Thursday, April 8, 2010

Allah Maha Mengetahui

Lama betul rasanya blog ini ditinggalkan. Biarkan.

Setiap hari dalam kehidupan, saya pasti belajar sesuatu. Mari mulakan cerita.

Hari ini sebaik saja tamat kelas pada kira-kira jam 12pm, saya dan Qilah merancang untuk ke Arabella Mall. (Mall terbesar di Irbid setakat ini). Arabella Mall baru saja dibuka dan hari ini merupakan hari pertama saya ke sana. Memang kelasss C-Town dia. Lepas ni memang kita tak perlu ke Amman untuk mencuci mata. Barang di C-Town juga sudah cukup banyak. Duit pun memang kena banyaklah kan. Ada mutabbal! Yeay! Jom kita rasa dia.

(Mutabbal : Terung hancur yang dimakan bersama roti. Rupanya seperti hummus.)

Kedai kasut dan begnya juga mempunyai 'pattern' yang tidak mengecewakan. I loiike!!.

Kami hanya ke C-Town dan kedai kasut. Selebihnya tak larat nak berjalan. Maklumlah tengahari Khamis.

Kami pun menahan teksi untuk pulang ke rumah.

Di dalam teksi.

Saya : Athar Irbid

Pakcik : Apa?

Saya ulang. Tetapi dia seperti macam tak menangkap apa yang saya sebut.

Saya : Ila Syari3 Huson.

Dia buat muka blur pula lagi. Saya tanya lagi.

Saya : Athar Irbid. Tahu x?

Pakcik : (At last) Oooo.. tahu2. Kemudian dia senyap.

Tiba di Duwar Qubah, dia berkata, "Lain kali kalau nak pergi Athar Irbid, korang cakap macam ni..'^&$^#$##^&%..

Kami : (Tanpa mengesyak apa-apa).. Oooo

Pakcik : Cuba korang sebut.

Perkataan yang dia sebut itu sangat ganjil. Seumur hidup saya di sini memang tak pernah dengar.

Saya : Mana datang perkataan tu?

Pakcik : Itu la korang kalau cakap Athar Irbid, nanti orang dari tempat lain tak faham. Kalau kau cakap %^@$#&^#&*#^, orang akan faham. Cuba kau sebut.

Kami pun bersangka baik la pada pakcik ni. Cuba la juga menyebut. Tapi dia tak puas hati.

Pakcik : Cuba korang sebut betul-betul. (Dia ni dah macam nak mengajar mengaji. Siap suruh kami sebut dengan makhraj dan qalqalah)

Saya : Susahla. Nantilah aku cuba kat rumah.

Pakcik : Tak boleh.. korang kena sebut juga.

Saya macam dapat mengenalpasti satu kelainan. "Dah semacam pakcik ni".

Akhirnya kami tiba di rumah. Sekali lagi dia menyebut ayat yang dia sebut. Dan kali ini sambil membuat satu gaya.

Rasa takut dan tidak sedap hati terus menyelinap. Cepat-cepat kami keluar dari teksi. Terdiam. Berfikir, apa yang dia buat tadi ya..

Tiba-tiba we jump into conclusion! PAKCIK TADI ABNORMAL OK!
Lambat pula kami nak 'jump into conclusion' hari ini. Selalunya Qilah cepat je dia rasa paranoid. Hari ini dia terlebih husnuzon agaknya sebab ingatkan 'pakcik jahat' itu nak mengajar ilmu baru. Lagipun pakcik tu tak nampak 'tak ok'. Kalau ikutkan hati ni, memang nak menyumpah dia! Tapi tak mengapa, Allah lagi adil. Kau tunggulaaa!!

(Ya Allah kau berikanlah dia pengajaran yang setimpal dengan apa yang dia lakukan hari ini.)

Masih lagi tidak berpuas hati dengan 'ilmu baru' yang diajar pada kami tadi, saya mencapai telefon untuk menghubungi Isra' (budak arab dalam batch saya).

Mengucap panjang dia sambil berkata, "Ya Allah Faezza, those were really bad words. And I think it's not appropriate for me to say it here. I'll send u msg later. Do not mention it anymore. But really, he is ill-mannered."

PANG!!

Apa dosa saya hari ini. Thank You Allah kerana mengingatkan saya dengan sesuatu.

Saya akui, Bahasa Arab bukanlah menjadi masalah yang besar buat kami di sini menjelang 5-6 tahun kami di sini. Tapi hari ini, Bahasa Arab memang menjadi masalah utama kerana kami tidak berupaya memahami 'bahasa kotor' yang dia cuba ajarkan. Alhamdulillah kami tidak faham. Saya pun tak mahu faham lah!! eh emo pula

Bayangkan kami yang baru terkena sekecil-kecil 'Sexual Harassment' sebegitu pun sudah terasa menggelegak geram tahap dewa dengan orang jahat itu, inikan pula mereka yang diperlakukan lebih teruk dari itu. Sekali terfikir, mereka (pesalah-pesalah sebegini) perlu dihukum dengan amat dahsyat. Tapi tak mengapa, sekali lagi saya menyedapkan hati. ALLAH MAHA ADIL. Nantikan azab Dia!!

Astaghfirullah... *__*
::Harap jadi pengajaran buat semua..::
1. Kuasai Bahasa Arab sebaiknya. Sekurang-kurangnya boleh membezakan mana perkataan baik dan buruk.
2. Orang di jalanan 'by default' tak boleh dipercayai. 'Being paranoid is ok sometimes.'
3. Bersangka baik dengan Allah. Untuk setiap apa yang kita lalui, muhasabah atas diri kita. Mungkin ada salah kita yang Allah nak tegur, diutusnya orang jahat seperti itu. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

7 comments:

  1. kak faeza, nak tau ape yg die sebut?

    ReplyDelete
  2. dasyat giler..adehhhhhhhhhhh...xtau nape rase ujian terbesar dok kt negare arab nih dan salu nak naek hangen adelah sebab mslh pacek teksi.

    ReplyDelete
  3. Anon,
    Balik tadi akak ingat sampai tak boleh nak lupa. Tension pula terbayang-bayang apa dia kata. Tapi after took a nap petang tadi, bangun je terus lupa dah perkataan dia. Tongue twister kan. Alhamdulillah. lagi bagus!

    yellowrose,
    Dalam masa 6 tahun, ni pertama kali kot jumpa pacek teksi tak bermoral dan bertamadun macam tu. Nasib baik takde kereta sendiri, justeru dapat membantu ekonomi negara mereka. Kalau tak, babai la pakcik-pakcik teksi sekalian. Macam mana diorang bekerja tapi tak beradab. Sedihla orang Islam sendiri dibuat begitu.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wbt
    faezah..salam ziarah..
    sebagai langkah berhati-hati elok kita perbagaikan bahasa..moga kita tak ditipu bangsa lain..
    moga sama2 peljri pelbgi bhsa :)

    ReplyDelete
  5. ntah2 pakcik yg sama buat kat kitorg masa nk g Abu Ain dlu..lps je kne msg2 seriau dah nak naik teksi..

    kuasai bhsa arab, pulun tggl setahun lg, harap2 xjumpa dh mn2 driver camtu dlm masa setahun ni..huh

    ReplyDelete
  6. Intan,
    Betul tu. Terima kasih datang menyinggah.

    Izzati,
    Hai adik! Lama tak jumpa.
    Kalau jumpa pakcik tu, jerut leher dia! Jangan ada mangsa lain lepas ini harap-harapnya.

    ReplyDelete
  7. Assalamu3laikumwbt, k.fez.

    Benda ni saya pun baru tahu.Dah ramai juga lah yang kena. Memang taktik dia sama je. Dari kawan-kawan yang kena, memang takut lah. Terus lepas ni fikir banyak kali nak naik teksi, lebih2 lagi kalau sorang2.

    And,kalau ikut dari cerita2 dari budak yang kena ni..memang pakcik yang sama je yang buat. Saya teringat pesanan PERMAI masa sesi akak jadi Ketua Helwi, salah satunya..bila naik teksi, amik nombor plat teksi tu.Dulu2, masa selalu diingatkan, memang sentiasa alert la time naik teksi..tapi sekarang ni, dah lupa pula -_-"

    Akak tak leh describe ke camna pakcik tu? Tua ke muda, teksi baru ke macam dah buruk, pakcik beruban ke tak, pakai jubah ke kemeja? Sebab kalau ikut dari cerita, memang orang yang sama.So,kalau akak leh describe sikit..lehla buat precaution..

    Op op, sebelum terlupa. Kalau ikut sesapa yang pernah kena dengan pakcik ni, diorang kata pakcik ni ada buat something time diorang nak bayar duit teksi. Time akak, ada? Atau akak tak perasan?

    Apapun, semoga Allah lindungi kita semua. (rasanya akak leh post entry ni kat Y!G Permai, so akhawat yang lain leh lebih hati2 lagi lepas ni).

    Wallahua3lam.
    Wslmwbt.

    ReplyDelete