Thursday, May 15, 2014
Comeback!
Alhamdulillah tak sangka masih ingat emel dan password blog ni.sudah lama tak memblog.Terasa ingin kembali ke duni blogger untuk mencatat dan berkongsi pengalaman. Hmm, inshallah ada masa pasti akan ku coret jua..
Tuesday, March 12, 2013
I-city Shah Alam
| Raihana nak susu, mama nak kena perah susu lembu ni...:) |
| Haii papa, nak amik dulang ke nak tengok orang dia... haha. |
| Yaya ngantuk ni papa!! |
| Help!! crocodile there!! |
| Bergambar dengan elephant plak. |
| Papa bawa yaya rock climbing |
| Mama, giraffe ni nak makan tangan yaya ke nak makan daun?? |
| Papa dah tukar kerja ... |
| Sweetheart... |
| Mama, lari!!! |
| Ape ni mama, tak jatuh pun! |
| Mama pegang yaya kuat-kuat tau, nanti jatuh! |
| Kita nak pegi mana ni mama, jauh dan gelapnyaa! |
| Leonardo de caprio... ooppss da vici |
| Papa the prisonbreaker.. haha |
| Dalam banyak-banyak binatang, yang ni juga yaya pilih..(Mama pun tak perasan, hah) |
| Tak redi dok diam dalam kereta unless tidur |
| My Sweethearts |
| I'm riding a rhinoceros! |
| Papa buat ape tuuuu... |
| Penat dah... |
Friday, March 1, 2013
Assalamualaikum
Siapa kata saya tidak rindu untuk menulis?? Teramatlah rindu.
Rindu untuk berkongsi. Perkongsian ilmu dan pengalaman berharga.
Semoga terus istiqamah dalam perkara kebaikan.
Alhamdulillah, kehidupan sebagai seorang houseman berjaya ditamatkan. I want my back my life!!
Here it is. Saya rasa saya dapat semula sinar kehidupan saya. Bukan nak kata sebagai HO, hidup dalam kegelapan. Tapi sebenarnya memang pun!
Memang ya, setiap hari bekerja. Menunai amanah. Menanam keseronokan.
Perit untuk dilalui, namun manis untuk dikenang. Tak sangka saya sekuat itu untuk mengharungi pahit manis kehidupan sebagai seorang isteri, ibu, anak dan HO.
Alhamdulillah, I m back to the life!!
Saya ingin menunaikan semula tanggungjawab-tanggungjawab lain yang banyak tertangguh ketika dulu. Tanggungjawab sebagai hamba Allah.. Nak baiki amalan sunat, tambah banyak membaca quran, nak polish ilmu akhirat dan duniawi.
Pesan saya kepaya yang masih HO,
BE STRONG AND STRIVE FOR YOUR GLORY. The time will come. Just bear with it.
Yang masih belajar,
Banyak yang akan kamu lalui selepas ini. Bersedialah fizikal, mental dan emosi. Semoga berjaya!
Kg. Boyan, 1/3/13
Thursday, May 17, 2012
Detik kelahiran
Next : Ramai bertanya, kenapa panggil Yaya...
Wednesday, May 2, 2012
Cuti-cuti Yaya
![]() |
| Raya Haji 2011 - Masih morning sickness. Yaya 2 bulan. |
![]() |
| Cameron Highland - Yaya 4 bulan. |
![]() |
| Papa temankan mama makan. Selera besar. See papa tak order apa-apa. Papa kata, "it's all for u my dear.." cewah. |
![]() |
| Bukit Tinggi - Yaya 6 bulan di Japanese Village. Papa dera mama jalan naik bukit ni. |
![]() |
| Papa kata ini kek cili. Heh. Takde taste langsung papa ni. Ni kek karot la papa. RM 7 kot satu slice. Sedap. |
![]() |
| Konon-kononnya dulu papa nak bubuh nama Yaya - Azalea. Bunga yang kami jumpa di Botanical Garden Bukit Tinggi. Macam sweet. Takpelah papa, kita simpan nama ni untuk adik Yaya soon. Heheh. |
![]() |
| At Colmar @ Bukit Tinggi. Serius best! |
Yaya @ 3rd trimester
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sunday, April 22, 2012
Kisah Yaya honeymoon
Saturday, April 21, 2012
Pengalaman 1st trimester...
::Yaya = Baby Raihana::
Friday, April 20, 2012
Raihana, seharum wangian...
Monday, December 12, 2011
Goodbye medical...
Medical memang memenatkan. Stress yang datang pun adalah kerana tidak cukup tenaga untuk melakukan semua kerja. Saya belajar untuk mengamuk ketika bekerja dalam department ini. Apabila penat, senang untuk kita rasa berkira dengan kerja. Rasa senang nak mengamuk. Cepat betul hilang sabar. Namun apa yang seronok, semua MO dan kebanyakan pakarnya memang sporting dan best! Terima kasih kepada semua yang banyk membantu.
Sekarang masanya untuk honeymoon lagi.. Yeay!! Next destination...Amman.. (heh i wish..).
Monday, August 15, 2011
End of posting leave
Oh ya minggu lepas jumpa Bessy dan Piya di hospital. Bessy datang menemani bapanya yang dimasukkan ke wad manakala Piya pula melawat atuk saudaranya di ICU. Melihat wajah mereka membuat kenangan di Jordan terimbau semula. Teringat kawan-kawan lain..:(
Yeay hari ini saya akan menaiki Senandung Langkawi untuk pulang ke Rasa! Balik sekejap. Memandangkan suami tidak bercuti, maka saya akan pulang sendiri. Sekejap saja. Tak boleh kot tinggalkan suami lelama. Heh.
Nak balik Rasa seorang, bukan setakat perlu minta izin dari suami, malah dari abah juga. Heh.
Ada sekali satu hari dulu saya cuti juga tapi suami tidak bercuti. Dia izinkan saya pulang ke Rasa walaupun berat hati. Dia kata, "Siapa yang suka kalau berjauhan dengan isteri..." Huhu.
Kemudian saya telefon abah.
Saya : Abah, Pza cuti. Nak balik!
Abah : Ikraq cuti ?
Saya : Tak. Pza balik naik ketapi yeh.
Abah : Eipp! Mana boleh. Tempat isteri kan bersama suami. (Aaaaaaaaaaa.. kelam pandanganku.) Haha.
Bila suami dengar, senyumlah dia sampai ke telinga. Saya tak dapat balik.
Kali ini, saya cuti seminggu. Hmmm takkan nak duduk rumah saja seminggu. Setakat jalan-jalan Taiping seorang, boring.. Kalau dia ada boleh balik Parit BUntar ke, shopping-shoppping di Penang ke, duduk rumah pun tidaklah bosan. Ini, dia oncall lagi. Plus puasa, tak boleh makan-makan. Nak jalan-jalan pun panas.
Dia ok kalau saya balik. Haiihhh nak minta izin abah pula.
Kali pertama telefon. Abah kata, " Tak payah balik seorang. Nanti abah dan ibu datang Taiping."
Ala.... orang nak jumpa keluarga semua di KKB..
Kecewa..
Kali kedua telefon. Ibu dan adik bertanya lagi, "tak jadi balik ke?"
Jawab saya, "Ikraq ok. Tapi nak kena tanya abah. Nanti orang sampai KKB, abah hantar balik Taiping pulak!" Heh.
Sekali lagi saya cakap dengan abah, then abah cakap, "Cakap baik-baik dengan Ikraq. Minta izin, redha tak pza balik sendiri ni... Cakap kat dia nanti abah hantar Pza balik Taiping."
Yeay!
Boleh balik yeay!
Tapi sedih juga nak meninggalkan si dia yang tersayang. Tak mengapa. ABSENCE MAKES HEART GROWS FONDER! I LOVE YOU HONEY!
Wednesday, July 27, 2011
Lamanya...
Cuma hari ini excited plus plus kerana mendapat pujian dari specialist. *blushing*
Hehe. Inshallah tidak lama lagi tempoh posting O&G saya akan tamat.(O&G di Hosp Taiping adalah antara department yang perit penat dan pelik). Justeru saya perlu menghabiskan viva sebelum meninggalkan posting ini. Semalam saya viva dengan salah seorang pakar untuk tajuk Total Abdominal Hysterectomy with salphingooophorectomy (Tabhso) dan vaginal hysterectomy.
Soalan beliau ringkas. Tell me indications for tahbso. and how do u do it..
Saya pun berceritalah step-step tersebut secara ringkas, langsung tidak detail.
ok2 then whats the diference between tabhso and vaginal hysterectomy.
saya jawab.. bla2..
Then beliau kata, "Ok tomorrow I'll sign ur logbook. I know u are a good and hardworking houseman.." sambil senyum.
OMG. macam rasa hilang penat bila specialist yang digeruni sekali mengeluarkan kata pujian. Alhamdulillah. best2! Tak sia-sia datang viva pukul 11malam - meninggalkan suami seorang di rumah. Heh.
Sekarang suami pun meninggalkan isteri seorang di rumah kerana pergi bermain futsal. isk isk.
::Tahun ini saya berhari raya pertama di perantauan..:(::
Thursday, April 21, 2011
4 bulan di Pediatrik
"Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam "
2011/04/20
SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini.
Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan. Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti? Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas?
Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan. Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk.
Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini.
Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka?
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja. Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta.
INSAN SIMPATI,
Shah Alam.
Tuesday, March 29, 2011
Masa depan
"Nak sambung belajar kursus apa.."
"Nak apply mana.."
Kami yang berada di hospital turut merasa bahang keputusan SPM yang baru keluar baru-baru ini. Staf-staf sibuk bercerita keputusan anak dan saudara masing-masing.
Tanya seorang rakan HO, "Hey, macam mana nak apply JPA. My brother nak further medic under JPA la.."
Berbual pula dengan seorang lagi rakan. "I'm not going to let my kid further in medicine. Let they do engineering, or be a pilot."
Respon saya kepada seorang staff nurse yang punyai anak saudara yang ingin menjadi doktor. "Fikir baik-baik."
Dan suami saya cakap, "Anak nanti tak payah jadi doktor. Biar dia jadi pemain bola." Heh. No wayy!
Pesananku kepada adik-adik.
Fikirkan cita-cita yang menjanjikan kepuasan kepada anda. Kepuasan yang dimaksudkan terdiri daripada kombinasi pelbagai faktor. Minat, pendapatan, pengalaman, masa depan.
Jadi artis.. Minat ya. Pendapatan.. bergantung. Kalau jadi Siti Nurhaliza memanglah kaya.
Pengalaman.. Banyak. Jumpa orang ramai, pergi show sana sini. Masa depan.. Tak berapa nampak berapa jauh boleh pergi. Tak selamanya kita on top of the world.
Jadi pemain bola. Minat ada. Pendapatan.. Pemain Malaysia tak berapa pasti berapa pendapatannya. Hmm. Pengalaman.. Banyak. New skills.. Masa depan.. Sekali cedera, nak sembuh ambil masa. Nasib tak baik, kena terus pencen.
Jadi doktor. Minat? Kot. Pendapatan.. Puas hati. Pengalaman.. Sangat banyak. Masa depan. Inshallah cerah.. Bukan doktor saja. Termasuklah banyak lagi pekerjaan lain yang menjanjikan pengalaman dan pahala.
Pahala. Ya, ia antara faktor yang penting. Apa-apa pun pekerjaan, jika ikhlas, halal, pasti ia menjanjikan pahala. Alhamdulillah I am a doctor. Apabila kepenatan, kadang-kadang bertanya, "Kenapalaa jadi doktor.." Apabila dapat gaji, "Alhamdulillah aku dah kerja jadi doktor." Apabila stress, "Nak jual burger laaa cam ni.."
Heh. Fikir baik-baik.
Apabila fikir tentang masa depan juga, saya bercita-cita untuk punyai anak yang bergelar ustaz....:) Macam Ustaz Amirul. Tak mahulah pemain bola.
Saturday, March 19, 2011
Pediatrics @ Hospital Taiping
Sudah 3 bulan saya berada dalam rotation peds. Ini bermakna tinggal sebulan lagi sebelum beralih posting. Baru juga selesai menjalani mid-posting assesment. Rumusannya, 70% daripada soalan yang ditanya adalah basic medical knowledge yang dipelajari semasa tahun 1, 2 dan 3. Memandangkan zaman HO adalah sempit dan memang tiada masa spesifik untuk study, saya banyak merecall saja semula apa yang pernah dipelajari satu ketika dahulu. Serius memang saya rasa jauuuuuuh sangat saya terpaksa menggapai ilmu-ilmu terdahulu. Tapi syukur, pernah tahu. Syukur tidak berapa blur. Hasilnya untuk komen di buku log saya, specialist menulis, 'Need to be improved. But pass basic medical knowledge." Huhu. Nevermind, pass yang penting sebab saya nak ber'weekend off' dengan damainya. Pengajaran untuk pembaca blog yang merupakan medical student, dont ever forget your basic knowledge.
Oh ya bercerita tentang department Peds di Hospital Taiping, saya telah pun menjalani rotation di semua wad. Mula-mula sekali di wad C3 (General Peds) > Wad umum untuk kanak-kanak yang menerima semua kes di peringkat umur 1 bulan ke atas. Boleh dikatakan semua kes di Malaysia telah dijumpai di sini. Tapi brucellosis yang menjadi soalan exam OSCE di Jordan saya belum jumpa.Heh. Ada orang Malaysia minum susu tak masak ke..
Selepas berada di C3, saya ke SCN (Special Care for Neonates). Mulanya memang stress berada di sini. Semua baby adalah tenat di sini. Seperti menunggu perbicaraan 'boleh meneruskan kehidupan atau tidak.' Di wad ini juga sibuk kerana terpaksa meng'cover' labor room, OT dan Maternity Ward. Sekiranya ada bayi yang perlu di'resuscitate, doktor di SCN akan dipanggil. Sekiranya ada baby jaundice di maternity ward juga, HO di SCN akan dipanggil untuk menguruskan admission. Namun yang seronok dan berbaloi, di wad inilah masanya untuk memenuhkan buku log. Intubate, resuscitate, umbilical venous catheter, semua boleh dilakukan di sini.
Selepas itu, saya ke wad B3. Wad untuk bayi berumur 1 bulan dan ke bawah yang belum mencapai tahap kritikal SCN. Bayi-bayi jaundis under photo akan dimasukkan ke sini. Wad ini juga seronok kerana kebanyakan kes jaundis. History dan management yang stereotaip. Namun oncall di wad ini adalah mentensionkan. Yang terbaru, 20 orang baby under photo - bermakna pagi itu terpaksa mengambil darah untuk 20 orang baby tersebut. Kalau seorang sebotol tidak mengapa, namun seorang ada yang 4-5 botol. Pulak tu pagi-pagi tak mahu diam. Menangis sampai tendang-tendang botol darah membuatkan beberapa titik darah tidak dapat diselamatkan. Bikin doktor tension. Malam-malam dialah baby yang comel. Menjelang pagi, semua baby rasa menggeramkan. Huhu. Sejak pukul 330 pagi sudah dibangunkan oleh misi untuk new case admission, kemudian terus mengambil darah sehingga jam 630 pagi. Kemudian terus pula bekerja sampai jam 4.00 petang meskipun hari minggu. Tension sungguh.
Yang terbaru, saya berada di C1 (Pusat Rawatan Harian). Di sini HO perlu menguruskan pesakit-pesakit Thalassemia yang datang untuk blood transfusion, pesakit chemo dan pesakit kanak-kanak yang dirujuk dari klinik untuk pengambilan darah dan urine. Minggu ini saya di C1. Minggu cuti sekolah. Berduyun-duyun pula pesakit nak masuk darah minggu ini. Seorang saja HO diperuntukkan di sini. Oleh itu terpaksa meminta bantuan dari HO dari wad lain.
Minggu depan bakal ditempatkan di klinik pakar pula. Sama saja penatnya..Tak mengapa. Harung sajalah. Yang penting setiap tempat menjanjikan pengalaman yang lain dan berharga. Memang terbaik!
Esok hari ahad. Lusa hari Isnin. Kerjaaaa!
Ok sampai jumpa lagi..
Thursday, March 3, 2011
New life...
Memang terlalu banyak sebab mengapa kita perlu lafazkan kalimah keramat 'alhamdulillah'...
Wednesday, January 19, 2011
On my 25th birthday
Saturday, January 1, 2011
6-11 daily
Thursday, December 9, 2010
Hajj-induced cough
Siapa yang pergi haji tapi dia tak batuk langsung? Angkat tangan!
Hebatnya immunity badan dia.
Kerana kami masih batuk-batuk lagi..
Sejak tiba di Mekah, sehingga sekarang saya masih batuk. Bunyi batuk lain macam. Tapi bukanlah 'whooping cough' ke apa.. Cuma ada kelainan pada bunyi itu, saya dapat mengenalpasti.
Ustaz Rosli (guru agama Rayhar) berkata, "Siapa batuk, itu tandanya betul dia dah sampai Mekah. Unta saja yang tak batuk. Orang lain semua batuk.."
Seorang gadis Sudan yang saya sempat kenali di Masjid Nabawi berkata, "Batuk dah boleh jadi rukun haji.."
Itulah hebatnya penangan batuk.
Di MasjidilHaram, batuk bersahut-sahutan antara jemaah ketika solat. Di sekitar masjid, berjalan tidak berkasut adalah agak merbahaya bukan saja dari segi keselamatan malah kebersihan. Lantai 'free-free' bercorak tompokan pelbagai warna sputum. Dalam kapal terbang pulang ke Malaysia juga begitu, batuk jadi irama dan halwa telinga sepanjang perjalanan.
Sebut saja ubat batuk jenis apa yang belum ditelan,
Cap ibu dan anak?
Breacol?
Madu?
Air asam jawa?
Limau dicicah kicap?
Ubat tabung haji (cecair atau tablet)?
Benarlah, "Dan apabila aku sakit, dia yang menyembuhkan..." (26:80)
::Selingan : Saya akan ke kursus Induksi dan Kenegaraan di Hotel Putra, KL minggu hadapan. Justeru akan bekerja terus kot. Huhu, hargailah lapang sebelum sempit (dan semput). Entri di Madinah akan disambung kemudian..::






