Pemeriksaan percuma, taklimat kesihatan dan khidmat nasihat juga, boleh didapati daripada bakal-bakal doktor JUST. Pesakit tidak perlu membuat temujanji berminggu-minggu atau berbulan-bulan, hanya perlu beratur saja di luar pintu bilik doktor untuk menunggu giliran.
Menarik, menarik.. Itulah dia mini-clinic anjuran Majlis Mahasiswa JUST.
Saya sempat juga melakukan ujian darah untuk jenis darah dan glucose. Sudah lama tidak melakukan pemeriksaan darah, sayapun terlupa apa jenis darah yang saya miliki. Maka, keputusannya saya berdarah B+. (Ada sesiapa mahu join? :p)
Menurut http://www.lifeshare.org/facts/bloodtypes.htm :- (Jenis darah dan Populasi)
O Positive = 38%
O Negative = 7%
A Positive = 34%
A Negative = 6%
B Positive = 9%
B Negative = 2%
AB Positive = 3%
AB Negative = 1%
"Penat..."
Itu baru bertugas 2-3 jam. Itupun tugasan tidak rasmi. Sudah mengeluh penat pula menjadi doktor. Kini saya memahami, apa yang penatnya sehari menjadi doktor. Penat mulut memberi kaunseling, duduk bangun, duduk bangun memeriksa pesakit di katil dan di kerusi, lapar, mengantuk.
Sedang kami sibuk memeriksa pesakit, tiba-tiba masuk seorang 'doktor consultant' dari bilik sebelah, "Lapar, lapar.." katanya. (Gaya sudah macam 24 jam oncall, padahal baru 4 jam klinik) :p.
Terus dia masuk dan bersila di atas katil sambil mengunyah roti zaatar. (Siapakah gerangannya, haiih, baru kejap jadi doktor sudah begini jadinya.)
Turut terbayang, bagaimana pula kehidupan HO nanti? Sempat ke nak buat itu, sempat ke nak buat ini...
Overall, walaupun penat, tetapi kami berpuas hati dan seronok kerana dapat memberi khidmat kepada orang ramai. Apa gunanya ilmu jika tidak digunakan, betul tidak?
Pada waktu malamnya pula, kami didatangi oleh rombongan doktor dari UKM, dan mereka telah sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit pengisian kepada kami tentang "Life after being a doctor.."
Luas cabang yang boleh kita pilih selepas bergelar seorang graduan perubatan nanti. Pesan Dr. Lokman, jangan lekas berpuas hati apabila telah bergelar doktor. Sebaliknya, teruskanlah belajar sehingga ke peringkat 'Super-specialtist' seperti beliau - specialist ENT, dan subspecialist nya pula, dalam bidang neuro-otoringology. Hebatnya Sang Pencipta...
Saya memang teringin untuk menjadi pensyarah. Saya tahu laluannya panjang. Makanya, tidak boleh berputus asa dan perlu sentiasa menguatkan semangat!
Semoga semua rakan-rakan, senior dan adik-adik bertambah bersemangat untuk belajar lagi selepas ini demi merealisasikan cita-cita masing-masing.
Tahniah kepada AJK Mini-Clinic, MMJ dan PERMAI.
"Towards a healthy lifestyle"
::MMJ : Majlis Mahasiswa JUST
::PERMAI : Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
::JUST : Jordan University Of Science and Technology
daru thn lps teringin nk wat mini clinic kt sini, x menjadik jugak dek sibuknyer para dokter nih..hihi..untung warga permai..mg 1 hr smpai jugak ke sini nnti..
ReplyDeletenice blog..keep in sharing informatin about medic & islamic..
Thx for viewing.
ReplyDeleteInshallah kalau kena dengan masanya, rombongan mini-clinic kami akan sampai juga ke sana.
rasanya boleh buat misi perubatan time KARISMA nanti kot. ker camne?
ReplyDeleteMini clinic kat Amman, bila nak buat...turun periksa baby kat sini...huwa2...baby nangis.
ReplyDeleteTeringat Dr Puteri check masa Munsief baby...ada gaya doktor. Kirim Salam pada Puteri.
salam fez..
ReplyDeletewah, bestnya mini clinic ni..siap dpt bilik sndiri..mesti dh rasa x sbr nk jd doktor sebenar..tp sesuai la dgn ilmu di dada (dh nk masuk final year)..kte yg tgh wat general medicine punya rotation, nk wat physical exam kt patient tu, asyik cnfuse je..ni normal ke x, yg normal mcm mana eh?..adeh, kna byk lg practice..ape pn, all d best to u, DR FEZ..=D
ikhlas dr,
DR ODAH..=D
kak,sye nk join group sme akk.huhu.B+.huhu.
ReplyDeletebest mini-clinic ni..moga diteruskan pade sesi akn dtg.huhu.
plg best dpt perkhidmatan dctr free tu..dari akk2 ni..=)huhu.kAlAu blk mesia krg blum tentu dpt perkhidmatan kaunseling ke ape yg free2 ni.hehe
lagi 1 pgram ni dpt merapatkan lg ukhwah antara MMJ+MMY..=)
Bittaufiq wat akk2 sume..=)
Kher,
ReplyDeletekalau nak buat klinik time karisma, pening lagi pengarah cari venue agaknya. :p
K'Ina
Inshallah ada masa nnti, klinik bergerak akan sampai ke sweileh. tapi dlm masa terdekat ni, kami sume tgh bersiap sedia nak exam final dah. 11 subjek menanti. isk isk.
Dr. Odah,
ReplyDeleteHai nama je dh nak masuk final year (inshallah) tp byk lagi ilmu yang rompong2 ni. banyak lagi persediaan y perlu dibuat secara rapi. y penting lpas final 5th year ni dulu. doakan lah ye. Lama x borak ngan cikodah. miss u laa..
Lavenderpurple aka yati,
ahlen2 sama eh B+. nnti boleh la kte saling menderma. haha. nnti dh blk msia, boleh je nak dpt khidmat kaunseling2 percuma ni. y penting keep in touch selalu!