Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Saya nak balik mengundi!

Bukankah bagus kalau setiap tahun pun ada pilihanraya? Banyak kerja-kerja kebajikan dibuat. Janji banyak ditabur. Sumbangan demi sumbangan diberikan. Projek terbengkalai pun terus jadi laju. Semuanya kerana PILIHANRAYA. Bak kata TPM, "Rakyat adalah 'raja'".(Tapi saya rasa waktu pilihanraya saja. Waktu lain, pemimpinlah yang jadi raja dan banyak duit..)

Jika tidak disebabkan pilihanraya, pasti ramai yang tidak pernah mendengar nama Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Serendah. Buka suratkhabar setiap hari sejak akhir-akhir ini - semua berkisar tentang cerita di tempat ini.

Info ringkas untuk mereka yang tidak pernah sampai ke Kuala Kubu Bharu; Ia merupakan ibu daerah Hulu Selangor, pejabat pentadbiran daerah juga terletak di sini. Hmm, apa lagi.. Kalau nak sampai ke KKB, bolehla menaiki bas dari KL, Rawang atau Tg. Malim. Jika menaiki komuter, turun saja di stesen KKB. Nanti saya ambil. Cewah..Oh ya ikut highway pun senang sekarang. Tidak perlu 'exit' di Rawang dan menempuh 'jammed' di sana. Susur keluar di Bukit Beruntung adalah alternatif.

Dulu KKB memang tiada apa. Cuma sebuah pekan kecil yang aman damai, nyaman dan sejuk kerana kedudukannya yang berbukit dan sedikit di bawah Bukit Fraser. Tetapi sekarang makin ramai pula manusia di KKB. Sesuai agaknya jadi pusat pendidikan. Ada MRSM, ada Darul-Quran, ada IKBN, ada kem PLKN. Kalau dibesarkan sedikit dan sampai ke Ulu Yam, ada juga Sekolah Sains Hulu Selangor (Semashur). Sekarang nak tunggu UiTM cawangan Serendah pula jika BN menang pilihanraya kecil nanti. :p

Cerita yang mungkin orang tidak tahu, dulu saya pernah dengar sebelum KLIA di Sepang siap dibina, pernah mendengar ura-ura bahawa lapangan terbang antarabangsa tersebut pada awalnya hendak dibina di Lembah Beringin. Kawasan yang baru dibuka. Lembah Beringin di mana? Kat Hulu Selangor la. On the way dari KKB ke Tg Malim. Ada KYUEM di situ tapi saya belum pernah sampai ke kolej itu. Saya masih ingat, ketika itu orang ramai risau jika lapangan terbang tersebut benar-benar dibina di situ. Tentu jalan semakin jammed dan bising akibat kapal terbang turun naik. Dan namanya juga pasti akan menjadi LBIA. Hehe. Lembah Beringin International Airport.(Eh tak boleh kot, tak sedap didengar. Heh)

Sempena pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung minggu depan kalau tak silap saya, akan menyaksikan 2 parti besar seperti biasa berentap, BN dan PKR. Mereka ialah calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon Bebas.

Saya ingatkan calon zaman berzaman BN, Dato G Palanivel akan bertanding. Tapi orang lain rupanya yang menggantikan. Dari kecil telah mendengar nama dia. Calon PKR yang didengari bakal menentang, Dato Zaid Ibrahim. Saya ingatkan dia orang tempatan. Tapi orang Kelantan rupanya. Dahulu Dato Ismail Kamus pun pernah bertanding mewakili PAS untuk kawasan ini. Dia memang orang tempatan. Maka saya rasa dia memang layak. Tapi kalau tak silap saya, dia tewas dalam pilihanraya tersebut. Hmm, kenapa mereka tak letak calon orang tempatan. Kan bagus.. Kalau BN, Tan Sri Mohammad Bin Muhammad Taib - kalau dia bertanding mesti menang besar BN sebab dia orang Hulu Selangor dan pernah mengajar di SMKKKB tahu!

Bak kata seorang ustaz yang saya ikuti kelasnya, dalam umur kita seperti sekarang, kita perlu berani menyatakan pandangan dalam politik. Maka pada pandangan saya, PKR ada potensi untuk menang kerana calonnya bukan calang-calang orang.

Nama saya telah berdaftar sebagai pengundi. Saya dan Aqilah mendaftar bersama di KL ketika kami berjalan-jalan shopping semasa pulang elektif dahulu. Mengundi telah layak, namun memandangkan jasad masih berada di bumi Jordan, tidak dapatlah untuk membuang undi. Apa-apa pun, semoga pilihanraya berjalan dengan bersih. Semoga janji-janji yang ditabur tidaklah kosong semata. Kami di Hulu Selangor nak ada LRT boleh?? Hehe.

::Kes wanita Sumatera- Sudahlah nisbah lelaki:wanita tak seimbang. Kalau ramai nakkan wanita Sumatera, siapa nakkan wanita Malaysia??

Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi menang bergaya

Pro-Aspirasi menang bergaya??

Oh, saya rasa tidaklah terlampau bergaya. Kebanyakannya menang tipis saja dalam Pilihanraya Kampus yang kebanyakannya berlangsung semalam.

Pada pilihanraya baru-baru ini, Aspirasi berjaya menguasai UKM, UM dan UPM...

Adik saya Pro-Aspirasi UKM tahu. Kalau bincang pasal ni dengan dia mesti tak habis dan 'end-up' dengan 'bertekak'. Dia sangat gembira Aspirasi menang. Heh.

Saya pun geram. Apa lagi, saya pun menelefon pakar rujuk utama saya, abah..

Me : Abah, apa pasal Aspirasi menang banyak ni.. Semua tempat dia menang. Sukalah Yah (adik saya) tu.

Abah : Hai, biasalah sekarang. Zaman abah kat UKM dulu, jangan harap Aspirasi boleh menang.

Me : Kenapa dulu lain, sekarang lain?

Abah : Dulu Pro-Mahasiswa kuat. Orang semua takut jika mereka bersuara. Sekarang ni, dah ada pihak ketiga masuk campur, susahlah. Contohnya macam adik, dah 'didoktrin' suruh sokong Aspirasi.

Me : Hahaha (Abah with me! Wewiit)

Bila dah letak telefon, saya lekas-lekas menelefon adik saya di UKM nun.


************


Me : Yah, abah kata ko kena doktrin! Hahaha (Saya gelak besar)

Yah : (Geram) Mana ada! Akak ngan abah memang.. sekapal! Tak boleh jadi ni. Kena balik ni, menegakkan kebenaran!


Ya. Akak dan abah memang seKAPAL dan seKEPALA menyokong Pro-Mahasiswa.. Hehe..Sila jangan emo. Harap bertenang kerana 'Aspirasi' kan dah menang.

Saja mem'provoke' dia. Biar kita 'main politik'. Jangan biar politik 'mainkan' kita. Adat bertanding - menang dan kalah. Budaya mahasiswa juga - bersuara dan melakukan perhimpunan aman menentang apa yang tidak memuaskan hati. Namun yang penting, semuanya biar berpada. Jangan sampai 'menang bersorak, tapi kampung tergadai.' Jangan kerana prinsip yang kita mahu tegakkan, ukhwah dan persaudaraan sesama Islam tercemar. Oh itu memang dah salah.

Pada saya, walau di manapun 'stand' kita, sama ada pro-kerajaan atau pembangkang, mahasiswa perlu matang.

Sekurang-kurangnya kita prihatin dengan apa yang berlaku di kampus. Tidaklah apabila ditanya, "Eh ada pilihanraya eh?", "Siapa menang? Tak tahu, malas nak ambil tahu. Tak suka politik."

Rugilah mereka. Sangat rugi. Itulah, yang tahu, cumanya apa 'movie' yang baru 'released', apa game yang latest untuk download, duit JPA dah masuk ke belum, bila nak pergi shopping, celik mata buka FB, layan Farmville. Semuanya aktiviti tak mengembangkan minda untuk berfikir.

Cuba luangkan masa untuk berfikir tentang masalah semasa, masalah yang berlaku di sekeliling. Cuba untuk berfikir kreatif, kritis, dan analitikal.

Mahasiswa yang 'pegun' pun tidak elok. Yang ekstrim juga begitu. Semua pihak perlu bersedia menerima kekalahan, dan cuba muhasabah agar tahun depan kita boleh menang bergaya semula~~

~Sedikit Info~

Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah diibaratkan 2 buah parti besar selain calon BEBAS, yang biasanya bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) di tanahair.

Tahun lepas, Pro-M menang besar di UM. Namun untuk tahun ini Pro A merampas semula kemenangan tersebut.

Saturday, August 1, 2009

Ekspreskan kegeramanmu...

Cuba baca Mingguan Malaysia esok (Ahad,2/8/2009).

Rasa geli hati, dan sakit hati juga ada. Pemimpin 'U' menasihat pemimpin 'P' supaya jangan menyinggung perasaan pengikut pemimpin 'U'.(Siapa yang selalu singgung siapa ni sebenarnya..)

Kenapa saya rasa perkara yang berlaku adalah terbalik?? Setiap hari pun kita terdedah dengan berita di media utama yang 'bias' kepada sebelah pihak saja. Bebas mengutuk dan membuka pekung pihak yang di sebelah lagi.

Kadangkala saya rasa apa yang dikatakan oleh pihak 'P' selalu disalah ertikan oleh media. Maka keluarlah berita yang bukan-bukan menceritakan tentang keburukan pihak 'P' tadi. Tidak adil sungguh kerana media utama ini sungguh berat sebelah.


::Membutakan mata, memekakkan telinga apabila membaca UM::

Friday, April 3, 2009

PM nombor 5...

Semalam,
Hari bersejarah buat negara,
Malaysia dapat PM baru.
Kini sudah enam semuanya.

Dahulu, semasa PM kelima naik,
Ada bekas PM keluar UMNO.

Kini, bila PM keenam naik,
Yang keluar, masuk kembali.
Pening, pening...

Kasihan PM nombor 5.
diselar bermacam-macam.
Pemerintahan dikata lemah.

Kasihan PM nombor 5,
Di saat diuji dengan tohmah duniawi,
Isteri jauh dibawa ilahi,
Alhamdulillah disedia pengganti.

Kasihan PM nombor 5,
Menantu pula sangat lantang,
Menantu punya cara, mertua dikritik terang.

Dulu pernah juga terfikir,
Apa agaknya perasaan PM nombor 5,
Apa yang dia rasa,
Bagaimana dia menghadapi semua ini.
Cuma bisa pantas doa dititip,
Semoga dia kuat menghadapi.

Malaysia oh negaraku,
Semakin sesak dengan kemelut,
Yang tua sibuk bergelut,
Yang muda tak disedari hanyut.

Apa agaknya nasib anak-anakku kelak,
Lahir dalam dunia global,
Tanpa sempadan,
Penuh hiburan.

Selagi matahari belum terbit di barat,
Usaha, usaha dan usaha,
Ilmu, dakwah, teknologi,
Dengan izinNya,
Kejayaan Islam pasti kan tiba.





::7 April : Pilihanraya di kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang (Perak) dan satu kerusi DUN Kedah N.25 Bukit Selambau. Allahummansurna..::

Thursday, February 5, 2009

Gila Kuasa

Melihat kepada senario politik yang berlaku di Perak akhir-akhir ini, dan yang terbaru berita tentang pengisytiharan angkat sumpah MB Perak yang baru akan dilangsungkan esok (6/2/2009) cukup membuat semua orang 'speechless'.

Sekejap benar rasanya kita melihat Dato' Seri Nizar (MB Perak) memerintah. Belum pun sampai setahun, kini kerajaan Perak bakal beralih tangan.

Dengan bangganya Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa BN akan mengambilalih semula kerajaan Perak. Benar atau tidak berlaku suapan yang amat dahsyat terhadap 4 orang Exco Perak yang terlibat tersebut, wallahua3lam. Kejadian melompat-lompat parti memang biasa kita dengar. Namun ia menjadi amat luar biasa apabila 'lompatan' tersebut menghasilkan perubahan dalam tampuk pemerintahan kerajaan.

Ramai merasakan adalah tidak adil jika perubahan kuasa berlaku semudah itu. Di mana kuasa dan suara rakyat dilemparkan? Kebiasaannya rakyat akan memilih wakil berdasarkan calon dan juga parti. Namun apabila 3 orang wakil rakyat tadi mengisytiharkan diri mereka keluar parti, adakah rakyat masih memilih mereka? Di mana proses keadilan yang sepatutnya ditunjukkan melalui pilihanraya?

Bukan senang proses untuk kerajaan pakatan rakyat mendapatkan sesebuah negeri. Ya, mungkin tidak sesenang BN. Namun negeri yang satu inilah yang membuatkan BN 'tak senang duduk' dan seterusnya bekerja keras untuk mendapatkannya semula tanpa ingin menunggu lagi sepenggal.

Politik di Malaysia dirasakan sudah seperti politik di luar negara. Krisis dalaman yang tidak henti. Namun masih bersyukur kerana tiada istilah 'angkat senjata' atau rusuhan atau pertempuran. Na3udzubillah.

Semoga pemimpin, rakyat dan negaraku terus diberikan pencerahan olehNya.


"Ke arah kematangan ideologi mahasiswa" (Pinjam sekejap moto PERTAMA '09)