Thursday, December 9, 2010

Hajj-induced cough

Pandai-pandai je buat diagnosis.

Siapa yang pergi haji tapi dia tak batuk langsung? Angkat tangan!

Hebatnya immunity badan dia.

Kerana kami masih batuk-batuk lagi..

Sejak tiba di Mekah, sehingga sekarang saya masih batuk. Bunyi batuk lain macam. Tapi bukanlah 'whooping cough' ke apa.. Cuma ada kelainan pada bunyi itu, saya dapat mengenalpasti.

Ustaz Rosli (guru agama Rayhar) berkata, "Siapa batuk, itu tandanya betul dia dah sampai Mekah. Unta saja yang tak batuk. Orang lain semua batuk.."

Seorang gadis Sudan yang saya sempat kenali di Masjid Nabawi berkata, "Batuk dah boleh jadi rukun haji.."

Itulah hebatnya penangan batuk.

Di MasjidilHaram, batuk bersahut-sahutan antara jemaah ketika solat. Di sekitar masjid, berjalan tidak berkasut adalah agak merbahaya bukan saja dari segi keselamatan malah kebersihan. Lantai 'free-free' bercorak tompokan pelbagai warna sputum. Dalam kapal terbang pulang ke Malaysia juga begitu, batuk jadi irama dan halwa telinga sepanjang perjalanan.

Sebut saja ubat batuk jenis apa yang belum ditelan,
Cap ibu dan anak?
Breacol?
Madu?
Air asam jawa?
Limau dicicah kicap?
Ubat tabung haji (cecair atau tablet)?

Benarlah, "Dan apabila aku sakit, dia yang menyembuhkan..." (26:80)

::Selingan : Saya akan ke kursus Induksi dan Kenegaraan di Hotel Putra, KL minggu hadapan. Justeru akan bekerja terus kot. Huhu, hargailah lapang sebelum sempit (dan semput). Entri di Madinah akan disambung kemudian..::

1 comment:

  1. asal x bgtaw nak wat entry batuk... kan kite ade record batuk sahut menyahut kat mina aritu..hehehe...btw mmg sian kat abh, ibu n akak cz still batuk.... tp batuk ibu mmg xleh nak challenge la...huk3...hope all of us recover soon!

    selmat la weyyy berhijrah ke bumi jww birch!!

    ReplyDelete