Alhamdulillah, umur masih dipanjangkan oleh Allah untuk merasai nikmat hidup di dunia selama 25 tahun. Usia yang saya rasa sudah cukup dewasa. Bukan lagi di awal 20-an. Malah sudah sampai ke pertengahan. Tidak lama saja lagi bakal ke penghujung 20-an. Begitu cepat masa berlalu.
Target hidup.
Bercakap tentang target. Hidup saya mula bertarget sejak di tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah, setakat ini target belum lari. Saya janji untuk grad pada umur 24. Alhamdulillah saya grad. Dan saya berangan untuk berkeluarga pada umur 25, inshallah bakal menjelang. Target-target selepas ini biarlah rahsia dahulu...:)
Terima kasih buat semua yang ingat hari lahir saya dan mendoakan dengan ucapan yang baik-baik. Semoga Allah membalas doa kalian dengan sebaiknya.
Oh ya.. Saya oncall pada hari Ahad lepas, ada 11 new admission. Baru mahu tidur, staff-nurse telefon maklumkan ada case baru datang. Tiba-tiba rasa mahu beritahu kepada semua orang sakit, "Boleh tak sakit waktu pejabat je?" Huhu. ! Paling tidak pun, tahan sakit dulu. Waktu pejabat barulah datang hospital. Kasihan doktor oncall tak bisa tidur. Tapi tak boleh. Haha. Mati lah doktor oncall makan elaun buta. Nauzubillah.
Mahu tak pengsan present case di morning report seorang diri pagi tersebut. Rasa tension tapi still bearable... Pagi post call memang tak seronok. Rasa tidak cukup tidur akan melenyapkan mood saban hari tersebut. Sudah tak mampu untuk senyum. Tak mampu untuk membuat discharge summary dengan laju. Menulis pasti tersengguk-sengguk. Tambah pula kena complain dengan MO yang ada saja tak berkenan.
Hmm, yang menarik. Hari tu, specialist puji sebab saya boleh jawab 'Neisseria Meningitidis' organism untuk meningococcemia. Haha saya rasa budak tadika pun boleh jawab.
Entri ini rencam. Tak ape lah. Esok saya oncall lagi. Jadi selamat malam semua!
Semoga esok.. 0 admission! Amin.