Mereka merupakan cucu kepada tuan rumah kami. Yara kini berusia 5 tahun. Sameer pula 3 tahun (kot).
Ada la dalam seminggu sekali mereka akan turun bermain di rumah kami. Tapi kami tidaklah pula bermain dengan mereka. Cuma melihat saja adegan dan kerenah kebudak-budakan mereka.
Seperti biasa apabila Yara tiba di rumah, dia akan mencari white-coat Qilah dengan stetoskop dan sphygmo Hety. Kemudian dia akan menge'on'kan suis treadmill dan berlari-lari anak di atas treadmill tersebut. Berlari dengan white-coat. Apa kes ni. Praktis doktor kerja dalam ER agaknya. Lol.
Samer pula akan mencari-cari keropok yang boleh dimakan. Kadang-kadang memang terkejam pula, apabila dengar suara dia tiba di muka pintu, kami berteriak, "Cepat, sorok semua jajan!"
Satu halnya, Yara (si kakak) memang allergy dengan makanan Malizi. Bau pun tak boleh apatah lagi nak menyentuh. Kadang-kadang dia datang semasa kami memasak. Apabila dia masuk saja rumah dan terbau akan tumisan bawang, atau gorengan ikan bilis atau ikan masin, lekas-lekas dia menutup hidung dan mencapai penyembur bau lalu menyembur ke sekeliling rumah. Tension.. Tapi nama pun budak-budak kan.
Walaupun kami sedang makan coklat M&M bersama Samer, dia akan bertanya, "Min ehna au malizi" (Coklat dari sini ke dari Malaysia?). Kalau kami cakap dari Malizi, memang dia takkan makan walaupun masih lagi dia nak menjeling-jeling tanda dia memang nak. Tapi kerana prinsip dia dari dulu yang mengatakan makanan Malizi tak sedap, maka dia takkan jamah. Itulah Yara.
Yang bagusnya, dia boleh mengikut arahan. Kalau kita kata kemas sebelum balik, dia akan kemas dan hantar semua barang-barang yang dia dah ambil semua ke bilik. Tapi tak boleh caya gak. Ikut mood. Heh.
Sensitif juga dia ni. Hari itu pernah sekali dia cakap, "Nanti kalau korang dah balik, boleh tak carikan Malizi yang sama baik macam korang untuk duduk rumah ni.." Terus hatiku kembang. Haha. Baik ke kami ni? Di rumah ni lah dia dibebel sebab buat sepah, dipukul tangan sebab kuatkan volume lagu masa kami bersembahyang, diligan sebab 'menyembur perfume' tak agak-agak, tapi masih lagi 'baik' di mata kamu. ^__^.
Hetty pula? Dia anak bongsu. Mungkin jarang melayan anak kecil. Tapi dia dah punyai anak saudara 2 orang. Kadang-kadang, dia melayan budak kecil pun seperti pakar motivasi. Haha.