yang sangat biasa ditanya adalah, 'COMMONEST THING'. Contohnya...WHICH IS THE COMMONEST TESTICULAR TUMOR IN CHILDREN? WHICH IS THE COMMONEST SUBTYPE OF BREAST CANCER? Which one is commoner, female or male? Untuk soalan-soalan 'the commonest' ni, apa nak dikata, hafal saja semua. Memang kena tahu pun, supaya apabila pesakit datang dengan problemnya, think about the commonest first! So we'll be a safe doctor. Takde la testicular torsion pun boleh miss sampai membahayakan kehidupan pesakit. As a conclusion, do not miss even a single atom on the book or lecture notes while you were studying. That's the best thing.

Jadi, setelah tamat MCQ surgery semalam, masih ada 6 exam yang tinggal. O&G, Pediatrics, dan 4 hari untuk oral a.k.a VIVA.

Kepada kesihatan, BERTAHANLAH!! Sikit saja lagi... I need you to strive for this. Allahumma 3afini fi sam3i, Allahumma 3afini fi basori, Allahumma 3afini fi badani..

Yah a.k.a adik saya telah menamatkan peperiksaan akhirnya untuk BSc Hons. in Microbiology (Betul ke entah nama ijazah dia ni) nya pada hari ini dengan Tesis Presentation. Dia sangat lega dengan tamatnya VIVA tersebut. Semoga cemerlang inshallah.

Ok, next week untuk paper Obs&Gyne, mari keluarkan semula buku 10 Teachers, Hackers dan buku-buku yang berkaitan dan teruskan menghafal!! Soalan favourite untuk O&G juga adalah berkaitan percentage, incidence, rate, and epidemiology again. (My bad. Banyak pula nak mengeluh. Dah namanya pun final exam. So berpadananlah. Tapi bercerita itu kan salah satu teknik untuk melepaskan tekanan. So I'm telling you now lah kan.:))

Till here, HAPPY STUDY EVERYBODY!

Thursday, April 29, 2010

Just begin

Duduk rumah sesaja memang seronok. Walaupun kadangkala bosan, tapi saya suka. Kadang-kadang pernah juga terfikir untuk duduk di rumah saja goyang kaki walaupun sudah ada degree. Tak perlu bekerja. Tapi saya sedar, ini memang keseronokan yang membuaikan. Kalau sentiasa senang dan malas, bagaimana nak maju...Jadi, berhentilah untuk mencita-citakan sesuatu yang tidak membawa kepada KEMAJUAN.

Sekarang ini memang kami duduk di rumah saja menghabiskan masa untuk study, study dan study. Semalam, kami menduduki exam subjek Internal Medicine. 100 minit untuk 100 soalan yang pelbagai kategori - pendek, sederhana dan kes panjang. Soalan yang panjang, memang kena dibaca berkali-kali. 100 minit yang sekejap, memang tidak sempat untuk menoleh ke kiri dan kanan. Sepanjang menjawab soalan, saya rasakan 'palpitation' atau berdebar-debar. Jantung berdegup macam laju dan terasa seperti ada visible pulse.

Sebelum exam bermula, kata Dr Khalid Jadallah, "Hadzzan Saiedan ya jam3an. Tawakaltu alallah.." Dan ia sedikit menenangkan. Walaupun sebenarnya memang mencuakkan dari awal sehingga habis.

Seterusnya, Rabu hadapan, subjek Surgery menanti. Ia mungkin lebih mendebarkan kerana rotation Surgery saya telah berlalu hampir setahun yang lalu. Banyak juga yang mungkin telah luput dari ingatan. So, kena usaha lagi lebih.

Wish us luck! Amin..

Saya teringat dahulu, saya selalu dibekalkan 'air' oleh ibu. Bukan air saja-saja. Tapi air special itu dibacakan sedikit oleh ibu dengan ayat Quran. Terutamanya apabila peperiksaan menjelang. Tapi, waktu bukan peperiksaan pun ibu buat juga dengan doa kami adik beradik 'terang hati'. Semasa sekolah rendah lagi, kemudian PMR, kemudian di KISAS pun ibu hantarkan air tersebut. Ibu mula buatkan untuk kami selepas mendengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah kalau tak silap. Kata beliau, "Usaha dan doa ibu merupakan faktor penting dalam melakar kejayaan anak-anak."

Walaupun saya tidak pasti keberkesanannya secara teori fizikalnya bagaimana, namun yang saya rasakan, doa ibu itu hebat kuasanya! Apabila minum air yang dikirim ibu, ingatan terhadap ibu lebih kuat disamping terasa lebih bermotivasi dan ingin terus berusaha agar diri ini tidak mengecewakan mereka. Cuma untuk peperiksaan besar kali ini, tiada air yang dapat dikirim, cuma yang ada hanya doa dan ingatan oleh ibu dan abah.
Camne ni, homesick sudaah...T__T

Sunday, April 11, 2010

Lelaki ini

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Karena cintaku,
tak berbatas waktu
Karena cintaku,
tak mengenal jenuh hatimu

(Lelaki Ini)


Sempena 11 April hari ini, ulang tahun ABAH yang ke 56, saya mendoakannya agar sihat sejahtera dan dirahmati Allah sentiasa. Pada usia saya yang telah dewasa kini, saya hanya mengharapkan doa dan kasih sayang berpanjangan pada kami sekeluarga.


Hari ini juga turut melakarkan sejarah dalam hidup abah kerana dalam usianya genap 56, abah menamatkan perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Inshallah kami anak-anaknya yang masih belajar ini lagi pun bakal menamatkan Ijazah Sarjana Muda kami pada tahun ini.

Allah Bless You. Amin..

Thursday, April 8, 2010

Allah Maha Mengetahui

Lama betul rasanya blog ini ditinggalkan. Biarkan.

Setiap hari dalam kehidupan, saya pasti belajar sesuatu. Mari mulakan cerita.

Hari ini sebaik saja tamat kelas pada kira-kira jam 12pm, saya dan Qilah merancang untuk ke Arabella Mall. (Mall terbesar di Irbid setakat ini). Arabella Mall baru saja dibuka dan hari ini merupakan hari pertama saya ke sana. Memang kelasss C-Town dia. Lepas ni memang kita tak perlu ke Amman untuk mencuci mata. Barang di C-Town juga sudah cukup banyak. Duit pun memang kena banyaklah kan. Ada mutabbal! Yeay! Jom kita rasa dia.

(Mutabbal : Terung hancur yang dimakan bersama roti. Rupanya seperti hummus.)

Kedai kasut dan begnya juga mempunyai 'pattern' yang tidak mengecewakan. I loiike!!.

Kami hanya ke C-Town dan kedai kasut. Selebihnya tak larat nak berjalan. Maklumlah tengahari Khamis.

Kami pun menahan teksi untuk pulang ke rumah.

Di dalam teksi.

Saya : Athar Irbid

Pakcik : Apa?

Saya ulang. Tetapi dia seperti macam tak menangkap apa yang saya sebut.

Saya : Ila Syari3 Huson.

Dia buat muka blur pula lagi. Saya tanya lagi.

Saya : Athar Irbid. Tahu x?

Pakcik : (At last) Oooo.. tahu2. Kemudian dia senyap.

Tiba di Duwar Qubah, dia berkata, "Lain kali kalau nak pergi Athar Irbid, korang cakap macam ni..'^&$^#$##^&%..

Kami : (Tanpa mengesyak apa-apa).. Oooo

Pakcik : Cuba korang sebut.

Perkataan yang dia sebut itu sangat ganjil. Seumur hidup saya di sini memang tak pernah dengar.

Saya : Mana datang perkataan tu?

Pakcik : Itu la korang kalau cakap Athar Irbid, nanti orang dari tempat lain tak faham. Kalau kau cakap %^@$#&^#&*#^, orang akan faham. Cuba kau sebut.

Kami pun bersangka baik la pada pakcik ni. Cuba la juga menyebut. Tapi dia tak puas hati.

Pakcik : Cuba korang sebut betul-betul. (Dia ni dah macam nak mengajar mengaji. Siap suruh kami sebut dengan makhraj dan qalqalah)

Saya : Susahla. Nantilah aku cuba kat rumah.

Pakcik : Tak boleh.. korang kena sebut juga.

Saya macam dapat mengenalpasti satu kelainan. "Dah semacam pakcik ni".

Akhirnya kami tiba di rumah. Sekali lagi dia menyebut ayat yang dia sebut. Dan kali ini sambil membuat satu gaya.

Rasa takut dan tidak sedap hati terus menyelinap. Cepat-cepat kami keluar dari teksi. Terdiam. Berfikir, apa yang dia buat tadi ya..

Tiba-tiba we jump into conclusion! PAKCIK TADI ABNORMAL OK!
Lambat pula kami nak 'jump into conclusion' hari ini. Selalunya Qilah cepat je dia rasa paranoid. Hari ini dia terlebih husnuzon agaknya sebab ingatkan 'pakcik jahat' itu nak mengajar ilmu baru. Lagipun pakcik tu tak nampak 'tak ok'. Kalau ikutkan hati ni, memang nak menyumpah dia! Tapi tak mengapa, Allah lagi adil. Kau tunggulaaa!!

(Ya Allah kau berikanlah dia pengajaran yang setimpal dengan apa yang dia lakukan hari ini.)

Masih lagi tidak berpuas hati dengan 'ilmu baru' yang diajar pada kami tadi, saya mencapai telefon untuk menghubungi Isra' (budak arab dalam batch saya).

Mengucap panjang dia sambil berkata, "Ya Allah Faezza, those were really bad words. And I think it's not appropriate for me to say it here. I'll send u msg later. Do not mention it anymore. But really, he is ill-mannered."

PANG!!

Apa dosa saya hari ini. Thank You Allah kerana mengingatkan saya dengan sesuatu.

Saya akui, Bahasa Arab bukanlah menjadi masalah yang besar buat kami di sini menjelang 5-6 tahun kami di sini. Tapi hari ini, Bahasa Arab memang menjadi masalah utama kerana kami tidak berupaya memahami 'bahasa kotor' yang dia cuba ajarkan. Alhamdulillah kami tidak faham. Saya pun tak mahu faham lah!! eh emo pula

Bayangkan kami yang baru terkena sekecil-kecil 'Sexual Harassment' sebegitu pun sudah terasa menggelegak geram tahap dewa dengan orang jahat itu, inikan pula mereka yang diperlakukan lebih teruk dari itu. Sekali terfikir, mereka (pesalah-pesalah sebegini) perlu dihukum dengan amat dahsyat. Tapi tak mengapa, sekali lagi saya menyedapkan hati. ALLAH MAHA ADIL. Nantikan azab Dia!!

Astaghfirullah... *__*
::Harap jadi pengajaran buat semua..::
1. Kuasai Bahasa Arab sebaiknya. Sekurang-kurangnya boleh membezakan mana perkataan baik dan buruk.
2. Orang di jalanan 'by default' tak boleh dipercayai. 'Being paranoid is ok sometimes.'
3. Bersangka baik dengan Allah. Untuk setiap apa yang kita lalui, muhasabah atas diri kita. Mungkin ada salah kita yang Allah nak tegur, diutusnya orang jahat seperti itu. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Friday, April 2, 2010

Aura exam

Pada satu hari, selepas penat mengulangkaji 'sedikit'(Sikit je pun, tapi penatnya lebih), kami berbual-bual. Suasana menjadi sepi. Tiba-tiba...

Eh ada orang menyanyi!

"Apa nak jadi,
Apa nak jadi.."

Suasana menjadi pelik. Kemudian kedengaran lagi...

"Apa nak jadi,
Apa nak jadi.."

Senyap sesaat.
Masing-masing tersedar dari lamunan.
Tiba-tiba kami gelak.BESAR.

Sekarang biar saya sambung lagu DIA,

"Apa nak jadi,
apa nak jadi,
..............................
SAMPAI SEKARANG TAK KAWIN LAGI!!"

:) Haha.
Saya tahu dia tidak memaksudkannya.
Tapi, disebabkan exam final yang bakal menjelang sangat tidak berapa lagi, apa-apa saja yang boleh 'menghiburkan hati', jalan laaaa..

SELAMAT STUDY SEMUA! ^__^

Friday, March 26, 2010

Yara dan Samer

Ini kisah 2 orang budak kecil yang bajet comel. (Haha. Bolehla tahan comelnya. Adik dia je ok. Kakak dia tak. :p. Heh, diskriminasi kat kakak dia ni. Takdelah, dua-dua pun comel.)

Yara dan Sameer.
Mereka merupakan cucu kepada tuan rumah kami. Yara kini berusia 5 tahun. Sameer pula 3 tahun (kot).

Ada la dalam seminggu sekali mereka akan turun bermain di rumah kami. Tapi kami tidaklah pula bermain dengan mereka. Cuma melihat saja adegan dan kerenah kebudak-budakan mereka.

Seperti biasa apabila Yara tiba di rumah, dia akan mencari white-coat Qilah dengan stetoskop dan sphygmo Hety. Kemudian dia akan menge'on'kan suis treadmill dan berlari-lari anak di atas treadmill tersebut. Berlari dengan white-coat. Apa kes ni. Praktis doktor kerja dalam ER agaknya. Lol.

Samer pula akan mencari-cari keropok yang boleh dimakan. Kadang-kadang memang terkejam pula, apabila dengar suara dia tiba di muka pintu, kami berteriak, "Cepat, sorok semua jajan!"

Satu halnya, Yara (si kakak) memang allergy dengan makanan Malizi. Bau pun tak boleh apatah lagi nak menyentuh. Kadang-kadang dia datang semasa kami memasak. Apabila dia masuk saja rumah dan terbau akan tumisan bawang, atau gorengan ikan bilis atau ikan masin, lekas-lekas dia menutup hidung dan mencapai penyembur bau lalu menyembur ke sekeliling rumah. Tension.. Tapi nama pun budak-budak kan.

Walaupun kami sedang makan coklat M&M bersama Samer, dia akan bertanya, "Min ehna au malizi" (Coklat dari sini ke dari Malaysia?). Kalau kami cakap dari Malizi, memang dia takkan makan walaupun masih lagi dia nak menjeling-jeling tanda dia memang nak. Tapi kerana prinsip dia dari dulu yang mengatakan makanan Malizi tak sedap, maka dia takkan jamah. Itulah Yara.

Yang bagusnya, dia boleh mengikut arahan. Kalau kita kata kemas sebelum balik, dia akan kemas dan hantar semua barang-barang yang dia dah ambil semua ke bilik. Tapi tak boleh caya gak. Ikut mood. Heh.

Sensitif juga dia ni. Hari itu pernah sekali dia cakap, "Nanti kalau korang dah balik, boleh tak carikan Malizi yang sama baik macam korang untuk duduk rumah ni.." Terus hatiku kembang. Haha. Baik ke kami ni? Di rumah ni lah dia dibebel sebab buat sepah, dipukul tangan sebab kuatkan volume lagu masa kami bersembahyang, diligan sebab 'menyembur perfume' tak agak-agak, tapi masih lagi 'baik' di mata kamu. ^__^.


"Jangan buka payung dalan rumah. Nanti ular datang!" - Jangan percaya. Kami tak pernah ajar benda khurafat macam ni. Cewah..

Saya pun tak faham apa istimewanya payung ini sehingga perlu diambil gambar 'terbalik' sebegitu. Haah la, lupa nak beritahu Yara bahawa payung itu 'Made in Malaysia'. Confirm dia terus simpan balik agaknya.Heh.


Siapa yang paling rajin melayan mereka ini?
Mestilah Qilah.. Qilah bagi mereka tengok chipmunk di laptopnya. Bagi pinjam white-coat, stetoskop, warna-warna...

Saya? Perhati dari jauh saja. Hanya turun padang apabila diperlukan. Dan apabila turun padang, mulut akan turun dulu. Saya yang tension balik dengar suara sendiri membebel. Haih. Melayan Samer lebih membahagiakan. Yara menuntut kesabaran yang lebih.

Hetty? Dia ini wanita bekerjaya. Dia akan mendidik anak-anak dengan menggunakan teknologi canggih dan pendidikan berkualiti saja. Haha.

Saya percaya refleks dan tindakbalas kami kepada kanak-kanak mungkin bergantung kepada apa yang kami lalui pada masa lalu. Contohnya, Qilah ramai adik-adik kecil. Maka dia lebih suka melayan kanak-kanak ini dan agak agresif seperti akan mengejar dan memukul tangan mereka apabila degil? Haha.

Saya pula hanya ada seorang adik, dan ketika dia kecil, saya pun kecil. Saya biasanya 'warning' sekali je. Kalau dia tetap degil juga buat treadmill tu macam ladang gimnastik dia, saya terus cabut plug dan sorok. Lepas tu Qilah mesti akan bersuara, "Ko ni pun, ngan budak-budak.." Haha itu dia suara ibu mithali.

Walaupun begitu, sepupu -sepupu yang ramai, sedikit sebanyak dapat mentarbiyah saya untuk menjadi 'penjaga budak' yang baik. 'Penjaga budak 'yang baik atau 'Penjaga budak baik'? Saya pilih yang nombor 2 kot. Hehe.

Hetty pula? Dia anak bongsu. Mungkin jarang melayan anak kecil. Tapi dia dah punyai anak saudara 2 orang. Kadang-kadang, dia melayan budak kecil pun seperti pakar motivasi. Haha.

Yang nyata, dua orang budak ini pasti akan dirindui apabila kami pulang ke Malaysia kelak. Kalau diorang turun bermain, kami bising. Kalau tidak turun pun, kami tertanya-tanya.. "Hai mana la diorang ni tak turun.." ^__^

Monday, March 15, 2010

The dusts in the air

Habuk sangat banyak berterbangan di udara.
(Cewah macamlah nampak habuk itu terbang)
Tak percaya??
Buka buku 5 minit, cuba sapu muka surat yang anda buka itu,
terasa habuknya di jari.
(Kalau anda berada di Hospital Eidon lah. Kalau di rumah, pun sebegitu, maknanya...ermmm)

Hospital Eidon 'under construction' sekarang.
Habuknya mengotorkan white coat, stokin dan segalanya.

Jalan pun kelihatan kelam seperti kabus walaupun pada waktu tengahari,
menandakan debu yang tebal di udara.

Dedaun juga kelihatan kotor.
Kasihan, liang pernafasan pokok tersumbat, kata Qilah.
Kalau liang pernafasan pokok pun boleh tersumbat,
inikan pula manusia.

Sudahlah lemas dalam habuk, debunga lagi, asap rokok lagi.
Macam sempurna untuk 'acute exacerbation of asthma'.

Kalau tiada hal, tidak perlulah keluar rumah.
Hanya menambah simptom alergi yang ada,
akibatnya perlu ambil anti-histamine,
dan akhirnya pukul 8 malam sudah tidur .
(Bukankah ada anti-histamine yang 'selective' dan 'non-sedative'?
Sudah.. Saya tak mau buka kitab Pharma sekarang.. *__*)



Peperiksaan final semakin hampir!
Lebih kurang 6 minggu saja lagi.

Maka jika blog ini semakin tidak berkemajuan,
faham-faham saja.

Friday, February 19, 2010

Satu minit...

Hari Ahad ini, kami akan menghadapi Exam OSCE yang kesekian kalinya, OSCE Obstetrics & Gynecology. Selepas ini, bakal tinggal satu rotation saja lagi, Internal Medicine. (ECG bakal menunggu untuk ditatap setiap hari!)

Pagi ini saya dengar Sinar FM (Muzik retro terbaik). (Bak kata Ustaz Maszlee, "Saya saja dengar. Yang lain tak payah ikut"). Telinga 'gatal' nak dengar Sinar FM sebab asyik dengar lagu Maher Zain saja. Sakit tekak dia nyanyi hari-hari di komputer ni :p

Apabila di sini (Jordan) waktu pagi, sudah tentu di Malaysia ketika itu, tengahari. (Ketika itu jam Malaysia 1 petang)

Tertarik dengan pesanan dj nya ketika itu. "Kepada lelaki muslimin, jangan lupa menunaikan solat jumaat. Matikan telefon bembet anda. Dan pakailah baju yang senonoh. Mana tahu, anda terpakai kemeja T yang bergambar yang tidak sesuai. Selamat menunaikan solat jumaat."

Dj Abby Fana memang bagus. Banyak nasihat-nasihatnya yang memang 'boleh pakai'. Mereka adalah antara golongan yang dekat dengan masyarakat Malaysia yang 'sangat suka hiburan. Justeru, amat wajarlah bagi mereka untuk menggunakan peranan dan peluang yang ada untuk menyampaikan 'sesuatu' kepada rakyat Malaysia. Bukannya menjadi seperti 'ikon-ikon' hiburan lain yang semakin merosakkan tidak boleh dicontohi.

::All the best semua!::

Sunday, February 14, 2010

The place where I learned a lot..

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuangIslam
pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam


Semalam, lagu ini berkumandang di Dewan Masrah Universiti Mu'tah sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA). Yang paling bertuah, lagu ini turut dinyanyikn bersama penyanyi merangkap pencipta lagu dan liriknya, Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com).

Tanpa disedari, terasa seperti berbalam pandangan mata saya rasakan. Jernihan air mata sedikit bergenang, terkenang perjuangan kami di bumi Urdun ini dengan izin Allah yang bakal berakhir lebih kurang 4 bulan saja lagi.

Hati ini seolah sempit diusik kesayuan dalam kedatangan saya ke Mutah kali ini. Dalam perjalanan kami ke Universiti Mutah, medan perang Mutah kami lalui. Medan yang menyaksikan syahidnya 3 orang sahabat Rasulullah; Zaid Bin Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Bumi Mutah harum dengan bau semerbak darah sang shuhada.

Di Mutah inilah, saya kenali para ustaz dan ustazah yang saya segani satu ketika dahulu. Masih terbayang ketika kami di tahun satu, kami menyanjung tinggi mereka yang belajar di Universiti Mutah terutamanya. Masuk saja ke rumah mereka, rak-rak kitab memenuhi segenap ruang tamu. Sering terdetik di dalam hati, "Subhanallah, hebatnya mereka.." Terasa seperti jauh jaraknya 'iman' kami dan mereka. Dari mereka, kami banyak belajar. Setiap kali bertandang di Mutah juga kami dilayan bukan setakat seperti tetamu, malah seperti adik beradik sedarah sedaging. Saya rindu mereka - Kak Dura, Kak Reha, Kak Aniza, Kak May, Kak Yong, Kak Muna, Kak Ti, Kak Ijan, Kak Midah, Kak Syafa.. (Banyak lagi nama, tapi saya tak boleh ingat recall semua. Kalau bertemu, inshallah masih kenal..)

Meniti hampir 6 tahun, seorang demi seorang meninggalkan kami di Bumi Urdun ini. Mereka pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada tanahair, Malaysia yang tercinta.

Terkini pada hari Jumaat lalu dan hari ini, pulangnya juga 2 orang sahabat dan juga teman sekerja semasa kami sama-sama menjawat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) 2008/2009.

Norhidayah (Yaya) - Mantan Timbalan BPMA MPPM 08/09
Seorang yang 'easy-going'. Dia yang saya kenali, tidak banyak bercakap. Namun, sedap diajak berbual. Perancangannya setelah kembali ke Malaysia, katanya ingin terus melanjutkan pelajaran jika ada rezeki. Semoga dimurahkan rezeki, Yaya!

Muhammad Shahrul Ifwat - Mantan Timbalan Presiden 1 MPPM 08/09
Seorang anak muda yang saya rasa berjiwa cekal dan hebat. Sering kedengaran namanya disebut di Mutah sebagai 'pencinta ilmu'. Walaupun ber'mother-tongue' pekat loghat Terengganu, dan bertutur dengan laju saya kira, namun itu tidak menghalangnya dari sering melemparkan pandangan yang bernas dan mantap dalam mesyuarat dan perbincangan persatuan. Sebelum dia pulang, 2 buah buku berjaya dihasilkan, 'Kafe Idari' dan 'Kembali Mencari Tuhan'. Tahniah. Semoga usaha perjuanganmu menuntut ilmu diberkati dan dipermudahkan.

Melambai seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan bumi Jordan ini membuatkan waktu kami semakin hampir.

Lagu 'Tetamu Dataran Syam' yang berkumandang semalam seolah-olah memuhasabah kehidupan yang saya lalui sepanjang di sini.
5 tahun yang lalu, banyak mana ilmu yang saya mampu kutip? Ilmu perubatan di hospital dan univeristi? Ilmu akhirat? Ukhwah yang tersemai, jauh mana? Duit biasiswa yang diguna, ke manakah? Masa saya di sini, bermanfaatkah?

Kenangkan memori manis, seolah terasa tenggelam dalam kebahagiaan ukhwah, dan selamanya ingin di sini. Namun apabila kenangkan kesusahan hidup sang perantau pencari ilmu, kerinduan yang memuncak kepada keluarga di tanahair, dan tanggungjawab yang ingin ku galas sekembalinya ke Malaysia, lantas hati ini menjerit, "Aku ingin segera pulang!"

Biarlah waktu itu terus berlalu,
Cepatnya ia, jangan kau hitung,
Masa itu akan tiba,
Bumi Urdun ini akan kau tinggalkan.

Pulanglah...
Sertai juang sahabat yang menantimu,
Di tanahair yang menuntut pengorbanan.

Sekiranya roh shuhada itu
masih belum mampu kau rasai kehebatannya,
MUHASABAHLAH!!

Sunday, January 24, 2010

Allah knows, Allah knows...

Terasa ringan langkah kakiku,
Ingin berlari
mendampingimu,
Terus mendakap jasadmu erat,
Mengusap air mata yang lebat,
Moga bisa jadi penawar lara mu.

Teman...
Meski berbatu jarak kita terasing,
Doa buat ibumu
Kupanjat nan tiada henti,
Moga dia tenang dalam semadi,
Bertemu cinta hakiki..

Doaku buat dirimu,
Moga tabah menghadapi,
Meyakini satu ketentuan azali,
Yang dicipta Ilahi...

::(3:185)::

::Al-Fatihah buat ibu Hetty Ayuni Sulaiman,
(Almarhumah Puan Junainah, 1954-2010)::

Friday, January 22, 2010

Menarik seminggu...

Pernah tak ada orang mengucapkan terima kasih pada anda selepas anda membuang sampah?
Satu pagi, dalam perjalanan menunggu bas ke hospital, saya membawa bersama plastik sampah untuk dibuang di tempat pembuangan sampah. Kelihatan ada 'pakcik pembersih' di situ. Sebaik saja saya meletakkan sampah di situ, pakcik itu terus berkata, "Syukran.."

Terus saya pandang muka pakcik tu. "Eh apesal?"
Kemudian Qilah jawab, "Pakcik tu memang macam tu. Dah banyak kali dah.."




Unik.
Mungkin dia berterima kasih kerana kami membantu mengurangkan kerjanya. Di sini, biasa saja orang membuang sampah bukan pada tempatnya.

::Sesekali, buang sampah pun terasa ada orang hargai..Haha::


************************

Saya hairan bagaimana doktor yang bertugas di wad Nisaiah a.k.a Obstetrics & Gynecology boleh mempunyai kuku seperti ini?





Tak carik ke 'glove'?
Bagaimana nak melakukan 'vaginal exam'? Boleh luka pesakit tu...
Kuku dia pun mungkin boleh guna untuk 'curretage' Huhu.

Kalau saya jadi specialist atas M.O tu, mesti saya dah beri amaran pada dia. Memanglah cantik, tapi tak sesuai dengan kerjaya anda...

****************************

Doktor O&G itu merokok di klinik sambil dikelilingi oleh pesakit-pesakit (wanita-wanita mengandung)

Kalau ikutkan hati, memang hilang sabar. Kalau pun tak nak jaga kesihatan peparu sendiri, fikirlah kesihatan orang lain!!

Selfish!! Ignorance!!



****************

Minggu ini minggu rotation saya. Untuk minggu rotation, pelajar dilepaskan bebas untuk ke mana-mana. (Bukan balik rumah, tidur ke apa). Tetapi pelajar dibenarkan untuk ke Operation Room, Labor Room, Clinic atau Emergency Room.

Hari saya di ER, ada seorang ibu yang sarat mengandung. Menunggu jam untuk bersalin. Dia bersendiri. Apabila doktor dan nurse telah menyiapkan butiran untuk dia di'admit', dia seorang jugalah yang mengangkut beg berisi pakaian baby, dan sebuah plastik besar yang saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya...Terkial-kial dia.. Kasihan.. Hati meruntun tiba-tiba, "Mana suami dia... Tak kasihan ke melihat isteri dia bersusah seperti itu??"

********************

Di klinik, seorang ibu mengandung datang untuk melakukan pemeriksaan 'Booking Visit'. Doktor mengarahkannya untuk masuk ke bilik ultrasound. Ibu tadi berkata dengan muka yang excited, "Sekejap doktor, nak panggil suami aku.."

Doktor berkata, "Buat apa nak panggil suami kau?"

"Nak tengok baby sekali..."

"Tak payah, tak payah.. Buat apa nak tengok. Itu pun nak tengok.."

Kemudian, wanita itu pun berkata pada suaminya,"Tak yah la bang, doktor tak bagi.."(Ni ayat bahasa Melayu nye lah) dengan muka yang sedikit hampa.

Huhu. Hati batu betul lah doktor ni. Geram juga. Saya faham keadaan klinik sebegitu sibuk dan ramai pesakit wanita di dalam bilik rawatan tersebut. Tapi, cara nak bercakap pun biar kena kot. Kena hargai perasaan wanita itu..

Habis minggu rotation...


'Log paper' yang perlu ditanda tangani doktor untuk minggu rotation. Tak penuh pun..Huhu


::Minggu depan balik KAUH... aaaa ni yang tensi ni..::

Wednesday, January 20, 2010

Terima kasih teman...

Baru sebentar tadi saya menamatkan perbualan dengan 'kawan lama' dari bumi Komunis nun jauh di sana.

Saya akui 'belum cukup mengenalinya' namun peribadinya menarik dan membuatkan kita tidak segan untuk berbual dan bergurau senda. Terasa seperti adik-beradik yang lama terpisah ketika berbual dengannya sebentar tadi di Yahoo Messenger.

Sempat bertukar cerita dan nasihat, dia punyai banyak pengalaman sepanjang hidup di sana. Biah kita berbeza, namun kita punyai matlamat yang sama kan...((Islam perlu diperluas))

Sebelum 'berpisah', dia menaip...

**Saya nak lukis sesuatu untuk awak
**Saya menunggu

Dan ini hasilnya!!

(Faham kan??)

Dia lukiskan sesuatu buat saya, dan saya terharu..T__T

Katanya lagi, semoga ia jadi peringatan buat semua... "Cinta... biar didasari dengan cinta Allah"

Terima kasih teman...:)