Friday, October 16, 2009

Cuti-cuti Malaysia kian ke penghujung...

Lama sangat saya tidak meng'update' sebarang cerita di sini. Sememangnya apabila berada di Malaysia, internet atau komputer tidak langsung menjadi antara agenda utama dalam hidup saya. Maklumlah banyak benda yang boleh dan perlu dilakukan.

Jemputan ke rumah terbuka, ziarah sanak saudara merupakan perkara wajib yang dilakukan. Kata Pak Anjang, "Open house rumah pak anjang jangan tak datang pula.."
Mak Andak pula mengirim mesej, "Faeza bila balik, kalau boleh nak buat open house sebelum Faeza balik..."
Makanya semua jemputan adalah wajib untuk saya hadiri. Tidak dapat tidak.

Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Pengalaman praktikal, pengalaman beraya, pengalaman menjadi pengapit pengantin, semuanya menarik untuk diceritakan. Tapi, tunggulah bila mood untuk menulis itu kembali.

Cuma satu cerita di sini, semalam semasa saya menyertai klinik 'Family Medicine Specialist', datang seorang warga emas berusia dalam lingkungan 70-an bersama anaknya. Tekanan darah sebelum dia masuk berjumpa doktor adalah 180/100. Menggeleng juga doktor melihat tekanan darahnya. Dia mengambil Nifedipine. (Tak pasti sudah berapa lama). Sekali lagi doktor mengambil tekanan darahnya dan didapati.. 210/ 130!

Doktor : Tinggi ni makcik. Kena tangguh pergi ni. (Makcik tersebut dan anaknya akan berlepas untuk menunaikan haji pada hari Khamis hadapan).

Makcik : Kat sana ada klinik kan. Nanti makcik makan ubat inshallah ok la tu.

Anak : Tolongla doktor. Kami dah siap-siap semua nak pergi. (Sambil bergenang air matanya)

Doktor : Saya bagi ubat lain, makcik rehat dan makan dulu. Nanti saya cek balik. (Doktor turut order ECG)

Selepas setengah jam.
Makcik masuk semula. Doktor memeriksa tekanan darahnya. Alhamdulillah.. turun sedikit 140/100.

Doktor : Saya agak ubat sebelum ni tak sesuai untuk makcik. Ni dah ok sikit makcik amik ubat yang lama.

Anak : Boleh pergi ya doktor?

Doktor : Ok lah. saya boleh benarkan tapi sebelum pergi saya nak tengok semula tekanan darah.

Kemudian tiba-tiba kedengaran suara teresak-esak si anak mengucap kalimah syukur.

Saya faham, betapa tinggi menggunung harapan mereka untuk menyahut panggilan Allah di Tanah Haram. Anda yang membaca mungkin tak terasa sayunya situasi itu. Namun saya yang berada di bilik itu turut terkesan dengan perasaan dan harapan bakal tetamu Allah itu.

Jika ada rezeki, saya ingin sekali mengikut keluarga saya menunaikan haji pada tahun hadapan. Namun keadaan ketika itu, mungkin saya baru memulakan kerja, dan tiada ruang untuk saya bercuti.

Namun kata Allah, 'kun fayakun'. Jika telah tertulis untuk saya menjadi tetamu Allah pada tahun hadapan, Inshallah saya akan pergi juga...



::Khamis depan, saya akan kembali ke Jordan. Yang pastinya, alhamdulillah cuti kali ini saya memang puas!::


::Pesan pengantin baru a.k.a bff saya Husna, "Faeza, kalau ada rezeki ko kawin, kawin la cepat. Jangan tunggu lagi...(Sambungan ayat selepas itu biar saya seorang yang tahu..:))

4 comments:

  1. salam faezza!
    awk still ade di sini ke?
    r u using the same number?
    i tried to call u but a chinese man picked up the phone..huhu..
    esok kerja ke? i'll be on leave..kalu smpat nk jmpe awk!!! heehe

    ReplyDelete
  2. Salam fez..

    amboi, seronoknya cuti2 msia kali ni ek..jgn bergenang air mata tau bila nk blk irbid nnti..hihi~ bila baca cerita kt atas ni..kte dpt bayangkan perasaan sayu dan sebak si anak..ye la, bukannya skit preparation yg dh dibuat utk bwk mak dia gi haji kn..peluang bukannya dtg slalu..kte sma2 doa urusan mkck tu dipermudahkan sewaktu mnjadi tetamu Allah di sana nnti..=) fez, i'm interested to know the full dialogue..share laa..plssss! hihi~

    ReplyDelete
  3. syidah, i'll call u back ok inshallah. kte nak balik khamis ni. :)

    odah,
    sayu, hati ini makin sayu,
    rindu, terkenangkan desa permai..
    haha tetiba nyanyi lagu raya. ye la nanti kte chat la eh.

    ReplyDelete
  4. akak, pesanan kak una paling best..huhu...
    saye pon tahu juge bile...kui3

    ReplyDelete