Thursday, April 29, 2010

Just begin

Duduk rumah sesaja memang seronok. Walaupun kadangkala bosan, tapi saya suka. Kadang-kadang pernah juga terfikir untuk duduk di rumah saja goyang kaki walaupun sudah ada degree. Tak perlu bekerja. Tapi saya sedar, ini memang keseronokan yang membuaikan. Kalau sentiasa senang dan malas, bagaimana nak maju...Jadi, berhentilah untuk mencita-citakan sesuatu yang tidak membawa kepada KEMAJUAN.

Sekarang ini memang kami duduk di rumah saja menghabiskan masa untuk study, study dan study. Semalam, kami menduduki exam subjek Internal Medicine. 100 minit untuk 100 soalan yang pelbagai kategori - pendek, sederhana dan kes panjang. Soalan yang panjang, memang kena dibaca berkali-kali. 100 minit yang sekejap, memang tidak sempat untuk menoleh ke kiri dan kanan. Sepanjang menjawab soalan, saya rasakan 'palpitation' atau berdebar-debar. Jantung berdegup macam laju dan terasa seperti ada visible pulse.

Sebelum exam bermula, kata Dr Khalid Jadallah, "Hadzzan Saiedan ya jam3an. Tawakaltu alallah.." Dan ia sedikit menenangkan. Walaupun sebenarnya memang mencuakkan dari awal sehingga habis.

Seterusnya, Rabu hadapan, subjek Surgery menanti. Ia mungkin lebih mendebarkan kerana rotation Surgery saya telah berlalu hampir setahun yang lalu. Banyak juga yang mungkin telah luput dari ingatan. So, kena usaha lagi lebih.

Wish us luck! Amin..

Saya teringat dahulu, saya selalu dibekalkan 'air' oleh ibu. Bukan air saja-saja. Tapi air special itu dibacakan sedikit oleh ibu dengan ayat Quran. Terutamanya apabila peperiksaan menjelang. Tapi, waktu bukan peperiksaan pun ibu buat juga dengan doa kami adik beradik 'terang hati'. Semasa sekolah rendah lagi, kemudian PMR, kemudian di KISAS pun ibu hantarkan air tersebut. Ibu mula buatkan untuk kami selepas mendengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah kalau tak silap. Kata beliau, "Usaha dan doa ibu merupakan faktor penting dalam melakar kejayaan anak-anak."

Walaupun saya tidak pasti keberkesanannya secara teori fizikalnya bagaimana, namun yang saya rasakan, doa ibu itu hebat kuasanya! Apabila minum air yang dikirim ibu, ingatan terhadap ibu lebih kuat disamping terasa lebih bermotivasi dan ingin terus berusaha agar diri ini tidak mengecewakan mereka. Cuma untuk peperiksaan besar kali ini, tiada air yang dapat dikirim, cuma yang ada hanya doa dan ingatan oleh ibu dan abah.
Camne ni, homesick sudaah...T__T

5 comments:

  1. salam...

    chayok2x!!! moga berkat dan pertolonganNya seiring perjuanganmu... ma'annajah bittaufiq! Allah permudahkan jalan kamu insyaAllah... amin

    ReplyDelete
  2. Berusaha fez..xpe, kt msia nnti mntak ibu anda buat air jampi tu byk2..kirim2 ke penang jugak..hihi~

    salam najah dr bumi penang buat 'DR FEZ'..ameen!

    ReplyDelete
  3. Kak Ayu,
    Inshallah. Jazakumullah kher..

    Cikodah,
    Thank You! Nanti omi buat air jampi ye. Kasi dengar cakap omi. Hehe.

    ReplyDelete
  4. salam, kak fez~
    first tyme mngomen kat blog neyh.
    sblum nie jd silent reader jek. hehe..
    tergerak nk komen sbb nmpk perkataan omsick itu. haha.. nak ckp. lg brape bln jekk.. x leyh omsick2. cayyookkk..!!~ doakan kitorg yg ada 4thn lg kat sini. i.Allah. bittaufee8. May Allah bless~

    ReplyDelete
  5. Nima,
    Wslm. owh akk ada silent reader y bernama izzah rupanya.. :) ahlan wasahlan.
    Doakanlah kami dpt grad dgn jayanya. Ha, nanti kalau awak dah ada di tempat cam akak mesti awak tahu betapa homesicknya orang yang ketensionan final exam. Inshallah, kita semua study rajin2 dan balik msia cepat2 utk berkhidmat. see u later!

    ReplyDelete