Wednesday, January 19, 2011

On my 25th birthday

Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan oleh Allah untuk merasai nikmat hidup di dunia selama 25 tahun. Usia yang saya rasa sudah cukup dewasa. Bukan lagi di awal 20-an. Malah sudah sampai ke pertengahan. Tidak lama saja lagi bakal ke penghujung 20-an. Begitu cepat masa berlalu.

Target hidup.
Bercakap tentang target. Hidup saya mula bertarget sejak di tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah, setakat ini target belum lari. Saya janji untuk grad pada umur 24. Alhamdulillah saya grad. Dan saya berangan untuk berkeluarga pada umur 25, inshallah bakal menjelang. Target-target selepas ini biarlah rahsia dahulu...:)

Terima kasih buat semua yang ingat hari lahir saya dan mendoakan dengan ucapan yang baik-baik. Semoga Allah membalas doa kalian dengan sebaiknya.

Oh ya.. Saya oncall pada hari Ahad lepas, ada 11 new admission. Baru mahu tidur, staff-nurse telefon maklumkan ada case baru datang. Tiba-tiba rasa mahu beritahu kepada semua orang sakit, "Boleh tak sakit waktu pejabat je?" Huhu. ! Paling tidak pun, tahan sakit dulu. Waktu pejabat barulah datang hospital. Kasihan doktor oncall tak bisa tidur. Tapi tak boleh. Haha. Mati lah doktor oncall makan elaun buta. Nauzubillah.

Mahu tak pengsan present case di morning report seorang diri pagi tersebut. Rasa tension tapi still bearable... Pagi post call memang tak seronok. Rasa tidak cukup tidur akan melenyapkan mood saban hari tersebut. Sudah tak mampu untuk senyum. Tak mampu untuk membuat discharge summary dengan laju. Menulis pasti tersengguk-sengguk. Tambah pula kena complain dengan MO yang ada saja tak berkenan.

Hmm, yang menarik. Hari tu, specialist puji sebab saya boleh jawab 'Neisseria Meningitidis' organism untuk meningococcemia. Haha saya rasa budak tadika pun boleh jawab.
Entri ini rencam. Tak ape lah. Esok saya oncall lagi. Jadi selamat malam semua!
Semoga esok.. 0 admission! Amin.

Saturday, January 1, 2011

6-11 daily

Sedih juga lihat blog yang sudah lama tidak diupdate. Selepas 10 hari bekerja 6.30-11, hari ini saya bercuti rehat. Memang gembira rasa seperti baru dilahirkan semula. Haha, over.

Memang saya nak siapkan entri di Tanah Suci, tapi memandangkan bebanan kerja yang memang banyak, mohon maaflah kepada yang menanti entri-entri tersebut (jika ada la). Hehe. Boleh ikuti entri di blog adik saya, Follow your Dreams. Cerita saya dan dia lebih kurang saja.

20hb Disember yang lalu, saya melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Ipoh. Ada lebih kurang 15 orang HO baru yang bakal bekerja di Perak. Namun hanya 2 orang saja ke Taiping. Yang lain ke Ipoh dan Manjung.

Soalan yang biasa didengari, "Why did you choose Taiping? You orang Selangor kan?"
Dan alasan saya, "Sebab Taiping ada taman tasik." Heh, nak cari taman tasik macam la selangor takde tasik.

Actually, ada jawapan lain yang lebih tepat. Nanti-nanti terungkailah.
Memang Taiping jauh dengan tempat saya. Jauh dari hospital kawan-kawan Jordan dahulu. Qilah sedih bila saya dah nak berangkat ke Taiping. Dia kata, "apesal jauh sangat weii. Nanti mesti susah nak jumpa.."

Tak pe Qilah, jauh di mata, tetap dekat di hati. Sempat berjumpa dengan Qilah di Ipoh hari itu. Kebetulan dia balik kampung dan kami jumpa di hotel tempat saya bermalam. Ain pula datang melawat saya di Hotel selepas kursus Induksi. Thanks friends!
Hari-hari bekerja, rasa penat. Kadang-kadang longlai bila petang menjelang. Keluarga pula jauh. Memang rasa 'sendirian'.

Selepas 10 hari bekerja, saya dapat beberapa pengajaran:

1. Perlu fikir positif.
Ujian ini tidaklah sehebat ujian yang pernah ditimpakan kepada nabi-nabi dahulu. Mereka kuat kerana merasakan Allah sentiasa bersama. Kalau rasa sedih dan 'bodoh', anggaplah kita sedang berada dalam proses pembelajaran. Semua orang melakukan kesilapan. Setiap kali solat, pastikan berdoa, 'Rabbi yassir wala tu3assir.' Doa juga semoga Allah memelihara kita dari melakukan 'fatal mistake'.

2. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
Jika bergantung kepada manusia, kita lemah jika manusia itu hilang dari pandangan. Namun jika letakkan pergantungan kepada Allah, tika rasa lemah, pasti ada secebis kekuatan yang bisa menongkat kita semula. Kerana niat kita bekerja kerana Allah, walaupun letih, kita rasa kita mampu untuk buat.

3. Jaga tindakan dan kata-kata.
Kita memang jadi perhatian. Seperti celebrity ok. Cuma tak masuk majalah Mangga je. (heh). Apa-apa yang berlaku, pasti satu department tahu. Orang yang bercerita kadang-kadang tidak berniat memburukkan, cuma mereka seronok mengisi masa terluang dengan bercerita dan menyampai.

4. Tidak rugi berbuat baik dengan semua orang.
Orang baru perlu hormat orang lama, walaupun dia hanya seorang 'cleaner'. Pagi-pagi on the way ke hospital, cubalah senyum dan bagi salam atau 'hello' dengan semua orang. Pasti bisa ceria dan rasa disayangi. (hehe perasan).

Betullah, kalau bukan kita yang pujuk diri, siapa lagi yang boleh diharapkan. Betul tidak??
Common saja pengajaran-pengajaran ni. Tapi kadang terlalu common sampaikan kita lupa untuk jadikan pengajaran.

Esok kerja. Memang saya merindui hari Ahad yang dulu. Ahad berpagi-pagian di rumah, makan nasi lemak, baca suratkhabar, petang tengok Nona. Kini tidak mampu lagi. Huhu.

Last but not least, Selamat Tahun Baru!