Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Cuti-cuti Yaya

Raya Haji 2011 - Masih morning sickness. Yaya 2 bulan.




Cameron Highland - Yaya 4 bulan.

Papa temankan mama makan. Selera besar. See papa tak order apa-apa. Papa kata, "it's all for u my dear.." cewah.

Bukit Tinggi - Yaya 6 bulan di Japanese Village. Papa dera mama jalan naik bukit ni.
Papa kata ini kek cili. Heh. Takde taste langsung papa ni. Ni kek karot la papa. RM 7 kot satu slice. Sedap.
Konon-kononnya dulu papa nak bubuh nama Yaya - Azalea. Bunga yang kami jumpa di Botanical Garden Bukit Tinggi. Macam sweet. Takpelah papa, kita simpan nama ni untuk adik Yaya soon. Heheh.

At Colmar @ Bukit Tinggi. Serius best!


bersambung...;)

Wednesday, September 1, 2010

Wanita saja sepanjang masa...

Anda lebih sedap membaca begini... "Wanita saja sepanjang masa..."

atau begini... "Wanita saja sepanjang masa!!"

Saya suka membaca dengan intonasi nombor 2.

Sejak pulang ke Malaysia, ada lah 3-4 kali juga saya menggunakan perkhidmatan komuter. Sudah tentunya 'koc untuk wanita' pilihan saya. Tagline baru, "Dan kini saya rasa lebih yakin untuk menaiki komuter!" (Heh)

Sekiranya tempat yang ingin saya pergi, saya terpaksa mengharungi 'jammed' jalan raya, saya lebih selesa berpenat dan tidur di dalam komuter berbanding memandu sendiri. (Itu sebabnya saya memilih untuk tidak bekerja di bandar besar pada masa akan datang.) Maka kesesakan jalan raya adalah sebab utama mengapa kadangkala saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan komuter.


Koc wanita yang diperkenalkan oleh KTMB merupakan idea yang bagus, dan saya tidak tahu mengapa ada sesetengah pihak yang bodoh yang tidak bersetuju dengan idea ini. Saya yakin dia tidak pernah bersesak dalam komuter. Itu sebabnya dia tidak setuju.


Namun, ramai juga rakyat Malaysia mahupun warga asing yang 'buta huruf' kerana tidak tahu membaca 'Koc ini hanya untuk wanita'. Maka mereka yang bergelar lelaki turut masuk sama ke dalam koc wanita. Yang bagusnya kalau 'kena' dengan makcik-makcik yang bising, "Eh ini koc wanita. Wanita je boleh duduk sini. Lelaki pergi sana."

Yang lagi best kalau dengar, "Eh you tak baca ke ni?" (sambil menunjuk ke arah label koc wanita).

Ada pula yang terus menghubungi nombor hotline yang tertera pada label sambil bercakap kuat-kuat, "Makcik nak mengadu ni, kenapa ada lelaki dalam koc wanita ni? Ha, dia buta huruf?" - Saja makcik tersebut bercakap dengan kuat supaya lelaki-lelaki di situ terasa. Padan muka juga. Siapa suruh tak faham bahasa.

Tapi ada yang tak bagusnya, kalau ya pun marah dan nak menegur, tak perlulah berbahasa kasar dan menggunakan perkataan tidak sepatutnya. Mereka yang nak ditegur itu pun punya maruah. Buatnya dia memang tak perasan yang dinaiki itu sebenarnya koc wanita. Maklumlah pertama kali naik komuter.. Mungkin tak tahu.

Untuk mereka warganegara asing juga sepatutnya tiada masalah kerana banyak bahasa digunakan. '3arabah li sayyidat'.. untuk bahasa arabnya. Tapi kalau bahasa nepal atau bangladesh tidaklah pula ditulis. Dan disebabkan itu mungkin mereka tidak memahaminya. Label pink itu pula bercorak-fancy gambar sisi wajah wanita. Mungkin tak perasan juga. Haii, macam-macamlah alasan...Bagus juga kalau ada sensor dan alarm yang menjerit 'Ada lelaki dikesan dalam koc ini!' apabila mengesan kehadiran lelaki dalam koc wanita. Biar dia 'perasan' yang dia tersilap. (Heh)



Koc wanita adalah koc tengah. Boleh beratur atau menunggu di tempat yang berlabel koc wanita sekiranya hendak menaiki koc wanita. Untuk pasangan suami isteri (halal) atau bf-gf (haram) yang ingin naik bersama, tak perlu kot naik koc wanita. Naik saja koc bebas. Keselamatan anda dijaga oleh pasangan anda kot. Jadi, buat apa angkut pasangan anda yang lelaki itu untuk naik bersama dalam koc wanita? Buat wanita lain tidak selesa saja. Tapi kalau nak naik koc wanita juga, berpisahlah kejap tidak mengapa kot. Yang penting, koc wanita adalah untuk wanita. FAHAM?



Semalam, saya naik koc wanita. Ada seorang anak lelaki membawa ibunya yang sudah tua (cina). Dia menghantar ibunya masuk ke dalam koc wanita dan dia berpindah ke koc lelaki di sebelah. Nasib baik komuter kosong. Sebelum turun, dia masuk semula ke dalam koc wanita untuk mengambil ibunya dan membawanya turun. Bagus anak ini. Tidak mengapalah kalau macam tu.



All in all, jagalah maruah wahai kaum wanita. Sayang seribu kali sayang apabila melihat kaum wanita yang tidak lagi malu berpakaian yang tidak mencerminkan pakaian muslimah, berpegangan bebas dengan lelaki, berkata-kata dengan suara yang kasar dan tidak sopan. Naudzubillah....(Bersama muhasabah diri)


"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

::Semalam naik komuter ke arah Pelabuhan Klang, teringat masa balik KISAS dulu-dulu. Berbaju batik outing naik komuter. :)::

Sunday, August 8, 2010

Dilema si penganggur

Tajuknya macam sedih saja bukan?
Hakikatnya hmm.. runsing juga.

Hidup sebagai pemegang biasiswa JPA luar negara yang mewah. Setiap bulan RM2k dimasukkan ke dalam akaun. Apabila cuti tiba, otak pun mula menerawang mereka percutian ke mana-mana. Wang yang dikeluarkan - tidak kisah, seolah tidak luak bak katanya.

Apabila ada Mega-Sale di 'shopping-complex', tidaklah terlampau berkira untuk mengeluarkan duit, kerana yakin, setiap 3 bulan, duit pasti ada di dalam bank.

Namun itu dulu.
Kini??
Macam nak beli kasut Scholl... Nantilah dulu..
Macam nak tukar cermin mata baru BUM... Haisshh sayang pula duit.
Macam nak beli baju baru.. Haiyaa, banyak lagi nak pakai duit maaa!
Macam nak beli majalah.. Tak payahla, buku kat rumah pun banyak lagi tak baca.
Nak makan steam-boat? Keluar juga duit akhirnya...*Sigh*

Seolah terasa hidup bagai dicatu. Duit itu ada, tapi untuk mewah, ia perlu melalui beberapa tapisan ISO dan SIRIM. (Heh).

Nak buat apa?
Nak beli apa?
Amboi banyaknya..
Haii baru lagi isi minyak, dah kering?
Oh rindunya saat-saat bergelar 'pemegang biasiswa JPA'..

Huhu. Hidup kini berubah. Inilah dilema seorang penganggur. Duit sentiasa mahu mengalir namun yang masuknya?? Tunggulah lagi 2-3-4 bulan..
Seronoknya sewaktu belajar dahulu, tidak susah, tidak begitu lelah seperti bekerja, namun duit boleh tahan cukup menampung kehidupan seorang diri di perantauan. Itu dulu...

Sekarang, fikir untuk bekerja sementara? Tak perlu kot. Banyak hal yang perlu diuruskan sementara bercuti ini.

Justeru, pesananku kepada adik-adik pemegang biasiswa..
Buatlah simpanan untuk masa depan. Kalau boleh pastikan RM10k dalam simpanan menjelang hari-hari menganggur yang selama beberapa bulan ini.(huuuu) Jangan seronok sangat berbelanja sementara tengah ada simpanan. Duit tersebut boleh digunakan untuk maaaaaacam-macam. :)

::Sesungguhnya membazir itu saudara syaitan..::

Thursday, May 6, 2010

Lagi 6...

Semalam selesai MCQ Surgery. 100 soalan dalam masa 2 jam. Soalannya..hmm, kalau orang yang kata 'senang' tu, memang dia hebatlah kot. Sebab dari beberapa orang yang saya tanya, 90% mengatakan ia susah, malah lebih susah dari USMLE step 2. So how?? Lagi 10% mengatakan 50-50. Risau tu memang risau..Tapi tidak mengapa, pujuk hati masing-masing, yang telah berlalu biar ia pergi. Dan sekarang usaha kita untuk yang itu tinggal lagi berdoa saja.

(USMLE : United States Medical Licensing Examination. Peperiksaan yang perlu diambil untuk mereka yang ingin berpraktis di US)

Berbalik pada soalan surgery tadi, agaknya doktor-doktor surgery memang suka 1 soalan cover the whole chapter. Contohnya, WHICH IS TRUE ABOUT DIVERTICULOSIS? or, ALL ARE TRUE ABOUT BREAST CANCER, EXCEPT...So, pilihan jawapannya, dari etiology sampailah ke management. Semua ada. Lengkap.

Soalan yang berbentuk fokus ada juga tapi kurang. Ada juga soalan anatomy, epidemiology..Contohnya seperti WHICH IS NOT A BRANCH FROM SUPERIOR MESENTRIC ARTERY? Inilah soalan yang paling saya confident jawapannya betul. Hehe.

Soalan yang saya memang tak tahu nak bantai apa..adalah tentang WHICH IS TRUE REGARDING BREAST CANCER IN JORDAN? Itu lah padahnya kerana suka skip part 'epidemiology' ketika membaca lecture note. Padan muka pada diri sendirilah nampaknya.

Dan lagi satu, soalan yang sangat biasa ditanya adalah, 'COMMONEST THING'. Contohnya...WHICH IS THE COMMONEST TESTICULAR TUMOR IN CHILDREN? WHICH IS THE COMMONEST SUBTYPE OF BREAST CANCER? Which one is commoner, female or male? Untuk soalan-soalan 'the commonest' ni, apa nak dikata, hafal saja semua. Memang kena tahu pun, supaya apabila pesakit datang dengan problemnya, think about the commonest first! So we'll be a safe doctor. Takde la testicular torsion pun boleh miss sampai membahayakan kehidupan pesakit. As a conclusion, do not miss even a single atom on the book or lecture notes while you were studying. That's the best thing.

Jadi, setelah tamat MCQ surgery semalam, masih ada 6 exam yang tinggal. O&G, Pediatrics, dan 4 hari untuk oral a.k.a VIVA.

Kepada kesihatan, BERTAHANLAH!! Sikit saja lagi... I need you to strive for this. Allahumma 3afini fi sam3i, Allahumma 3afini fi basori, Allahumma 3afini fi badani..

Yah a.k.a adik saya telah menamatkan peperiksaan akhirnya untuk BSc Hons. in Microbiology (Betul ke entah nama ijazah dia ni) nya pada hari ini dengan Tesis Presentation. Dia sangat lega dengan tamatnya VIVA tersebut. Semoga cemerlang inshallah.

Ok, next week untuk paper Obs&Gyne, mari keluarkan semula buku 10 Teachers, Hackers dan buku-buku yang berkaitan dan teruskan menghafal!! Soalan favourite untuk O&G juga adalah berkaitan percentage, incidence, rate, and epidemiology again. (My bad. Banyak pula nak mengeluh. Dah namanya pun final exam. So berpadananlah. Tapi bercerita itu kan salah satu teknik untuk melepaskan tekanan. So I'm telling you now lah kan.:))

Till here, HAPPY STUDY EVERYBODY!

Sunday, April 18, 2010

How to kill your mother-in-law

A long time ago in China , a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting.

But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in-law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband! d great distress.



Finally, Li-Li could not stand her mother-in-! law's bad temper and dictatorship any longer, and she decided to do something about it! Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs.

She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all.

Mr. Huang thought for awhile, and finally said, "Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you."

Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do."Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, "You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving.

Now, in order to make sure that nobody suspect you, when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. "Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen." Li-Li was so happy.

She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law.

Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper!r, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother.

After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with.

The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.

Li-Li's husband was very happy to see what was happening. One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again She said, "Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law. She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her."

Mr. Huang smiled and nodded his head. "Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her."

"HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying: "The person who loves others will also be loved in return." God might be trying to work in another person's life through you. Send this to your friends and spread the POWER OF LOVE. "

Copied from : http://janshah.blogspot.com

Friday, February 26, 2010

Kesopanan dan Kesusilaan

Bukankah pernah saya katakan, 'menjadi tua' itu sensitif?
Proses 'penuaan' itu menyakitkan.. (Heh, macam dah 60-an pulak..)

Ibarat wanita menopause, apabila kehilangan hormon estrogen dalam badan, banyak perubahan yang tidak menyedapkan berlaku, makanya mereka mudah beroleh 'depression', perubahan mood dan lain-lain lagi.

Itu sebabnya dikatakan orang tua itu sensitif. Sedar, usianya tidak lama.

Baiklah, saya bukan nak bercerita tentang proses penuaan, bagaimana ia berlaku, bla2..

Cumanya sedikit tentang isu 'kesopanan dan kesusilaan'. Semua orang kata ia 'common sense'. Biasalah, manusia selalu saja hilang 'that common thing'. Orang tua memang sensitif dalam isu sebegini.


::Contoh 1 - Telefon::

"Unregistered Number".
(Nombor dan suara yang tidak saya kenal atau cam) "Hello akak! Saya nak tanya..."

Saya pun ibaratnya seperti, "Hellllllllloooooooo, siapa budak ni??? Telefon orang tak perkenalkan diri. Cukup 'condifent' kita ada simpan nombor dia..."

Selalunya orang tersebut mungkin jarang kita hubungi atau tidak pernah, itu sebabnya kita tidak menyimpan nombornya.

Maka bukankah elok jika begini...
"Hello akak, saya Ekin Mawi. 2nd year JUST. Akak ape kabar? Sibuk ke? Sorry kak, saya nak tanya..."

Ok this is the most proper one. Inshallah kalau dia bertindak begini, saya akan terus save no dia.. (haha)..Memang nampak skema. Tapi inilah namanya sopan dan hormat. Saya tidak minta dihormati. Tetapi saya ada hati.

::Contoh 2 - SMS::

Sakit hati juga kalau begini.
"Akak, saya nak minta tolong bla..bla... asap."

Nescaya hati saya akan berkata lagi, "Tanpa salam, (nasib baik ada panggilan 'akak'), plus ASAP, kamu mahu minta tolong dari saya??!!"
Tambahan pula kalau saya tidak mengenali nombornya. Kalau diikutkan hati saya mungkin tidak mahu membalas mesej itu. ASAP la sangat. A.L.A.P boleh?? (As late as possible)
(Kalau orang yang rapat dengan kita itu lain ceritanya)

Alangkan ibu pun menaip "Salam" apabila mengutus mesej pada saya...

Bukankah 'suweeeeet'nya kalau begini,
"Asslmkm akak. Sorry ya, nak minta tolong.....klu bleh asap ye kak."

Saya suka menggunakan perkatakan "ya" di dalam mesej. Contohnya.. "Sorry ya", "TQ ya". Sebab bila tulis "ya/ye", saya rasa seolah saya bercakap dengan dia dengan sopan. Walaupun dia menulis 'asap'. (ASAP itu kelihatan seperti 'pushy' tapi saya boleh terima jika tulisannya sopan)

Semalam saya menerima mesej dari seorang syabab junior. Mesej yang ditaip lebih kurang begini..
"Salam akak. Saya ..... - .......(Dia mungkin tahu saya tidak punyai nombor dia, jadi dia perkenalkan diri dengan jawatan dia sekali dalam PERMAI).
Nak ganggu jap boleh? (Ok, saya faham dia mahu bertanya sesuatu dan ambil masa saya sebentar)..
Bla..bla.. TQ. (Dia cakap 'tq'. Saya kira itu sempurna, sopan.)

Lain situasinya jika kita berutus mesej dengan kawan hari-hari atau rakan serumah atau adik beradik kita. Kita mungkin boleh menggunakan bahasa mesra atau pun bahasa yang mungkin hanya kita berdua fahami..

Contoh : "Oitttt caaaa!!!! Fakit pewuut ke???" (Biasanya 'seorang' saja yang akan dapat mesej dari saya sebegini. iaitulah budak itu yang sedang berada di UKM sekarang. :p..Dia tidak kisah pun apa 'tanda bacaan' yang saya guna saya kira. :))

::Contoh 3 - Di YM atau ruang chat::

"BUZZ!!!!"

Terkejut.
Saya rasa macam kena renjatan elektrik jika dibuzz. Saya terdengar 'seperti' orang tersebut sedang memanggil saya.."Hoiiii, aku nak cakap dengan ko ni!!!"
Daripada asalnya saya tengah ber'chatting' dengan dia, kalau ikutkan hati, cepat saja saya rasa nak menekan ikon 'pangkah' di hujung kotak YM tersebut.

Saya rela mendengar bunyi 'audible' yang 'entah apa-apa bunyinya' berbanding bunyi 'buzz' yang menyakitkan hati (saya).

Saya tidak pasti penerimaan orang lain bagaimana. Tetapi ini cara yang saya selesa. Tidak kisahlah dengan siapa pun kita berurusan; senior, junior, orang tua, syabab atau akhawat, sama ada kita kenal atau tidak, sila bersopan dan bertatasusila.

Cara kita mungkin berbeza. Namun 'by default', tidak kisah bagaimana jua gaya anda, sila terima kenyataan bahawa, "CARA YANG BERSOPAN ITULAH YANG PALING BAIK dan boleh diterima oleh semua orang..."

::...Dan bertutur-katalah yang baik kepada manusia...(2:83)::

Friday, February 19, 2010

Satu minit...

Hari Ahad ini, kami akan menghadapi Exam OSCE yang kesekian kalinya, OSCE Obstetrics & Gynecology. Selepas ini, bakal tinggal satu rotation saja lagi, Internal Medicine. (ECG bakal menunggu untuk ditatap setiap hari!)

Pagi ini saya dengar Sinar FM (Muzik retro terbaik). (Bak kata Ustaz Maszlee, "Saya saja dengar. Yang lain tak payah ikut"). Telinga 'gatal' nak dengar Sinar FM sebab asyik dengar lagu Maher Zain saja. Sakit tekak dia nyanyi hari-hari di komputer ni :p

Apabila di sini (Jordan) waktu pagi, sudah tentu di Malaysia ketika itu, tengahari. (Ketika itu jam Malaysia 1 petang)

Tertarik dengan pesanan dj nya ketika itu. "Kepada lelaki muslimin, jangan lupa menunaikan solat jumaat. Matikan telefon bembet anda. Dan pakailah baju yang senonoh. Mana tahu, anda terpakai kemeja T yang bergambar yang tidak sesuai. Selamat menunaikan solat jumaat."

Dj Abby Fana memang bagus. Banyak nasihat-nasihatnya yang memang 'boleh pakai'. Mereka adalah antara golongan yang dekat dengan masyarakat Malaysia yang 'sangat suka hiburan. Justeru, amat wajarlah bagi mereka untuk menggunakan peranan dan peluang yang ada untuk menyampaikan 'sesuatu' kepada rakyat Malaysia. Bukannya menjadi seperti 'ikon-ikon' hiburan lain yang semakin merosakkan tidak boleh dicontohi.

::All the best semua!::

Tuesday, February 16, 2010

E.Y.E

Entry santai kali ini, saya ingin menjawab soalan yang ditag oleh Cik Oney...

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Tahun kedua di Jordan kalau tidak silap.

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu
Tulisan di slide-show kelihatan kabur di Science Hall 2 ketika itu.

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
R: -0.75, L: -0.50

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Full-frame, purple in colour.

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Ada 2. Satu full-frame, hitam. Lagi satu, half frame, pink-maroon.

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
R: -1.75 L: 1.25 (Enough. Hopefully they will stop worsening..)

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
5-6 pasang kot.

8. Jika anda ada sentimen tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
Tak selesa. Pandangan terhad apabila berkaca mata, bila pandang view luar spek mata, hopeless...(Selalu terlepas bas ke Hospital Eidon atau Badiah.. hehe)

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Contact Lens. Senang. Borderless view.. cewah.. Tidak terasa ada bendasing tersangkut di atas hidung.

10. Optometrist pilihan anda?
Tiada. Semua sama je. Bertukar-tukar.

11. Pasangan anda berkaca mata?
Man in glasses looks 'studious'...

12. Apa pandangan anda pada kanak-kanak yang memakai kaca mata?
Kasihan, kecil-kecil lagi mata dah rosak. Comel bila pakai spek mata plastik macam sepupu saya, Hasya Nabihah.


Sekian.
Saya cemburu pada mereka yang tidak memakai kaca mata. Senang.
Pergi ke mana-mana tidak perlu kisah untuk memakai spek, atau bawa contact lens solution bagi yang memakai contact lens.

Walaupun telah memakai spek atau contact lens, kadang-kala apabila memandu pada waktu malam, masih tidak selesa. Silau cahaya dan pecah. (Orang rabun saja yang faham kot..:))

Di sini, ada beberapa jenis makanan yang baik untuk mendapatkan mata yang cantik. Eh bukan..
Makanan yang dipercayai hasil dari kajian yang dapat melambatkan 'proses kerosakan mata.'

((Mata yang baik dianugerahkan untuk melihat yang baik-baik saja. Nanti Allah tanya, nikmat mana yang kamu dustakan?))


Berries
Berries contain natural plant chemicals called flavonoids that play an important part in the protection of the most sensitive areas of the eye.


Tuna
Tuna and other oily fish, such as salmon and mackerel, are rich in omega-3 which research has shown to protect the macula lutea - the area of the eye effected by macular degeneration. Studies have suggested that eating fish three times a week can reduce the risk of developing the age related disease by up to 50%.


Sweet Potato
Sweet potatoes are a great source of vitamin A (in the form of beta-carotene) which is essential for healthy eyes.


Carrots
Carrots contain high levels of vitamin A (one medium sized carrot provides up to ten times the RDA) which protects the eyes and enables them to function effectively.

::Setuju dengan tagline Ain- "Mata amat berharga" (In fact, semua nikmat Allah pun amat berharga dan perlu disyukuri:)::

Tuesday, February 2, 2010

SBDH ::Part 2::

Oleh sebab saya sangat suka cerita ini, maka saya ingin me'review'nya di sini. Ia cerita lama. Saya fikir ramai yang pernah menontonnya.
Surgeon Bong Dal Hee (SBDH) - Korean Series yang saya rasa berbaloi ditonton!::

3 watak utama-Surgeon Lee Gun Wook (General Surgeon), Surgeon Bong Dal Hee (1st year surgical resident), Surgeon Ahn Jeung (Cardiothoracic Surgeon)



Ia menggambarkan kisah realiti kehidupan seorang doktor baru yang 'miserable'. Lihatlah bagaimana intern-doctor dimarah, dimaki, diherdik oleh specialist. Kena present di morning report, sampai menangis-nangis ditengking.
'Fatal mistake'..
'Silly-mistake'..

Antara adegan yang saya suka...
Apabila surgeon Lee Gun Wook bertanya Dr. Bong Dal Hee dalam 'morning report'. (See, bukan KAUH saja ada morning report. Han Geuk Hospital juga ada!)
"Give me 3 criterias to diagnose MI mentioned in Harrison!!"
(Harrison adalah buku rujukan untuk Internal Medicine)

Gaya dia bertanya sebiji macam gaya doktor 'specialist' bertanya medical student.
"Sebutkan apa yang Browse cakap" (Browse : Buku rujukan Surgery)
"Davidson cakap apa?" (Davidson : Buku rujukan Medicine)

Huhu... Sama!!

Bila kena marah, specialist akan cakap dengan nada hinaan...
"Are you a graduated medical student?"
"Which university are you graduated from?"
Ayat ni sangat biasa didengari! Pedas!

Saya suka...
Tengok kegigihan watak utama dalam cerita ini Surgeon Bong Dal Hee yang kuat semangat, tidak mudah putus asa walaupun berbakul-bakul dimarahi. Untuk adegan terawal, lihatlah betapa 'naive' nya dia. Sikit-sikit nak call senior resident, tanya macam-macam. Sampai tertukar prosedur untuk patient. It's real. Kesungguhan SBDH wajar dicontohi. Siang doktor bekerja, pada waktu malam jika tidak mempunyai kes kecemasan, doktor perlu buka buku, belajar, update pengetahuan dari buku atau medical journal! That's why bila melihat SBDH belajar tekun di bawah lampu mejanya, saya terus rasa bersemangat lagi untuk belajar seperti dia!


Saya suka...
'Love-story' among doctors yang dipaparkan dalam series ini. Dalam cerita ini, pada awalnya Surgeon Lee Gun Wook dan SBDH menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun mereka profesional. Yang salah tetap perlu ditegur dan adakalanya dimarahi.
Realitinya, kadang-kadang apabila kita leka bekerja, kita lupa perkara-perkara lain. Termasuklah hal orang yang kita sayang, hal perasaan dan sebagainya. Perasaan bukanlah segala-galanya. Begitulah kisah SBDH, akibat kesibukan, dia memang tiada masa langsung untuk 'buang masa'. Ada juga dikisahkan dalam cerita ini, hubungan seorang doktor yang tidak kesampaian akibat pasangannya tidak memahami kerjayanya. Hubungan mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya putus di tengah jalan. Pada pandangan saya sendiri, sukar untuk doktor bercinta seperti gaya orang lain bercinta. Mana tidaknya, kejap-kejap ada panggilan dari ER, kejap lagi nanti, ada pesakit V-Tach, esok, kena oncall, lusa out-station. Tiada masa untuk melayan angan-angan. Justeru, perlu saling sabar dan memahami.


Surgeon Lee Gun Wook

Saya suka...
Babak kekeluargaan yang digambarkan dalam cerita ini. Krisis timbul apabila ibu SBDH tidak mahu anaknya menyusahkan diri menjadi doktor. Akhirnya ibunya sendiri sedar akan cita-cita dan minat anaknya yang mendalam dalam bidang itu setelah melihat anaknya sendiri menebuk dada pesakit di tepi jalan yang didapati 'hemothorax', melakukan intubation dan sebagainya. Adegan ini sangat mengharukan.

Bab 'kurang' real dan 'kurang' best?
Ada juga...
Saya rasa tak real kalau doktor perlu menangis dan 'sentimental' untuk semua pesakit. Bukan tak boleh, bagus to put ourselves in other's shoes. Tapi jangan sampai 'affect mood' kita untuk bekerja. Boleh terganggu tu. Benar, kerja kita sentiasa berdepan dengan kesedihan, kematian. Tapi kita kena cekal dan bersedia menghadapinya! (Mau dehydrated agaknya kalau setiap kali jumpa pesakit mahu nangis.. Haha, ada ke dehydrated sebab menangis? :p)

Yang lainnya,
Saya tak suka Surgeon Lee Gun Wook (SLGW) apabila dia kelihatan tak 'certain'. Dia suka SBDH, tapi dia juga kelihatan masih sayangkan bekas isterinya (yang juga Dr Pediatrics kalau saya tak silap).
Ada satu adegan apabila SLGW menceritakan tentang kisah lama dia dan bekas isterinya, SBDH kemudiannya berkata, "Why this man has to be so frank.." (Saya rasa adakalanya kita tidak perlu buka kisah lama di depan orang yang kita sayang. Sebab ia boleh jadi sangat menyakitkan...T__T)
Lain-lain, saya memang suka SLGW ni. Cool..terutamanya dalam OT..:p



Ok penat me'review'. Tonton sendirilah, baru tahu dan dapat pengajaran...:)

::Saya rasa subtitle dia mesti budak medic yang buat. English yang baik tapi panjang-panjang. Kadang-kadang saya perlu pause sekejap untuk fahamkan..:p::

::Teringat kata-kata MC Program bersama delegasi Dr. Mashitah hari ini, "Kalau tengok cerita Korea, bukan saja untuk mendalami bahasanya, malah untuk kenali budaya sebab mana tahu ada rezeki kita untuk panjangkan dakwah kita ke sana! Huhu, very optimistic...::

Monday, February 1, 2010

SBDH ::Part 1::

1. Apabila habis kelas, rasa nak cepat-cepat balik rumah... (Padahal.. Macamlah ada baby Asiah macam Asma, tunggu kat rumah. :p)

2. Apabila buka buku, rasa nak belajar rajin-rajin! Kalau boleh nak 'stay-up' di bawah lampu belajar tatkala orang lain sedang nyenyak.

3. Apabila melintas Operation Theater, fikiran pun terbang melayang sekejap...

4. Apabila jumpa perkataan V-tach, V-fib, CPR, Aortic Rupture, Whipple Procedure, .. boleh senyum sensorang...(haha, abaikan)

Siapa tahu, kenapa simptom-simptom begini boleh terjadi? Siapa tahu, boleh belanja ViaVia. (:p..JPA pun tak masuk duit lagi~~)

::Cik Qilah: sila 'mute'kan suara mahupun taipan anda::

Wednesday, January 13, 2010

Curiosity killed the cat...

Baru-baru ini apabila mendengar Nasyidfm di laptop, sering pula kedengaran lagu baru kumpulan Saujana ini. Pada saya, lagu ini best.. Cari di mana-mana untuk download tapi belum jumpa lagi...


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI

PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA


Curiosity killed the cat...

Disebabkan seekor kucing itu 'curious' untuk tahu apa yang ada di dalam perigi, ia pun terjun. Akhirnya, ia mati kelemasan. Contohnyalah...

Kadang-kala lebih baik untuk kita tidak tahu dari mencari tahu, bukan???

Sunday, January 10, 2010

How I wish...

I wish for..

A BEAUTIFUL SUNDAY!!!


Looooong time ago,

Bangun pagi-pagi, basuh kain, jogging - dulu ada la joging ngan abah keliling taman, nak maintain stamina untuk latihan taekwondo kononnya, bila dah besar-besar, makin pancit..:p, sapu keliling rumah, ikut ibu abah pergi pasar (Kalau ibu ajak je. Kalau tak, pasar lah is the last place i wish to go), beli tau fu fa, sarapan nasi lemak, roti canai, putu piring, baca paper beramai-ramai di ruang tamu, tengok Melodi (dulu-dulu je..haha)

Today,

This is how I spend my Sunday...
Bangun pagi-pagi,
Naik bas pergi hospital,
Morning report di hospital,
Bersama pesakit-pesakit kesayangan di 'floor' hospital,
Sesi 'ramah-mesra' bersama doktor di hospital,
Petang-petang baru pulang.. 'Home Sweet Home!'

That's why I need more motivation on Sunday!

Friday, December 11, 2009

Sari berita penting

Pagi Jumaat memang membahagiakan...:)

Banyak berita yang menarik hari ini. Ini dia SARI BERITA PENTING...

Dari BH,

Mahar dara, janda naik RM300


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menetapkan kadar mas kahwin sama rata bagi wanita yang kali pertama berkahwin dan janda sebanyak RM300 bermula 1 Januari depan. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Kushrin Munawi, berkata kadar baru itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar mas kahwin di negeri itu mengikut perkembangan semasa.

Pengulas :: Bukan senang nak kahwin kan. Fizikal, mental, material semua perlu bersedia. Kalau dulu maskahwin RM80 pun, belanja kahwin dan hantaran dah beribu-ribu, inikan pula maskahwin dah RM300. Pasti membuatkan ramai termenung... Kawan-kawan, jangan demand...:)

Bekas tunang saman pegawai bank RM1j

SHAH ALAM: Seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd Daud, 34, disaman hampir RM1 juta oleh bekas tunangnya sebagai ganti rugi kerana memutuskan pertunangan mereka, lebih setahun lalu. Saman itu difailkan Pengarah Urusan sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, Mohamad Fahizul Khairi, 53, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana mendakwa tindakan defendan memutuskan pertunangan pada 21 April 2008 dan enggan serta cuai memulangkan wang yang disumbangkan mendatangkan kerugian, kemudaratan dan keaiban.

Pengulas :: Regardless sebab mereka putus tunang, hal saman-menyaman ni mungkin boleh jadi pengajaran buat semua. Pandai janji, pandailah tepati! Kasihan mereka yang jadi mangsa. Dalam hal ini saya sokong. Kalau putus tunang sebab nampak 'orang lain', saman jangan tak saman. Saman malu... (*_*)

Woods ada 13 kekasih, patah gigi 'diserang' isteri


ORLANDO: Senarai wanita yang dikaitkan dengan pemain golf Tiger Woods kini bertambah kepada 13 orang, lapor majalah Us, walaupun namanya belum dinyatakan, tetapi akan didedahkan sedikit masa lagi. Pada masa sama, satu laporan menyatakan pemain golf itu patah sebatang gigi dalam pergaduhan dengan isterinya, Elin Nordegren, selepas kecurangannya terbongkar. Woods dilaporkan 'ketakutan' pada malam beliau bertengkar dengan Elin sebelum meninggalkan isterinya dan terbabit dalam kemalangan di luar kediaman di Orlando, Florida.

Pengulas :: Padan muka!! Air tenang jangan disangka tiada buaya. Kesimpulannya, jangan jadi buaya, hargai apa yang anda telah sedia ada. Inilah akibatnya bila tidak mengamalkan Islam. Kewajaran poligami dipersoalkan, extramarital affair dibolehkan. Sudahnya haru-biru...

Menteri sokong haram burqa


PARIS: Lelaki Islam yang memaksa isteri mereka memakai pakaian menutup keseluruhan anggota tubuh tidak wajar diberi kewarganegaraan Perancis.
"Ada beberapa kriteria asas yang kita perlu pertahankan. Contohnya, seseorang yang memohon menjadi warga negara Perancis dan isterinya memakai pakaian menutup seluruh badan adalah seseorang yang tidak berkongsi nilai negara kita. "Jadi, dalam kes seperti itu kita akan tolak permohonannya," kata menteri berkenaan kepada televisyen LCI.

Pengulas : Selama ini saya rasa tiada masalah dengan Nicolas Sarkozy. Tapi kali ini memang dia ternyata membawa masalah. Kasihannya umat Islam di France. Jom berhijrah beramai-ramai. Tinggalkan negara kuffar! Apa perkembangan terbaru kisah menara masjid di Switzerland ya?? Let's check it out!

Dari Utusan Malaysia,

Wanita lebih berjaya dalam pelbagai bidang – Shahrizat


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Golongan wanita kini dilihat berjaya memecahkan batasan jantina dan mengubah persepsi masyarakat mengenai keupayaan mereka dalam pelbagai bidang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita hari ini mendominasi 60 peratus daripada pelajar baru di universiti, memegang jawatan korporat serta berdiri seiring dengan kaum lelaki.

Pengulas : Ini bukan feminisme, tapi kenyataan. Lelaki sekarang kelihatan sudah hilang keseriusan dan fokus dalam hidup. Suka perkara yang mudah dan malas berfikir. Oh serangan bertubi-tubi kepada kaum lelaki ni. Maaf, bukan semua, tapi ada... Come on man, remember, "Arrijal qawwamuna 3la-nisa'"...



Sekian, berita pagi.
Selamat hari Jumaat.

::Jangan lupa baca al-Kahfi

((Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi) ))::

Thursday, December 3, 2009

Tinggal 2 hari...

Tinggal 2 hari lagi...
2 hari untuk apa??

Untuk memulakan kelas....:(

Nampak sangat kemalasan yang menebal. Jangan dicontohi senior yang pemalas!
Tapi ada ke senior yang rajin? (hehe..sama je kot semua...:))

Lepas ni, jangan ditanya isu cuti kepada kami pelajar-pelajar klinikal ok.
No more holiday till the finals!! Yeya!! (salah emosi ni..)

Dari tadi saya membelek kalendar, ada tak cuti-cuti sehari dua yang tinggal buat kami.. Hmm, ada lah cuti Awal Muharam, Cuti Krismas, tapi semuanya jatuh pada hari Jumaat. Dan saya tak ingat dan tak pasti adakah pihak universiti akan mengganti cuti tersebut.

Saya berfikir lagi,
Kalau waktu belajar ni, boleh jugalah mengumpul cuti. Esok kalau dah kerja?? Kalau bekerja sebagai cikgu, boleh lagi.. Bila cuti sekolah, sekeluarga boleh pergi melancong.. Tapi kalau kerja lain yang amat 'kedekut' cutinya?? (Kenapa nak fikir cuti je ni.. Tak produktif sungguh!)

Orang Muslim, di dunia sepatutnya dia berpayah-payah, berpenat-penat beribadah, bekerja untuk mengumpul kesenangan di akhirat nanti. Bukannya bersenang-lenang di dunia membuang masa.
Ok, ok.. Cepatlah 2 hari ini berlalu. Tak sabar nak pergi ke hospital!!!(Anti-klimaks)

::Saya terkejut apabila terjumpa kawan lama mantan exco BADAR, ex-507, SYU yang belajar di markaz lughah di Universiti Yarmuk kini. Alhamdulillah Allah mempertemukan kita semula selepas 6 tahun meninggalkan bangku persekolahan...::

Saturday, November 14, 2009

Demam tempe...

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



Ok, cerita ni memang best. Lagi best dari Ayat-ayat Cinta kot..(Bak kata Qilah dalam AAC, Fahri nampak lembik). Dalam KCB ni, Azzam memang berjaya membawa watak dengan baik. Jika dari novel saya lebih suka pada watak Furqan yang digambarkan sempurna pendidikan, kaya.. Namun dalam filem ini, saya memang lebih suka pada watak si penjual tempe, Khairul Azzam. Dia nampak tegas, abang yang baik, dan lain-lain lagi...

Scene yang paling best, dan yang paling saya suka adalah ketika Azzam, Anna dan pemandu teksi di Mesir mengejar bas yang dinaiki oleh Anna. Kelakar... Malas saya nak bercerita semula. Tapi cubalah untuk menonton. Memang best!

Filem ini menerbitkan rasa rindu saya pada Alexandria, sebuah kota yang pernah saya singgah suatu ketika dahulu. Alex memang cantik.. Di mana ada lautan, di situ cinta saya berputik.. (wek2...)

::Mahasiswa Azhar, penjual tempe dan bakso wanted... Hetty mesti marah dengar ayat ni .. haha:) ::

Saturday, October 31, 2009

Dengar jangan sampai lagha...

Zaman sekarang, kita susah untuk mendengar lagu yang bercorak nasihat. Kebanyakan pilihan lagu yang ada semuanya membuaikan, melalaikan telinga..
Namun, apabila saya pulang ke Malaysia baru-baru ini, ada lah beberapa lagu yang menangkap anak telinga saya (telinga ada anak ke?)


Antaranya lagu ni...(Hey Ladies - Rossa)


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

(Betul-betul. Budak sekarang kalau apabila telah terjerat dengan cinta, dirasakan dunia ini dia yang punya. terlalu yakin yang cinta itu akan membahagiakannya. Adik-adik, jangan mudah kena tipulah ya. Nanti menyesal sendiri bila ditinggalkan.)

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

(Wanita tak perlulah nak tunjuk aksi. Jaga adab sopan dan maruah, itu yang lebih penting. Buat apa nak menipu dan menduakan. Itu sebabnya jangan dijolok sarang tebuan..)

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

(Setuju sangat. Tapi.. apa orang dulu bercinta tak pakai otak?? Tak pakai sangat kot. Bila keluarga aturkan jodoh, biasanya anak mengikut. Jarang berfikir sangat "Bahagia ke nanti?", "Suami aku ni panas baran ke?", "Suami aku ni merokok tak?"..
Tapi orang sekarang bercinta kena pakai otak, pakai duit, pakai ilmu, kena ada semuanya. Lengkapkanlah diri dahulu sebelum nak melangkah ke alam itu. Kalau bercinta tak pakai otak, memanglah ibarat masuk ke mulut buaya. Memang sangat bahaya...)

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

(Betul lagi. Tak semua lelaki jahat. Tak semua lelaki itu buaya. Ayah kita juga seorang lelaki. Malah kita kena yakin, "Arrijal qawwamun ala nisa'". Mereka dicipta untuk memimpin. Besarnya tanggungjawab seorang ayah untuk mendidik keluarganya agar berpegang kepada ajaran Islam. Namun dalam berkawan, wanita perlu sentiasa berjaga-jaga. Jangan mudah percaya. Dan kepadaNya juga kita berserah segalanya. Semoga dikurniakan yang terbaik...)

**Selingan saja. Sesekali kita 'operate' lagu Indon ni. Tidak lah lagha sesaja kalau dengar. Sekurang-kurangnya ada yang boleh dijadikan pengajaran..

Dan..
ada satu lagi lagu best dari Saloma.. Tajuknya Kain Songket.. Saya yakin betul, (heh tiba-tiba macam Jangan Lupa Lirik), saya yakin takde kawan-kawan saya yang dengar lagu ini... Sekali dengar macam tiada istimewanya lagu ini. Tapi dah banyak kali dengar, ada nilai seni yang halus yang jarang terdapat pada lagu sekarang..)

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kain lah songket tenung Melayu
Mula asalnya dari Terengganu

oh abang yang manis
oh nona yang lawa
pakaian kain songket
pakaian budaya

Kain songket pakaian anak Melayu
tapi sayang tak boleh pakai selalu
kerana jemu mata memandang
tidak seperti batek basahan

(Lirik inilah yang paling best. Songket pakai setiap hari memang menjemukan dan kurang sesuai. Tekstur kainnya juga biasanya panas. Tidak seperti kain batik. Sedap dipakai...Corak pun banyak. Tak jemu mata memandang.)

berbagailah macam
boleh digayakan
setiaplah hari jikalau berjalan

Sungguh banyak dipakai masa hari raya
miskin kaya kecil besar tua muda
apalagi yang lelaki tua
bila berjalan dengan kaki tiga
tersenyum pula sambil ketawa
sayang sedikit giginya dua....

(Baju raya saya tahun ini ada songket warna hijau..:))

Saturday, October 24, 2009

Jet lag

Alhamdulillah kini selamat tiba di ardul-kinanah, Urdun..

Banyak kerja menanti. Belajar konsisten juga menjadi kewajipan.. 2 bulan sebelum ini, baca buku pun di hadapan tv, itupun hanya apabila ada klinik dengan pakar. Kalau tidak, selamat laa.. But from now on, no more leisure.. Cukup! Cukup!

Masih terkejut dengan suhu di sini. Kedinginan malamnya cukup menggigit. Air pun sangat sejuk.

Ok esok kelas akan bermula. It's pediatric time! Nak hafal balik development baby ni yang liat ni...

Memandangkan tajuk entry ini adalah jet lah, mari baca sedikit info yang saya 'copy-paste'kan dari wikipedia...

The symptoms of jet lag can be quite varied, depending on the amount of time zone alteration. They may include the following:

1. Digestive problems

2. Headache

3.
Fatigue, irregular sleep patterns, temporary insomnia (Ya, tidur pun ikut waktu Malaysia lagi..)

4.
Disorientation, grogginess, irritability (Common cold lagi...:( )

5. Mild
depression (Yup, saya tengah depressed..:( Mari mencari penawar.. Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..)

6. Homesick (Yang ini saya tambah sendiri in addition mild depression tadi. Dan inilah yang paling severe saya rasakan...)

Other symptoms which some may attribute to jet lag, such as nausea, ear aches and swollen feet, may be caused by the mode of travel rather than the time zone change.

The condition of jet lag may last many days.The speed at which the body adjusts to the new schedule depends on the individual; some people may require several days to adjust to a new time zone, while others experience little disruption. Crossing one or two time zones does not typically cause jet lag.
*****

::At-Taubah : 72 - Allah menjanjikan kepada orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat yang baik dalam syurga Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung.::

Ayat ini memang menjadi sumber motivasi buat hambaNya yang kadang-kadang terleka seperti saya. Sesibuk dan selagha mana pun kita sebagai hamba, kita perlu ingat, hidup kita di dunia adalah untuk menjamin kehidupan di akhirat.
Maka kita bercucuk tanam di dunia untuk menuai hasilnya di akhirat. Inshallah, jika berpegang dengan ayat ini, tujuan hidup kita tidak akan tersasar. Sampai bila kita mahu enjoy dengan usia muda, dengan harta, dengan kesenangan?? Sesungguhnya kepadaNya kita kembali.... Wallahualam...

Friday, October 16, 2009

Cuti-cuti Malaysia kian ke penghujung...

Lama sangat saya tidak meng'update' sebarang cerita di sini. Sememangnya apabila berada di Malaysia, internet atau komputer tidak langsung menjadi antara agenda utama dalam hidup saya. Maklumlah banyak benda yang boleh dan perlu dilakukan.

Jemputan ke rumah terbuka, ziarah sanak saudara merupakan perkara wajib yang dilakukan. Kata Pak Anjang, "Open house rumah pak anjang jangan tak datang pula.."
Mak Andak pula mengirim mesej, "Faeza bila balik, kalau boleh nak buat open house sebelum Faeza balik..."
Makanya semua jemputan adalah wajib untuk saya hadiri. Tidak dapat tidak.

Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Pengalaman praktikal, pengalaman beraya, pengalaman menjadi pengapit pengantin, semuanya menarik untuk diceritakan. Tapi, tunggulah bila mood untuk menulis itu kembali.

Cuma satu cerita di sini, semalam semasa saya menyertai klinik 'Family Medicine Specialist', datang seorang warga emas berusia dalam lingkungan 70-an bersama anaknya. Tekanan darah sebelum dia masuk berjumpa doktor adalah 180/100. Menggeleng juga doktor melihat tekanan darahnya. Dia mengambil Nifedipine. (Tak pasti sudah berapa lama). Sekali lagi doktor mengambil tekanan darahnya dan didapati.. 210/ 130!

Doktor : Tinggi ni makcik. Kena tangguh pergi ni. (Makcik tersebut dan anaknya akan berlepas untuk menunaikan haji pada hari Khamis hadapan).

Makcik : Kat sana ada klinik kan. Nanti makcik makan ubat inshallah ok la tu.

Anak : Tolongla doktor. Kami dah siap-siap semua nak pergi. (Sambil bergenang air matanya)

Doktor : Saya bagi ubat lain, makcik rehat dan makan dulu. Nanti saya cek balik. (Doktor turut order ECG)

Selepas setengah jam.
Makcik masuk semula. Doktor memeriksa tekanan darahnya. Alhamdulillah.. turun sedikit 140/100.

Doktor : Saya agak ubat sebelum ni tak sesuai untuk makcik. Ni dah ok sikit makcik amik ubat yang lama.

Anak : Boleh pergi ya doktor?

Doktor : Ok lah. saya boleh benarkan tapi sebelum pergi saya nak tengok semula tekanan darah.

Kemudian tiba-tiba kedengaran suara teresak-esak si anak mengucap kalimah syukur.

Saya faham, betapa tinggi menggunung harapan mereka untuk menyahut panggilan Allah di Tanah Haram. Anda yang membaca mungkin tak terasa sayunya situasi itu. Namun saya yang berada di bilik itu turut terkesan dengan perasaan dan harapan bakal tetamu Allah itu.

Jika ada rezeki, saya ingin sekali mengikut keluarga saya menunaikan haji pada tahun hadapan. Namun keadaan ketika itu, mungkin saya baru memulakan kerja, dan tiada ruang untuk saya bercuti.

Namun kata Allah, 'kun fayakun'. Jika telah tertulis untuk saya menjadi tetamu Allah pada tahun hadapan, Inshallah saya akan pergi juga...



::Khamis depan, saya akan kembali ke Jordan. Yang pastinya, alhamdulillah cuti kali ini saya memang puas!::


::Pesan pengantin baru a.k.a bff saya Husna, "Faeza, kalau ada rezeki ko kawin, kawin la cepat. Jangan tunggu lagi...(Sambungan ayat selepas itu biar saya seorang yang tahu..:))

Thursday, August 13, 2009

Lesy t3assob??

Saya percaya, tiada manusia yang bergelar 'konduktor bas' akan membaca blog saya ini. Walaupun begitu, tidak kisahlah konduktor bas ke, pemandu bas ke, atau pengguna bas sekalipun, motifnya jadilah orang yang bertamadun.

Kisah ini berlaku pagi tadi ketika kami pulang dari hospital menaiki bas.
Saya tidak perasan konduktor bas hari ini sama dengan konduktor bas semalam. Iaitulah konduktor bas yang saya-tak-tahu-nak-describe-dia-camne, sehinggalah Sarah memberitahu saya.

Sarah : Alamak, konduktor semalam. Abih la dia pandang lagi. (Semalam, saya fikirkan saya saja yang 'syok-sendiri' perasan yang konduktor bas tu banyak-kali-mencuri-pandang ke arah kami. Tapi bila Sarah turut menyedari perkara yang sama, saya rasa sangkaan saya tidak meleset.)


Saya : (takde perasaan + mengantuk + malas nak layan)
All of a sudden, saya sendiri tak perasan saya sedang bermuka masam mencuka ketika dia menadah tangan meminta duit tambang bas.

Tiba-tiba dia sedar agaknya dan terus berkata, "Lesy t3assobi?" (kenapa ko marah?) sambil sengih kerang busuk.

Saya yang baru perasan ketika itu terus menjawab kehairanan, "Esh?" (apa?) (Dalam hati >>Sebab aku nak cungkil biji mata kau! Grrr)

Konduktor : Wa la isyi. (Takde pape) Sambil senyum kerang busuk lagi dan terus berlalu

Saya pun tiba-tiba tersedar. Menyesal bersangka buruk sekejap tadi. Dia mungkin seorang yang sangat ramah. Dan apabila melihat Malizi, dia mungkin seronok. Ok. Tiada apa-apa saya rasa.

Saya memang sangat berwaspada dengan konduktor bas. Pernah sekali saya menaiki bas pulang ke rumah di Malaysia. Terdetik rasa kasihan melihat seorang konduktor ini. Baju macam lusuh, usianya dalam lingkungan 30-an.




Tiba-tiba, dia pandang saya, dia kelip mata! Bukan sekali, malah berkali-kali. (Ini bukan kelipan mata physiologically!) Saya rasa nak terjun je bas ketika itu. Tapi memandangkan destinasi saya jauh lagi dan adalah amat merbahaya jika saya terjun, maka saya perlu berfikir rasional dan logik. "Tak hormat orang langsung! Macam mana rezeki nak berkat." Saya menyesal kerana 'kasihan' melihat dia pada mulanya.

Pengajaran : Janganlah kerana anda, imej semua konduktor bas di seluruh dunia tercemar.

::Renungan bersama :: Janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). ::

Monday, June 22, 2009

Entri sempena 21 Jun

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time on you...

Dia yang membesarkan kami adik-beradik,
Dia yang memberi kami belanja dan membayar yuran sekolah kami,
Dia yang menghantar dan menyambut kami pulang dari sekolah.
Dia yang mengajar kami solat dan mengaji,
Mengajar kami niat berpuasa, qiamullail.

Masih saya ingat ketika kecil, saya amat malas untuk ke sekolah agama. Maklumlah kelasnya yang bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 6 petang, pulak tu selepas kepenatan di sekolah pagi, sememangnya waktu ke sekolah agama adalah waktu enaknya tidur. Tapi dia tak pernah bagi muka. Kerap kali juga saya ke sekolah dengan linangan air mata.. isk isk. (Memang mengada)

Waktu mengaji, saya selalu takut. Saya rasa dia sangat garang. Makanya menitislah air mata saya ke atas muqaddam. Walaupun begitu, dia tetap dengan muka seriusnya.

Apabila kami baru berlumba nak masuk ke bilik air ketika azan maghrib telah berkumandang, dia yang telah menunggu di atas sejadah untuk solat jemaah mula bersuara keras. "Dah azan baru nak mandi."
Abang pula kerap kali duduk berteman nyamuk di luar pada waktu maghrib sekiranya pulang lewat dari bermain bola. "Rasakan, itulah denda bagi orang nakal." Katanya...

Pada malam-malam terakhir Ramadhan...
"Malam esok semua bangun ya..Qiam" Katanya lembut.
Kami mula bercakap sesama sendiri, "Lamanya solat tasbih...Isk isk"
Sempat juga melobi ibu, "Bu, ngantuk la bu. Tak larat, bla.. bla.." (Alasan palsu semua ni..:p)
Keesokan paginya, selepas kami semua dikejutkan, terpisat-pisat kami bangun, saja pula tu melambat-lambatkan. Dia masih tekun menunggu kami semua bersiap.
Antara tazkirah sebelum qiamullail darinya yang paling saya ingat tentang solat tasbih, "Solat ini berat. Tapi sebagai hamba yang bersyukur buatlah kalau mampu setiap hari, jika tak mampu, seminggu sekali, jika tak mampu, buatlah sebulan sekali, dan jika tak mampu juga, sekurang-kurangnya buatlah setahun sekali."

Malam hari-hari persekolahan, no TV at all! Bila hari esok di sekolah, semua orang bercerita tentang drama itu, drama ini, semua saya tak tahu. Apabila tiba siri Superman dan Robin Hood setiap malam Isnin dan Selasa, saya akan meminta keizinan ekslusif darinya untuk menonton. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tidak...:(
Also, no telephone and internet after 11pm. Telefon rumah akan dibawa masuk ke dalam biliknya. Maka tiada siapa boleh bergayut sehingga larut malam.

Masa kecil dahulu, saya rasa memang dia tegas dan garang. Apabila dia pergi berkursus kami rasa macam 'merdeka'. Bukan sepanjang waktu dia garang, banyak saja masanya dia berlembut dan kami bermanja dengannya. Namun apabila tiba masa untuk kami didisiplinkan, tiada muka diberikan tapi kami jadi takut dan automatiknya berdisiplin.

Apabila semakin dewasa, dengan dia, saya rasa seperti kawan. Saya boleh berkongsi apa saja dengannya. Dia sangat 'cool'...

Secara personalitinya, mungkin orang luar melihat dialah Tuan Haji Mohd Mohtar Hussin yang sangat serius dan tegas, namun dari sudut lainnya, dialah abah yang sangat saya kagumi dan sayangi.

Happy Father's Day, Abah. May Allah shower you with His bless always...:)
Saya tidak merasakan hanya abah saya seorang mendidik anak sebegitu. Mungkin ayah-ayah orang lain juga mendidik anak mereka sebegitu. Yang baik mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan akan datang.
::Ada hadiah yang saya telah fikirkan untuk tuntut dari Abah selepas grad.. eheh::