Thursday, September 3, 2009

Cinta Sempurna

Ada yang mengikuti drama bersiri 'Cinta Sempurna'??

Saya suka juga mengikuti siri ini sebab...

Pertama,
Cerita tersebut merupakan idea asal daripada ustaz yang terkenal dan tidak asing lagi, Ust Hasrizal. Biasanya idea dan cerita ustaz Hasrizal tidak tipikal dan mesejnya mudah difahami.

Kedua,
Jalan ceritanya pun baik. Kisah seorang pendakwah yang melalui pelbagai dugaan. 'Approach' yang digunakan oleh 'Ust. Nazir' dalam cerita ini, - slow but steady. sehingga akhirnya mad'u yang ego dapat ditundukkan. Bolah dijadikan contoh to approach the beginner...

Ketiga,
sebab... ada Ashraf Muslim a.k.a Ust Nazir kot..(hehe)

Tapi dalam cerita ini, saya tak berpuas hati sangatlah apabila Ust Nazir selalu sangat berjalan berdua dengan Shila (mad'unya) walaupun tujuannya ketika itu adalah untuk memberi penerangan kepada Shila tentang agama Islam. Untuk babak-babak ini, ia boleh mengundang salah faham kepada penonton. Nanti penonton yang kurang faham tentang Islam akan berfikir, tidak mengapa berdua-duaan dengan bukan mahram 'in-term of' menuntut ilmu. In fact, jika ia mengundang fitnah kepada orang sekeliling, ia turut mendatangkan dosa.

All in all, from my point of view, cerita ni ok. Boleh dijadikan alternatif, menyelamatkan masa kita dari menonton cerita yang lagi 'bukan-bukan' pada bulan Ramadhan ni. Namun yang terbaik memanglah kalau kita dapat gunakan masa semaksimum boleh untuk tadarus kann..:)

Selamat berbuka puasa...:)

::Kenapalah pelakon wanita di Malaysia ni pakaiannya macam dah nak sama dengan gaya pelakon sinetron Indonesia?? Almost always tak cukup kain...:(::

5 comments:

  1. salam.

    pada saya, cinta sempurna satu permulaan yg baik kpd drama/sinetron islami di Malaysia.

    namun, karya islami yg pernah dihasilkan sblm ini tdk boleh dilabelkan sbg karya dakwah. Hanya sbagai karya berunsur Islam.

    Karyanya ada unsur Islam sekalipun tidak menyeluruh, tetapi peranan sbg karya dakwah, masih belum cukup ampuh ke arah itu.

    sekadar pandangan

    ReplyDelete
  2. betol tu k faeza...cerita da ok..tp meluat tgok baju artis2 mesia...nk tgok pon malu...

    ReplyDelete
  3. baju tu mmg tk tahan lah..
    tp satu la..konsep lengkap melengkapi mmg hebat lah dlm citer ni..
    haa..yg mana lengkap tu..cece..

    ReplyDelete
  4. Ade juga tgk drama ni,tp tk ikut smua dek msa yg x mngizinkan.

    kl artis tu btul2 dpt mghayati apa yg dilakonkan msti sronok,ni lps pgmbaran abis smua bukk..mmg btul2 pelakon yg hnya pndi berlakon.

    Ksimpulannya jln crita ni menarik dan blh diambil manfaat wlupun drama nya agak slow.

    salam ramadhan dari kami..

    ReplyDelete
  5. wah faezza, entry kedua dah keluar....

    ReplyDelete