Sunday, May 16, 2010

Super L.D

Tidak penting pun untuk berbicara tentang dia.
Cuma... kagum dengan cara dia mengawal emosi dalam dan luar (permainan).

“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.

“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.

“Siapa menang dan bagaimana permainan esok (hari ini) bukan isu. Sebenarnya, saya harap dapat menjadi kawan baik kepada Taufik (Hidayat). Kami ingin menceriakan dan mewarnai dunia badminton dengan kehebatan serta kemahiran permainan masing-masing,” katanya.

-The coolest SuperDan

Pengawalan emosi pada waktu genting memang perlu latihan. 10 minit terakhir dalam dewan peperiksaan- macam-macam perasaan menerpa, namun jika ia dapat dimanfaatkan sebaiknya dengan emosi yang tetap tenteram, SYUKUR.


Kritikal! Kawal emosimu dan FOKUS!
Ketika mula-mula saya menyertai Kejohanan Catur dahulu, saya kerap juga tewas pada akhir-akhir jam perlawanan - apabila jarum jam di saat kritikal, bendera mahu jatuh. (Siapa yang pernah bermain catur menggunakan jam pasti tahu). Akibatnya perlawanan mungkin boleh menang- diakhirkan seri (draw) akibat kesilapan melakukan 'stalemate'. Yang boleh seri jadi kalah.Pada akhir perlawanan itulah, banyak kesalahan yang boleh dielakkan selalu dilakukan. Namun selepas kejohanan demi kejohanan, juga latihan demi latihan, berjaya juga akhirnya saya belajar untuk mengawal corak permainan dan emosi dari awal hingga akhir. Kenangan paling manis dalam dunia catur, menempatkan diri dalam ranking yang baik dalam Kejohanan MSSS peringkat negeri Selangor 2001..:) -Tapi saya rasa skill bermain catur sudah semakin hari semakin hilang. :(

Practise makes perfect.
Saya pernah bermain dengan mereka yang mengetuk buah catur dengan kuat setiap kali 'move'. Menyakitkan hati (yang amat). Saya pernah bermain dengan mereka yang kuat berborak. Memang mengganggu. Bagaimana pula dengan yang suka bermain isyarat mata? Yang suka tersenyum sinis dan berkata, "Dah agak dah nak move yang itu..".Ketika saat genting itu juga, rakan-rakan lawan (opponent) mengelilingi meja kami. Ikut hati memang boleh panjat meja. Heh. Over.

Itu sebabnya mengapa pengawalan emosi penting pada saat-saat kritikal sebegini.

Peperiksaan Akhir
10 minit terakhir, orang lain sudah mula deras bergerak keluar dari dewan peperiksaan. Di sini tiada sistem '30 minit terakhir peperiksaan tidak dibenarkan keluar'. Maka, suka hati, jika kamu sudah siap, sila keluar. Namun bagi mereka yang masih belum menamatkan peperiksaan, 10 init terakhir inilah mungkin banyak soalan tertinggal yang ingin disiapkan. Jika hilang fokus, pasti sukar untuk berfikir.

School Of Live vs Driving School.
Pernah sekali ketika saya belajar memandu. Ketika itu dalam kelajuan biasa untuk para pelatih, 60km/h. Tiba di satu simpang, muncul lori yang tiba-tiba keluar dari kiri simpang. Saya cuak. Maklumlah baru beberapa kali memegang stereng. Tindakan refleks, saya memutar sedikit stereng ke arah kanan, which is memang berbahaya kerana mungkin ada kereta dari arah bertentangan ataupun, lori tadi kini melintang di hadapan saya dan bakal ke arah kanan saya. Mujur cikgu memandu yang cekap lagi bijak, menolak stereng ke arah kiri. Brek ditekan sedikit. Mujur lagi 60km/h. Jika 100km/h?? Memang fikiran boleh 'jammed' di saat kritikal!

Mengekalkan ketenangan.
Ya, bukan senang untuk mengawal emosi. Saya percaya - tarik nafas, ingat Allah dan selawat... Dan ia memang perlukan latihan. Tanya Dr. Mahathir, macam mana beliau boleh kelihatan tenang dalam berucap. Tanya Super LD, macam mana dia boleh hebat dari awal hingga akhir perlawanan meskipun di'boo' oleh penyokong Malaysia. Tanya pakar bedah, bagaimana mereka masih boleh berfikir mencari mana 'artery' yang bocor apabila 'massive hemorhage' berlaku. Semuanya pasti kerana latihan dan pengalaman!

Lagi 5 (peperiksaan)? - Lamanya kami periksa..
Semoga sihat fizikal, mental dan emosi. Debaran memang semakin hebat. Soalan betul-betul menguji.

Piala Thomas?
Saya harap China menang. Hehe. Go SuperDan!

:: Happy Teacher's Day to my mom, dad and all the teachers!::

5 comments:

  1. saya harap MALAYSIA menang..!! errr... taun bile la ek??

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu generasi cucu-cucu Sidek! :p

    ReplyDelete
  3. strategi berfikir (dan menang) y mengujakan :) salute. tpk dibuatnya knp LD 'rehat memanjang' di kala chong wei berhempas pulas 'berjuang' dalam siri kejohanan-kejohanan super. kesian CW cause he looks exhausted :(

    don't worry, Malaysia can do better next time (if only we dare to change)i am pretty sure they will. sokong dua-dua bleh wat? :P

    ReplyDelete
  4. Semplitt,
    Pengajaran buat team Malaysia supaya jangan tamak mengejar nama. Kan dah terlepas 'sesuatu' yang besar...
    Malaysia-China.. Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu juga kan.:p.

    ReplyDelete
  5. kak fez..
    emosi anda semakin stabil bukan? =)
    bab2 pengurusan emosi ni kite mmg akn teringt akk la..ehe..

    all da best sis! =)
    allah yuftah alayk..


    p/s:kdang2 jadi org yg terlebih perasaan ni best ape! =p

    ReplyDelete