Tuesday, October 27, 2009

Ini kisah orang tidak berperikemanusiaan...

Bibik mangsa dera meninggal


KLANG 26 Okt. - Pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, 36, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir botak, disyaki didera oleh majikannya di Taman Sentosa, Klang, meninggal dunia hari ini.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak 20 Oktober lalu.

Pengarah HTAR, Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan memberitahu, mangsa telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak kelmarin setelah berada dalam keadaan terlalu lemah.

"Mangsa tidak upaya bertindak balas terhadap rawatan yang diawasi oleh doktor pakar. Faktor badan yang terlalu lemah menyebabkan doktor tidak dapat melakukan pembedahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

Mantik ditemui terkunci di dalam salah sebuah tandas di rumah majikannya di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, di sini, 20 Oktober lalu.

Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan begitu lemah dan lesu dipercayai didera serta tidak diberi makan sejak beberapa hari oleh majikannya selain kepala dicukur hampir botak.
***


Inilah yang terjadi apabila manusia melihat manusia lain sebagai hamba.

(2:83)... Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin. Dan bertuturlah dengan kata yang baik kepada manusia....

Tapi hairan.. kenapa ada segolongan manusia yang bongkak, mendakwa diri mereka tuan sanggup memandang hina dan menyeksa manusia yang lain..

Terasa seperti alangkah murahnya harga nyawa seorang manusia...
Satu kesilapan yang mungkin kecil, yang mungkin besar, dibalas dengan seksaan yang dahsyat.

Tiada lagi nilai kemaafan.

::Ya Allah, kau lindungilah kami dari kejahatan manusia dan syaitan...Amiin::

2 comments:

  1. fez, bila pk2 blk..seolah2 manusia zmn skrg ni dh kembali ke zmn jahiliah..di mana hamba2 tidak ada hak lgsg wpun ke atas diri sndiri..hmm..maybe we just wait n see wut will happen in d future..getting better or worse? wallahua'lam~

    ReplyDelete
  2. abang!!
    jgn habis lagi bang!!
    berlakon la lagi 3 episod..
    saya nk tgk bang!!
    haha..

    tah la..ak rasa kegeraman manusia..bila dia geram menggila tu tk pk apa dah..
    mak dgn laki sudan tu lagikla..
    tym ko dgr cerita dr dkt HKJ cmne mak dia bwk budak tu..
    cm tk masuk akal..
    mak dia kata..
    ok je..tah tiba2 terus jadi mcm ni..
    kalo la dia tk buat pn la kan..at least jgn le bg jwpn tu..haihh

    lepas ni..mesti lagik menggila isu indonesia ngan msia..
    dh la ak rasa pertimbangan indonesia tu tk masuk dek akal..
    sama je mcm spore..nama 1st class country..tp,buat kenyataan mengalahkan 3rd world country..
    spore:msia tiru spore promote makanan dan makanan spore lebih sdp dri msia...(ok..this one is sooo..childish..)

    ReplyDelete