Sunday, April 22, 2012

Kisah Yaya honeymoon

Sambungan...

Hmm, kelihatannya tiada gambar diselitkan dalam entri sebelum ini. Maklumlah saya kini berada di Rasa (Hometown saya). Gambar-gambar lama kebanyakannya di Taiping. Nanti bila-bila saya teringat, boleh saya uploadkan selingan gambar.

Sambungan kisah Yaya...

Sememangnya setiap kali cuti end of posting, kami akan menyambung siri honeymoon. Seingat saya sejak mengandungkan Yaya, kami tetap meneruskan 'jalan-jalan tenangkan fikiran'.

Swiss Garden Golf Resort And Spa, Lumut. (21-22 Ogos 2011)

Ketika ini Yaya mungkin berusia 6-8 minggu. Bulan Ramadhan juga. Kata orang, bulan puasa pun nak pergi jalan-jalan? Namun siapa yang melalui kehidupan houseman seperti kami, pasti faham. Kami sentiasa dahagakan masa lapang, masa santai. Justeru, saya rasa tiada salahnya kita berjalan di bulan puasa. Kami tetap puasa, tetap terawih. Mood segar dan santai menyamankan lagi kehidupan kerja yang menyibukkan. Ketika bulan Ramadhan ini, saya tidak berselera dengan juadah-juadah di bazar ramadhan. Apa yang mampu ditelan cuma laksa, laksa dan laksa. Sahur laksa, buka laksa. Soya bean kegemaran semua ditolak ketepi. Langsung tidak memasak kot untuk berbuka puasa. Kasihan juga dengan suami yang langsung tidak dapat merasa air tangan isteri ketika berbuka puasa. Huhu. Alhamdulillah, dapat berpuasa 30 hari penuh...Yeay tak payah ganti. Hehe.

Cameron Highland 

Ketika ini Yaya mungkin berusia 4 bulan. Perut pun masih belum kelihatan. Kami pergi bersama ibu dan abah saya, atok juga keluarga pakcik. Sangat seronok! Kami bawa Yaya ke ladang teh yang menghijau. Tak lupa ke ladang strawbery. Yummy! Fresh strawberry memang sedap. Kami bermalam di Brinchang satu malam dan di Tanah Rata satu malam. Saya rasa suhu di Cameron Highland yang nyaman memang menyegarkan mood kami.

Bukit Tinggi.

Saya cadangkan pada suami untuk ke Bukit Tinggi. Tidak dapat ke Colmar, France, ke Bukit Tinggi pun jadilah. Yaya ketika itu mungkin lebih kurang dalam 6 bulan. Perut sudah sedikit memboyot. Walaupun begitu, saya tetap tidak melepaskan peluang mendaki bukit untuk ke Japanese Village. Huhu. Papa Yaya yang tidak mengandung pun mengah. Inikan pula mama. Tapi kami jalan perlahan-lahan. Licin-licin di dalam hutan tersebut, bimbang juga tergelincir. Kalau ibu tahu ni, mesti kena marah. Shhh.. Bermalam di Bukit Tinggi memang awesome! Bangunan dan biliknya romantik. Mahal sikitlah tapi. Terpaksa ambil bilik suite. Huhu. Tak mengapalah sekali sekala. Di sini kita boleh jungle trekking, cycling, dan banyak aktiviti mencabar lain.

Bukit Bendera, Penang.

Huhu. Ini destinasi terakhir Yaya dalam perut. Lepas ni Yaya boleh jalan live sendiri. Kami ke Bukit Bendera pada cuti hujung minggu sahaja. Taiping-Penang hanya memakan masa lebih kurang sejam. Kami naik kereta kabel. Rupanya kereta kabel berwajah baru. Seingat saya kali terakhir tiba di Bukit Bendera pada tahun 1997. Memang selesa kereta kabel yang baru ini. Penat den dibuatnya dipaksa papa Yaya untuk mendaki lagi. Kata papa Yaya, "Macam nilah I sayangkan bini. Bawa bini exercise. Ada orang sayang bini kasi makan banyak-banyak. Last-last gemuk." Haha. Ye la tu papa nye...

Apabila kandungan menjelang 7-8 bulan, saya sudah semakin tidak larat berjalan jauh. Papa nye ajak jalan pun, setakat kedai mamak, tesco, hospital larat lah. Huhu. Perut semakin besar. Kilogram badan pun sudah menjangkau angka yang tidak pernah terfikir dek akal. Haha.

Sampai sini dulu. Sambung lagi kemudian!



No comments:

Post a Comment