Friday, May 28, 2010

Done!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Tamat PEPERIKSAAN AKHIR BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY (MBBS) semalam.

Ia meletihkan...
Namun cukup manis apabila dikenang.
Sebelum peperiksaan, pelbagai emosi dan fikiran negatif kadangkala menjelma di fikiran. Terutamanya tentang kesihatan diri. Apabila emosi sarat dengan tekanan, badan pun mula minta lebih perhatian. Bermula dengan sakit tekak, akhirnya selsema dan demam. Saya ditimpa demam yang agak teruk pada awal minggu peperiksaan. Ketika itu seminggu sebelum MCQ Internal Medicine. 2 hari yang pertama memang tidak mampu untuk bangun study. Suara ibarat itik serati pun tidak mampu join group discussion. Pada mulanya bertahan juga, ingatkan mampu sihat tanpa ambil antibiotic. Hmm, tapi bila dah masuk hari ketiga pun tiada unsur-unsur 'kekebahan', maka terus saya telan 'Amoxiclav' untuk tonsilitis. Alhamdulillah esok harinya saya boleh mula study seperti biasa. Namun rupa-rupanya kawan-kawan serumah yang lain sedang berada di dalam 'incubation period'. Tidak lama selepas itu, Hetty pula ditimpa demam sebelum 'Exam O&G' dan Qilah pula mengalami 'mild common cold' tidak berapa lama kemudian. Kasihan kan....Tapi tidak apalah, bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit. Air dicincang tidak akan putus. Eh? tetiba.

Minggu Exam Oral.
Memang dugaan sangat hebat ketika ini. Pulang dari exam, pasti ada terasa sedikit seperti,
"Haisshh kenapa laa aku tak baca yang tu tadi?"
"Kenapalah aku lupa.."
"Arghhhhhhh nape susah sangat soalan doktor???"
But really I told you guys. REZEKI...
"Peliharalah hak Allah, nescaya Allah akan memelihara hakmu."

Oh biar saya cerita apa yang berlaku dalam exam surgery dan O&G pada 2 hari terakhir.

Surgery. 2 orang doktor dari Italy dan Prof. Mohamad Bani Hani (Haha saya gerun dengan dia)
Doktor Itali itu memberi saya soalan berkenaan Peptic Ulcer. Serius saya tak buka betul-betul nota peptic ulcer, hanya menyelak 'surgical recall' di dalam bilik kuarantin 5 minit sebelum dipanggil masuk. Namun, ALHAMDULILLAH memandangkan ia memang common dan selalu dijumpai di wad, jadi ia bukanlah masalah besar saya kira.

Kemudian tiba giliran Prof Mohamad Bani Hani (yang memang gagah). Setiap kali saya terserempak atau teringat dia, mesti nak tergelak. :D
Pernah sekali ber'morning report' dengannya, dia memanggil nama saya untuk menjawab soalan. Saya jawab dengan suara yang dia kurang dengar. Tiba-tiba dia ubah soalan. Dia tanya, "Kau kenal Saidina Abbas?"
"Kenal." Saya jawab.
"Suara aku macam suara dia. Cakap kuat sikit!" Dia warning.
Setiap kali dia marah, walaupun tegang tapi nak tergelak tengok caranya. Siapa yang kenal dia pasti tahu. "Ya bint!!" Haha ada orang tu kena sergah olehnya dalam OSCE exam.

Ok berbalik kepada soalan Dr Mohamad Bani Hani tadi.
"Classification of Intestinal Obstruction and Pathological of Gangrene"

Lega. Jom pergi Stesen 2 bersama Dr Mohamad Ghazo dan Dr. Nizar Waqfi. (Yeay!)

Dr. Nizar Waqfi tanya, "Nur, apa yang kau study malam tadi?"

"Appendicitis, Renal Stone.."
Kemudian, beliau menyoal berkisar tentang "Appendicitis", manakala Dr. Ghazo pula bertanyakan tentang "Renal Stone, Management of Pyelonephritic patient k/c of stone and acute retention of urine."

Kalau ingin dibandingkan soalan saya dengan soalan kawan-kawan yang lain, saya memang bersyukur kerana soalan saya adalah 'common case' jika mahu dibandingkan dengan kawan lain yang mendapat soalan 'Visceral Aneurysm' atau lain-lain yang memang tak pernah dijumpai di wad, mahu nangis depan doktor. Isk.

Hari terakhir bersama O&G.
Stesen 1 : Dr Zuhair dan Dr. Hadil (Badeah Hosp) dengan kes Placenta Abruptio. Common. Jika ia common, maka kurang masalah. :)

Stesen 2 : Dr Oqbah (OMG!) dan seorang 'unknown dr'.
"Ovarian CA" Huh. Ini memang 'unexpected'. Paling tidak pun kalau soalan oncology mahu dikeluarkan, saya memang menjangkakan 'cervical cancer'. Bukannya Ovarian Ca. Habis tu memanglah saya tak recall sebelum exam oral semalam. Tak buka langsung ok..OMG! Memang lupa habis 'nama-nama sedap anak-anak Encik Ovarian Cancer' seperti Sertoli-Leydig, Granulosa-Theca Cell, bla..bla..Ini yang saya rasa menyesal pun tiada guna. Siapa suruh tidak baca? Tapi ALHAMDULILLAH juga, sebabnya soalan common banyak seperti 'what increase risk, what reduce the risk,differential diagnosis. Hopefully ok semuanya..AMIN :)

Selepas tamat exam semalam, rasa ringan kepala. Tetapi kadang-kadang rasa berat balik bila terkenang OVARIAN CANCER. AaAAAAAAAaaaaAAAAA!!!

All in all, ALHAMDULILLAH again, again and again, exam dah tamat.

Ada orang tanya, apa perasaan dah habis tahun 6?
Jawab saya, "Nanti awak dah habis, awak tahu macam mana perasaannya. Ringannya kepala rasa macam boleh 'Bawaku terbang'. Haha. Sekarang penat pun rasa macam tak habis lagi."

Keputusan peperiksaan mungkin seminggu lagi keluar agaknya. Mari berTAWAKAL..Lagi berdebar tunggu result final exam dari debar orang nak nikah kot.


Dari bangunan M- Kuliyyah Tibb. Mereka sedang berkumpul meraikan 'kemerdekaan'. Tengok dari jauh saja. Panas. Tak larat mahu join.


::Pada yang masih exam (Tahun 5) dan yang bakal exam (junior-junior tahun lain), TERUSKAN USAHA. Ia memang meletihkan, but INSHALLAH it pays! TAWAKAL.. ::

::Terima kasih pada rakan-rakan dan junior-juniorita yang sudi menulis dalam buku autograf saya! TERIMA KASIH DAUN KELADI..:)::

::Oh ya, HAPPY BIRTHDAY Cik City Sarah Ahmad Dardiri! May Allah bless you. Amin.::

9 comments:

  1. ok taktau nape ttbe sebak nampak gmba bgnn M dan korang beramai2 raikan kemerdekaan....uuuuu

    lambang bgnn tuh byk menyaksikan jatuh bgun tyme lecture awal2 1-2 yr dlu..dan skang nih da nk abes da nk grad da..owhhh...

    lg setaun saye pulaa...sebak sebak.

    p/s:kak faeza bleyh tak saye nak buku akk nk tulis otograf..saye xtulih lgsg buku korang..sebab langsung tak dawam kat KAUH akhir2 sem rituh...T__T

    ReplyDelete
  2. bile bace blog kak faeza ni rase berkobar kobar pulak nk abiskan lg 2 n a half year saya kt india ni...n really..soalan2 yg dtanya dr. tu sumenye yg common~ mmg patutla slalu dr. ktorg ckp aims yg common, n then u will always b right!

    hrp2 kakak2 sume pass with flying colors~

    lpas ni kalo da jd doc jgn lupe update blog...sbb suke sgt bace blog ni!! sgt2 motivate me!! ^.^

    fighting!

    ReplyDelete
  3. waaah seronoknye bace this entry..i can feel the excitement!! hihihi tahniah DR.Fez!! I know u've done the best, let Allah do the rest, insyaAllah you'll get the best and excellent result :)
    pasti akan merindui suasana belajar nanti kan.. ;)

    ReplyDelete
  4. Asma',
    Ye, akk mencari jugak, mana la cik asma ni x menulis kat buku org. hehe.. Takpe2, nanti awak tulis yang special punya ya. Ala, tak lama je lagi, tahun 6 memang terasa sgt sekejap. Cuma kerja memang kena kuat.

    Singgah Sahur,
    Doakan kejayaan kami. Dan awak juga inshallah berjaya! Terima kasih sudi datang membaca blog yang memang tak seberapa ini..:)
    Btw, common is common. Kalau tak tahu yang common,malu la juga.isk2 @__@

    ReplyDelete
  5. Syida,
    Hiii, excited masa sebelum habis exam. Bila dah habis exam, cam berpinar-pinar nak cari katil. haha.. Rasa tak percaya, betul ke dah habis exam. Tapii selagi result tak keluar, hati pun tak sedap. Doakan ye. Nak kerja gak cam orang tu. :p

    ReplyDelete
  6. tahniah2!!!!!!!!! pasni buleyh g vacation!! huk3

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, tahniah!

    balik bila?

    doakan akak yang dok menghitung hari plak ni :)

    ReplyDelete
  8. ala saye tak sempat tulis lagi dlm buku otograf akak2.nnt sy gi rmh akak2 tulis kat sane boleh? hehe. ape ape pon tahniah kak fez !

    ReplyDelete
  9. Salam, k.faeza.
    tahniah (ucapan yg tak dpt m'gntikan kelegaan akak, 6 years,uh...!) ^_^
    p'baca senyap nih,kdg2 nak dpt semangat study medic nih sy singgah blog akak.
    *tak dpt nk bygkan sudah balik m'sia for good dan kerja sbg doktor...uhu.

    atiqM

    ReplyDelete