Sunday, August 2, 2009

Hari ini dan esok dalam sejarah...

2 Ogos,
Selamat Hari Lahir yang ke-26 buat satu-satunya abang yang saya ada,

Semoga dipelihara Allah sentiasa.

Abang banyak membantu. Semasa dia bercuti selepas SPM, dialah yang menghantar dan mengambil saya dari sekolah yang ketika itu di SMKKKB.

Ketika di KISAS, masih saya ingat ketika itu peperiksaan bakal menjelang. Ketika itu pulalah kalkulator saintifik saya bermasalah. Saya menghubungi ibu, dan ibu meminta abang yang ketika itu masih belajar di UiTM untuk menghantar kalkulator itu ke KISAS.
Petang itu hujan lebat. Saya mula rasa tidak sedap hati. Kesian juga pada abang, meskipun Shah Alam- Klang tidaklah jauh. Namun jikalau hujan dan tambah pula dia hanya bermotor, sudah tentulah basah lencun.

Alhamdulillah abang selamat sampai ke KISAS. Cerita abang, sudahlah hujan lebat, disoal siasat oleh pakcik guard pula.
Abang cakap, "Pakcik, saya nak jumpa adik saya di aspuri."
Jawab pakcik guard, "Adik betul ke adik angkat?"
Haha, logik je pakcik guard nak wondering macam tu.
Abang jawab, "Adik betul la pakcik. Pakcik nak tengok ic saya ke??"

Bila pakcik guard berpuas hati, barulah abang dibenarkan masuk.
Ketika itu saya baru pulang dari sekolah, dan sedang beratur untuk mendapatkan makan tengahari di dewan makan. Kemudian terdengar nama saya diumumkan kerana tetamu sedang menunggu. Saya bergegas keluar, dan saya lihat abang sudah basah lencun. Abang tumpang berteduh di bangsal tempat membasuh pinggan di tepi dewan makan. Segan katanya untuk masuk memandangkan ramai pelajar puteri sedang makan di dalam dewan makan tersebut.

Memandangkan saya tidak punyai masa yang lama, dan kebetulan waktu itu juga bukanlah waktu melawat, saya hanya mengambil kalkulator itu dari abang dan abang menyuruh saya segera makan dan bersiap untuk ke prep petang. Saya menyalamnya dan mengucapkan terima kasih dan kembali menyambung makan.

Ketika makan, terdengar suara salah seorang kawan saya, "Wei aku nampak ada sorang abang dewan makan baru kat tempat basuh pinggan.."
Saya tersedak kecil. Rasanya baru saja tadi saya keluar dari situ. Tiada pula kelibat abang dewan makan baru.

Setelah selesai makan, saya pun keluar untuk membasuh tangan. Saya lihat abang masih di situ sedang berbual dengan abang dewan makan. Haha.. "Abang aku la tu yang dimaksudkan agaknya. Ade ke abang dewan makan.." huhu..

Apabila hujan sedikit reda, abang pun pulang.

Abang memang orang yang agak keras kepala. Meskipun begitu, bak kata ibu, dialah racun dialah penawar. Dan memang dialah satu-satunya abang yang saya ada..
Malam-malam begini, rasa sayu bila terkenang adik-beradik...Ya, rindu...

Esok, 3 Ogos,
Selamat Hari Lahir buat ibu.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.:)

Entri untuk ibu, saya pernah coretkan sebelum ini. Memandangkan OSCE lagi 2 minggu, maka masa amat mencemburui saya untuk menulis lebih panjang. Maknanya, sekian saja entri malam ini..Jom study!

::Tak lupa juga birthday Kak Yati esok. May Allah bless you!::

3 comments:

  1. salam...
    owh cam tuee ceritanya hhehe
    dah lama tak singgah sini , kalau singgah mesti tesenyum je heheh

    happy belated burfday umtuk umi kau :P

    ReplyDelete
  2. wslm.
    umi? sejak bila panggil umi.. Ibu laaa.. :)

    ReplyDelete
  3. owhh ibuuuuu
    okay saya ulang balik:

    "happy belated burfday umtuk ibu kau :P "

    ReplyDelete