Thursday, September 10, 2009

Elektif @ UM

Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai. Syawal pula kian menjelma. Lagu raya juga telah mula berkumandang di corong-corong radio.

Bagi penghuni kota, sudah tentu suasana hari-hari terakhir Ramadhan ini membuatkan hati mereka melonjak-lonjak ingin pulang ke kampung.

Sesekali terkenang kawan-kawan yang berpuasa di Jordan. 5 tahun puasa bersama, tapi tahun ini saya berpuasa di Malaysia, namun mereka tetap di sana. Sabar ye.. Raya haji nanti giliran korang pula beraya di Malaysia.

Saban tahun beraya di perantauan, tahun ini saya berpeluang bershopping raya di KL. Kami ke Jalan TAR.. (dah lama u, tak jalan-jalan di Jalan TAR untuk beli belah raya!). Lagu raya berkumandang di mana-mana. Kami pergi pada hari bekerja selepas tamat kelas di PPUM. Maka, KL agak lengang dan kami boleh berjalan dengan santainya.

Praktikal??

Minggu pertama, rasa bosan sedikit kerana saya belum diletakkan bawah mana-mana doktor. So, saya hang-around everywhere mencari kerja yang boleh dibuat. Most of the time, saya duduk di ER menunggu pesakit. Pelajar final year UM pula sibuk menghadapi peperiksaan 'end-of-posting' pada minggu ini.

Minggu kedua, saya diletakkan bawah Dr. Vijay. Saya minta pada dia untuk menyertai pelajar di Wad 12U (medikal). Maka bermulalah rutin saya pada minggu itu. Rutin harian, seawal pagi, jika saya tiba awal, saya akan membantu HO mengambil darah pesakit. Tengahari, saya menyertai ward-round pelajar bersama pensyarah dan juga tutorial.

Boleh dikatakan sistem yang digunakan di UM dan Jordan adalah lebih kurang sama. Cuma di PPUM, pelajar perlu bersedia dengan lebih dari 1 kes (bergantung kepada bilangan pesakit dan bilangan pelajar dalam satu kumpulan untuk wad tersebut). Manakala di Jordan, setiap hari, pelajar hanya 'clerk' seorang saja pesakit.

Cara pensyarah mengajar dan pelajar belajar, boleh dikatakan sama saja. Kala ditanya, mana lebih 'best'? Saya akan jawab, Jordan kot...:)

Memang tidak adil untuk saya bandingkan. Namun ini hanyalah bandingan dari pandangan seorang pelajar yang berpeluang belajar di 5 tahun di JUST dan di sebulan di UM... (Takleh judge, nak judge juga..)

Di Jordan, saya rasa lebih 'free' dan 'out-spoken' kerana pelajar-pelajar Arab di sana lebih aktif dan tidak malu mencuba. Kalau salah pun rasa tak malu..Pelajar di Malaysia 'macam' segan dan 'takut-takut'.. (Macam doktor di Jordan mengata pelajar Malaysia lah..) Itulah kita kannn.. Saya rasa saya dan mereka sama saja di sini..

Ambil history - senang. Dapat berbahasa melayu, lebih senang memahami cerita dari pesakit. Kawan-kawan dan pensyarah di UM pun baik-baik semua. Semuanya ingin membantu.
Pendek katanya, saya memang rasa nak balik Jordan untuk belajar rajin-rajin lagi, nak cepat grad, nak balik kerja di Malaysia. Oh waktu, cepatlah berputar...

Minggu depan - minggu terakhir di PPUM. Cepatlah habis. Saya nak balik KKB yang aman damai, no jam, no tension..Saya memang tak boleh tahan dengan jam di KL setiap hari. Tension. Saya memang tidak dilahirkan untuk hidup di KL. (Cewah.. sekali HO-posting dapat di KL. amik kau!)

::Rindu kat Shuk, Hetty, Juy, Zay, Kamilah... hihi.. Selamat Hari Raya korang semua!! Tahun ni kita tak beraya bersama..:)::

3 comments:

  1. haha mana ade kutuk um ni kak kimot...

    UM nilah IPTA yang saya paling nak masuk.. tapi takde rezeki. dan rzki ada di jordan. alhamdulillah ala kulli hal...

    selamat hari raya kak..:)

    ReplyDelete
  2. ala faeza cepat la balik....
    kt dah x semangat nk blaja ni...
    mcm ape je duk jordan...

    ReplyDelete