Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi menang bergaya

Pro-Aspirasi menang bergaya??

Oh, saya rasa tidaklah terlampau bergaya. Kebanyakannya menang tipis saja dalam Pilihanraya Kampus yang kebanyakannya berlangsung semalam.

Pada pilihanraya baru-baru ini, Aspirasi berjaya menguasai UKM, UM dan UPM...

Adik saya Pro-Aspirasi UKM tahu. Kalau bincang pasal ni dengan dia mesti tak habis dan 'end-up' dengan 'bertekak'. Dia sangat gembira Aspirasi menang. Heh.

Saya pun geram. Apa lagi, saya pun menelefon pakar rujuk utama saya, abah..

Me : Abah, apa pasal Aspirasi menang banyak ni.. Semua tempat dia menang. Sukalah Yah (adik saya) tu.

Abah : Hai, biasalah sekarang. Zaman abah kat UKM dulu, jangan harap Aspirasi boleh menang.

Me : Kenapa dulu lain, sekarang lain?

Abah : Dulu Pro-Mahasiswa kuat. Orang semua takut jika mereka bersuara. Sekarang ni, dah ada pihak ketiga masuk campur, susahlah. Contohnya macam adik, dah 'didoktrin' suruh sokong Aspirasi.

Me : Hahaha (Abah with me! Wewiit)

Bila dah letak telefon, saya lekas-lekas menelefon adik saya di UKM nun.


************


Me : Yah, abah kata ko kena doktrin! Hahaha (Saya gelak besar)

Yah : (Geram) Mana ada! Akak ngan abah memang.. sekapal! Tak boleh jadi ni. Kena balik ni, menegakkan kebenaran!


Ya. Akak dan abah memang seKAPAL dan seKEPALA menyokong Pro-Mahasiswa.. Hehe..Sila jangan emo. Harap bertenang kerana 'Aspirasi' kan dah menang.

Saja mem'provoke' dia. Biar kita 'main politik'. Jangan biar politik 'mainkan' kita. Adat bertanding - menang dan kalah. Budaya mahasiswa juga - bersuara dan melakukan perhimpunan aman menentang apa yang tidak memuaskan hati. Namun yang penting, semuanya biar berpada. Jangan sampai 'menang bersorak, tapi kampung tergadai.' Jangan kerana prinsip yang kita mahu tegakkan, ukhwah dan persaudaraan sesama Islam tercemar. Oh itu memang dah salah.

Pada saya, walau di manapun 'stand' kita, sama ada pro-kerajaan atau pembangkang, mahasiswa perlu matang.

Sekurang-kurangnya kita prihatin dengan apa yang berlaku di kampus. Tidaklah apabila ditanya, "Eh ada pilihanraya eh?", "Siapa menang? Tak tahu, malas nak ambil tahu. Tak suka politik."

Rugilah mereka. Sangat rugi. Itulah, yang tahu, cumanya apa 'movie' yang baru 'released', apa game yang latest untuk download, duit JPA dah masuk ke belum, bila nak pergi shopping, celik mata buka FB, layan Farmville. Semuanya aktiviti tak mengembangkan minda untuk berfikir.

Cuba luangkan masa untuk berfikir tentang masalah semasa, masalah yang berlaku di sekeliling. Cuba untuk berfikir kreatif, kritis, dan analitikal.

Mahasiswa yang 'pegun' pun tidak elok. Yang ekstrim juga begitu. Semua pihak perlu bersedia menerima kekalahan, dan cuba muhasabah agar tahun depan kita boleh menang bergaya semula~~

~Sedikit Info~

Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah diibaratkan 2 buah parti besar selain calon BEBAS, yang biasanya bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) di tanahair.

Tahun lepas, Pro-M menang besar di UM. Namun untuk tahun ini Pro A merampas semula kemenangan tersebut.

13 comments:

  1. Haha apesal asma.. Akk tengah ada 'elated mood' untuk mengupdate blog ni. Sementara ber'mood' baik menulis kan. Nanti kalau hilang mood, satu pun tak jalan.

    ReplyDelete
  2. huiiii..hang saje bikin panas kan..x kesah la sape menang pun kan...at least,, adik mu ini tahu ape perkembangan kat kampus.. even x jadi calon pon kan...

    mmg x semua pihak betul 100%,, tapi x perlu la bersikap hipokrit,, memburukkan org lain, mencetuskan pergaduhan dan sebagainya..huhu..berani kate sbb dah nmpk ape yg berlaku kat sini..n xtaw tempat lain..huhu...

    x rase pon diri didoktorin drpd pihak ke3,, sbb aspirasi ukm hanya mendokong misi dan visi ukm...n depends la kat student tu nk support mane...sndiri buleh fikir...

    wateva happened,, proA dah selamat menang kat u saye..huhu..n nx election pon x dpt nk join dah sbb sy dah grad..huhu...

    ReplyDelete
  3. kerana nila setitik,rosak susu satu kotak..

    haaa..ckp la lebih..krg..tu krg..=P

    tp..ak tk nafikan la..kwn ak kt UM kata,yg memimpin parti pro mahasiswa berpolitik..
    kdg2 radikal..

    mahasiswa malaysia tk dpt pendedahan meluas ke??
    and btw,ak smpai skrg tk dpt nk tgkp apa org kata pelajar melayu middle east punyai minda kelas ketiga..

    Msia suka 'keamanan' kan?

    ReplyDelete
  4. main politik.
    jgn politik maen kita..

    hmm tq2..

    ReplyDelete
  5. mudahnya.

    ambil tahu tentang politik, tapi tidak semestinya masuk ke kancah politik secara official

    ReplyDelete
  6. hmm..
    setuju dengan ayah faezza
    orang kata , dulu suara mahasiswa kuat, takut kalau mereka bersuara, dan suara mereka didengar..

    kenapa..?
    mahasiswa dulu lebih matang..?
    sekarang tak matang..?

    pernah dijelaskan oleh seseorang di universiti tempatan tentang ini..
    dulu mahasiswa senang dan cepat matang, sebab mereka diberi kebebasan berfikir, dan bebas menyuarakan pandangan, tiada sekatan... nak cakap apa2 yang tak puas hati, tegur apa yang kurang.. biarkan minda mahasiswa bersuara

    ahli-ahli akademik yang mentadbir universiti ketika itu meraikan suara-suara mahasiswa dan memandang dari sudut positif mahasiswa bebas berfikir dan menyuarakan pendapat

    but for the last .. not sure how many years back, pentadbiran ditukar, suara mahasiswa disekat.. apa2 yang berbaur poe lee tick, diharamkan untuk disuarakan. mahasiswa dibuang kalau ada yang terlibat.. last2...zippppp mulut.. jgn cakap ape2

    maka... fikiran mahasiswa beralih la pada.. ape...?
    donlod movies..? games..? hedonisme..?

    salah sape..??
    (pemilik blog ni.. hihi)

    study2
    tapi fikir study je.. bukan mahasiswa sebenar la kita, kan...

    ReplyDelete
  7. Yah,
    Oit2. Tengok tu kan dah semangat dia. Akak setuju dengan ko. Tak perlu nak hipokrit, memburukkan orang lain dan mencetuskan pergaduhan. Tak kisah parti mana pun..Yang lebih penting adalah latar-belakang kefahaman tentang Islam.

    Tak guna pun kalau dia dokong visi dan misi Universiti tapi misi Islam jadi perkara ke2. Itu sebabnya kena selidik peribadi calon sebelum mengundi. Kalau tidak, itu yang jadi bukan-bukan di universiti. Kalau dah pemimpin tak hairan agama, semua benda atau program yang dijalankan nanti boleh hilang identiti agama. Nauzubillah. Tidak salah untuk mengatakan 'akhlak mahasiswa sekarang sangat teruk'. Semoga dengan niat kita menjaga kemurnian Islam tu sendiri, moga Allah pelihara iman kita.

    ReplyDelete
  8. Kilah,
    Macam mana, nila boleh masuk dalam air kotak susu? hehe.
    Yang paling penting, semua orang faham apa itu politik. Then baru boleh judge. Orang luar yang tak faham politik selalu nampak ia negatif. Takde politik, macam mana nak mentadbir..

    Pakcik Wiki kata, "Politics is a process by which groups of people make collective decisions". Jadi fikirlah macam mana pun, cuba bagi cara, macam mana nak lari dari dunia politik?
    Pergi masuk gua duduk sorang-sorang. Kata politik kotor kan.. Hehe.
    Minda kelas ke3? Uhuh. Tercabar tak, tercabar. Tak pe, mulut dia. Yang penting minda kita. Mari meng'1st-class'kan minda kita dan men'3rd-class'kan mulut dia. :)

    ReplyDelete
  9. Faiq,
    Terima kasih menyinggah.

    Muner,
    Ya. Asalkan ada orang yang lebih 'alim' menggerakkan, selagi tak bertentangan, kita dokong dan sokong!

    ReplyDelete
  10. cik ct wan tak kembang, (hehe)
    bitzobb ra2yik.
    saya setuju. Kita tersekat. (aukuku)
    Tapi betul lah. Lagi dia sekat, lagi rasa nak memberontakkan. Hehe. Darah muda betul.

    Cik ct komen panjang-panjang, nanti masuk utusan malaysia saya tak tahu.. ayokk.. (Ha, kan dah rasa takut dan tersekat) T__T

    ReplyDelete
  11. inilah yg dinamakan mahasiswa..hebat bukan????

    http://cheesecake1987.blogspot.com/2010/01/mahasiswa-dan-demonstrasi.html

    ReplyDelete
  12. most used Carvedilol is used to treat high blood pressure and heart failure. It is also used after a heart attack to improve the chance of survival if your heart is not pumping well. Lowering high blood pressure helps prevent strokes, heart attacks, and kidney problems.

    ReplyDelete