Tuesday, June 30, 2009

Blur yet clear

Sudah 3 hari kelas bermula. Masih lagi dalam mode mencari semangat baru. Maklumlah, 3 minggu bercuti, makanya, kemalasan, ke'blur'an masih menyelubungi diri ini sehingga kini. Oh diri, bangun dan bersemangatlah!

Lagi 2 minggu, tugasan dan taklifan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) akan saya tinggalkan. Bermakna, lagi 2 minggu, Mesyuarat Agung MPPM akan berlangsung. That's why life getting busier nowadays. Macam-macam nak uruskan sebelum lepaskan kerja pada orang lain.


Kepada Team MEKAR (Mesyuarat Agung Tahunan MPPM, Karnival Akademik & Kebudayaan), semoga terus bersemangat dalam menjalankan kerja-kerja anda. Kerja + mesyuarat + stress = Jazakumullah kher.


Kembali ke JUST,

Rotation tahun 6 saya bermula dengan Neurosurgery. Doktor sangat sibuk, dan sudah dua hari kami hanya round bersama residen. Hanya sehari sempat bersama Dr Husam Shraideh (We, Shraideh are born to be a neurosurgeon >> Kata beliau.)

Terkenang-kenang kembali pada semester ini pada tahun lepas ketika kami di tahun 4, kami menyiapkan projek 'Public Health' di kampung-kampung. Sungguh menyeronokkan. No stress at all for that semester. Justeru saya 'jealous' dengan budak-budak tahun 4 sekarang yang sedang round Public Health. Untuk mereka,>> jangan tak datang kelas dan sila siapkan kerja dengan cemerlang. (Jangan asyik datang kelas kedua saja sebab doktor ambil kedatangan pada kelas terakhir katanya :p) And..kebanyakan doktor Public Health suka pelajar Malaysia sebab tak banyak buat hal compared to Arabs, so do maintain that high expectation ok.

Till here, I think I should stop now. For those outsides who just recently finish their final exam, I wish you a Happy Holiday. Use your time wisely though. :)

Monday, June 22, 2009

Entri sempena 21 Jun

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time on you...

Dia yang membesarkan kami adik-beradik,
Dia yang memberi kami belanja dan membayar yuran sekolah kami,
Dia yang menghantar dan menyambut kami pulang dari sekolah.
Dia yang mengajar kami solat dan mengaji,
Mengajar kami niat berpuasa, qiamullail.

Masih saya ingat ketika kecil, saya amat malas untuk ke sekolah agama. Maklumlah kelasnya yang bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 6 petang, pulak tu selepas kepenatan di sekolah pagi, sememangnya waktu ke sekolah agama adalah waktu enaknya tidur. Tapi dia tak pernah bagi muka. Kerap kali juga saya ke sekolah dengan linangan air mata.. isk isk. (Memang mengada)

Waktu mengaji, saya selalu takut. Saya rasa dia sangat garang. Makanya menitislah air mata saya ke atas muqaddam. Walaupun begitu, dia tetap dengan muka seriusnya.

Apabila kami baru berlumba nak masuk ke bilik air ketika azan maghrib telah berkumandang, dia yang telah menunggu di atas sejadah untuk solat jemaah mula bersuara keras. "Dah azan baru nak mandi."
Abang pula kerap kali duduk berteman nyamuk di luar pada waktu maghrib sekiranya pulang lewat dari bermain bola. "Rasakan, itulah denda bagi orang nakal." Katanya...

Pada malam-malam terakhir Ramadhan...
"Malam esok semua bangun ya..Qiam" Katanya lembut.
Kami mula bercakap sesama sendiri, "Lamanya solat tasbih...Isk isk"
Sempat juga melobi ibu, "Bu, ngantuk la bu. Tak larat, bla.. bla.." (Alasan palsu semua ni..:p)
Keesokan paginya, selepas kami semua dikejutkan, terpisat-pisat kami bangun, saja pula tu melambat-lambatkan. Dia masih tekun menunggu kami semua bersiap.
Antara tazkirah sebelum qiamullail darinya yang paling saya ingat tentang solat tasbih, "Solat ini berat. Tapi sebagai hamba yang bersyukur buatlah kalau mampu setiap hari, jika tak mampu, seminggu sekali, jika tak mampu, buatlah sebulan sekali, dan jika tak mampu juga, sekurang-kurangnya buatlah setahun sekali."

Malam hari-hari persekolahan, no TV at all! Bila hari esok di sekolah, semua orang bercerita tentang drama itu, drama ini, semua saya tak tahu. Apabila tiba siri Superman dan Robin Hood setiap malam Isnin dan Selasa, saya akan meminta keizinan ekslusif darinya untuk menonton. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tidak...:(
Also, no telephone and internet after 11pm. Telefon rumah akan dibawa masuk ke dalam biliknya. Maka tiada siapa boleh bergayut sehingga larut malam.

Masa kecil dahulu, saya rasa memang dia tegas dan garang. Apabila dia pergi berkursus kami rasa macam 'merdeka'. Bukan sepanjang waktu dia garang, banyak saja masanya dia berlembut dan kami bermanja dengannya. Namun apabila tiba masa untuk kami didisiplinkan, tiada muka diberikan tapi kami jadi takut dan automatiknya berdisiplin.

Apabila semakin dewasa, dengan dia, saya rasa seperti kawan. Saya boleh berkongsi apa saja dengannya. Dia sangat 'cool'...

Secara personalitinya, mungkin orang luar melihat dialah Tuan Haji Mohd Mohtar Hussin yang sangat serius dan tegas, namun dari sudut lainnya, dialah abah yang sangat saya kagumi dan sayangi.

Happy Father's Day, Abah. May Allah shower you with His bless always...:)
Saya tidak merasakan hanya abah saya seorang mendidik anak sebegitu. Mungkin ayah-ayah orang lain juga mendidik anak mereka sebegitu. Yang baik mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan akan datang.
::Ada hadiah yang saya telah fikirkan untuk tuntut dari Abah selepas grad.. eheh::

Baca, baca dan baca

Setelah selesai kejadian Adam AS, maka tinggallah Adam seorang diri di syurga. Dia terasa kesunyian. Maka Allah pun menjadikan Hawa dari tulang rusuknya ketika dia sedang tidur.

Apabila sedar dari tidur, Adam menyedari kelibat seseorang bersebelahan dengannya.

Adam : Man anti ? (Siapakah engkau?)
Hawa : Imraah. (Wanita)
Adam : Ma ismuki ? (Siapa namamu?)
Hawa : Hawa
Adam : Wa lma khuliqti? (Kenapa kau diciptakan ?)
Hawa : Li taskun illi. (Untuk kau bersenang-senang denganku.)

Kenapa Hawa menjawab ’Imraah’?
Kerana ia diciptakan dari ’mar’u’(seseorang). Dan ’mar’ah’ dan 'imraah' adalah sebahagian atau juzuk daripadanya.

Kenapa dinamakan ’Hawa’?
Kerana ia diciptakan dari ’Syai Hayy’ (sesuatu dari benda yang hidup) iaitulah tulang rusuk Adam.

Kenapa diciptakan ketika Adam sedang tidur?
Dari Al-Qurtubi berkata, ”Supaya Adam tidak sedar akan sakitnya ketika Penciptaan Hawa. Jika Adam ingat akan kesakitan tersebut, hal yang sedemikian mungkin akan membuatkan kasih sayang dan hatinya pada Hawa berubah.”

Berlainan pula dengan situasi seorang wanita. Walaupun dia melahirkan anak dengan penuh kesakitan dan penderitaan (Luqman : 14), namun apabila mengenang semula kesakitan itu, perasaan dan kasih sayang terhadap anaknya tidak akan pernah berubah. Dan inilah kelebihan yang diberikan kepada kaum wanita.

((Cerita ini adalah terjemahan dari Kitab Qasasul Anbiya' karangan Amr Khaled, tajuk penciptaan Adam dan Hawa. ))

******

Selepas membaca beberapa buku termasuklah buku karangan John Gray, siri Mars and Venus, banyak yang saya lebih faham tentang perbezaan lelaki dan wanita dan ia turut membantu saya dalam kehidupan dan kerja berpersatuan.

Sebelum ini mungkin kita boleh menganggap layanan terhadap kaum lelaki, sama ada ayah, abang, adik lelaki atau kawan lelaki kita sama saja dengan kaum wanita. Tetapi sebenarnya jauh berbeza.

Contohnya,

Dalam menangani tekanan, lelaki secara asalnya akan berkomunikasi dengan cara 'menangani tekanan' kaum lelaki. Sedangkan mereka tidak tahu, cara komunikasi ini hanya akan menambahkan lagi tekanan kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan tekanan, lelaki biasanya sama ada akan menyelesaikan masalah tersebut secara terus ataupun melupakannya buat sementara waktu. Manakala wanita pula lebih memerlukan sokongan moral, respons yang baik dan menenangkan.

Below are examples of how men try to fix or dismiss the issues a woman may be talking about...

"Dont worry about it."
"Just let it go."
"Just do what you want to do."
"It's not that important."

Di Mars (lelaki), komen-komen tersebut pada mereka adalah seolah-olah memberi sokongan dan positif, tetapi pada Venus (wanita), ayat-ayat di atas adalah 'insulting' ataupun 'annoying'.

Jika wanita berada dalam 'problem-solving' mode, ayat-ayat di atas mungkin membantu.
Namun jika wanita tersebut berkehendakkan sokongan, ayat-ayat ini akan difahami oleh wanita tadi sebagai "Masalah kamu adalah tidak penting" ataupun si lelaki merasakan seperti, "I am better than you, then, follow my words."

((Keratan perenggan di atas diterjemahkan dari buku 'Why Mars and Venus collide' karangan John Gray))

Apabila telah membaca buku ini, saya pun teringat semula dialog-dialog saya dan abah, dialog-dialog saya dan abang. Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada sesuatu perkara yang saya bincangkan dengan abah. Setelah habis saya ceritakan, dengan coolnya abah menjawab, "Takpelah tak payah fikir. Study je."

Saya pun bengang sikit dan berkata, "Ish abah ni, mana boleh tak fikir.Mestila kena fikir.. bla.. bla..bla" (memang tak patut membebel dengan abah. Sorry abah. Happy Father's Day :P)

Saya memang rasakan abah tak faham tentang perasaan saya ketika itu namun sebenarnya dalam diam, abah memang sedang menyelesaikan perkara tersebut. :)

Saya tersenyum balik bila berfikir. Bila mereka berkata begitu, bukan bermakna mereka tidak 'concern', sebaliknya itu adalah cara mereka menangani tekanan. Bagi wanita yang faham, tentu tidak jadi masalah. Tetapi bagi mereka yang kurang faham, tentu perkara kecil ini akan jadi rajuk yang berpanjangan dan bermasam muka? Hmm.. Itu la worth juga baca buku ini. (Namun ada yang tidak gemar membaca buku-buku seperti ini. Contohnya, Qilah... qilah... dan qilah? Haha. Who knows someday you'll need this book.)

Tetapi, pada saya, ok la baca buku ni pada masa lapang. (Mungkin saya tidakkan terbuka lagi buku ini apabila kelas bermula nanti. Nota-nota bertimbun akan menanti..) Apabila membaca buku ini, saya seperti, "Oh ye ke?", "Ic.. patutla..", "Ooooo...." . Penulis banyak membawa contoh yang kadang-kala tidak kita terfikirkan.

Last but not least, ilmu Allah itu luas, tidakkan habis walaupun ditulis dengan tinta berdakwat tujuh lautan sekalipun. Isilah masa dengan sebaiknya. Baca, baca dan baca. Penuhkan dada dengan seberapa banyak ilmu yang bermanfaat.

:: Semasa kami di Syria, ada banyak papan tanda di jalan-jalan yang sedang menjalankan kempen berkaitan tentang 'ilmu-ilmu' ni lah. Ada satu gambar yang saya snap, tapi biarlah jadi koleksi peribadi sebab ada 'value for money' di situ.. :p::

Saturday, June 20, 2009

Turkey... with love

Lama juga tak meng'update' blog. Benar 'masa rehat itu membunuh'. Bila dah lama berehat, rasa malas nak memulakan kerja semula. Bila ada kerja pun, tiba-tiba rasa tension sebab semua jadi lembap.

Maka, saya uploadkan gambar-gambar sepanjang kami bercuti di Turki beberapa hari yang lalu. Ini adalah 'hasil-hasil seni' (bersenilah sangat...) jurukamera amatur yang tidak seberapa yang menggunakan Canon 8.0 MP (bukan DSLR ok - tentulah tidak ter'compare' dengan Kamitaken)..:)

Pemandangan dari tetingkap Bas Ekspres yang kami naiki. - Indahnya bumi Turki.

Kapadokya
Sehir Merkezi - 'Pusat Sihir'. Aha.. Pusat Bandar...


Batuan pelbagai bentuk - Fairy chimney @ Goreme

Infinity mode - Fairy chimney

Onyx - Jika saya tidak ke Turki, mungkin juga saya tidak mengenali onyx ini. Batu ukiran pelbagai warna. Sebuah pasu onyx sempat saya beli buat cenderahati untuk ibu...


Di Kapadokya, kami makan bufet di restoran (tidak ingat apa namanya). Kami bebas mengambil apa saja. Banyak makanan dan lauk disajikan bersama nasi. Hujan lebat sebaik saja kami keluar dari restoran.

Istanbul - Salah satu destinasi impian...

Masjid Biru tersergam indah. Seakan tidak percaya saya sedang berpijak di bumi Istanbul dan berada di hadapan bangunan bersejarah ini. Lambang kegemilangan kerajaan Uthmaniyah satu ketika dahulu. Kami sempat mendengar khutbah 'Bahasa Turki ' di sini dan menunaikan solat Jumaat.




Bandar Istanbul. - Apabila keretapi dan ambulan berada di laluan yang sama, bolehkah pesakit sampai di hospital dengan segera? Unik. Itulah landasan keretapi, itu juga laluan bagi kenderaan lain.

Menyelusuri Selat Bosphorus yang memisahkan benua Asia dan Eropah dengan bot.

Konya


Bersantai di taman berhampiran Aladdin Camii (kalau tak silap namanya)

Ber'dolphin' di Meram. (Berebut dolphin pink dengan Qilah yang akhirnya akur dengan dolphin birunya yang kemudiannya Dolphin Biru dikalahkan pula oleh dolphin Lya & Zila yang bijak merencana taktik. haha :p)..Sangat seronok. Sempat belajar Bahasa Turki dengan kanak-kanak tempatan di sini. "Bir, Eikee, Eich.."


Aleppo, Syria

Citadel, Kota Salahuddin Al-Ayubi yang ketiga saya lawati selepas kota yang berada di Jordan dan Mesir.


Macro mode - Kota Salahudin di Aleppo

Saujana mata memandang.. - Bandar Aleppo dari puncak Citadel.

Ini dahulu yang mampu saya uploadkan. Ada beratus-ratus lagi dalam simpanan buat koleksi peribadi. :)

Selamat kembali ke kelas buat adik-adik dan rakan tahun 4 yang akan bermula esok. Janganlah malas-malas!

Tuesday, June 9, 2009

Cukuplah setakat ini...

Kenangan buat seorang insan yang pernah saya kenali….

Al-Fatihah untuk Almarhumah Marini Abd Aziz…” Mesej ini saya terima pada minggu lalu ketika kami sedang berhempas pulas menghabiskan exam akhir tahun 5.

Sehari sebelum itu, satu mesej saya peroleh dari Kak Da yang mengatakan Kak Marini telah ditahan di wad kerana jangkitan di otak. Keadaannya kritikal. Sebaik saja menerima berita tersebut, saya rasakan lemah lutut saya, seolah tidak percaya kerana dia adalah insan yang amat kami kenali dan kami rapat satu ketika dahulu. Beliau merupakan senior IKIP-Yarmouk Tahun 4, di mana ketika itu kami baru saja setahun jagung di sini.

Sikap beliau yang sangat ramah, mudah mesra dan rajin membuatkan saya tidak segan silu untuk sering ke rumahnya dan menghabiskan masa di sana. Kebetulan, kami dipertemukan Allah oleh kerja persatuan yang membuatkan saya rasa begitu rapat dengan beliau.

Mesej keesokan harinya yang disampaikan oleh Kak Da begitu meruntun hati. Kak Marini kini telah kembali ke rahmatullah dalam usia yang muda saya kira, 27 tahun jika tidak silap perkiraan saya. Kali terakhir saya berbual dengannya di YM adalah sekitar tahun lalu. Dia telah pun bergelar seorang guru. Kesibukan dan kekangan masa dan keadaan sedikit sebanyak menjarakkan kami. Walaupun begitu, ia tidak pernah membuatkan saya lupa dengan seorang insan ini yang kini telah pun pergi menyahut seruan kekasih abadi. Semoga akak tenang dan gembira di sana... (T_T)

****
Hati mana yang tidak kecut apabila berbicara tentang 'mati'...

Yang terbaru, kisah nahas kapal terbang Air France pada minggu lalu. Setakat ini tidak seorang pun yang ditemui hidup. Kita mungkin biasa menaiki kapal terbang. Dan setiap kali saya berada di pesawat, saya sering terbayang situasi di mana pesawat sedang berada di tengah lautan, dan tiba-tiba mengalami kerosakan atau kemalangan. Pada waktu itu, apa agaknya yang kita rasa?? Dengan siapa lagi mahu kita harapkan... Pilihan yang kita ada pada waktu itu mungkin hanya satu. Kita perlu keluar dari pesawat dan terjun ke bawah!

Tapi bakal ke mana terjunan kita itu? Pesawat hilang dari kawalan radar, dan kini berada di tengah lautan. Kita tiada pilihan. Kita akan terjun ke lautan yang luas, yang kita tidak tahu sejauh mana kedalamannya, dan tidak tahu siapakah penghuninya...

Jika terjun, kita mungkin beku oleh kesejukan airnya. Ya, kita mungkin selamat dari nahas udara, namun mungkin bakal jadi mangsa si pengganas yu atau jerung di lautan. Lalu apa yang kita bisa fikirkan ketika itu??

Cuma satu.. ”Ya Allah, kau selamatkanlah aku. Dan jika ajalku di sini, kau ampunkanlah aku dan matikan aku di dalam iman...

Maka satu persatu anggota tubuh kita bakal hilang fungsinya apabila mati itu tiba.

Jasad kita hanya dipandang mulia sekiranya kita diberi nyawa. Apabila mati, tubuh kita bakal melalui beberapa proses perubahan, yang menandakan kita bakal di'lenyap'kan dari muka bumi ini. Badan akan berubah menjadi sejuk, otak dan organ lain akan jadi seperti air yang busuk dan akan seterusnya kering dan lenyap. Tulang dan gigi juga bakal reput. Itulah kita wahai manusia yang sombong!

Satu perasaan yang dapat saya rasakan ketika melihat mayat yang telah dijumpai mati selepas 5 hari beberapa bulan yang lalu di dewan bedah forensik...

”Betapa hina dan jijiknya makhluk yang bernama manusia ini. Lemah! Setelah diberi bermacam-macam nikmat seperti harta, anak-anak, kecantikan, namun tidak mampu mempertahankan itu semua. Jika Dia berkata, ”Aku mahu mengambil semula apa yang Aku pinjamkan kepada kau”... Tanpa bisa ditangguh walau sesaat, manusia kembali menyerahkan apa saja yang dia banggakan ketika itu kepada pemilik kekalnya.

Saya rasakan lagi ketika itu, ”Ya Allah, betapa besar kuasa kau. Betapa agung pemilik alam ini. Dari secantik-cantik kejadian, Kau bisa jadikan kami hina sebegini. Jasad kami hodoh dimakan masa, busuk dimamah udara... Jika kami sedar dari awal sememangnya kami ini hina, jasad ini hanya pinjaman dari Engkau. Kami janji, kami tidak akan sombong! Apa-apa yang kami terima, kami pasti mensyukurinya atas nama Engkau Ya Allah."

Benar, inilah yang saya rasa. Memang manusia tidak patut sombong. Kekayaan di dunia bukan milik mereka. Anak-anak cuma pinjaman sementara yang perlu dikembalikan.

Maka siapalah kita sebenarnya...

Mati itu pasti. Dan cukuplah ia sebagai peringatan yang sering membuat kita insaf. Kita ini serba-serbi peminjam. Serba-serbi!

::Perjalanan jauh yang bakal saya tempuhi sebentar nanti membuatkan saya sering terfikir, adakah saya akan selamat pergi dan kembali ke bumi Jordan ini? Jika Allah masih mahu meminjamkan nikmat umur kepada saya, Inshallah kita akan bertemu kembali. Namun jika Dia berkata, cukup setakat itu, saya redha, ”Cukup setakat ini...” Dan kemaafan saya pohon dari semua...::

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu,
menutup waktuku.

Izinkan ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil,
kembali padaMU

Karna ku tahu,
hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu,
tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan
dalam kehidupanku
Ku berjanji,
ku akan menjadi yang terbaik.

Menjalankan segala perintahMu,
menjauhi segala laranganMu
adalah sebaris doa ku untukMu.

Dengan nafasMu by Ungu

Sunday, June 7, 2009

Zai ma biddak!

Suatu pagi, kami berjalan-jalan di balad (bandar) Irbid setelah sekian lama juga tidak menjejak kaki ke sana. Maklumlah sibuk kononnya. Lama juga tidak ber'shopping' sakan. (Kalau la En. Hasmat dengar, mesti kena perli lagi, mentang-mentang duit tak luak. eheh. Kami semua sedang menabung encik. :p)

Kemudian kami singgah di sebuah kedai kasut. Kedai tersebut memasang ayat al-quran sambil seorang pekerjanya juga melagu-lagukan ayat quran tersebut.

Sahabat saya, S telah berkenan dengan sepasang kasut di situ. Maka berlakulah kejadian tawar-menawar.

Kami : Eddish hada ya mu3allim? (Berapa harganya encik?)

Pekerja : Min wen ento? (Kamu ni dari mana?)

Kami : Min Malizia (Dari Malaysia)

Pekerja : Tadrusu bit tekno? (Kamu belajar di JUST?)

Kami : Na3am (Ya)

Pekerja : 'Amno' walla 'Bas'?

Kami : Ehh? (Berpandangan sesama sendiri. Apa pakcik ni tanya?)

Pekerja : 'Amno' walla 'Bas'? Ana ba3ref 'Bas' huwa kutlah Islamiyah. (Aku tahu 'Bas' tu persatuan Islam)

Kami : Ooohh Umno ke PAS la.. Kami pun senyum-senyum tak tahu nak jawab apa. (Sensitif benda-benda ni di sini) . Lalu kami hanya menjawab, "Zai ma biddak!" (Mana-mana je yang kamu nak.) Dalam hati kami, "Biar benar pakcik . SB ke dia ni?" uhuh..

Pakcik ni (muda sebenarnya tapi memang tak biasa kami memanggil abang. isk2) pun senyum lagi.

Kami : Eddish s3ro hassa ya mu3allim? (Berapa harganya sekarang encik?)

Pekerja : 12jd

Kami : 11 bsir? (11jd boleh?). Kami menawar lagi sambil menghulurkan duit.

Pekerja : (sambil mengembalikan baki) 11 li 'bas' aaa.. (11 jd untuk Pas ya.)

Kami : (sambil mengambil duit).. Haha, inshallah..(takkan tiba-tiba nak mengaku Umno pulak. Nanti kena bayar mahal balik. eheh). Allah yu3tekol 3afiah ya mu3allim. Syukran.

Kami pun melangkah keluar dari kedai tersebut. Dalam hati kami berfikir-fikir...
"Sedangkan dia pun tahu...."

Friday, June 5, 2009

Suka duka sepanjang tahun 5...

Semalam (4 Jun 2009), dengan berakhirnya peperiksaan subjek terakhir maka secara rasminya, tamatlah pengajian kami di tahun 5. Banyak suka duka dikongsi bersama dengan ahli sekumpulan. Mereka banyak membantu kami tidak kira dalam apa cara sekalipun. Kumpulan saya terdiri daripada 24 orang : 3 Malaysians, 3 Syrians, 2 Iraqis, 3 Palestinians and the rest are Jordanians.

Bacalah entry ala-ala 'flashback' di bawah sebagai coretan kenangan apa yang kami lalui sepanjang lebih kurang 8 bulan bergelar pelajar perubatan tahun 5 di JUST.

R1 : Obstetrics and Gynecology (Nisaiyah) - 2 bulan
Lega atau tidak? Saya sendiri tidak pasti apakah kami beruntung kerana kumpulan kami bermula dengan subjek major selama 2 bulan ataukah kami bakal 'asphyxiated' di akhir rotation dan peperiksaan final kerana terpaksa 'cover' semula subjek major yang telah ditinggal 6 bulan yang lalu?? Saya hanya berserah dan tawakal...


Hari pertama O&G saya telah ponteng, bukan ponteng sebenarnya. Cuma tidak hadir bersebab. Flight yang kami naiki dari Malaysia delay di Abu Dhabi yang membuatkan kami tiba lewat dari yang sepatutnya. Ketika ini saya berfikir kami bernasib baik kerana diletakkan dalam kumpulan subjek major. Berbanding dengan rakan-rakan yang diletakkan dalam group subjek minor, di mana 1 hari tidak datang, 10% dari markah kehadiran akan ditolak. Dan subjek tersebut pula hanya 2 minggu. Jadi 1 hari tidak hadir, ibaratnya banyaknya ilmu yang terlepas..

Hari kedua O&G bersama Dr. Ilyas Sana3.
Beliau berjaya mengesan bahawa kami pelajar Malaysia seramai 3 orang dalam kumpulan besar seramai 90+ lebih itu tidak hadir semalamnya. Setelah bersoal jawab sedikit mengenai hal itu, belaiu akhirnya berkata,
”Kalau kamu lebih mengambil berat, mesti kamu akan rela ambil tiket seminggu awal dari tarikh mula kelas. So that, tiada alasan flight delay dan sebagainya..”

Dalam hati saya, ” Aduh, kami balik setahun sekali doktor. Sebulan je pulak tu. Takpelah, benda dah berlaku. Jangan buat lagi je laa.. (Ni nasihat kepada para junior-junior juga. Janganlah bercita-cita untuk ponteng, skip kelas dan buat hal dan sebagainya.)

Pengalaman baru, kami didedahkan dengan pengalaman di bilik bersalin dan dewan bedah. Menarik dan mendebarkan...

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Mini-Osce (Writing)

R2 : Psychiatry (Tibb Nafs) – 1 bulan
Lambat sedikit saya bermula untuk ’catch-up’ dan memupuk minat pada subjek ini. Mungkin kerana kurang berminat agaknya. Tambahan pula, cara mengambil history dan penggunaan bahasa arab yang perlu meluas membuatkan kami sedikit lambat pada mulanya. Banyak perkataan baru yang perlu dipelajari bagi memudahkan komunikasi dengan pesakit. Maklumlah kita bercakap dengan orang yang kurang sihat mentalnya. Maka mereka perlu dilayan dengan baik. Kerana jika silap langkah, kita pula akan ditengking. Akhirnya saya semakin dapat menghayati makna ’indahnya hidup secara waras’ setelah melihat pelbagai kes psikiatri yang adakalanya mendebarkan, adakalanya lucu juga, dan most of the time, kasihan melihat pesakit-pesakit tersebut. Sudahlah sakit, ramai pula yang menyisih.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan mini OSCE (writing)

R3: Family Medicine (Tibb Usrah) – 1 bulan
Banyak pengalaman baru dengan doctor-doktor yang baik semuanya. Cabang subjek ini besar, semua ceruk dunia perubatan perlu diambil peduli. Saya rasa saya pernah mengulas tentang subjek ini dalam entri-entri sebelum ini.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Oral.

R4: Dermatology (Jildiah)
Bermulalah rotation minor kami. Peperiksaan setiap 2 minggu bermula. Saya sangat takut dengan seminar dalam rotation Derma ini. Ada simptom-simptom ’phobia’ seperti ’sweating, tachycardia, try to avoid the situation’. Eheh. Bila difikir semula, apalah yang nak ditakutkan sebenarnya. Semua orang akan disoal cuma yang bezanya susah senang soalan itu saja.

Dulu sebelum mula tahun 1, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang dermatologist. Namun setelah tamat rotation ini, saya nak tukarlah!

Bentuk peperiksaan : Writing

R5 : Ophtalmology (3uyun)
Rotation ini juga sukar saya rasakan pada mulanya. Hanya sebiji mata, namun detilnya.. Allah yang tahu. Subjek ini menarik, namun satu perkara yang saya rasa mengapa ia unik, doktor mata perlu mahir mengendalikan banyak peralatan perubatan seperti ophtalmoscope, Slit lamp, Ultra sound mata dll. Saya kurang berminat dengan machine-machine ini. Tapi mungkin juga satu hari nanti saya boleh bergelar doktor mata?..kerana saya menyedari betapa pentinya 2 biji organ penglihatan ini. Tanpa spek mata, saya tidak boleh menonton tv dan menaip di komputer dengan selesa. Tanpa ’contact lense’, saya tidak bisa melihat LCD di hadapan dewan kuliah. Oh mata...

Bentuk peperiksaan : Writing

R6 : Ear. Nose and Throat (Udzun, Anf, Wa hanjarah)
Rotation yang ‘relax’. Materialnya ringan, tetapi peperiksaan finalnya ’ boleh tahan’. Banyak kali juga saya termangu di depan skrin komputer kerana cuba me’recall’ apa yang doktor terangkan di dalam lecture hall. Dalam rotation ini, saya belajar menggunakan teknik yang betul untuk melakukan pemeriksaan ke atas hidung, telinga dan tekak. 3 deria – 1 doktor. Simptom yang kerap ditemui di klinik ; hilang pendengaran, nafas berbunyi (stridor), jangkitan telinga, dan lain-lain.

Bentuk peperiksaan : OSCE dan Oral.

R7 : Neurology and Neurosurgery
This is the best and I love the most! Meskipun mendebarkan apabila tiba round bersama Dr. Ali Rifaie, namun ia berbaloi. Aha. Bila exam, material Dr. Ali tidak perlu lagi diulang banyak kali kerana sememangnya telah hadam sehadamnya malam sebelum seminar dengannya. Saya minat dengan kejadian otak yang diciptakan Allah SWT. Kerana organ yang hanya seberat 1300gram ini (dewasa), ia berfungsi untuk mengawal fungsi seluruh badan – pergerakan, penglihatan, pendengaran, semuanya! Subhanallah.

Belajar tentang ’Localization’ mengingatkan saya seperti bermain chess. Dalam permainan chess, untuk setiap pergerakan buah yang dibuat, kita perlu fikirkan kesannya untuk 2-3 step yang akan datang dan kadangkala membuat kita berfikir, apa step yang kita telah salah lakukan sehingga kita di’check’. Dalam tajuk localization ini juga seperti itu. Kerana sebahagian anggota tidak dapat bergerak, maka doktor perlu berfikir di ’tract’ manakah nerve rosak atau terpotong. Di muscle ke, di spinal cord ke, di otak tu sendiri. Contoh lain, kalau pesakit stroke datang sekian-sekian, kalau dia tidak boleh bercakap, mana bahagian otak yang defect? Kalau sebelah badan tidak boleh bergerak, di mana pula? Kalau tiba-tiba dia buta, di mana? Seronok main teka-teka! Tapi depan Dr Ali jangan la teka sebarangan. Mesti akan rasa sangat b***h kalau teka yang bukan-bukan. Haha.

Bentuk peperiksaan : Writing


Erb's palsy - Presentation : Waiter's tip (Lihat tangan kiri budak comel ini. kesian kan. Spinal Root c5-c7)

R8 : Forensic Medicine
Pengalaman baru, bertentang mata dengan mayat. Uish, tentang mata ye x.. Beraninya.. Lepas tu sibuk complain hilang selera makan, dan dok terbayang-bayang. Yang seronok dalam rotation ini pun sebab main teka-teka juga. Teka dengan ilmu lah tapinya.. Kalau dia mati ada pendarahan di mata kenapa? Kalau mati dan dijumpai dah kembung dan lidah terkeluar, mayat tu dah berapa hari? Kalau mati ditembak, lukanya begini, begini, senjata apa yang diguna, siapa yang boleh jadi suspek? Menarik kan... Rasa macam CsI..

Bentuk peperiksaan : Writing & Essay

R9 : Orthopedics
Minor rotation yang saya sangat minat selepas Neuro! Seminar pun setiap hari perlu bersedia kerana seorang demi seorang akan ditanya tapi kurang mendebarkan kerana doktor-doktornya yang cool. Mula belajar baca x-ray tulang – susah juga nak detect fracture yang kecil2. Doktor biasanya dari jauh dah boleh diagnose. Yang kita ni, terkulat-kulat tengok x ray – mencari di mana deformitynya.

Bentuk peperiksaan : Oral

R10 : Anesthesia
Saya telah pun menulis banyak tentang round anest sebelum ini. Pengalaman baru dan menarik. Nasihat untuk junior bakal naik ke tahun 5, gunalah masa sebaiknya dalam round ini untuk belajar cannulation, injection dan intubation jika berpeluang. Jangan berat mulut untuk bertanya. Semua doktor baik-baik belaka.

Bentuk peperiksaan : Oral.

R11 : Radiology
Untuk rotation ini saya memerlukan bekalan gula-gula Halls setiap hari kerana dalam round ini kami tidak bergerak, makanya selalu juga mengantuk yang amat jika di tengah-tengah hari. Kami hanya menonton slide xray, ct, MRI, mammo setiap hari. Mata kena celik, kalau tidak pasti boleh tidur dengan nyenyak dalam seminar.

Bentuk peperiksaan : Writing

****

Tamat catatan kenangan sepanjang tahun 5. Keputusan belum lagi dikeluarkan. Dan di waktu inilah setelah segala usaha kita buat sebelum ini, kita perlu berdoa dan bertawakal sepenuhnya. Semoga kejayaan milik kita.

Special appreciation for Group A2 members : Fadi, Saad, Omar shbeib, Omar Toma, Omar Maghayreh, Ali Alainachi, Khaled Nabel, Ghassan Sweiti, Basem, Rashed, Murad, Albarra, Mus’ab, Bilal, Rubin, Ali Jawa3deh, Liza, Shoruq, Sundus, Rima, Tiq, Kel n Me – Thanks for helping us throughout this year. I enjoyed being in this group even though the boys are always naughty! I wish you all success here and after. I will never forget all the memories. (T_T)


~~A2 : Tidak semua ada~~

::Apabila sudah tamat belajar nanti, pasti inilah suasana yang dirindui::

Laskar Pelangi


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
tak kan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya…

Cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
tak kan terikat
waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya

Lagu oleh : Nidji

Bagi sesiapa yang belum menonton filem Indonesia ini (Laskar Pelangi), jom luangkan masa lapang anda untuk menontonnya! Mula-mula memang kebosanan sedikit, tapi jangan lekas jemu kerana banyak pengajaran yang anda akan perolehi jika 'stay' sehingga akhir cerita.

Semangat 'tidak berputus asa' yang ditunjukkan oleh kanak-kanak sekolah serba kekurangan SD Muhammadiyah ini sangat mengagumkan dan perlu dicontohi!

Sinopsis cerita dari Wikipedia :

Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak. Ketika itu baru 9 anak yang menghadiri upacara pembukaan, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, sang kepala sekolah, hendak berpidato menutup sekolah, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.

Dari sanalah dimulai cerita mereka. Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana A Kiong yang malah cengar-cengir ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus. Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh sepeda 80
km pulang pergi dari rumahnya ke sekolah.(Untuk sampai ke sekolahnya, Lintang perlu melintasi kawasan habitat seekor buaya yang merbahaya)

Mereka, Laskar Pelangi - nama yang diberikan Bu Muslimah akan kesenangan mereka terhadap pelangi - pun sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Misalnya pembalasan dendam Mahar yang selalu dipojokkan kawan-kawannya karena kesenangannya pada okultisme yang membuahkan kemenangan manis pada karnaval 17 Agustus, (mereka menang setelah mereka menampilkan persembahan ala-ala ritual orang asli). Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian seragam seperti sekolah lain, mereka akhirnya tampil sebagai pemenang dengan hanya memakai daun-daun seperti orang asli ) dan kejeniusan luar biasa Lintang yang menantang dan mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal, dan memenangkan lomba cerdas cermat.

Laskar Pelangi mengarungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein cilik itu putus sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi.

::“Jangan Pernah Menyerah, Hiduplah Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya bukan Menerima Sebanyak-banyaknya”::