Monday, May 24, 2010

Sejenak!

Masih sempat nak update..

Hari ini hari kedua 'oral exam' kami. Internal Medicine.

Memandangkan semalam jam 1pm baru kami menghabiskan Oral Peds, pulang ke rumah dengan kepala yang berat dan memang sangat mengantuk yang amat, memang terang-terang tak boleh nak meneruskan study untuk subjek Internal Medicine oral hari ini. Jalan tutup disebabkan King Abdullah datang Irbid. Kami terpaksa berjalan jauh dari tempas bas berhenti ke Stesen Bas sebenar. Semua pun jadi panas...
Hanya selepas asar baru boleh memulakan study. Itupun satu lecture 'liver failure'.. sejam baru dapat habiskan. Lecture 'Diabetic' pula sejam berikutnya baru dapat dihabiskan. Sebab penat kot, otak jadi lembap sedikit, kualiti kurang.

Exam Peds bersama seorang doktor dari Jordan University. Soalannya tentang 'Status Asthmaticus management'. Doktor Husin Jedatawi dari Rahmah Hospital bertanya tentang 'Neonatal Jaundice'. Doktor Khasawneh dengan soalan management of Gastroenteritis dan seorang lagi American doktor dengan soalan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP). All in all, boley laaaaaaaaaa... Panjang 'laaaa' indicates 'something'. Heh.

Hari ini Oral Internal Medicinie.
Dr. Mahmud Ayesh dari KAUH, menyoal tentang 'side effects of steroid dan ADDISONIAN CRISIS'. Serius, tak pernah jumpa ADDISONIAN CRISIS sepanjang pengalaman di hospital. Dan saya pernah baca tapi kurang ambil pusing. ((Menyesal! Menyesal!))Alhamdulillah banyak soalan lain yang disoal oleh doktor, yang diharapkan dapat 'cover' markah ADDISONIAN CRISIS ku. Habis saja exam, saya terus buka buku. Tajuk itu sangat pendek dan senang!! Kenapa lah saya ambil mudah!

Soalan lain dari Dr Mahmud Ayesh, "Patient on steroid having a problem to wake up from bed. What do you think the cause is?"
Hmm...Dalam otak yang sedang mengalami perang dan tembakan neuron dan cas-cas elektrik yang bertalu-talu ini, saya hanya terbayangkan, 'seseorang yang gemuk dan obese susah hendak bangun dari katil'. Lalu saya terus jawab, OBESE!.. Which is.. hmm, betul la side effect of steroid itu 'weight gain'. Tapi doktor gelak. Melihat doktor ketawa, saya terpukul balik. Apa laaa.. takkan la gemuk sampai tak boleh bangun dari katil. Doktor ulang lagi soalan.. Other?

Cas-cas elektrikal di dalam otak kini semakin synchronized.. Dan saya jawab.. muscle weakness! Akhirnya doktor mengiyakannya dan dia jawab, myopathy! (Term yang lebih scientific).

Hmm..
Doktor lain, ada doktor dari Eidon Hospital bertanyakan soalan tentang 'Chronic renal Failure dari akar ke pucuk. (which is saya memang tak buka langsung tajuk renal failure semalam). Saya hanya menjawa berdasarkan apa maklumat yang berada di dalam kepala berdasarkan apa yang pernah dipelajari dahulu dan diperolehi dari pengalaman klinikal..

Bilik sebelah pula, Dr Fawaz, dengan soalan '30 year-old female with 10kg weight loss'. Dari soalan yang sedikit itu lalu membawa kepada tajuk perbincangan thyrotoxicosis, leukemia, lymphoma, diabetis sehingga akhirnya loceng berbunyi dan bertukar soalan kepada doktor di sebelahnya.. Sekali lagi dari Dr dari Eidon Hospital, '30 year old female with fatigue' dan akhirnya membawa saya ke tajuk 'Anemia dan segenap ahlinya..' hemolytic, non hemolytic, B12 Deficiency, IDA, sideroblastic anemia, lead poisong, thalassemia.. Dan saya amat takut kalau dia bertanya lebih tentang thalassemia. Memang panjang ceritanya kalau masuk tajuk 'thalassemia'.. Alhamdulillah, loceng yang dinanti berbunyi akhirnya. Dan tamat oral Internal Medicine...

Ramai doktor luar yang saya rasa dari India dan US datang untuk 'exam oral' kami. And I guess, mereka sangat supportive! In fact semua doktor, baik dari KAUH atau 'peripheral hospital' yang lain sangat baik dalam peperiksaan. Kami saja yang memang 'sampai hati' tak jawab betul-betul. T__T

Lusa, surgery dan Obs & Gyne. Dan kemudian, mahu tidur 72 jam tanpa henti boleh? Heh.
Nanti 'Yah' mesti takut kalau saya cakap dengan dia, "Lepas exam, nak tidur puas-puas!"

3 comments:

  1. @_@ kdg speechless dgn oral exam. lg2 ditanya soalan y x tersempat review T_T ... sedihnya.. mulalah kluar benda pelik macam-macam, hidup segan mati tak mahu la, lab lah..aih


    .....

    hehe, alhamdulillah laa ada kawan-kawan. Yuk!
    dgn azam baru! dr, kt jmpa 10 tahun lg, sharing new theories and discoveries with the world, and tell them, see there, he is my teacher :)

    ReplyDelete
  2. kak...jgn ckp tido puas2!! cakap nk tido 72 jam je..aku nk dtg jordan weyh!! huk3

    ReplyDelete
  3. Semplitt,
    You'll be a good doctor. terus kembang semangkuk lepas exam pedi. Lepas exam Internal med pulak terus "nak kerja kat lab je boleh x?" haha, well hidup kan ibarat roda. ada atas, ada bawah je.. tengah2 tu memang buat kita seperti hidup segan mati tak mahu. :p

    Yah,
    Hahaha. Azam mesti dikotakan dulu sebelum sampai sini ok!

    ReplyDelete