Monday, August 23, 2010

Mari bekerja di sektor awam


Dulu masa kecil, saya rasa 'kerja kerajaan' ini adalah kerja biasa. Tidak lumayan. Kerana saya lebih tertarik dengan kerjaya pakcik dan makcik saya di Petronas dengan bonus 5 bulan gaji. Macam banyak betul duit mereka boleh dapat jika mahu dibandingkan dengan pekerja kerajaan.
Namun kematangan membezakan tahap pemikiran saya yang dahulu dan sekarang.. Kini saya lebih meyakini kelebihan bekerja dengan kerajaan. Saya terjumpa satu website yang menceritakan tentang faedah-faedah bekerja di sektor awam.. Layann...

1. Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Hmm.. menarik bukan? Saya 'copy-paste' saja dari website iklan tersebut.
Jadi menyedari keadaan itulah, esok saya akan menghadiri temuduga untuk memohon pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan UD41 di SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Padahal kau memang kena kerja kerajaan pun. Tiada pilihan lain. JPA kata 10 tahun ok! Heh.

Mohon dipermudahkan inshallah.

Artikel ini membantu juga sebenarnya untuk menjawab kalau-kalau ditanya,
"Awak tahu apa kelebihan bekerja di sektor awam?"
"Ya, tahu encik!"

"Ada soalan lain?"
"Ada. Macam mana kalau saya nak mohon jadi PTD?" (Heh. lebih pulak..)



::PTD :Pegawai Tadbir Diplomatik. Pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya. Boleh bekerja di kementerian-kementerian. ((Kenapa saya rasa kerja PTD ini glamor..Huhu))::


8 comments:

  1. haha..JPA mmg kne kerajaan ye..lamanya..xpela,brbalas biasiswa...

    seronok jugak kalau xterikat cam kitorg ni..tp seronok jugak kalau terikat cam JPA..haila~

    ReplyDelete
  2. lalaa..tp, Fez tak lapor diri lagi.. huhu~
    smg selamat semuanya ya buk!!
    best nyer ko dgn hetty jmp odah kt NICE'10..

    ReplyDelete
  3. ain, tula..aku tengok dah serupa jejak kasihan deorg2 tu..

    Fez, ko bleh jadi promoter tak bergaji lepas ni hehe

    apa apapun aku macam tertarik jugak dengan tawaran ni..semua betul ke? hehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Bab betul ke tak, tu yg sy minat nak tau tu.. Takut iklan je lebey. Heh, ni kire suuz zhan ke? Huhu

    ReplyDelete
  5. Izzati(yeke baik?) haha.,
    Terikat or tak terikat.. dua2 ada pro dan kontra. Kami tak yah susah-susah cari kerja sebab dah terikat. Tapi kami kena susah bekerja sebab terikat juaa.. tak boleh lari susah atau senang. hehe. ada duit bayar stgh juta boleh?

    Ain,
    Tahu takpe, memang best jumpa cikodah itu. pre-reunion bak katanya. Dah setel dah aktiviti melapor diri segala. Sekarang tggu pinangan KKM untuk induksi dan kerja. yuhuuuu! =p

    ReplyDelete
  6. Farah dan Shi,
    Rasanya betul. Sebab sepnjang bergelumang dengan orang yang bekerja kerajaan (my parents), benda-benda ni je yang asyik dibincangkan.. So betul la kot inshallah. cuma cepat or lambat je nikmat2 tu semua.. Hehe.

    ReplyDelete
  7. yup, sbb tu i pilih tuk khidmat di sektor awam eventho de tawaran masuk sektor swasta. reason2 tu la wlpn de org kate org kerajaan kije mkn gaji buta, lantak r.wlpn gaji sikit takpe la, jnji epiii.. =)

    ReplyDelete