Monday, July 26, 2010

Oh Malaysia.

Hari ini pagi-pagi lagi saya sudah keluar dari rumah untuk menguruskan beberapa perkara penting bersama encik abah. Kemudian ke Shah Alam juga untuk menguruskan perkara yang sama.

Dalam perjalanan pulang, abah meminta saya membayar Auto-Pay untuk parking. Dengan 'confident'nya saya turun dari kereta dan terus menuju ke mesin pembayaran.

Beberapa kali saya cuba untuk memasukkan kad ke dalam mesin tersebut. "Hmmm, apa pasal tak boleh.. "
Tiba-tiba, "Dik, masuk sini..". Kata orang itu sambil menunjuk ke arah mesin berkenaan.

"Oh, ye ke.." Saya tak pandang pun muka siapa yang bercakap kerana ketebalan epidermis kulit muka terasa seperti meningkat kepada beberapa inci.

Rupanya saya cuba masukkan kad di tempat untuk memasukkan duit ok. Nasib baik baru balik dari Jordan. Orang Arab kan kalau buat salah takdelah malu sangat. Sekarang saya rasa, saya punyai darah Arab. Tidaklah malu sangat.. ~__~. Huhu.

Oh ya, kami sempat ke kedai buku di Kompleks PKNS. Rambang mata sangat dibuatnya. Kelihatan banyak sangat buku-buku baru diterbitkan. Penerbit-penerbit buku pun banyak saya tidak pernah dengar namanya. Buku-buku agama makin banyak dengan ilustrasi dan olahan yang menarik. Buku yang 'mengajar orang bercinta' pun banyak. Pada saya buku-buku sebegini ada 2 natijah. Sama ada pembacanya dapat mengolah dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis dan menjadikannya sebagai panduan. Ataupun ia cuma menggalakkan adik-adik yang kecil, hidung masih berhingus itu untuk mula bercinta. Dan perkara kedua itu menakutkan. Adik-adik kecil, TAK SESUAI ok nak bercinta!

Saya juga bimbang dengan lahirnya banyak penerbit-penerbit dengan kelahiran banyak buku tanpa kawalan akan menyebabkan buku-buku tersebut hilang atau rendah kualitinya. Ye lah, masing-masing berlumba untuk mengeluarkan produk, namun kualiti masing-masing tidak sempat dinilai.

Saya sempat membeli buku terjemahan Amru Khaled, "Al-Jannah fi buyutina". Terjemahannya adalah 'Ada surga di rumahku'. Semasa di Jordan lagi saya ingin membeli buku bahasa Arabnya, namun terlupa sehinggalah saya tiba di Malaysia. Jadi, apabila terjumpa terjemahannya terus saya 'sambar'.

::Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)::

9 comments:

  1. salam..
    huhu..ko ckp 'trime kasih' tak kt org tu? kang dikatakan sombong.. yerla, org msia kan, budi bahasa katenyer.. eceh!
    erm, klu ko salah arah bw kete pun, cakap jela 'sorry, sy baru blk overseas' :P

    ehem2, aku paling suka 'ayat kat perenggan bawah tu la'.. muahahaha~ *blushing*

    Allahu yusahhil umurik, insya Allah (^_^)

    ReplyDelete
  2. hehe... maklum lama duk obersi ye.. ;) mmg byk bnda dh berubah kan..?

    erm, samalah dgn anshams.. :D x sabar nanti nk dapat kad walimah dr Dr Faezza!! agak2nya smpat x ye akk blk msia dulu..?? ngeh2x...

    ReplyDelete
  3. kak fez,
    xjumpe pun buku amru khalid kat pkns tu..kalau kite jumpe aritu, kite yg sambar dulu! ehe =p

    oh ye,sgt setuju dengan bnyknye penerbitn buku2 yg mengarahkn ke 'tarbiyah cinta'..
    kita mmg perlu tahu menilai sebelum membayar nilai utk sesatu buku tu.

    jadinye kalaula ade umur2 peringkat adek2 kita yang baca dan dikhuatiri tersalah pilih moral value from da story knelah kite menambah nilainya kembali..=p

    kak fez, jgn lupa doakan ktorng adek2 ni ye di sane..ehe..jgn lupe sebut nama tau! =p

    ReplyDelete
  4. k.ain, kita suka juga ayat last tu..camne ye nak like byk2 kali??hehe...

    menanti......

    ReplyDelete
  5. faezza..it's about time that hadith is brought up :D

    teringat bbrp mggu sblm zay kahwin dulu, mama zay prnh pesan ;
    "Kak nik, there is no such thing of getting married late or too early bcoz when the time comes, u will meet the right person, at the right place & at the right time. Itu semua kerja Allah. Allah knows best"

    Jd kesimpulannya, when the time comes, bgtau zay.

    wassalam

    ReplyDelete
  6. wow, mama Zay memang pakar psyko.. Tersaiko juge Syi ni ha..

    ReplyDelete
  7. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  8. Ain,
    Haha, tak sempat nak pandang sebab muka kan dah tebal.Haiyoo.. oh ayat perenggan bawah tu adalah penangan buku Amru Khaled ye. Bukan apa-apa. :)

    Kak Ayu,
    Dapat kad walimah ain dulu ke, mana tau.. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Suf_p,
    Inshallah akan sentiasa mendoakan. Aaaa akak sangat rindu pada 'S'. Semoga ketemu lagi.

    Izati, Sila buk, menanti dengan penuh sabar!

    Shi, boleh berguru dengan kak zay sementara dia di sana lagi.:)

    Zay, Inshallah wpun zay di Jordan, namun tidak akan dilupakan! Nanti tunggu ya..:)

    ReplyDelete