Saturday, October 31, 2009

Dengar jangan sampai lagha...

Zaman sekarang, kita susah untuk mendengar lagu yang bercorak nasihat. Kebanyakan pilihan lagu yang ada semuanya membuaikan, melalaikan telinga..
Namun, apabila saya pulang ke Malaysia baru-baru ini, ada lah beberapa lagu yang menangkap anak telinga saya (telinga ada anak ke?)


Antaranya lagu ni...(Hey Ladies - Rossa)


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

(Betul-betul. Budak sekarang kalau apabila telah terjerat dengan cinta, dirasakan dunia ini dia yang punya. terlalu yakin yang cinta itu akan membahagiakannya. Adik-adik, jangan mudah kena tipulah ya. Nanti menyesal sendiri bila ditinggalkan.)

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

(Wanita tak perlulah nak tunjuk aksi. Jaga adab sopan dan maruah, itu yang lebih penting. Buat apa nak menipu dan menduakan. Itu sebabnya jangan dijolok sarang tebuan..)

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

(Setuju sangat. Tapi.. apa orang dulu bercinta tak pakai otak?? Tak pakai sangat kot. Bila keluarga aturkan jodoh, biasanya anak mengikut. Jarang berfikir sangat "Bahagia ke nanti?", "Suami aku ni panas baran ke?", "Suami aku ni merokok tak?"..
Tapi orang sekarang bercinta kena pakai otak, pakai duit, pakai ilmu, kena ada semuanya. Lengkapkanlah diri dahulu sebelum nak melangkah ke alam itu. Kalau bercinta tak pakai otak, memanglah ibarat masuk ke mulut buaya. Memang sangat bahaya...)

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

(Betul lagi. Tak semua lelaki jahat. Tak semua lelaki itu buaya. Ayah kita juga seorang lelaki. Malah kita kena yakin, "Arrijal qawwamun ala nisa'". Mereka dicipta untuk memimpin. Besarnya tanggungjawab seorang ayah untuk mendidik keluarganya agar berpegang kepada ajaran Islam. Namun dalam berkawan, wanita perlu sentiasa berjaga-jaga. Jangan mudah percaya. Dan kepadaNya juga kita berserah segalanya. Semoga dikurniakan yang terbaik...)

**Selingan saja. Sesekali kita 'operate' lagu Indon ni. Tidak lah lagha sesaja kalau dengar. Sekurang-kurangnya ada yang boleh dijadikan pengajaran..

Dan..
ada satu lagi lagu best dari Saloma.. Tajuknya Kain Songket.. Saya yakin betul, (heh tiba-tiba macam Jangan Lupa Lirik), saya yakin takde kawan-kawan saya yang dengar lagu ini... Sekali dengar macam tiada istimewanya lagu ini. Tapi dah banyak kali dengar, ada nilai seni yang halus yang jarang terdapat pada lagu sekarang..)

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kain lah songket tenung Melayu
Mula asalnya dari Terengganu

oh abang yang manis
oh nona yang lawa
pakaian kain songket
pakaian budaya

Kain songket pakaian anak Melayu
tapi sayang tak boleh pakai selalu
kerana jemu mata memandang
tidak seperti batek basahan

(Lirik inilah yang paling best. Songket pakai setiap hari memang menjemukan dan kurang sesuai. Tekstur kainnya juga biasanya panas. Tidak seperti kain batik. Sedap dipakai...Corak pun banyak. Tak jemu mata memandang.)

berbagailah macam
boleh digayakan
setiaplah hari jikalau berjalan

Sungguh banyak dipakai masa hari raya
miskin kaya kecil besar tua muda
apalagi yang lelaki tua
bila berjalan dengan kaki tiga
tersenyum pula sambil ketawa
sayang sedikit giginya dua....

(Baju raya saya tahun ini ada songket warna hijau..:))

Wednesday, October 28, 2009

Kalau diikutkan hati...

Kalau diikutkan hati.... (Slogan mestilah tidak lebih dari 15 patah kata

Biar saya sudahkan slogan ni,


"Kalau diikutkan hati, jom kita makan Bibies masak kicap malam ni, Qilah!"

(Bibies = kucing tuan rumah kami, yang memang menggeramkan!)


Ini buktinya!


Lauk kami telah dicuri oleh Bibies!!! (5 ketul ayam yang tembam sume clear, ok.. clear...)

Bukan sekali dua dia mencuri. Tapi dah banyak kali. Betullah dia memang binatang. Memang tidak berhati perut.. Bukannya kami tak pernah bagi makan. Makanan kami pun dia nak cilok!

Pulang dari hospital, perut saya memang telah berkeroncong. Jadinya saya pun mula masak selepas 2 bulan tidak turun ke dapur di rumah kami di sini.

Menu yang boleh dikira agak lazat, sup sayur dan masak lemak cili padi ayam.. (Isk sedihnya bila dikenang..)

Saya meninggalkan dapur tidak sampai setengah jam. Tingkap pula telah ditutup hampir rapat oleh Qilah sebelum dia keluar.

Saya beritahu Hetty yang saya akan makan selepas solat asar. Sejam kemudian Qilah pun balik dan berlakulah perbualan di bawah.

Qilah : Eh korang dah makan ke?

Saya : Hetty x taula. Kita tak makan lagi.

Qilah : Apesal ayam habis?

Saya : Ha???????!!!!!!!!!!!!!!!

%^%^$@&@^&!(!!!

Menurut Qilah, tingkap dah terbuka semula semasa dia pulang tadi.. Dan kami memang syak ini adalah angkara BIBIES!!!!!!!!!!!!! (Jom Qilah, kita cari Bibies sampai dapat! Tak dapat ayam masak lemak, Bibies masak kicap pun ok!! slurpppp)

Oh tuhan, kurniakanlah kami kesabaran.. Saya memang lapar.. Namun hanya kuah lemak dan suun yang telah dicelup Bibies saja yang tinggal..

Memang bukan rezeki kami.. :(..

Sedihnyaaaaa....

::Baik-baik Qilah, Bibies bawak Rabies kang!::

Tuesday, October 27, 2009

Ini kisah orang tidak berperikemanusiaan...

Bibik mangsa dera meninggal


KLANG 26 Okt. - Pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, 36, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir botak, disyaki didera oleh majikannya di Taman Sentosa, Klang, meninggal dunia hari ini.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak 20 Oktober lalu.

Pengarah HTAR, Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan memberitahu, mangsa telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak kelmarin setelah berada dalam keadaan terlalu lemah.

"Mangsa tidak upaya bertindak balas terhadap rawatan yang diawasi oleh doktor pakar. Faktor badan yang terlalu lemah menyebabkan doktor tidak dapat melakukan pembedahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

Mantik ditemui terkunci di dalam salah sebuah tandas di rumah majikannya di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, di sini, 20 Oktober lalu.

Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan begitu lemah dan lesu dipercayai didera serta tidak diberi makan sejak beberapa hari oleh majikannya selain kepala dicukur hampir botak.
***


Inilah yang terjadi apabila manusia melihat manusia lain sebagai hamba.

(2:83)... Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin. Dan bertuturlah dengan kata yang baik kepada manusia....

Tapi hairan.. kenapa ada segolongan manusia yang bongkak, mendakwa diri mereka tuan sanggup memandang hina dan menyeksa manusia yang lain..

Terasa seperti alangkah murahnya harga nyawa seorang manusia...
Satu kesilapan yang mungkin kecil, yang mungkin besar, dibalas dengan seksaan yang dahsyat.

Tiada lagi nilai kemaafan.

::Ya Allah, kau lindungilah kami dari kejahatan manusia dan syaitan...Amiin::

Saturday, October 24, 2009

Jet lag

Alhamdulillah kini selamat tiba di ardul-kinanah, Urdun..

Banyak kerja menanti. Belajar konsisten juga menjadi kewajipan.. 2 bulan sebelum ini, baca buku pun di hadapan tv, itupun hanya apabila ada klinik dengan pakar. Kalau tidak, selamat laa.. But from now on, no more leisure.. Cukup! Cukup!

Masih terkejut dengan suhu di sini. Kedinginan malamnya cukup menggigit. Air pun sangat sejuk.

Ok esok kelas akan bermula. It's pediatric time! Nak hafal balik development baby ni yang liat ni...

Memandangkan tajuk entry ini adalah jet lah, mari baca sedikit info yang saya 'copy-paste'kan dari wikipedia...

The symptoms of jet lag can be quite varied, depending on the amount of time zone alteration. They may include the following:

1. Digestive problems

2. Headache

3.
Fatigue, irregular sleep patterns, temporary insomnia (Ya, tidur pun ikut waktu Malaysia lagi..)

4.
Disorientation, grogginess, irritability (Common cold lagi...:( )

5. Mild
depression (Yup, saya tengah depressed..:( Mari mencari penawar.. Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..)

6. Homesick (Yang ini saya tambah sendiri in addition mild depression tadi. Dan inilah yang paling severe saya rasakan...)

Other symptoms which some may attribute to jet lag, such as nausea, ear aches and swollen feet, may be caused by the mode of travel rather than the time zone change.

The condition of jet lag may last many days.The speed at which the body adjusts to the new schedule depends on the individual; some people may require several days to adjust to a new time zone, while others experience little disruption. Crossing one or two time zones does not typically cause jet lag.
*****

::At-Taubah : 72 - Allah menjanjikan kepada orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat yang baik dalam syurga Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung.::

Ayat ini memang menjadi sumber motivasi buat hambaNya yang kadang-kadang terleka seperti saya. Sesibuk dan selagha mana pun kita sebagai hamba, kita perlu ingat, hidup kita di dunia adalah untuk menjamin kehidupan di akhirat.
Maka kita bercucuk tanam di dunia untuk menuai hasilnya di akhirat. Inshallah, jika berpegang dengan ayat ini, tujuan hidup kita tidak akan tersasar. Sampai bila kita mahu enjoy dengan usia muda, dengan harta, dengan kesenangan?? Sesungguhnya kepadaNya kita kembali.... Wallahualam...

Happy Birthday Sis...

Sempena 23 Oktober (semalam), Selamat Hari Lahir diucapkan buat adik tersayang, Nur Fariza Mohd Mohtar yang kini telah pun berusia 21 tahun.

Sedikit cerita tentang 'wanita' ini.. (hehe)

1. Selain mempunyai satu-satunya abang, saya turut memiliki satu-satunya adik. Semasa kecil dulu, dialah kawan, dialah musuh. Dia suka 'gigit' orang dengan gigi piranhanya. Namun bila telah menginjak dewasa, sepanjang masa dia menjadi kawan.

2. Dia lebih rajin memasak dari saya dan juga rajin tidur. Memang pantang naik kereta..10 minit selepas itu semestinya zzzzzzzz....

3. Dia kini sedang 'struggle' dengan kerja-kerja labnya. Rajin banget sampai susah nak balik rumah. Bacteria E.coli, treponema pallidum dan salmonella kini menjadi kawan karibnya.. (haha, betul ke? eiiiii...). Inshallah dia bakal grad tahun hadapan juga.

4. Muka dia memang mengikut iras wajah atok wan. Hongkong mali katanya...

5. Saya cadangkan kepada abah supaya me'recommend'kan seorang lelaki yang istiqamah pergi berjemaah solat subuh di surau kepadanya supaya boleh dibuat calon. (haha). Abah kata, "Inshallah boleh la nanti.." (Amin..Semoga ketemu)

Last but not least, again.. Selamat hari ulang tahun. Semoga dikurniakan kejayaan di dunia dn akhirat. Dan yang paling penting, be solehah!

Friday, October 16, 2009

Cuti-cuti Malaysia kian ke penghujung...

Lama sangat saya tidak meng'update' sebarang cerita di sini. Sememangnya apabila berada di Malaysia, internet atau komputer tidak langsung menjadi antara agenda utama dalam hidup saya. Maklumlah banyak benda yang boleh dan perlu dilakukan.

Jemputan ke rumah terbuka, ziarah sanak saudara merupakan perkara wajib yang dilakukan. Kata Pak Anjang, "Open house rumah pak anjang jangan tak datang pula.."
Mak Andak pula mengirim mesej, "Faeza bila balik, kalau boleh nak buat open house sebelum Faeza balik..."
Makanya semua jemputan adalah wajib untuk saya hadiri. Tidak dapat tidak.

Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Pengalaman praktikal, pengalaman beraya, pengalaman menjadi pengapit pengantin, semuanya menarik untuk diceritakan. Tapi, tunggulah bila mood untuk menulis itu kembali.

Cuma satu cerita di sini, semalam semasa saya menyertai klinik 'Family Medicine Specialist', datang seorang warga emas berusia dalam lingkungan 70-an bersama anaknya. Tekanan darah sebelum dia masuk berjumpa doktor adalah 180/100. Menggeleng juga doktor melihat tekanan darahnya. Dia mengambil Nifedipine. (Tak pasti sudah berapa lama). Sekali lagi doktor mengambil tekanan darahnya dan didapati.. 210/ 130!

Doktor : Tinggi ni makcik. Kena tangguh pergi ni. (Makcik tersebut dan anaknya akan berlepas untuk menunaikan haji pada hari Khamis hadapan).

Makcik : Kat sana ada klinik kan. Nanti makcik makan ubat inshallah ok la tu.

Anak : Tolongla doktor. Kami dah siap-siap semua nak pergi. (Sambil bergenang air matanya)

Doktor : Saya bagi ubat lain, makcik rehat dan makan dulu. Nanti saya cek balik. (Doktor turut order ECG)

Selepas setengah jam.
Makcik masuk semula. Doktor memeriksa tekanan darahnya. Alhamdulillah.. turun sedikit 140/100.

Doktor : Saya agak ubat sebelum ni tak sesuai untuk makcik. Ni dah ok sikit makcik amik ubat yang lama.

Anak : Boleh pergi ya doktor?

Doktor : Ok lah. saya boleh benarkan tapi sebelum pergi saya nak tengok semula tekanan darah.

Kemudian tiba-tiba kedengaran suara teresak-esak si anak mengucap kalimah syukur.

Saya faham, betapa tinggi menggunung harapan mereka untuk menyahut panggilan Allah di Tanah Haram. Anda yang membaca mungkin tak terasa sayunya situasi itu. Namun saya yang berada di bilik itu turut terkesan dengan perasaan dan harapan bakal tetamu Allah itu.

Jika ada rezeki, saya ingin sekali mengikut keluarga saya menunaikan haji pada tahun hadapan. Namun keadaan ketika itu, mungkin saya baru memulakan kerja, dan tiada ruang untuk saya bercuti.

Namun kata Allah, 'kun fayakun'. Jika telah tertulis untuk saya menjadi tetamu Allah pada tahun hadapan, Inshallah saya akan pergi juga...



::Khamis depan, saya akan kembali ke Jordan. Yang pastinya, alhamdulillah cuti kali ini saya memang puas!::


::Pesan pengantin baru a.k.a bff saya Husna, "Faeza, kalau ada rezeki ko kawin, kawin la cepat. Jangan tunggu lagi...(Sambungan ayat selepas itu biar saya seorang yang tahu..:))