Friday, March 26, 2010

Yara dan Samer

Ini kisah 2 orang budak kecil yang bajet comel. (Haha. Bolehla tahan comelnya. Adik dia je ok. Kakak dia tak. :p. Heh, diskriminasi kat kakak dia ni. Takdelah, dua-dua pun comel.)

Yara dan Sameer.
Mereka merupakan cucu kepada tuan rumah kami. Yara kini berusia 5 tahun. Sameer pula 3 tahun (kot).

Ada la dalam seminggu sekali mereka akan turun bermain di rumah kami. Tapi kami tidaklah pula bermain dengan mereka. Cuma melihat saja adegan dan kerenah kebudak-budakan mereka.

Seperti biasa apabila Yara tiba di rumah, dia akan mencari white-coat Qilah dengan stetoskop dan sphygmo Hety. Kemudian dia akan menge'on'kan suis treadmill dan berlari-lari anak di atas treadmill tersebut. Berlari dengan white-coat. Apa kes ni. Praktis doktor kerja dalam ER agaknya. Lol.

Samer pula akan mencari-cari keropok yang boleh dimakan. Kadang-kadang memang terkejam pula, apabila dengar suara dia tiba di muka pintu, kami berteriak, "Cepat, sorok semua jajan!"

Satu halnya, Yara (si kakak) memang allergy dengan makanan Malizi. Bau pun tak boleh apatah lagi nak menyentuh. Kadang-kadang dia datang semasa kami memasak. Apabila dia masuk saja rumah dan terbau akan tumisan bawang, atau gorengan ikan bilis atau ikan masin, lekas-lekas dia menutup hidung dan mencapai penyembur bau lalu menyembur ke sekeliling rumah. Tension.. Tapi nama pun budak-budak kan.

Walaupun kami sedang makan coklat M&M bersama Samer, dia akan bertanya, "Min ehna au malizi" (Coklat dari sini ke dari Malaysia?). Kalau kami cakap dari Malizi, memang dia takkan makan walaupun masih lagi dia nak menjeling-jeling tanda dia memang nak. Tapi kerana prinsip dia dari dulu yang mengatakan makanan Malizi tak sedap, maka dia takkan jamah. Itulah Yara.

Yang bagusnya, dia boleh mengikut arahan. Kalau kita kata kemas sebelum balik, dia akan kemas dan hantar semua barang-barang yang dia dah ambil semua ke bilik. Tapi tak boleh caya gak. Ikut mood. Heh.

Sensitif juga dia ni. Hari itu pernah sekali dia cakap, "Nanti kalau korang dah balik, boleh tak carikan Malizi yang sama baik macam korang untuk duduk rumah ni.." Terus hatiku kembang. Haha. Baik ke kami ni? Di rumah ni lah dia dibebel sebab buat sepah, dipukul tangan sebab kuatkan volume lagu masa kami bersembahyang, diligan sebab 'menyembur perfume' tak agak-agak, tapi masih lagi 'baik' di mata kamu. ^__^.


"Jangan buka payung dalan rumah. Nanti ular datang!" - Jangan percaya. Kami tak pernah ajar benda khurafat macam ni. Cewah..

Saya pun tak faham apa istimewanya payung ini sehingga perlu diambil gambar 'terbalik' sebegitu. Haah la, lupa nak beritahu Yara bahawa payung itu 'Made in Malaysia'. Confirm dia terus simpan balik agaknya.Heh.


Siapa yang paling rajin melayan mereka ini?
Mestilah Qilah.. Qilah bagi mereka tengok chipmunk di laptopnya. Bagi pinjam white-coat, stetoskop, warna-warna...

Saya? Perhati dari jauh saja. Hanya turun padang apabila diperlukan. Dan apabila turun padang, mulut akan turun dulu. Saya yang tension balik dengar suara sendiri membebel. Haih. Melayan Samer lebih membahagiakan. Yara menuntut kesabaran yang lebih.

Hetty? Dia ini wanita bekerjaya. Dia akan mendidik anak-anak dengan menggunakan teknologi canggih dan pendidikan berkualiti saja. Haha.

Saya percaya refleks dan tindakbalas kami kepada kanak-kanak mungkin bergantung kepada apa yang kami lalui pada masa lalu. Contohnya, Qilah ramai adik-adik kecil. Maka dia lebih suka melayan kanak-kanak ini dan agak agresif seperti akan mengejar dan memukul tangan mereka apabila degil? Haha.

Saya pula hanya ada seorang adik, dan ketika dia kecil, saya pun kecil. Saya biasanya 'warning' sekali je. Kalau dia tetap degil juga buat treadmill tu macam ladang gimnastik dia, saya terus cabut plug dan sorok. Lepas tu Qilah mesti akan bersuara, "Ko ni pun, ngan budak-budak.." Haha itu dia suara ibu mithali.

Walaupun begitu, sepupu -sepupu yang ramai, sedikit sebanyak dapat mentarbiyah saya untuk menjadi 'penjaga budak' yang baik. 'Penjaga budak 'yang baik atau 'Penjaga budak baik'? Saya pilih yang nombor 2 kot. Hehe.

Hetty pula? Dia anak bongsu. Mungkin jarang melayan anak kecil. Tapi dia dah punyai anak saudara 2 orang. Kadang-kadang, dia melayan budak kecil pun seperti pakar motivasi. Haha.

Yang nyata, dua orang budak ini pasti akan dirindui apabila kami pulang ke Malaysia kelak. Kalau diorang turun bermain, kami bising. Kalau tidak turun pun, kami tertanya-tanya.. "Hai mana la diorang ni tak turun.." ^__^

11 comments:

  1. mantap! aku suka baca entry ni..lawak2..aku setuju kilah walaupun kelihatan garang sebenarnya berjiwa halus dan lembut terhadap kanak2...

    apepun..nikmatilah masa2 indah yang ada bersma dak2 ni selagi masih ada masa bersisa lagi beberapa bulan je ni...jgn lupa nnt mesti trus keep in touch ngan family ni..aku nak tgk muka yara ngan sameer dah besar nnt..

    ReplyDelete
  2. Entry ni macam promote Kilah. Ini sudah tidak adil! haha.

    Haah inshallah kitorg nak keep in touch ngan YM ngan mama. Yara dan sameer nanti pun dah besar mesti cantik dan hensem macam bibik-bibik dia yang duduk bawah rumah diorang ni (kami la tu) haha. Dah la malas nak perasan. Jom study!

    ReplyDelete
  3. part ak kejar tu boleh tk buat2 tk nmpak?
    haha..

    nanti,ak percaya korg boleh jadi ibu2 yg baik..
    lebih soft spoken.

    hetty,ak rasa anak dia mcm dia..
    24 hrs dgn gadget..
    tk reti main teng teng,kejar2 ni sume..

    dia reti main zuma je..haha

    yara dgn sameer ni,ak kagum apa tau..
    dia suka cium adik dia..
    ak rasa mcm ak tk buat je dlu kt adik aku..
    gaduh je..
    balik2..krisis sape nk basuh bila adik2 ugh..ugh..(b***k)

    ReplyDelete
  4. nice entry :D faezah

    hmm..nak jd mak yang berjiwa lembut & berstamina(main kejar2) ke ? mak yang buat first&last warning ke? atau IT-based mommy ?

    ReplyDelete
  5. hahahaa..aku guling2 bace entri ni..sbb bley imagine gaya2 korang tu ha..
    fez dgn skali warning & bebel nyer..
    hetty yg pro-teknologi..
    qila yg keibuan dan keanak2an.. (dgn suare2 dye celoteh tu..)..
    korg surely rindu kt bdk2 ni..

    smg menjadi ibu solehah, insya Allah~masukkan trus 3 elemen tu..full package! ^^

    ReplyDelete
  6. Qilah,
    Part berkejaran tu yang paling obvious dan tidak boleh ditidakkan. Sampai Samer lari ketakutan. haha.

    Niksifu,
    Bak kata ain, gabung 3 sekali pun ahsan..:) 3 in 1 gitu.

    Ain,
    Ko pun sama. Tak lama lagi. Semoga jadi ibu solehah. Hehe..:)

    ReplyDelete
  7. tersenyum sengih sendirian dalam bilik baca entry (as i always do when they come? haha)

    definitely, you guys are much better with children than me (confessions noding) which actually teach me a lot, silent stalker ni tahu huhu - kembang habis korg :D

    yeah, we gonna miss them. and mama too! her foods, her many visits, her small talks and gossip. im pretty sure our eyes will get all teary when the time comes. ah not to forget the charming baba. what a humble family (smile)

    ReplyDelete
  8. Gu Jun Pyo,(kasi dia perasan sikit je)
    Silentstalker konon. Bilang saja 'masuk gua'. haha.

    Ya, kita akan merindui segala-galanya tentang mama dan familinya. termasuklah Apam@Bibies yang suka mencuri lauk. T__T

    ReplyDelete
  9. kak fez a.k.a mama moden,

    n3 kali ini seperti ade bau 'keluarga baru yg akan dibentuk'..ehe =p

    ReplyDelete
  10. ini satu petanda yg baik utk k faeza,k qilah n k hetty..semoga dipermudahkan..ting ting...haha..ameen...

    ReplyDelete
  11. Suf_p,
    Siapa mama haaa?
    Keluarga baru dibentuk? Teringat dulu2 gameshow keluarga2 ni, sendaloka bersama singer...haha tetiba.

    Ain,
    Petanda baik?? Hehe Amiin. Semoga urusan awak dipermudahkan jua..:)

    ReplyDelete