Insiden yang berlaku pada 31 May yang lalu mampu membuatkan semua penduduk dunia tersentak dan lebih membuka mata terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Jika dengan orang luar yang ingin memberi bantuan pun, kekejamannya sudah terserlah seperti itu, bayangkan bagaimana pula lagi nasibnya penduduk Gaza yang telah lama menghadap kezaliman dan kebinatangan tentera mereka.
Semalam, kami yang berada di Irbid beruntung kerana telah dikunjungi oleh sebahagian daripada rombongan aktivis muslim dari Malaysia yang menyertai misi Life Line for Gaza (LL4G) yang keempat itu. Mereka yang hadir, Dr Salamat Aliman (JIM), Tuan Haji Jamaludin Ilyas (Yayasan Amal Malaysia), Dr Syed Mohd Halim (HALUAN), Ust Hasanudin (Al-Aqsa Assyarif), Ashwad Ismail (Astro Awani). Mereka baru saja selamat tiba di Jordan setelah dibebaskan dari penjara tentera Israel hari Rabu yang lalu.
Kejam.. Memang kejam..
Jika ada bidalan terbaru ingin dicipta, yang paling sesuai diperkenalkan adalah KEJAM SEPERTI ISRAEL. Melakukan serangan di kawasan perairan antarabangsa, masih melepaskan tembakan meskipun sudah mengangkat bendera putih. Mereka memang tidak boleh dipercayai.
Siapa yang mendengar cerita 'live' dari mereka pasti akan mendidih darah geram akan kekejaman tentera Yahudi, dan secara tidak langsung mengkagumi semangat kental yang ditunjukkan oleh para pejuang aktivis yang menyertai LL4G tersebut.
Anda boleh menonton video Youtube secara langsung ketika serangan tersebut berlaku seperti yag dilaporkan oleh wartawan al-Jazeera, Jamaluddin al-sheyal. Kelihatan bagaimana tentera Israel turun ke kapal dari helikopter, kedengaran pengumuman yang dikeluarkan oleh kapten kapal, "All the brothers. Stop the resistance. They are using life ammunition. We cannot protect ourselves. Sit on your seat. We have lost. The may control the ship. Be very calm.". Tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya perasaan sekiranya kita sendiri yang berada di situ. Kedengaran juga bunyi berdas-das tembakan dilepaskan. "Namun sedikit pun tidak merasa gerun" - Itulah yang diucapkan oleh salah seorang dari aktivis yang menyertai konvoi tersebut semalam.
Terbaca dalam artikel 'Mavi Marmara' di Wikipedia. Serangan yang berlaku di kapal itu berlaku apabila penumpang kapal tersebut menyerang tentera Israel dan keadaan itu memaksa tentera Israel menyerang balas untuk mempertahankan diri. Namun menurut apa yang diceritakan oleh salah seorang aktivis semalam, sebaik berdepan dengan tentera Israel, mereka hanya mempertahankan diri dari deck bawah dengan menyembur air dari hos untuk menyukarkan mereka naik ke kapal dan bagi tentera yang berjaya ditangkap, mereka hanya membuang senjata dari tentera tersebut. Tiada serang balas saya percaya dari pihak penumpang. Ia memberi makna sebenar apa itu 'Misi Kemanusiaan'.
Saya tertarik apabila mereka menyingkap semula sirah ketika mana Rasulullah SAW dan orang Islam ingin masuk ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Mereka masuk dengan berpakaian ihram, bukannya membawa senjata untuk berperang. Tindakan mereka ketika itu jika difikir logiknya adalah berbahaya kerana kafir Quraisy ketika itu masih belum boleh menerima Islam. Kejadian itu akhirnya membawa kepada satu perjanjian yang ditandatangani iaitu Perjanjian Hudaibiyah yang banyak membawa impak positif terhadap perkembangan Islam.
Begitu jugalah strategi yang disusun oleh rombongan Freedom Flotilla ini. Mereka sememangnya menjangkakan 'the worst scenario', namun tetaplah rombongan mereka tidak disertai oleh tentera, mahupun senjata untuk menyerangbalas serangan yang memang dijangka akan dibuat oleh tentera Israel. Namun seperti yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah di mana akhirnya umat Islam berjaya masuk ke Mekah dengan amannya pada tahun berikutnya, begitu juga yang berlaku pada situasi ini di mana satu dunia kini membuka mata terhadap MISI KEMANUSIAAN ini dan diharapkan banyak lagi bantuan yang dapat diterima untuk menyelamatkan GAZA dan akhirnya diharapkan dapat memecahkan tembok kekejaman rejim zionis tersebut.
Bodoh bagi mereka yang mempercayai website IDF (Israel Defense Force) yang menunjukkan foto senjata-senjata yang dibawa oleh penumpang Mavi Marmara. Jika benar mereka ingin membawa senjata, kenapa hanya pisau-pisau masak, spanar, screw-driver, alat-alat pertukangan yang dibawa? Bukankah nyawa mereka sedang berdepan dengan rifle, peluru hidup, senjata-senjata hebat tentera Israel??
Bodoh bagi mereka yang mempercayai website IDF (Israel Defense Force) yang menunjukkan foto senjata-senjata yang dibawa oleh penumpang Mavi Marmara. Jika benar mereka ingin membawa senjata, kenapa hanya pisau-pisau masak, spanar, screw-driver, alat-alat pertukangan yang dibawa? Bukankah nyawa mereka sedang berdepan dengan rifle, peluru hidup, senjata-senjata hebat tentera Israel??
Jika mereka benar ingin membawa misi ketenteraan, sudah tentu yang dibawa juga adalah senjata hebat yang paling kurang mampu diguna untuk melawan kembali tentera Israel. Bak kata Tuan Haji Jamaludin, "Takkan 3 bulan berlayar nak makan sayur dan buah, gigit dengan gigi saja. Mestilah nak guna pisau." Jadi ia logik. Pisau yang dibawa adalah untuk kegunaan seharian, bukannya untuk menyerang! Orang barat bersekongkol dengan Yahudi dalam membelit fakta. Pentingnya di sini peranan media untuk 'counter-back' mesej barat yang telah diputar-belit - Bak kata Ashwad Astro Awani pula.
Terang benar kezaliman mereka.
Jelas untuk membuatkan kita WAJIB membantu pihak yang ingin membantu Palestin. Kita punyai SENTIMEN PRIMORDIAL yang sama dalam membincangkan isu ini (Baca gaya Ashwad Astro Awani sebab ini memang ayat dia..:)). Namun jika jiwa kita masih tidak mampu melakukan sekecil-kecil pengorbanan seperti mengharamkan apa yang Allah haram (rokok contohnya), sedarlah KITA MEMANG MASIH LEMAH.
Jangan ragu-ragu untuk mengeluarkan sumbangan apabila melihat tabung-tabung derma 'Life-line For Gaza' berjalan. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Siapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umatku, maka dia bukanlah dari kalanganku".
::Last but not least, doakan keselamatan kapal bantuan 'Rachael Corrie' yang masih lagi dalam perjalanan ke Gaza...::
salam kak faezah. Ainul linkkan entry akak nih ke entry ainul tau. Tak larat tulis 100% seluruh benda. hehe. ^_^ . btw, alf mabrook for your graduation!!!! *tepuk tangan*
ReplyDeleteWslm Ainul,
ReplyDeleteAkak pun mencatat mana yang akak teringat. Catat di blog sendiri supaya sentiasa ingat seumur hidup. Ambillah mana yang memberi pengajaran. Terima kasih. Semoga berjaya untuk awak juga..:)
nice shot fez..thanks for d update!
ReplyDeleteFarah,
ReplyDeleteThank u for reading! :)
salam
ReplyDelete1st time aku kesini
thanks for sharing here
bertuahnye warga irbid krn bole jumpe dgn hero2 palestin kita... dpt dgr citer live dr mereka plak tu..msti mkin brkobar2 smgt nk mmperthnkn bumi palestin dr kkejaman israel~
ReplyDeleteda agak da yg pasal weapon found on mavi marmara tu..msti krja dorg~ suke mmutarbelit fakta..bukn ke mmg tu tujuan dorg~ nk kaburi mata dunia tntg hakikat sebenar islam..
bidalan tu suh je kamus dewan bahasa n pustaka approved~ sedap sgguh bunyinye...
mohon link entry ni ye kak faezza..
btw, congrats sbb da brjaya jd DR..!!
INSYAALLAH, xlme lg saya pulak..hehe^^
Nur,
ReplyDeleteThanks for visiting. :)
Singgah Sahur,
Alhamdulillah rezeki kami bertemu dengan mereka. Dapatlah memperbaharui semangat 'pembebasan Palestin' dalam diri masing2 selepas suram sekejap rasanya akibat perang bersama exam dan buku2. Hehe.
Sila-sila linkkan. Ambillah mana yang boleh dibuat manfaat. Terima kasih. Inshallah ur turn will be next. Akak doakan. Amin.