Mereka sedang berehat-rehat menonton tv sambil berbual-bual. Manakala saya pula sedang leka membaca novel 'New Moon'. Tiba-tiba Hetty dan Ain masuk membawa buku-buku 'kot putih' yang ditempah.
15 minit kemudian...
"Apa pasal semua orang senyap-sunyi??"
Intai-intai.. "La.. semua asyik melayan 'Kot Putih' rupanya.." Ada yang membaca di sudut sana, ada yang di sudut sini, duduk bersila, melunjur... Semua sedang membaca. Memang membaca gaya wawasan betul..:)
Bak kata Anis, "Menyahut kempen membaca seruan kerajaan la korang ni.."
Betul. Rumah Sumi jadi sunyi sepi.
Sesekali kesunyian dipecah dek gelak ketawa.
"Weii baca ni, XX tulis!"
"Muka surat bape?"
Haha. Teringat pula semasa kami study-group bersama satu batch semasa exam baru-baru ini.
"Dalam Bailey cakap...bla..bla.."
"Muka surat bape wei??"
"Aku jumpa dalam Davidson dia kata camtu.."
"Page bapa??"
Dan hari ini terimbau kenangan tersebut ketika kami sama-sama membaca kot putih. Baguslah masa selepas exam diisi dengan membaca.LOL.
KOT PUTIH ~chicken soup for medical student's soul.
Buku yang pernah kami satu batch impikan satu ketika dahulu. Dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun ini oleh krew sidang editor dan MMJ. Buku yang mengisahkan 1001 pahit manis kehidupan sebagai pelajar perubatan dan pergigian di Jordan University of Science and Technology. Alhamdulillah ada kenangan sebelum kami meninggalkan bumi barakah ini~~~
Tahniah semua yang bekerjasama dalam penghasilan 'Kot Putih' ini. :)
::Siapa yang belum tempah, silalah tempah. 6jd sahaja! (selamba je promote, sekali dah habis. hehe tatau tatau)::
::Oh ya, sebenarnya 'Kot Putih' teredar kepada kami secara tidak sengaja. Jadi wahai penempah-penempah kot putih sekalian, jangan pula menggegarkan pintu rumah pengedar lepas ini. Kasihan mereka sedang ber'exam' lagi. Sila menanti dengan penuh sabar. Inshallah akan sampai juga pada anda. :)::
sape XX tu?
ReplyDeletekak faezah..komen akak dan akak2 yg laen sgt2 dialu-alukan..selamat membaca..tq2 :)
ReplyDeleteWM Najib,
ReplyDeleteXX itu perlu dirahsiakan.:)
Takdelah, semua artikel menarik ditulis oleh penulis berpengalaman dalam bidang masing-masing. Maka semua adalah XX.
Syah,
Inshallah, kakak-kakak yang suka memberi komen bernas itu pasti akan memberi komen mereka. Tungguuu.. Tahniah sekali lagi!
kritikan juga amat kami alu2kan
ReplyDeletetq2 :)
fez!!! nk pnjam nnti..hehe~
ReplyDeletefaeza, kot putih akk jangan lupe...nak mintak free tau =)
ReplyDeleteSidi,
ReplyDeleteTahniah MMJ, tahniah sidang editor. Inshallah jika ada kritikan, pasti kami kritik! But so far, thumbs up! :)
Cikodah,
Tak boleyyy! haha..
utk cikodah yang comel bermuka embun, mestilaa boleh. Takpun, cuba jalan-jalan ke Kinokuniya ke, MPH ke, kalau ada sila beli. wah wah wah. kaya MMJ (Majlis Mahasiswa JUST) dapat royalti berterusan.
Kak Muui,
Dah dapatkan akak punya dah. F.O.C katanya. :)
hahaa..lawak la..
ReplyDeleteteringat aksi masing-masing masa tu. Memule punyerla bergegar rumah dek suara-suara, dengan tv bola nya.. tup-tup, terus sepi! lama plak tu. herm, banyak betul 'malaikat lalu', hee.
nak tergelak, aku pon tak tengok/baca lagi, mak aku dah tepon dari Msia bg komen.. ngeh3.
~hee...ni yg teruja dgn kot putih ni.baru baca 4 artikel.
ReplyDeletesalam kak.
ReplyDeletebuku ni ad jual ke?