Thursday, August 13, 2009

Lesy t3assob??

Saya percaya, tiada manusia yang bergelar 'konduktor bas' akan membaca blog saya ini. Walaupun begitu, tidak kisahlah konduktor bas ke, pemandu bas ke, atau pengguna bas sekalipun, motifnya jadilah orang yang bertamadun.

Kisah ini berlaku pagi tadi ketika kami pulang dari hospital menaiki bas.
Saya tidak perasan konduktor bas hari ini sama dengan konduktor bas semalam. Iaitulah konduktor bas yang saya-tak-tahu-nak-describe-dia-camne, sehinggalah Sarah memberitahu saya.

Sarah : Alamak, konduktor semalam. Abih la dia pandang lagi. (Semalam, saya fikirkan saya saja yang 'syok-sendiri' perasan yang konduktor bas tu banyak-kali-mencuri-pandang ke arah kami. Tapi bila Sarah turut menyedari perkara yang sama, saya rasa sangkaan saya tidak meleset.)


Saya : (takde perasaan + mengantuk + malas nak layan)
All of a sudden, saya sendiri tak perasan saya sedang bermuka masam mencuka ketika dia menadah tangan meminta duit tambang bas.

Tiba-tiba dia sedar agaknya dan terus berkata, "Lesy t3assobi?" (kenapa ko marah?) sambil sengih kerang busuk.

Saya yang baru perasan ketika itu terus menjawab kehairanan, "Esh?" (apa?) (Dalam hati >>Sebab aku nak cungkil biji mata kau! Grrr)

Konduktor : Wa la isyi. (Takde pape) Sambil senyum kerang busuk lagi dan terus berlalu

Saya pun tiba-tiba tersedar. Menyesal bersangka buruk sekejap tadi. Dia mungkin seorang yang sangat ramah. Dan apabila melihat Malizi, dia mungkin seronok. Ok. Tiada apa-apa saya rasa.

Saya memang sangat berwaspada dengan konduktor bas. Pernah sekali saya menaiki bas pulang ke rumah di Malaysia. Terdetik rasa kasihan melihat seorang konduktor ini. Baju macam lusuh, usianya dalam lingkungan 30-an.




Tiba-tiba, dia pandang saya, dia kelip mata! Bukan sekali, malah berkali-kali. (Ini bukan kelipan mata physiologically!) Saya rasa nak terjun je bas ketika itu. Tapi memandangkan destinasi saya jauh lagi dan adalah amat merbahaya jika saya terjun, maka saya perlu berfikir rasional dan logik. "Tak hormat orang langsung! Macam mana rezeki nak berkat." Saya menyesal kerana 'kasihan' melihat dia pada mulanya.

Pengajaran : Janganlah kerana anda, imej semua konduktor bas di seluruh dunia tercemar.

::Renungan bersama :: Janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). ::

Wednesday, August 12, 2009

Ahlen Ya Ramadhan!!!

Lebih kurang seminggu lagi Ramadhan bakal tiba. Anda 'excited'?
"Yes, I am!!!"

Jika diberi soalan MCQ... Apabila tiba Ramadhan, apa yang anda nantikan?

A. Kuih tepung pelita dan bazar ramadhannya
B. Shopping 'Riang Ria Raya'!
C. Genap 30 hari puasa, raya kan tiba
D. Tarawih, qiamullail dan tadarus quran.

My dear friends, boleh pilih jawapannya?

Jika anda memberi saya jawapan yang skema, tentu jawapannya D. Namun, jika benar tiada siapa yang tahu isi hati anda, pasti jawapan anda bervariasi A, B, C dan boleh jadi D. Betul atau tidak?..:)

Tak betul kot. Oh maaf, saya mungkin bersangka buruk pada anda.

Ramadhan yang dinanti...


Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

>>Ayat yang diulang-ulang saban tahun demi mengingatkan 'core' tugas kita sepanjang bulan Ramadhan.

Puasa, puasa dan puasa.

Namun berpuasa sajakah??

Sayangnya jika hidup kita selama 23 tahun yang lalu - umur akil baligh (12) = 11 tahun, kita hanya berpuasa semata saja di bulan Ramadhan....

Puasa pula - kadang kala ikhlas kerana Allah. Kadangkala rasa terpaksa sebab berdosa jika berbuka tanpa sebab yang dibolehkan. Kadangkala pula, sedang kita berpuasa, ada pula perkara yang banyak menduga kesabaran, maka habis pula pahala kita kerana mengutuk kegeraman sambil tidak sabar.

Campur, tolak, darab, bahagi, kuasa dua. = Pahala puasanya tinggal berapa ya?? Cukup tak untuk dibuat bekal kalau esok kita mati??

Masha-Allah, tiba-tiba rasa diri belum bersedia untuk mati hari esok kerana amalku masih cetek. Pahala puasa Ramadhanku masih tidak cukup untuk memberatkan mizan sebelah kananku Ya Rabb.

Apa lagi yang harus saya buat supaya timbangan saya berat di sebelah kanan ni??

Tenang- tenang aja... (Mana boleh tenang! Kalau esok mati gi mana kok??)

Baik, baik. Dengar sini...
MARI BERAMAL!!!

1) BERPUASA

Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Allah SWT berfirman:

Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

(2) QIAM RAMADHAN - TARAWIH dan QIAMULLAIL

Rasulullah SAW bersabda :”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

(3) TADARUS AL-QURAN (Baca, Faham, Tadabbur)

(4) MENCARI LAILATUL-QADR

Allah SWT berfirman:
”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qadr: 1-5)

Ummul Mukminin, Aisyah, RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah, apabila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya aku baca? Maka Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah ((Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy))

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi)

*****

Banyak lagi amalan yang anda boleh lakukan untuk mencari keredhaan Allah dan keampunanNya. Walau dimana kita berada, Malaysia, Jordan, Rusia, UK, US, >> Praktikkanlah Islam dengan sepenuhnya, secemerlang-cemerlangnya dan sebenar-benarnya selagi kita masih mampu dan mempunyai peluang itu...

Mudah-mudahan, hasil dari tarbiah madrasah Ramadhan ini, kita bakal jadi Muslim yang lebih segar dan bermotivasi untuk terus beramal!



Semoga Islam terus gemilang, menceriakan bumi yang kian gersang...

::Ramadhan kareem::

Sunday, August 2, 2009

Hari ini dan esok dalam sejarah...

2 Ogos,
Selamat Hari Lahir yang ke-26 buat satu-satunya abang yang saya ada,

Semoga dipelihara Allah sentiasa.

Abang banyak membantu. Semasa dia bercuti selepas SPM, dialah yang menghantar dan mengambil saya dari sekolah yang ketika itu di SMKKKB.

Ketika di KISAS, masih saya ingat ketika itu peperiksaan bakal menjelang. Ketika itu pulalah kalkulator saintifik saya bermasalah. Saya menghubungi ibu, dan ibu meminta abang yang ketika itu masih belajar di UiTM untuk menghantar kalkulator itu ke KISAS.
Petang itu hujan lebat. Saya mula rasa tidak sedap hati. Kesian juga pada abang, meskipun Shah Alam- Klang tidaklah jauh. Namun jikalau hujan dan tambah pula dia hanya bermotor, sudah tentulah basah lencun.

Alhamdulillah abang selamat sampai ke KISAS. Cerita abang, sudahlah hujan lebat, disoal siasat oleh pakcik guard pula.
Abang cakap, "Pakcik, saya nak jumpa adik saya di aspuri."
Jawab pakcik guard, "Adik betul ke adik angkat?"
Haha, logik je pakcik guard nak wondering macam tu.
Abang jawab, "Adik betul la pakcik. Pakcik nak tengok ic saya ke??"

Bila pakcik guard berpuas hati, barulah abang dibenarkan masuk.
Ketika itu saya baru pulang dari sekolah, dan sedang beratur untuk mendapatkan makan tengahari di dewan makan. Kemudian terdengar nama saya diumumkan kerana tetamu sedang menunggu. Saya bergegas keluar, dan saya lihat abang sudah basah lencun. Abang tumpang berteduh di bangsal tempat membasuh pinggan di tepi dewan makan. Segan katanya untuk masuk memandangkan ramai pelajar puteri sedang makan di dalam dewan makan tersebut.

Memandangkan saya tidak punyai masa yang lama, dan kebetulan waktu itu juga bukanlah waktu melawat, saya hanya mengambil kalkulator itu dari abang dan abang menyuruh saya segera makan dan bersiap untuk ke prep petang. Saya menyalamnya dan mengucapkan terima kasih dan kembali menyambung makan.

Ketika makan, terdengar suara salah seorang kawan saya, "Wei aku nampak ada sorang abang dewan makan baru kat tempat basuh pinggan.."
Saya tersedak kecil. Rasanya baru saja tadi saya keluar dari situ. Tiada pula kelibat abang dewan makan baru.

Setelah selesai makan, saya pun keluar untuk membasuh tangan. Saya lihat abang masih di situ sedang berbual dengan abang dewan makan. Haha.. "Abang aku la tu yang dimaksudkan agaknya. Ade ke abang dewan makan.." huhu..

Apabila hujan sedikit reda, abang pun pulang.

Abang memang orang yang agak keras kepala. Meskipun begitu, bak kata ibu, dialah racun dialah penawar. Dan memang dialah satu-satunya abang yang saya ada..
Malam-malam begini, rasa sayu bila terkenang adik-beradik...Ya, rindu...

Esok, 3 Ogos,
Selamat Hari Lahir buat ibu.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.:)

Entri untuk ibu, saya pernah coretkan sebelum ini. Memandangkan OSCE lagi 2 minggu, maka masa amat mencemburui saya untuk menulis lebih panjang. Maknanya, sekian saja entri malam ini..Jom study!

::Tak lupa juga birthday Kak Yati esok. May Allah bless you!::

Saturday, August 1, 2009

Ekspreskan kegeramanmu...

Cuba baca Mingguan Malaysia esok (Ahad,2/8/2009).

Rasa geli hati, dan sakit hati juga ada. Pemimpin 'U' menasihat pemimpin 'P' supaya jangan menyinggung perasaan pengikut pemimpin 'U'.(Siapa yang selalu singgung siapa ni sebenarnya..)

Kenapa saya rasa perkara yang berlaku adalah terbalik?? Setiap hari pun kita terdedah dengan berita di media utama yang 'bias' kepada sebelah pihak saja. Bebas mengutuk dan membuka pekung pihak yang di sebelah lagi.

Kadangkala saya rasa apa yang dikatakan oleh pihak 'P' selalu disalah ertikan oleh media. Maka keluarlah berita yang bukan-bukan menceritakan tentang keburukan pihak 'P' tadi. Tidak adil sungguh kerana media utama ini sungguh berat sebelah.


::Membutakan mata, memekakkan telinga apabila membaca UM::

Worth a read...

Tajuk asal : What's Behind the Trend of Women Dating Younger Men?

Tajuk yang saya ingin cadangkan agar ia lebih sedap dibaca dan sesuai untuk kita baca: What's Behind the Trend of Women 'MARRYING' Younger Men?

Can these older woman/younger man relationships last?
In my counseling office, I have seen many relationships succeed with this kind of older woman/younger man scenario. The media focuses on the age difference, but what really makes or breaks the relationship is how well the couple can form a partnership that works.

Age difference is an adolescent worry: When you're a teenager, an age difference of even two or three years makes a vast difference in your experience and your outlook on life. Such a difference can interfere with communication, life goals, outlook, and relationship experience. In addition, for the young, the social reaction to such a relationship is often negative. If one partner is underage, a sexual relationship is even against the law. But, as you get older, life experience and emotional growth help to equalize your relationship skills and resources. A 10-year or more difference in your ages makes little difference in how well you can conduct your relationship.

Don't focus on an arbitrary numbers difference in your ages. If you are getting along, you have good communication and problem solving, and you love each other, that's a precious thing, and far more important than any age difference could be. If other people have a problem with it, let it be their problem.

Whether or not a relationship is healthy is not determined by age differences, but by the interaction between the partners. A 10-year difference is not too difficult to bridge, but a 20-year differences or more in age can lead to some difficulties as the partners get older. For example, the younger partner may mature and reconsider his or her choices, or an older partner may confront aging problems much sooner. But, as long as both parties are adult, and the couple has talked about their age difference and the future possibilities, I don't make judgments about their respective ages.

Dealing with the generation gap
There are healthy and unhealthy reasons to date someone of a different generation. One inappropriate motivation for dating a younger person is fear of aging on the older person's part. A younger partner isn't going to reverse the aging process or protect you from old age. Obviously, a man or woman who dates someone as young as his or her children is going to run into some social opposition, but the differences that can cause the biggest problems within the couple's relationship are differing maturity levels.

As more and more women choose younger partners for relationships, the question arises: Are women in their late 30s and early 40s likely to be successful with partners who are 10 to 15 years younger than themselves?
Success in these relationships depends on what the motivations of both people are. Some older people feel younger at heart than their contemporaries and like to date people who are as active as they are.

Chronological age doesn't always reflect either physical capability or emotional maturity. Sometimes an age difference creates a mentoring relationship the older person advises the younger one on life or career. This can backfire if and when the younger person decides he or she has learned enough, and wants to move on.

If you're asking: "Is it OK for me to have a partner who is much older or younger than I am?" You'll do better off if you forget about your ages and concentrate on whether the relationship works for both of you, or not.
What really makes a relationship succeed is the emotional connection.

By: Tina B. Tessina, Ph.D.

::Saya setuju dengan apa yang Cik Tina ni cakap...::