Saturday, April 11, 2009

Boison au soja

Apakah ini ?

Tak perlulah saya memaparkan 'kedahsyatan' memerahnya..
Walaupun begitu, ini hasilnya...Siap!

Lenguh juga tangan memerahnya. Semua otot-otot di tangan bekerja untuk menghasilkan kuantiti air yang banyak. Terfikir juga, agaknya beginilah kesusahan yang ditanggung oleh ibu-ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Nak dibelikan air kotak, bimbang tidak mencukupi dan mahal. Maka, terpaksalah menghasilkan sendiri air soya ini.

Jika di Malaysia dengan harga RM2, kita boleh membeli sekotak air soya bean ni. Tapi di sini, harga sekotak JD1.50. (RM +-5.00) Mahal yang amat. Jadi memandangkan ada masih ada sebungkus soya bean di dalam simpanan, maka inilah kerja malam minggu saya.. memerah soya bean.

Soya bean atau 'boison au soja' merupakan minuman 'favourite' saya. Makanya tidak sah berbuka puasa tanpa air soya, dan bukanlah namanya 'peti ais rumah saya' jika tiada air soya bean di dalamnya(kat malaysia je). (wah hiperbola lagi).

Khasiat kacang soya:

1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

2. Isoflavin soya dipercayai dapat mencegah penyakit barah rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom menopause. (Isoflavin does everything estrogen does, so that according to the studies, there is may be an associated risk betwen soya and breast CA. As we all know increase estrogen exposed, increase risk of CA. However it' s not well approved yet)

3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemulsi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit. (nak kulit cerah tak..)

4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Namun bukan semua air soya bean yang dijual dari pasaran adalah baik, kerana banyak juga produk yang meletakkan kandungan 'preservatives' yang tinggi dalam minuman tersebut. Oleh itu, sebaiknya, rajin-rajinkanlah memerah sendiri kacang soya ye.

::11 April- Hari Lahir abah yang ke-55. May Allah bless him always::

4 comments:

  1. salam..

    fez, lama dh rasanya ana x meninggalkan jejak kt entry2 enti..hihi..wahhh, nmpak sedap air soya tu..kalu buat lg lenkali..jgn lupa buzz cik odah yg jauh di penang ni k..wpun kt sini byk je jual air kotak soya (my feveret is season)..tp rasanya x mampu menandingi yang segar dr ladang, hasil air tangan dengan perahan penuh kasih syg cik fez..haha..

    ReplyDelete
  2. wslm cikodah,
    memang pun. lama sudah tidak ketemu. segar dari ladang la sangat. huhu. tp rasa dia, as berlemak as yeos soya. :p. bila mau online ni.

    ReplyDelete
  3. salam,

    soya adalah minuman ruji akak sepanjang kehamilan. setiap hari.

    ReplyDelete
  4. wslm..kak yana.. ooh patut sume cerah2 belaka..:p

    ReplyDelete