Thursday, May 17, 2012

Detik kelahiran

7 April 2012 (Sabtu)

Alhamdulillah saya dan suami sememangnya off pada hari tersebut. Kami berehat saja sepanjang siang hari, tidak kemana-mana. Saya pula tidak langsung merasai apa-apa tanda untuk bersalin.
Sepatutnya saya ada temujanji di Columbia Hospital untuk cek baby. Tapi malas mahu pergi. (Doktor pun defaulted appointment, hehe). Oh ya, memandangkan kerja yang susah untuk bercuti (sebab saya malas jadi HO demand untuk request off day), saya banyak kali juga terlepas appointment di klinik sehingga nurse di klinik kesihatan terpaksa menelefon untuk bertanya. Saya memang malas untuk ke KK Taiping yang sangat sibuk dan lambat itu.

Malam itu kami hanya bersantai di rumah menonton tv. Jam hampir menunjukkan 1 pagi. Saya pun memberitahu suami untuk masuk tidur dahulu. Hajat di hati untuk ke tandas sebelum tidur. Terkesima sebentar melihat air jernih meleleh di kaki. Saya pun keluar bilik semula dan lantas mendapatkan suami, " I rasa ni leaking ni.."

Hati berkira-kira untuk pergi ke hospital pada malam itu juga atau esok saja, memandangkan tiada rasa sakit langsung. Akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi malam itu juga. Terfikir-fikir, jantung baby ok ke.. bila dah leaking ni, air cukup ke.. so baik pergi saja.

8 April 2012 (Ahad)

Kami terus ke Columbia Asia Hospital, Taiping dan terus masuk ke labour room. Consultant saya dihubungi. CTG dipasang. Jantung baby baik. Alhamdulillah. Doktor datang dan terus membuat VE (vaginal exam), baru 2cm. Baby gerak ok. Saya terus dimasukkan ke wad. Saya ditempatkan di bilik (2orang sebilik).

Sepanjang malam memang tidak boleh tidur. Sakit pinggang biasa-biasa saja. Tidak pula rasa terganggu dek sakit tu. Cuma entah mengapa rasa tidak mahu lelap. Jam 4pagi, saya sms ibu di Rasa, untuk memberitahu saya di wad. Nurse datang untuk membuat CTG jam 4 pagi, CTG reactive dengan regular dan strong contraction, namun saya masih belum merasa sakit. Rasa saya, okla kalau bersalin macam ni, CTG shows strong contraction, tapi saya rasa sakit pinggang biasa-biasa saja.

Jam 7 pagi, VE lagi.. Baru 3cm. Ish, contraction kuat pun baru 3 cm. Doktor cadang untuk induce. Saya kata nanti dulu tunggu tengahari sebab malam tadi dah ada strong contraction. Maka saya berharap pagi itu contraction akan continuosly progressed. Namun malangnya pagi itu, sakit langsung tidak terasa. Saya pun mandi, sarapan dan berjalan-jalan di sekeliling bilik. Suami saya pula ada hal di hospital untuk menguruskan hal cutinya pada hari itu.

Jam 9 pagi, suami saya sampai. Saya pun bosan duduk di wad. Ibu bapa mertua saya juga tiba jam 11 pagi. Jam 1 petang. Doktor tiba. Waktu itu saya membuat keputusan untuk induce memandangkan tiada rasa sakit langsung di samping leaking yang berterusan.

Jam 130 petang saya dimasukkan ke labor room. Drip dipasang.. Uioo sakitnya pasang branula. Terbayang berapa kali saya menyakitkan pesakit dengan memasang branula pada tangan mereka. Proses induce bermula. Sakit semakin terasa. Makin kerap. Suami dan ibu mertua turut bersama saya dalam labor room. Ibu bapa saya masih belum tiba. Apabila ibu bapa saya sampai, sakit makin kerap. Air mata pun meleleh menahan kesakitan. Bidan menyuruh saya mengambil pethidine. Saya masih berdegil. Saya kata boleh tahan lagi.

Jam 300 petang, VE lagi. Baru 4cm.. Hishh, kenapa tak berapa nak progress ni. matilah saya kalau kena tunggu lagi 6jam macam ni. Akhirnya saya mengalah. Saya setuju untuk diberi pethidine. Rupanya ia bukan mengurangkan sakit. Hanya menenangkan dan tambah mengantuk disamping Entonox yang disedut. Suami masih setia bersama menenangkan saya.Pengalaman pertama juga bagi dia melihat isteri bersalin, dia pun seperti cuak-cuak.  Dia mengelap muka saya dengan tuala basah, membacakan surah di telinga saya dan.. apa lagi yang dia boleh buat..? Saya yang sakit bagai mahu tercabut pinggang.

Jam 400 petang, sakit makin kerap, makin kerap.. Bidan sibuk suruh saya menelentang untuk memastikan CTG cantik. Saya bertegas mahu mengiring. Saya yang rasa sakit. Saya tahulah.

Jam 500 petang, saya rasa seperti ada rasa ingin meneran. Bidan kata, jangan teran dulu. Belum cukup buka lagi. Suami saya turut bangun melihat, "dah boleh dah ni..panggil doktor lah." Kemudian bidan menghubungi doktor. Cewah, padahal laki saya juga doktor. hehe.

Doktor tiba dan membuat VE. Ok Good, Take a deep breath then bila sakit, push. Set dibuka. Apabila sakit tiba, saya teran sekuatnya. Curi nafas! Angkat kepala tengok dada! Haha, semua arahan yang biasa saya beri kepada pesakit yang sedang melahirkan sekarang diberi kepada saya. Huhu. Beri arahan memang senang, apabila melaluinya sendiri baru tahu, ia tidak semudah yang disangka. Bidan juga lantas menghulurkan apron dan sterile glove untuk suami. Suami saya berada di posisi untuk menyambut bayi. Seingat saya hanya 3 kali push, baby keluar jam 518pm. Sangat sekejap. Suami saya diberi peluang untuk menggunting sendiri umbilical cord.

Alhamdulillah baby keluar dan terus menangis. Suara tangisannya saya dengar buat pertama kali. Air mata saya turut sama mengalir. Bidan meletakkan bayi di atas badan saya. Saya memeluk dan menciumnya. Tidak saya hirau darah dan air yang terpalit di badannya. Itulah dia yang saya kandung selama 38 minggu 6 hari. Bayi yang kami nanti. Teman saya selama 38 minggu yang lalu. Sedih dan tawa saya dia sentiasa bersama.

Suami saya kemudiannya melakukan suction hidung dan mulut baby. Saya lihat dari jauh sementara luka episiotomi dijahit dan dibersihkan. Selesai semua, bayi dibawa keluar dahulu untuk dibersihkan kemudian diserahkan kepada saya untuk disusukan buat pertama kali. 

Ketika itu, tiada apa yang mampu dilafaz, cuma syukur, syukur dan syukur. Syukur semuanya selamat. Suami mengucap tahniah dan mengucup dahi saya. Kini kami bertiga dengan kehadiran cahaya mata sulung kami, Raihana Bt Ikraq Zhafirin.

Mama Loves You Sayang... :)

Next : Ramai bertanya, kenapa panggil Yaya...

Wednesday, May 2, 2012

Cuti-cuti Yaya

Raya Haji 2011 - Masih morning sickness. Yaya 2 bulan.




Cameron Highland - Yaya 4 bulan.

Papa temankan mama makan. Selera besar. See papa tak order apa-apa. Papa kata, "it's all for u my dear.." cewah.

Bukit Tinggi - Yaya 6 bulan di Japanese Village. Papa dera mama jalan naik bukit ni.
Papa kata ini kek cili. Heh. Takde taste langsung papa ni. Ni kek karot la papa. RM 7 kot satu slice. Sedap.
Konon-kononnya dulu papa nak bubuh nama Yaya - Azalea. Bunga yang kami jumpa di Botanical Garden Bukit Tinggi. Macam sweet. Takpelah papa, kita simpan nama ni untuk adik Yaya soon. Heheh.

At Colmar @ Bukit Tinggi. Serius best!


bersambung...;)

Yaya @ 3rd trimester

Semasa Yaya berusia 3rd trimester dalam kandungan, saya sedang berada dalam posting surgical. Kata orang, baguslah berada dalam surgical. Tidaklah berapa sibuk. Hmmm... Ada betulnya. Ada juga kontranya.

Saya mula berada dalam posting surgical 22 Disember 2011, Yaya ketika itu lebih kurang 5 bulan. Alhamdulillah sudah tiada morning sickness. Makin berselera lagi ada. Maklumlah surgical ward juga terletak berhampiran dengan kantin. Setiap waktu makan saya, jika tidak sibuk, saya akan makan.

Cuma yang mencabar ketika hampir ke 9 bulan, saya mula berasa sengal-sengal pinggang dan kaki apabila terpaksa bertahan di dalam operation theater untuk pembedahan yang lama. Sampaikan specialist yang perasan turut menegur, " Faezza, r u ok ? apabila dia melihat saya resah gelisah berdiri.
"Biasalah doktor, sakit pinggang."

Walaupun perut yang semakin besar membuatkan saya semakin jauh dengan meja operation, namun itu tidak menghalang saya melakukan Open Appendectomy sendiri. Peluang yang diberikan oleh MO yang baik hati itu tidak saya sia-siakan. MO oncall tersebut sangat sibuk pada hari itu. Sehingga dia terpaksa membiarkan saya menyiapkan jahitan terakhir di kulit sendirian. Uhu.. 

Selama 2 minggu saya diletakkan sebagai HO periphery (untuk cover wad bukan surgikal). Jam 6.00 pagi saya telah memulakan round. Naik ke setiap tingkat untuk review pesakit. Perut sudah berat. Kaki sudah bengkak tetap digagahkan demi tugas. Cewah. Nak buat camne.. Sehinggalah ada seorang MO yang bersimpati melihat keadaan saya. Masih terngiang kata-katanya, "Faezza, I'm going to put you in clinic. Hang ni dah sarat sangat dah." Dalam hati saya, "Heh, tahu tak pe. Nape tak letak awal-awal lagi.." 

Kemudian bermulalah tugas saya di klinik sahaja sepanjang 3 minggu sehinggalah saya bercuti selepas Yaya delivered.

Saya tidak lagi diletakkan kerja shift malam sejak usia Yaya 8 bulan dalam kandungan. Alhamdulillah, hari-hari saya boleh tidur di rumah dengan sempurna. Tiada panggilan-panggilan staff nurse yang mengganggu. Namun kerja-kerja di wad tetap mencabar. Sakit pinggang mula terasa ketika melakukan prosedur. Bangun tidur sakit pinggang, kaki bengkak tak usah cakaplah. 

Nasib baik juga ketika ini, Papa Yaya berada dalam posting emergency yang tidak sesibuk mana. Cuti pun banyak. Jadi banyak jugalah masa yang dapat diluangkan bersama ketika si mak labu ini sangat memerlukan. Terpaksalah Papa Yaya melakukan kerja rumah seorang diri. Mengemas, menyapu, mengemop. Namun memasak dia tetap surrender. 

Khas buat Papa Yaya (bukan papaya)
Terima kasih sayang,

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu