Maka, saya uploadkan gambar-gambar sepanjang kami bercuti di Turki beberapa hari yang lalu. Ini adalah 'hasil-hasil seni' (bersenilah sangat...) jurukamera amatur yang tidak seberapa yang menggunakan Canon 8.0 MP (bukan DSLR ok - tentulah tidak ter'compare' dengan Kamitaken)..:)
Batuan pelbagai bentuk - Fairy chimney @ Goreme
Infinity mode - Fairy chimney
Di Kapadokya, kami makan bufet di restoran (tidak ingat apa namanya). Kami bebas mengambil apa saja. Banyak makanan dan lauk disajikan bersama nasi. Hujan lebat sebaik saja kami keluar dari restoran.
Masjid Biru tersergam indah. Seakan tidak percaya saya sedang berpijak di bumi Istanbul dan berada di hadapan bangunan bersejarah ini. Lambang kegemilangan kerajaan Uthmaniyah satu ketika dahulu. Kami sempat mendengar khutbah 'Bahasa Turki ' di sini dan menunaikan solat Jumaat.
Bandar Istanbul. - Apabila keretapi dan ambulan berada di laluan yang sama, bolehkah pesakit sampai di hospital dengan segera? Unik. Itulah landasan keretapi, itu juga laluan bagi kenderaan lain.
Menyelusuri Selat Bosphorus yang memisahkan benua Asia dan Eropah dengan bot.
Bersantai di taman berhampiran Aladdin Camii (kalau tak silap namanya)
Ber'dolphin' di Meram. (Berebut dolphin pink dengan Qilah yang akhirnya akur dengan dolphin birunya yang kemudiannya Dolphin Biru dikalahkan pula oleh dolphin Lya & Zila yang bijak merencana taktik. haha :p)..Sangat seronok. Sempat belajar Bahasa Turki dengan kanak-kanak tempatan di sini. "Bir, Eikee, Eich.."
Aleppo, Syria
Citadel, Kota Salahuddin Al-Ayubi yang ketiga saya lawati selepas kota yang berada di Jordan dan Mesir.
Macro mode - Kota Salahudin di Aleppo
Saujana mata memandang.. - Bandar Aleppo dari puncak Citadel.
Ini dahulu yang mampu saya uploadkan. Ada beratus-ratus lagi dalam simpanan buat koleksi peribadi. :)
ceh..ko trun dlu..ko dpt naik bot pink tu..haha
ReplyDeletekelakar la..itu bukan taktik..dorg tk reti drive..tk baik langgar bot ktrg..cis..cis..dan cis
jenuh kamilah ngan jui kayuh..tk dpt gk lawan..haha
seronok kan kt tmpt ni..
p/s:kalo ko tgk kamilah kayuh.agak kronik gk la..cm ada teori brake sume..ak pn cm mak aii kamilah..haha
salam fez..
ReplyDeleteamboi, bestnya dia bercuti ke turki..rasa mcm x puas wkt bercuti 'xpress' winter ari tu..hehe~ ape pn, nk puji la gmbr2 kt sini..serius cantik bangat..kalah SLR..adakah krn menggunakan teknik2 istimewa yg misteri? haha~
p/s: jap, siapa jurufoto nye?
Kilah,
ReplyDeleteapa-apa pun dolphin ko kalah. ahah.. walaupun kamilah menggunakan pelbagai teknik dan teori.
mmg seronok. x rugi naik bas lama2..
ct odah,
Terima kasih sebenarnya kepada penaja kamera, cik hetty yang bermurah hati meminjamkan pakcik 'canon'nya yang memang 'best' sepanjang I di turki memandangkan I punya 'pakcik nikon' dah season dan kurang cun gambarnya.
Jurufotonya, kalau ada orang dalam gambar tu, dah tentu2 bukan kita yang tangkap. Tapi agak2 kalau xde orang dalam gambar tu, siapa lagi kan.. ehhe.. :P
cantik cantik..best pulak nampak men dolphin tu.tq adiah^_^
ReplyDeletehui bes gila turki taim camni. dari gambar nampak lawa gila
ReplyDeletewinter haritu kelam kemudian asek ujan.alahai
bobo chan,
ReplyDeletewelcome.. ;)
Mr thin pola bear,
Inshallah bolehlah pergi lagi sekali kalau camtu.
waahh bestnya gi turki, gambar pun smua cantik2 sangat. subhanallah. ;)
ReplyDelete