Saturday, April 17, 2010

Saya nak balik mengundi!

Bukankah bagus kalau setiap tahun pun ada pilihanraya? Banyak kerja-kerja kebajikan dibuat. Janji banyak ditabur. Sumbangan demi sumbangan diberikan. Projek terbengkalai pun terus jadi laju. Semuanya kerana PILIHANRAYA. Bak kata TPM, "Rakyat adalah 'raja'".(Tapi saya rasa waktu pilihanraya saja. Waktu lain, pemimpinlah yang jadi raja dan banyak duit..)

Jika tidak disebabkan pilihanraya, pasti ramai yang tidak pernah mendengar nama Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Serendah. Buka suratkhabar setiap hari sejak akhir-akhir ini - semua berkisar tentang cerita di tempat ini.

Info ringkas untuk mereka yang tidak pernah sampai ke Kuala Kubu Bharu; Ia merupakan ibu daerah Hulu Selangor, pejabat pentadbiran daerah juga terletak di sini. Hmm, apa lagi.. Kalau nak sampai ke KKB, bolehla menaiki bas dari KL, Rawang atau Tg. Malim. Jika menaiki komuter, turun saja di stesen KKB. Nanti saya ambil. Cewah..Oh ya ikut highway pun senang sekarang. Tidak perlu 'exit' di Rawang dan menempuh 'jammed' di sana. Susur keluar di Bukit Beruntung adalah alternatif.

Dulu KKB memang tiada apa. Cuma sebuah pekan kecil yang aman damai, nyaman dan sejuk kerana kedudukannya yang berbukit dan sedikit di bawah Bukit Fraser. Tetapi sekarang makin ramai pula manusia di KKB. Sesuai agaknya jadi pusat pendidikan. Ada MRSM, ada Darul-Quran, ada IKBN, ada kem PLKN. Kalau dibesarkan sedikit dan sampai ke Ulu Yam, ada juga Sekolah Sains Hulu Selangor (Semashur). Sekarang nak tunggu UiTM cawangan Serendah pula jika BN menang pilihanraya kecil nanti. :p

Cerita yang mungkin orang tidak tahu, dulu saya pernah dengar sebelum KLIA di Sepang siap dibina, pernah mendengar ura-ura bahawa lapangan terbang antarabangsa tersebut pada awalnya hendak dibina di Lembah Beringin. Kawasan yang baru dibuka. Lembah Beringin di mana? Kat Hulu Selangor la. On the way dari KKB ke Tg Malim. Ada KYUEM di situ tapi saya belum pernah sampai ke kolej itu. Saya masih ingat, ketika itu orang ramai risau jika lapangan terbang tersebut benar-benar dibina di situ. Tentu jalan semakin jammed dan bising akibat kapal terbang turun naik. Dan namanya juga pasti akan menjadi LBIA. Hehe. Lembah Beringin International Airport.(Eh tak boleh kot, tak sedap didengar. Heh)

Sempena pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung minggu depan kalau tak silap saya, akan menyaksikan 2 parti besar seperti biasa berentap, BN dan PKR. Mereka ialah calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon Bebas.

Saya ingatkan calon zaman berzaman BN, Dato G Palanivel akan bertanding. Tapi orang lain rupanya yang menggantikan. Dari kecil telah mendengar nama dia. Calon PKR yang didengari bakal menentang, Dato Zaid Ibrahim. Saya ingatkan dia orang tempatan. Tapi orang Kelantan rupanya. Dahulu Dato Ismail Kamus pun pernah bertanding mewakili PAS untuk kawasan ini. Dia memang orang tempatan. Maka saya rasa dia memang layak. Tapi kalau tak silap saya, dia tewas dalam pilihanraya tersebut. Hmm, kenapa mereka tak letak calon orang tempatan. Kan bagus.. Kalau BN, Tan Sri Mohammad Bin Muhammad Taib - kalau dia bertanding mesti menang besar BN sebab dia orang Hulu Selangor dan pernah mengajar di SMKKKB tahu!

Bak kata seorang ustaz yang saya ikuti kelasnya, dalam umur kita seperti sekarang, kita perlu berani menyatakan pandangan dalam politik. Maka pada pandangan saya, PKR ada potensi untuk menang kerana calonnya bukan calang-calang orang.

Nama saya telah berdaftar sebagai pengundi. Saya dan Aqilah mendaftar bersama di KL ketika kami berjalan-jalan shopping semasa pulang elektif dahulu. Mengundi telah layak, namun memandangkan jasad masih berada di bumi Jordan, tidak dapatlah untuk membuang undi. Apa-apa pun, semoga pilihanraya berjalan dengan bersih. Semoga janji-janji yang ditabur tidaklah kosong semata. Kami di Hulu Selangor nak ada LRT boleh?? Hehe.

::Kes wanita Sumatera- Sudahlah nisbah lelaki:wanita tak seimbang. Kalau ramai nakkan wanita Sumatera, siapa nakkan wanita Malaysia??

5 comments:

  1. a-ha, political maturation syndrome (PMS? haha)i loike it :p me'radiasi'kan kematangan akal dalam semua aspek kehidupan. Dasarnya ilmu & kefahaman, bahaya jika hanya emosi melampau.

    Ni mesti kes balik kelas ngaji smlm. bestnya! (cepatlah abes exam dgn jayanya (amin) bleh p kelas ari2 - eceh mcm ustaz mahu je huhu)

    ReplyDelete
  2. p.s : siapa nakkan wanita malaysia? haha mat2 bangla (?)

    ReplyDelete
  3. Semplitt,
    Oit2x. Bukan main ayat.. "Meradiasikan kematangan akal". Sinaran radiasi adalah buruk untuk kesihatan. Itulah, orang ajak pergi kelas tak mahu pergi. Haha. Harap maklum cik semplitt exam terlebih dahulu dari kami. itu sebab dia tak pergi kelas mengaji ok.

    Politik ini bagus. Tapi jangan main kotor la kalau nak tengok dia betul2 baik.

    Mat Bangla?? Hahaha. Nape tak mat2 korea..

    ReplyDelete
  4. hamboi semangat macam nak melompat rasa..ehehehe..memang pon bila pilihanraya baru nak kehulur kehilir carik rakyat.sini free sana free, itu boleh ini boleh.sgt obvious nak berbaik hanya kerana pilihanraya. bila buat sesuatu kerana kepentingan diri, kuasa dan nama, memang takkan berpanjangan. Kalau buat kerana agama dan Allah, habuan bukan kat dunia tapi akhirat nnt, istiqomah bukan hangat2 tahi ayam, hehe tak gitu ?
    okla popoi, sambung baca book taaaa

    ReplyDelete
  5. Farah,
    Betul bagai apa yang dikata. Tapi tak pe, kalau belum datang ikhlas pun, semoga ada 'istikhlas'. :)
    Jommy! Continue studying! Tiada lain yang boleh kita lakukan sekarang selain study, study dan study! Study sampai ready ok!

    ReplyDelete